Awal pagi lagi, lepas breakfast, kitaorang dah sambung kerja semalam. mengisi polybags tuh dengan sabut kelapa. Kitaorang pindahkan mana-mana pokok cili, jugak anak tembikai yang aku semai ituhari. Maknanya sekarang ada 3 tanaman yang kitaorang buat, cili, kacang tanah dan tembikai.
Garaj tuh kitaorang jadikan bangsal tempat projek kitaorang sepenuhnya, kitaorang susun elok-elok semuanya. Sampai dekat Zohor baru selesai kerja kitaorang. Itupun sebab tak cukup polybags.
Aku dah terbayang dah yang soon projek tuh akan berkembang, daripada 60 bags yang bertanam sekarang nih (40 belum ditanam sebab tak ada benih), akan menjadi sampai ratusan, increment of at least 50 bags seminggu. Nak buat kat kawasan parking tu jugaklah sebab semuanya bermula di situ, kan? My siblings yang balik nanti, sila park kereta di kawasan lapang di sebelah kanan rumah, ok? Muat situ tuh untuk 11 kereta. Kereta tokay jer boleh dipark depan rumah, ok? ekekekek
Keletihan, kitaorang dua-dua melepak, tidur, dari lepas makan, sampailah nak ke Asar. Long balik ke Jerantut lepas tuh, InsyaAllah minggu depan dia bawak lagi anak cili, jugak sabut kelapa. Aku beritahu dia yang kalau nak siapkan kerja-kerja penyediaan polybags, eloklah dibuat sebelum Puasa sebab pertengahan bulan Puasa nanti aku dah start mencabut kacang, sampailah akhir Syawal kot baru selesai menanam. Kalau benih cukup, kalau rajin, mungkin aku tanam sebanyak yang terdaya. Cuma masalahnya, nak menyangkul.
Ini baru permulaan, percubaan jer. InsyaAllah kalau semuanya berjalan lancar, akan dibuat besar-besaran. Mak pun dah support, dia dah ceritakan pada Nuar, dan Nuar biasalah, tokay besar, nak buat besar-besaran.
Kitaorang ada plan nak semai benih banyak-banyak dan jual pokok cili, jugak nak jual baja. So sekarang aku punya mission, dapatkan maklumat pasal penyediaan dan pembuatan baja. Gaya macam senang jer prosesnya, kebanyakan pengusaha fertigasi, untung besar diaorang datangnya dari hasil jualan campuran baja sebenarnya.
Hujan turun lepas Asar, tak lebat tapi syukur lah, esok tak payah nak menyiram, dan mungkin aku ambik kesempatan tak dapat nak ke kebun sebab tanah basah tuh untuk ke Jabatan Pertanian. Nak tengok Pak Mat Siam sama anak-anak buah dia memetik cili.
Mak sampai dari Johor pukul 6 setengah, tumpang sepupu aku all the way rupanya.