Macam semalam jugak, harinih aku tak keluar mana sangat pun, takat keluar pergi makan aje. Breakfast dah dekat masa lunch, lunch dah dekat waktu Asar, dan dinner pun pukul 1 pagi. Saja jer buat macam tuh, aku tak suka makan kalau kedai tuh ramai orang, so itu yang pilih waktu pelik sikit tuh.
The rest of the day aku kat bilik aje lah, online, banyak benda-benda cryptocurrencies yang aku tengah belajar nih. Lebih banyak aku tahu, lebih banyak aku tahu aku tak tahu, tahu-tahu jer lah aku nih yang aku tahu aku kena tahu apa yang aku tak tahu.
InsyaAllah aku balik kampung Sabtu nih, tumpang Ida. Saja jer lah nak melepak KL lagi sesehari dua. So far tak ada pun aku macam selalu teringat kat kehidpuan kampung, aku selamba jer, walaupun aku tahu yang deep down duduk kat kampung lebih aman, lebih tenang. Tapi itulah manusia, kan, tak rugged lah kalau hidupnya aman dan tenang sentiasa, kan?
Aku masih dalam mood malas nak tulis blog nih sebenarnya.