Walaupun aku tinggal sorang tapi aku tetap pergi Subuh kat masjid, tetap jugak tak sambung tidur lepas tuh, dan tetap jugak breakfast kat rumah. Yang tak tetapnya cuma aku tak ke kebun. Well, aku ke kebun jugak, tapi tak berpakaian kerja, aku berkain pelikat jer. Harinih aku banyak plans lain, so tak ada masa nak ke kebun, lagipun tak ada apa sangat yang nak dibuat pun.
Aku ke Pusat Serenti, ke ladang tempat SarjanK, tapi sebab awal sangat, diaorang pun belum datang. Yang ada cuma this new guy yang baru masuk kerja dalam seseminggu lepas. So aku ke kedai sekejap, beli "air" untuk tahanan tuh, tersinggah kedai pertanian, beli benih tembikai.
Pak Mat Siam pun ada, too bad aku tak sempat tengok diaorang bancuh baja, tapi aku ada sound SarjanK yang aku nak beli dari dia ajelah campuran baja yang surenya dia boleh even kasi free kat aku. Tapi aku tak kan lah nak ambik kesempatan pulak, kan? Tengoklah macamana nanti, sure dapat save banyak kalau beli dari dia, kat luar harganya RM 15 sebotol 1.5 L tuh, kena beli dua, baja X dan baja Y, then baru dicampur.
Aku ada lah tolong diaorang pindahkan anak cili yang dah disemai tuh ke dalam polybags, banyak tips yang aku dapat dari Pak Mat Siam yang a few times tanya aku, bilanya aku nak buat projek yang sama. Dia kata lebih baik buat cepat-cepat. Ah, dia businessman, memanglah cakap semuanya nak memancing aje gayanya. Dia tak tahu yang aku dah mula buat sesikit, hopefully dapatlah aku sama Long buat at least sebanyak yang diaorang buat tuh, about 500 bags.
Akhirnya aku beritahu SarjanK pasal projek kitaorang tuh, apa plan kitaorang seterusnya. Aku tak nak lah SarjanK terkejut sangat nanti bila tengok cili kitaorang lebih awal keluar hasil (sebab kitaorang beli anak pokok cili yang dah berumur sebulan lebih, sedangkan diaorang punya baru berumur 3 minggu). Lagipun aku ada plan nak ajak SarjanK datang ke rumah, samada masa mencabut kacang, atau masa Raya nanti.
Sampai pukul 12 aku di situ, balik rumah sempatlah tidur sekejap sebelum Sembahyang Jumaat. Lepas sembahyang, pergi rumah Ustaz Simon Cowell pulak, dia ada buat khenduri. Since aku tak tahu jalan, Nasir (kawan baru, geng masjid) ajak aku naik motor sama dia, kereta aku tinggalkan kat surau pasal lepas khenduri aku ada mengaji dengan UstazM kat surau.
Sampai pukul 3 aku tunggu, tak ada sesiapa pun datang, so aku agak yang sessi mengaji harinih dibatalkan, pasal tak cukup peserta, what with mak yang tak ada, Makcik Esah pun tak dapat datang.
Aku ke Sungai Ruan sekali lagi, potong rambut, then tersinggah kedai peralatan pertanian, laju jer aku ambik itu ini yang aku rasa aku perlukan untuk memudahkan kerja aku. Tak beli pun tak apa sebenarnya tapi kesian ke tokay tuh kalau masuk kedai tapi tak beli apa-apa.
Lepas Asar baru aku ke kebun, sebelum tuh bancuh baja, menyiram cili dan kacang fertigasi aku. Jugak tanam tembikai, tumpang polybags yang ada cili tuh. Tembikai yang ituhari aku kata dah berbuah, dah aku buang pasal buahnya dimakan ulat apa tah.
Sorang jer lah aku ke masjid malam nih, mak tak ada, Chu tak ada, Makcik Esah pulak tak nak pergi sebab mak tak ada. Lepas Isyak ada dua jemputan Tahlil tapi kedua-duanya aku tak tahu rumah, dan jemaah pulak tak ramai, so bila berpecah dua nanti, tentu ada beberapa kerat jer kan? So aku makan kat luar jer lah lepas Maghrib, Ariff tak ada pulak, mungkin dia ingat aku dah tak nak makan kat luar dah agaknya.
"Awak kenal dak Cikgu A, dulu dia mengajar di Sekolah Sains, sekarang dah pindah jadi Pengetua di Bentong? Dia cari awak", kata Ibrahim-Tabligh kat aku. Geng Tabligh nih setiap lepas Maghrib melepk kat kedai tuh sebab surau dekat.
"Kenal sangat, ingatkan dia masih kat Sekolah Sains", aku kata gitu.
"Kesian ke dia, dia menanya pasal awak sokmo kalau kawaih jumpa dia", kata Ibrahim-Tabligh lagi.
"Awak selalu jumpa dia kat mana? Saya kalau ke Raub, selalu jugak tengok-tengok kalau terserempak dengan dia", aku kata gitu.
"Merata-rata kawaih jumpa dia, masa minum. Jumpa kawaih jer tanya pasal awak, jumpa jer, tanya pasal awak. Kawaih kata kawaih tak ada nombor talipern (talipun) awak", kata dia.
So aku kasi Ibrahim-Tabligh my cellphone number. CikguA nih cikgu masa aku sekolah rendah dulu, my all-time favorite hero. Dulu masa (arwah) pak pencen dan pindah ke Raub, aku ada jumpa CikguA ni, masa tu dia pun baru pindah sini. CikguA nih tahu yang aku respect gila kat dia, dan aku pun tahu yang CikguA respect kat aku sebab aku selalu ingat dia, berusaha cari dia, even masa aku kat UK dulu, masa aku balik Malaysia pun. So basically kitaorang terputus hubungan dah berbelas-belas tahun.
So hopefully aku dapat jumpa CikguA lah soon, aku tak akan malu nak ceritakan kisah aku kat dia sebab aku tahu dia tak akan kata aku gila atau bodoh. Aku ada 2 orang lagi yang aku nak sangat jumpa, cuma aku belum ready, aku tak nak diaorang kesiankan aku dengan keadaan aku macam sekarang nih. Sorang tuh senior masa sekolah menengah, sorang lagi kawan baik masa aku kat UITM. Dengan CikguA nih aku rasa paling-paling pun dia akan gelak, geleng-geleng kepala aje. Alah, I know him lah.