Monday

Isnin - 31122012


Alhamdulillah, hujan turun sepanjang malam semalam so pagi nih tak payah nak menyiram. Terus aje aku ke Zone 4, nak mula menanam kat situ. Slow sangat kerja aku, aku buat macam selamba jer, siapkan sebatas demi sebatas. 

Tak lama tuh mak datang tolong, mak buat lubang dan aku tanam. Memang nampak macam berat kerja mak tapi sebab tanah tuh dah dibuat batas, dah digembur, lembut jadinya, mak sekadar tarik sikit aje guna cangkul. Kalau nak suruh menanam, mak pitam sebab kena duduk bertenggek dari hujung ke hujung, dari satu batas ke satu batas. Kat Zone 3a dulu ada mak menanam (masa aku dah siap buat kerja), mak campak jer biji benih tuh, itu yang pokok kacang berteraburan jer kat a few batas. 

Siap Zone 4, aku ke Zone 2 pulak, mak kata dia nak pindahkan anak sawi ke tanah lapang yang ditabur maman dulu tuh. Adalah nampak sesikit maman yang tumbuh gayanya. Tapi, masa aku menanam kacang kat Zone 2 tuh, aku nampak mak menabur benih, benih apa tah. Agaknya mak punya secret project. Sebagai seorang anak, aku tak ada hak nak tanya mak, apa yang mak buat. Tapi mak ada hak mutlak tanya aku. Serupa jugak dengan phone calls, aku tak ada hak nak tanya siapa yang call, kalau ada panggilan talipun. Dan mak ada hak mutlak tanya aku, siapa yang call aku, dan apa butir bicaranya. Dan mak ada hak untuk tanya aku beberapa kali, sehinggalah mak dapat jawapan yang memuaskan hati dia. Memang semua orang tua begitu. 

Then ke Zone 1, tak sempat menanam 2 batas, hujan pun turun. Dan Pui pun sampai dari KL. 

"Awak makan tidur makan tidur jer lah kan duduk sini?", Pui tanya aku sambil gelak-gelak.

"Tak jugak, aku tanam kacang. Luas sampai ke senoho (ke sana)", aku jawab gitu sambil tunjuk arah batas kacang. 

"For real?", Pui tanya aku, terus dia keluar tinjau-tinjau dari kejauhan. 

Tak lama tuh kitaorang ke Bandar Raub, biasalah jalan nak masuk bandar raub, jem gila. All the way dari Sempalit lagi. Punyalah kena sabar dengan TM Nuts, aku sampaikan dah tak tahu nak fikir dan kata apa bila pegawai tuh kata yang Pakej Internet yang kitaorang nak tuh, yang diproposed oleh pegawai lain masa mula aku datang dulu, dia punya terms and conditions nya lain pulak. Dulu tak ada pulak dia kata pakej RM 78 sebulan tuh untuk yang bergaji bawah RM 1500, nak kan pay slip, bil api dan air. Apa yang dia kata, sapa-sapa saja boleh apply. 

Yang sapa-sapa saja boleh apply tuh, itu RM 120 sebulan. Kalau macam tuh, Pui boleh terus apply dari KL kan? Walaupun tak ada lah besar mana sangat bezanya tapi kalaulah TM Nuts tak luluskan permohonan tuh (after 7 days), aku kata kat Pui yang jangan ambik pakej RM 120 tuh. Cari alternatif lain lah nanti, terpaksa guna U-Mobile nih. Freaking insane kan, all I want is s decent internet connection. Is that too much to ask for? Too much lah bagi TM Nuts kot?

Kalau masa pergi tadi kitaorang banyak cerita pasal keadaan aku/mak kat rumah, tapi masa balik kitaorang cerita pasal lain pulak. Sebab Pui pun duduk sebelah rumah pak mertua dia yang dah kematian wife so dia faham sangatlah apa yang aku cuba sampaikan, and dia punya approach pun sama macam aku. Dia kata yang kalau kita tua nanti, entah-entah lebih teruk dari itu. 

Masa balik, Pui cerita pasal dia selalu jugak melepak kat Masjid Seri Petaling, Masjid Tabligh. Dan dia pernah "keluar" 3 hari. Since aku pun pernah "keluar", so kitaorang bertukar-tukar cerita dan pendapat pasal tabligh nih. Both of us bersependapat yang Tabligh nih memang bagus sangat untuk menaikkan iman, mengecharge battery iman, memperbaiki amalan dan kehidupan seharian. Cuma ada a few things yang kitaorang macam tak berapa setuju (ker itu alasan jer?). Point is, kalau nak memperbaiki diri dan iman, ikut Jemaah Tabligh, baru tahu langit tinggi rendah. 

Dia kata yang sekarang nih dia nak buat benda sunat aje (kat rumah dia, dia makan dalam talam, "bini aku tengok jer", kata Pui), benda kecik-kecik yang dia mampu buat. And so aku beritahu dia, kalau nak buat benda-benda yang memerlukan pusingan (contohnya mengacau air dalam cawan/jug), buatlah anti-clockwise, macam bila kita tawaf Kaabah. Itu sunat, one of benda sunat yang paling senang dipraktiskan. Aku sejak sekolah menengah lagi, sejak aku dapat ilmu tuh, kalau mengacau air, aku ikut anti-clockwise, melawan putaran jam. Atau mengikut aturan masa tawaf.

"Dapat ker benda yang awak nak buat tu?', mak tanya aku, pasal internet tu lah.

"Tak kot, mahal. Yang murah tu tak boleh", aku kata gitu, sebenarnya aku dah malas dah nak beria-ia pasal internet connection aku.

"Ambik jer lah, bukannya mahal, kalau empat lima ratus tu baru lah sesak jugak nak membayarnya, ini seratus lebih jer", gaya mak aku cakap kat aku tuh aku boleh faham, yang mak concerns sangat pasal permasalahan aku tuh. Mak tak nak aku susah. Macam pasal kereta jugaklah, mak akan buat sedaya upaya supaya adik beradik aku sediakan kereta untuk aku. 

Pui balik lepas Asar, aku terus ke kebun, sambung menanam kat Zone 1. Since benih masih ada, terpaksa buat a few more batas, antara pokok-pokok pisang tu pun aku buat jugak. Mak pun suruh macam tuh. Tapi, dulu tuh masa aku nak buat batas antara pokok pisang, mak jugak yang tak kasi, dia kata nanti kacang tuh tak elok, daun dia layu. Tapi sekarang nih macam tak cukup tanah pulak. 

So sekarang nih kat Zone 1, dari 11 batas dah jadi 16 batas. Kat Zone 2, asalnya 7 batas, tapi sekarang dah jadi 13 batas. 

Lepas tuh aku membaja, kat batas yang aku baru tanam benih kacang tu lah. Kalau mengikut plan induk, membaja tuh akan dibuat esok tapi aku tengok banyak pulak ayam-ayam jiran yang asyik menguis batas-batas yang dah ditanam tuh so aku decided nak tabur baja. Kuis lah korang wahai ayam, harus korang termakan baja nanti. Padan muka! Ekekekek. Senang jer membaja kat batas yang baru ditanam benih, takat tabur sambil jalan aje. And so siaplah semuanya kerja aku, 2 hari punya kerja. 

Oh and by the way, Ida ada masukkan RM 100 dalam account aku. Eh, kalau aku letak no account CIMB aku kat blog nih, ada ker orang akan masukkan duit ke account tuh? Heheheh

Sunday

Ahad - 30122012


Macam Hari Raya pulak, breakfast makan lemang sama nasi impit. Lemang tuh kawan mengaji mak yang hantar semalam, nasi impit tuh dari rumah Chu. Aku pergi kedai jugak, beli nasi goreng untuk Long sama anak dia.

Tak ada kerja sangat pun pagi nih so aku tanya mak kalau-kalau nak start menanam di Zone 4 dan kat batas tambahan di Zone 1 dan 2, Long boleh tolong. Kalau mengikut jadualnya, esok aku akan bertanam. Dan kalau mengikut jadual asal Long, lagi 2 minggu baru tanam kat Zone 4 tuh, sepatutnya kat Zone 3b ditanam minggu ini, atau awal minggu depan. Kitaorang sekarang dah advanced dalam 2 minggu lah kaedahnya. 

Long ada cakap yang kalau ada sprinkler lagi senang kerja aku menyiram sebab kalau mengikut keadaannya, memang tak terkejar, memang banyak kerja yang aku kena buat, menyiram especially. Terus mak kata yang dia nak suruh Nuar belikan sprinkler (dan jugak mesin untuk mengepam air dari anak sungai). Aku beritahu yang tunggulah dulu, kalau berhasil nanti kacang tuh, barulah beli pam dan sprinkler, untuk tanaman fasa seterusnya. Ini belum apa-apa lagi dah nak beli pam sama sprinkler. Unless nanti ada adik beradik aku yang balik, dan kata, "Teruk kerjanya nak menyiram kacang seluas ini, biar kome belikan pam sama sprinkler", ha, itu lain cerita.

Aku, Long sama Ieqa anak Long aje yang pergi khenduri kat Dewan Serbaguna Simpang Kallang tuh. Mak tak pergi sebab dia kata letih, semalam dah setengah hari kat rumah Chu. Ngah sama Abang Ngah dah sampai dari Putrajaya so diaorang terus aje ke sana. Grand betul majlisnya tapi nampak sangat macam one-sided jer sebab kebanyakan yang datang semuanya di bahagian Ngah Raub, yang datang untuk keluarga Chu cuma dua tiga orang jer. Itulah, dulu tuh Chu dinasihat buat majlis tuh kat Dewan Serbaguna Kampung nih aje, bolehlah ramai orang kampung yang datang, tapi dia nak buat kat dewan Simpang Kallang, kat bandar Raub, manalah orang kampung dapat datang, kan? Yang di sebelah Ngah Raub memang meriah dan rancak, berbondong-bondong orang. Ramai orang datang. Sama ramai dengan yang balik. Rombongan bas Nadi Putra ker apa ker, bas Putrajaya tuh pun ada. 

Lama jugak sembang-sembang dengan sepupu-sepupu aku yang ramai tuh. "Yer ker? Awak nak buat mende duduk kampung?", Abang Mie, sepupu aku (Professor kat UPM), tak percaya yang aku kata aku dah duduk di kampung. 
  
Masa nak keluar dari dewan, lama lah jugak aku kat reception di sebelah Ngah Raub sebab kat situ ramai sepupu aku dan banyak cenderahati untuk tetamu, semua orang berpusu-pusu kat situ. Then Chu tarik tangan aku ke reception dia, sambil seluk-seluk ketiga-tiga poket baju Melayu aku, dia kata, "Mana duit? Mana duit?". Terasa hati aku tapi aku buat-buat senyum sambil kata, 

"Laaa, mak ada bagi kat Long untuk Chu sama Ngah Raub". 

"Laaa, Chu nak duit awak", kata mak sedara aku tuh lagi. Aku tak fikir pun samada Chu sengaja perli aku sebab dia pun tahu aku duduk kat rumah mak, tak kerja pulak tuh. Cuma aku terfikir, desperate sangat ke Chu sampai begitu sekali? Gamaknya lah, sebab kat belah Ngah Raub bertali arus orang bersalam sambil kasi duit. 

Balik dari khenduri, sembang-sembang sama Ngah, Abang Ngah, Long dan mak. Sambil makan cempedak goreng, pisang goreng sama kuih kacang. 

"Macam tak percaya awak tanam kacang tuh, sikit punya luas, beb", kata Abang Ngah. 

Sebelum Asar lagi aku dah siap tarik paip ke Zone 3a, senanglah lepas sembahyang terus aje menyiram. Long balik ke bandar J. Abang Ngah ada datang tengok aku menyiram, sembang-sembang gitu lah. Tak lama tuh Ngah pulak datang. 

"Sure mak akan tanya, "Awak cerita apa dengan Ngah" nanti nih", aku kata gitu kat Ngah. 

"Laaa, mat nyer (apa pasal), Ngah tak faham benda-benda nih", kata Ngah.

And so kitaorang berceritalah. Tak ada lah apa sangat cuma aku beritahu Ngah yang jangan ambik hati, jangan dibantah sangat cakap mak. Ikut kan aje. Yer kan aje. Dan jangan percaya sangat cerita-cerita sedih mak sebab biasanya cerita tuh akan ditambah sesedap rasa. Bab tuh aku kasi a few contohs. 

"Mak pernah cakap kat Ani yang mak selalu keputusan (kehabisan) beras", aku kata gitu. 

"And then?", Ngah tak faham. 

"Itulah, mak tak suruh pun saya pergi ke kedai depan tuh untuk beli sesekilo dua beras. Mak tunggu (anak-anak) orang berkereta balik", aku kata gitu. 

"Mak tak boleh terima hakikat yang saya duduk sini tak kerja, tak berkereta, tak ada duit", aku ulang apa yang Pak Andak beritahu aku.

"Mak malu ke Chu, ke Ngah Raub, ke Pak Andak, ke orang kampung", kata Ngah. Lama dah aku agak macam tuh, aku pernah tanya mak dan mak menafikannya. 

"Tadi masa khenduri, ada sedara kita tanya, sapa yang jaga/temankan mak. Ngah pun cakaplah yang adik saya yang dulu duduk Amerika lama-lama tuh, dia ambik cuti setahun, sebab nak jaga mak. Bersyukur panjang dia", kata Ngah.

Sepupu kitaorang yang di sebelah Johor ada datang melawat sesambil petik rambutan, sesambil tengok aku menyiram. Diaorang dah nak balik. Pak Andak sama Mak Andak ada jugak datang tapi diaorang balik esok. 

Dekat nak Maghrib baru semuanya bertolak, Abang Ngah sampai 2 kali bersalam dengan aku, kali kedua tuh dia kasi duit (Ngah yang suruh) RM 50, terus aku tunjukkan kat mak sama Mak Andak yang ada kat dapur. Entahlah, kadang-kadang aku nak sangat tahu apa yang adik beradik fikir pasal aku masa diaorang bersalam masa kasi duit tuh, dulu aku macam malu nak terima tapi sekarang aku masih buat malu-malu. Dan I'll let mak tahu (pasal adik beradik kasi duit tuh), immediately. 

Dalam ramai-ramai adik beradik, dengan Ngah lah aku rasa aku ada banyak persamaan tapi pembawakan kitaorang lain. Jauh berbeza. Aku tersalah bawak, Ngah pandai membawak. Dan aku rasa aku sorang jer yang rasa happy (and jealous at the same time) bila Ngah kata yang memang confirmed dia akan jadi Pengarah MSD Chicago, bulan 6 tahun depan. Bulan May dia akan ke New York bersama rombongan Najib. Dang, korang nak pergi mana, pergi lah. Tapi janganlah ke New York. Aku akan jeles sejeles-jelesnya. Itu tempat aku. Korang tak ada hak nak pergi ekekekek

Malam, sunyi semula, kat luar hujan. Baguslah hujan, turunlah banyak-banyak, esok aku tak payah menyiram sebab esok nak menanam kat Zone 4 dan kat batas-batas tambahan di zone 1 dan 2. Pui pun akan balik esok, antara lain dia nak apply Streamyx.

Sabtu - 29122012


Lepas Subuh aku sambung tidur, sebab tadi bangun awal. Terus terlena, sedar-sedar dah 8 setengah. Aku tengok mak dah di kebun, menyangkul kat Zone 2. Semalam tuh ada lagi satu batas yang belum siap, yang aku cadang, nak sambung buat pagi nih sebelum aku buat batas-batas tambahan kat Zone 1. 

Dan aku terperasan yang Zone 3b tempat aku menyiram semalam tuh, dah pun mak siram. Zone 3b tuh kena disiram betul-betul sebab tanah kering, Zone 3a kawasan tanah berair, tu pasal cepat jer tumbuh nya. Mak nih, agaknya sebab aku bangun lambat, itu yang dia ke kebun tuh. Tak pernah pun mak mendahului aku biasanya, sebab tak pernah pun mak buat kerja kat kebun pagi-pagi macam nih. 

Terfikir jugak aku, kalaulah tiba-tiba ada adik beradik aku yang balik dan tengok keadaannya, sure aku kena marah nanti nih, membiarkan mak kerja sorang-sorang (yang walaupun bagi aku yang dah faham nih, tak ada apa lah sangat kerjanya pun, kejap jer tuh) sedangkan aku bersenang lenang. Kalau diaorang balik dan tengok aku tertonggek-tonggek menyangkul, ha, itu lain cerita. Memang patut pun kan? Memang aku nak pun macam tuh, aku nak diaorang balik masa aku tengah sibuk bekerja. Dah lama aku tak berkecimpung di bidang mengollect points nih. 

"Tak ada lagi yang hidupnya kacang yang awak tugal (tanam) dulu tuh. Mak conkil satu-satu, butir kacang lagi (belum tumbuh)", kata mak. Dalam hati aku kata, jangan dicungkil, sabar jer biar kacang tu tumbuh. Baru berapa hari ditanam pun kan kat Zone 3b tuh?.

Masa nak ke Pekan Sari, aku tanya mak apa-apa yang nak dibeli tapi mak kata tak payah beli apa-apa lah, beli lada jer. Terfikir jugak aku, seseminggu nanti nih sure akan habis bahan untuk memasak (ayam, ikan etc), sure akan jadi issue besar pulak nanti tuh. Janganlah ada adik beradik aku yang menangis bila mak cerita yang tak ada lauk pauk untuk dimasak. Ataupun kalau ada adik beradik yang balik, bersedialah untuk ke sana sini (even di pagi buta) untuk beli barang. Sedangkan semua tuh boleh dibeli di Pekan Sari aje, tapi sebab mak tak suruh beli apa-apa kecuali lada, aku pun tak beli lah. Aku beli apam balik untuk breakfast aku (sebab mak dah makan), itu aje.

Aku terus aje ke Zone 1 buat batas. Dapatlah 4 batas, dan aku pastikan yang tak ada batas lain yang boleh dibuat, aku habiskan semuanya. Nanti kalau aku tinggalkan kawasan yang masih boleh dibuat batas, buatnya mak sambung kerja kat situ, mampos aku. Buatnya pulak ada orang nampak, sebab Zone 1 tuh depan rumah jugak, ke arah jalan masuk ke rumah nih. Lagi haru kalau ada adik beradik aku yang balik masa mak menyangkul. Tapi rasanya tak ada sapa pun yang akan balik kecuali Ngah dan Long.

Long mungkin balik sekejap petang nih. Ngah dengar ceritanya balik sekejap esok pasal harinih ada hal keluarga sebelah Abang Ngah. Akak The tak balik sebab nak jemput Qayyum yang balik dari Sydney. Teh tak balik sebab sibuk sekolah dah nak bukak nih. Aku tak balik sebab memang aku dah duduk sini hehehe. Ani tak balik sebab minggu lepas dah balik. Ida tak balik sebab mak mertua dia tak sihat. Nuar tak balik sebab sibuk bisness, masalah keluarga jugak. Ipin tak balik sebab sibuk pasal anak-anak. Pui tak balik sebab sibuk bisness dan anak-anak. Lan tak balik sebab kat Qatar.

Rasanya ini lah Saturday yang paling senyap sunyi sejak aku duduk di kampung. Biasanya riuh rendah. Itu yang nak menunggu tengahari, nak menunggu petang, punyalah bosan. Dah lah tak dapat nak connect ke internet. Aku rasa macam nak menjerit-jerit sekuat hati, saja nak membunuh kensenyapan.

For the first time sejak aku duduk kampung, aku tengok tv di siang hari. Itupun lepas aku baca iklan-iklan kat dua-dua papers, habis semua aku baca, sampai iklan kat papers semalam pun aku baca jugak. Aku tengok The Voice Season 3 Finale, aku tak pernah tengok pun sebelum ini tapi rancangan nih popular, kan? Dalam sesepuluh minit tuh aku mula rasa macam malu kat diri sendiri jer, iyalah, dah tua-tua gini dok melayan rancangan nyanyian macam tuh. Tapi aku nak buat apa lagi? Tak kan nak tengok Drama Swasta? Sure muntah aku nanti tuh kalau tengok drama Melayu.

Mak nak pergi rumah Chu, sebab sebagai kakak tentulah dia nak tolong-tolong jugak adik dia yang nak menyambut menantu malam ini dan esok kan? Mak jarang keluar selagi belum habis eddah, kalau ke Raub sebab nak uruskan permasalahan pasal account dan pencen (arwah) pak, itu memanglah ada, tapi untuk keluar ke sana sini memang belum lagi. 

So masalah lah pulak kan, macamana nak pergi rumah Chu yang lebihkurang 10 minit kalau jalan kaki. Pak Andak pulak tak ada kat rumah Chu, nak disuruh tolong jemput. Mak dah risau, tak sampai 15 minit tuh mak talipun rumah Chu untuk kali kedua. 

"Nak jalan kaki, kaki nih sakit.....", aku terdengar mak kata gitu kat talipun. 

"Nak pergi naik mende?.....", aku terdengar mak mengeluh lepas tuh. Aku rasa bodoh dan sedih jer sebab kalaulah aku ada kenderaan, dah tentu masalah nak hantar mak ke rumah Chu tak jadi masalah. Tak lama tuh Azman, suami sepupu aku, datang jemput mak. So tinggallah aku kat rumah sorang-sorang.

Kat almari kat hall atas, ada banyak album gambar aku, dulu masa aku kat Amerika, mak (arwah) pak bawak balik semua barang-barang aku yang kat rumah aku, dan memang dah lama jugak aku terperasan yang bila aku bukak almari ini, ada baju-baju aku dan bila bukak almari lain, ada barang-barang aku. Dan aku perasan jugak yang kat almari buku tuh banyak album-album aku yang aku tak belek-belek pun sebab tak ada kesempatan, rumah nih sentiasa ada orang.

So sementara ada peluang berseorangan nih aku bukaklah album-album aku tuh, gambar-gambar masa aku muda-muda dulu, masa kat Europe kebanyakannya, jugak masa kat Mekah/Madinah 3 tahun berturut-turut tapi penampilan aku jauh berbeza dari setahun ke setahun. Yaaa, termalu sendiri, macam tak percaya bila tengok gambar lama-lama, itu yang terus aku tutup album tuh, tak sanggup menengoknya, malu. Tapi, apa yang terlintas di fikiran aku, tua dah rupanya aku nih dan dah banyak tempat aku pergi, dah bermacam benda aku buat. Dan dah ramai orang yang aku kenal di sepanjang perjalanan hidup aku. Where are they now? I'm here, tak punya apa-apa. 

Right after Asar terus aku menyiram kat Zone 3b, aku basahkan batas tuh betul-betul sebab kering kontang kat situ, tanah dia berpasir, air cepat meresap. So jadi lama kerjanya, dalam sejam gitu untuk 24 batas tuh. Tak sedar pun Long ada balik, dia tolong siram guna tong penyiram, kat Zone 3a, kawasan yang tanahnya agak lembab dan basah. Aku perasan dalam sesepuluh pokok kacang kat Zone 2 tuh yang daunnya kekuningan, nak mati. Aku rasa sebab pokok kacang tuh terkena baja bila tanahnya dicangkul dulu tuh. Mak yang buat kat batas tuh dulu tuh, masa dia tunjukkan aku cara macamana nak membaja. Tak berambi lalu (tak hati-hati langsung) kerja mak nih ekekekek.

"Boleh siap ker menyiram kalau awak buat sorang? Luas kawasan nih, itu belum lagi yang dekat sungai tuh (Zone 4)", Long tanya aku masa aku menyiram kat Zone 1. Masa tuh dah nak Maghrib dah, memang lama aku menyiram kali ini, itupun Long ada tolong.

"Kena buat sikit-sikitlah, pagi menyiram sini, petang menyiram sana", aku kata gitu.

"Mak dah risau tuh sebab tak ada sapa yang balik. Orang Raub (sepupu kitaorang kat Raub) semuanya balik, kita jer yang sekor pun tak ada", kata Long masa kitaorang ke masjid. Aku kata lah yang tak boleh blame adik beradik yang tak balik sebab minggu-minggu sebelum ini ramai yang balik sedangkan "orang Raub" mungkin diaorang khaskan untuk balik this weekend for the wedding tuh kan?

Ramai jugak yang datang mengaji malam nih, Ustaz tuh kata ada improvement dalam bacaan aku. 

"Uko kerayan (sampai panik/gelabah) Ustaz tuh nak membetulkan bacaan kita", kata Long, masa kitaorang nak pergi khenduri rumah Chu. 

Tak ada lah "semua orang Raub" (macam yang mak cakap tuh) yang balik, ada 3 orang jer sepupu aku yang aku nampak dan sempat bersembang pun masa makan khenduri rumah Chu tuh. 

"Jangan layan sangat, buat tak tahu jer, kalau mak mengadu gitu tuh", aku kata kat Long bila Long dua tiga kali kata mak asyik cerita itu ini aje kat dia.

Friday

Jumaat - 28122012


Awal-awal sebelum Subuh Pak Andak datang rumah, aku sama mak baru bangun tidur. Kitaorang berjemaah bertiga. Lepas tuh terus aku ke kedai beli breakfast, first time pergi seawal itu, aku nak biarkan mak sama Pak Andak bersembang sebab semalam Pak Andak tak ada pun bersembang dengan mak, dia bersembang sama aku jer kat kebun semalam tuh.

"Awak tak apply BR1M ker? 31 haribulan nih last. Aak-anak Pak Andak semuanya apply. RM 500 tuh", kata Pak Andak sebelum dia balik ke rumah Mak Chu. Malas lah aku, takut nanti aku jadi tersuka kat UMNO pulak kan?

Siap akhirnya batas kat Zone 4, then aku ke Zone 2, buat batas tambahan kat situ, buat batas antara 2 batas. Apasal dulu tak terus jer buat batas? Dulu tuh aku ikut kata mak aku, buat batas jarakkan jauh-jauh, ikut kesan/bekas batas lama yang (arwah) pak buat dulu. Tapi sekarang nih, rasa macam rugi jer ada tanah lapang antara batas tuh so bolehlah diselitkan one more batas (eh, apa plural untuk batas hah? batasas? ekekek ) antara 2 batas tuh.

Dari kejauhan aku nampak S datang, dia letak motor dekat depan rumah, teruslah ke kawasan ladang pisang yang aku sure (arwah) pak yang tanam sebab pisang tuh banyak yang dah berbuah. Lama dah dia tak datang, 2 minggu lebih rasanya.

Aku kalau kerja, bila aku malas, aku terus berhenti jer. Tak ada lah aku habiskan buat satu batas, aku tinggalkan aje gitu walaupun batas tuh kudung. Dapatlah 4 batas setengah, yang gebu dan gemuk lagi montok, sederhana panjang. Petang nanti sambung lagi sikit, then buat batas tambahan kat Zone 1 pulak. Aku nak siapkan kerja buat batas sebelum esok sebab mungkin ada adik beradik aku yang balik weekend nih. 

"Apa pasal S kerja kat situ, tak ker pak yang tanam pisang tuh?", aku tanya mak.

"Itulah pasal nya", kata mak.

"Nanti bila berbuah, tentu dia nak dibahagi dua sebab dia akan kata dia pun buat kerja kat situ", aku kata macam tu.

"Haruslah tu. Colek sana colek sini, bukan nyer buat mende sangat pun. Tak ker situ dah dibuang daunnya masa Long balik dulu tuh?", kata mak.

"Agaknya sebab dia tau Pak Andak ada balik, itu yang dia datang tunjuk muka tuh", aku jawab sambil gelak.

"Harus lah. Dia takut ke Pak Andak tuh, sebab asyik mintok duit jer, kerjanya tak seberapa. Tu pasal mak tutup pintu tuh, tak keluar-keluar", kata mak.

S nih dia menumpang bertanam pisang kat tanah di depan rumah tuh, seekar luasnya. Tanah tu tanah Pak Andak tapi sebab Pak Andak duduk di Johor, dia kasi kebenaran kat kitaorang untuk kerjakan tanah tuh. Dulunya memang (arwah) pak sorang jer yang bertanam pisang sama kacang kat situ tapi S nak 'tumpang", itu yang buat perjanjian yang dia kerjakan tanah tu dan hasilnya dibahagi dua. Pisang-pisang di bahagian west wing rumah nih memang di tanah milik mak, yang (arwah) pak tanam. 

"Biarkan jer lah, mak. Tapi kalau dia mintak duit, mak jangan bagi", aku kata gitu.

"Ha ah, biarkan jer lah dia nak buat mende", kata mak.

And so aku pun melepak, baca papers, online etc. Tak lama tuh aku tengok mak keluar ke kebun, ingatkan dia jalan-jalan nak ambik angin tapi mak terus sambung menyangkul kat batas yang aku tinggalkan tadi. Adess, tapi tak nak S tuh nampak, apa pasal ke kebun pulak? Dan aku tersengih jer lah bila memikirkan yang bila mak bercakap dengan adik beradik aku yang lain nanti (atau dengan orang lain jugak), "nama" mak akan tercangkul (terpahat?) dalam perbualan. Sentences like, "mak letih baru siap buat batas", "Semalang terh merepih, harinih buat batas". Senang cakaplah, bersimpang siur macamana pun, all roads will lead to one destination, nama mak. Heheheh See, makin lama aku semakin faham dengan adat resam kehidupan orang tua. 

Tak lama lepas tuh S nak balik, masa dia ke tempat mak menyangkul, dia ternampak aku tengah baca paper. Tak tahulah kalau sebelum tuh dia dah perasan yang aku ada, tak rasanya. Kalau dia tanya, "Mat nyer aok bior mok aok menyangkel sorang-sorang?", sure aku akan jawab, "Alah, tak dan sesebatas dua tu kang nyer berenti lah".

Aku masuk rumah, aku intai jer dari tingkap, masa S sembang dengan mak. 

Hari gaya macam nak hujan masa nak Jumaat, aku dah tersengih dah bila mengingatkan pasal 'cerita sedih" 2 Jumaats lepas, tapi aku sure yang Pak Andak akan datang ajak aku naik kereta dia pergi masjid. 

Balik sembahyang, aku berterima kasih sama Pak Andak, pasal semalam tuh dia banyak kasi aku nasihat. Aku beritahu Pak Andak yang sejak semalam tuh, aku rasa macam lapang jer dada aku, rasa macam aku dah dapat "kunci" nya macamana nak handle keadaan yang selama ini aku rasa macam merimaskan aku. Pokoknya, apa-apa hal, aku akan layan jer, aku akan buat tak tahu, buat selamba aje.

Geng mak mengaji ada buat bacaan Yasin petang nih so adalah lima enam orang yang datang. Tiap kali diaorang datang mengaji memang diaorang bawak makanan, kuih etc. Macam biasa, aku melepak kat dapur. Dapur nih macam extended hall lah lebihkurang sebab sini port orang bersembang, ada dua meja, ada kusyen etc. Aku lelapkan mata kat kusyen sementara tunggu Asar, tak sangka pulak diaorang ke dapur untuk makan-makan. Tak pernah pun makan kat dapur macam tuh.

"Yaih, saper nih?", aku terdengar orang tanya. 

"Ini anak Mak The, dia duduk sini", mak aku jawab gitu.

Aku rasa selama ini, geng mak mengaji, diaorang tak tahu pun keujudan aku di rumah nih. Iyalah, kereta pun tak ada kat depan rumah kan? Dan biasanya aku melepak di dapur aje sementara diaorang mengaji. Bukan aku disorok atau menyorokkan diri but you get the point lah kan?

Puas jugak aku buat-buat tidur ala-ala patung cendana, tak bergerak-gerak, sementara tunggu diaorang siap makan.  

Hujan turun renyai-renyai lepas Asar, macam tak basah jer batas aku dengan hujan rintik-rintik tuh. Mak pulak terus pergi nak menyiram (kat Zone 3b tuh tanah dia keras, macam berbongkah-bongkah gitu), mungkin sebab dia tengok aku tak ada gaya nak ke kebun pun. Kebetulan pulak Pak Andak sama Mak Andak ada datang so tak jadilah mak menyiram (tak pernah lagi mak menyiram selama ini, itu kerja aku). Diaorang bersembang kat dapur, aku menyampuk gitu-gitu aje lah. 

Dah lama tuh aku ke kebun, dengan berbaju Melayu, berkain pelikat, aku pun menyiram. Tak guna paip tapi guna tong penyiram. Letih jugak dekat 20 kali ulang alik ke anak sungai tuh. Aku perasan yang anak kacang kat Zone 3b dah ada yang malu-malu menampakkan muka. 

Dengar ceritanya tak ramai, mungkin tak ada pun adik beradik aku yang akan balik weekend nih. Walaupun ada sepupu aku kawin. Sebab masing-masing sibuk dengan hal keluarga masing-masing. Ngah jer mungkin balik sekejap Ahad nih, yang lain belum confirm.

Khamis - 27122012


Walaupun semalam tidur lewat sebab tengok tv, Globe Trekker: Peru, tapi awal jugak aku bangun tadi, pukul 5. Alhamdulillah aku berjaya melawan bisikan-bisikan setan yang menghalang aku dari bangun. Memang tiap malam aku akan terjaga awal tapi tak pernahnya aku akan bangun sebelum betul-betul masuk waktu Subuh. "Tak payah sembahyang Tahajjud, berzikir sesambil baring pun ok kot?", itu yang selalu dibisikkan kat pemikiran aku. Tapi pagi tadi aku berjaya melawan bisikan-bisikan macam tuh. Hopefully hari-hari akan datang aku akan bangun pagi jugaklah. Dah tua-tua nih, tak boleh layan tidur beria sangat, kan?

Aku rasa nak turun ke kebun awal sikit so itu yang pagi-pagi lagi aku ke kedai nak beli nasi kerabu untuk mak, hajat aku nak mengeteh sekali. Depan kedai runcit tuh aku nampak ada Proton yang plate number Johor, rasa macam familiar jer nombor tuh. Rupa-rupanya bapak dan mak sedar aku baru sampai dari Johor, diaorang tengah breakfast kat situ sebab rumah yang nak dituju (mak sedara) sure belum prepare breakfast lagi. Weekend nih 2 orang sepupu aku akan kawin, dibuat kat Dewan Serbaguna Simpang Kallang.

So apa lagi, bersembang lah sama Pak Andak dan Mak Andak. Selama ini aku belum pernah sembang sama diaorang heavy-heavy, takat sembang biasa-biasa, sesekejap gitu pernah lah, masa balik Raya for example. 

Aku suka Pak Andak sama Mak Andak nih, Pak Andak especially, he's very open and simple. Dia nih adik mak, ramai orang lain (keluarga) kalau nak bercerita apa-apa, memang dengan Pak Andak sebab dia sensible, boleh dipercaya, senang diajak berunding. Bukan bererti orang lain tak bagus tapi senang cakaplah, Pak Andak nih memang bagus. And so aku ceritalah sikit pasal keadaan aku sejak duduk kampung, aku rasa comfortable gitu bila bercerita. Tak adalah aku mengadu ker apa-apa, cuma bertukar-tukar pendapat, dengan orang yang berpengalaman. 

"Entah-entah seseminggu jer awak duduk sini, lepas tuh awak cabut", kata Mak Andak.

"Dah sebulan dah, Mak Andak. Ramai jugak orang yang rasa saya tak akan lama kat kampung, itu buat saya jadi lagi bersemangat nak duduk selama boleh", aku kata gitu.

Dan bila rasa dah selesa sikit tuh, mulalah aku tercerita yang lebih details. Sesambil gelak-gelak.

"Gini...", kata Pak Andak. "Mak awak tuh tak dapat terima hakikat yang awak duduk kampung tak bekerja. Dia tak sanggup nak menengok keadaan awak yang lain dari dulu. Dulu awak ada kereta, ada rumah, ada duit, kerja bagus. Sekarang ni awak dah macam terbalik 360 darjah. Itu puncanya", kata Pak Andak lagi.

"Habis saya nak buat macamana? Saya selamba jer, saya tak rasa apa-apa, cuma saya pelik apa pasal orang lain tak boleh terima hakikat macam tu", aku jawab gitu.

"Tak ada penyelesaiannya selagi dia tak sedar sendiri. Mentaliti orang kita gitulah. Dia nak awak kerja, kerja mende-mendelah, kerja Majlis Daerah ker, asalkan awak kerja. Kalau awak tak kerja nih, itu masalah besar sangat bagi dia", kata Pak Andak.

"Mak awak akan sentiasa ingat balik yang awak dulu hidup senang. Itu yang dia tak boleh terima tu. Pikiran dia jadi serabut, percayalah cakap Pak Andak", kata Pak Andak lagi.

"Ker mak malu dengan adik beradik mak, dengan orang kampung?", aku tanya gitu sambil kasi a few contohs hasil pengamatan aku.

"Itu belum lagi mak awak sakit. Kalau sakit nanti, awak kena sabar jer lah", tambah Mak Andak. So kitaorang bersembang pasal tuh. Dan banyak lagi lah benda-benda dan issue lain yang kitaorang sembangkan.

"Tapi InsyaAllah saya akan ada duit nanti, itu yang saya buat macam selamba jer ni. Memang sekarang saya tak ada duit tapi dalam sesetahun nanti InsyaAllah saya akan ada duit, ha, masa tu lah saya nak fikir pasal nak kawin ker, nak buat apa-apa", aku kata gitu.

"Awak cakaplah awak akan ada duit sebanyak mana, tak kan ada orang percaya nya lah. Orang tengok sekarang ni, sekarang ni awak tak ada duit, tak kerja, orang tak pandang awak. Awak menyusah ker orang jer", kata Pak Andak.

Banyak tips yang aku dapat dari Pak Andak sama Mak Andak, kitaorang cerita sambil gelak-gelak most of the time bila Pak Andak banyak relatekan dengan kisah masa (arwah) wan aku dulu. 

"Teruk kerjanya jaga orang tua nih, awak kena bersedia dari sekarang, awak kena banyak bersabar. Itu tahan mak awak sihat, tak tua sangat lagi. Tengok nanti bila mak awak dah nyanyuk, mampus awak. Tak tahannya lah", kata Pak Andak sambil senyum.

Tak sedar, sejam lebih kitaorang bersembang. Nasib baik aku bawak duit lebih sikit, cukup untuk bayar harga minuman/makanan kitaorang. Balik aje terus aku ke kebun, Mak Andak bersembang sama mak, tak lama lepas tuh Pak Andak ikut aku ke kebun. Terus tak jadi kerja lah sebab asyik bersembang aje. Banyak nasihat yang dia kasi. Aku kena banyak sabar, aku kena layan jer kerenah mak sebab memang akan jadi gitu lah perangai orang tua bila cicah peringkat umur macam mak, aku dan adik beradik lain kena sekepala. 

"Awak kena ingat, awak sekarang ni macam garam. Kalau dulu awak macam gula, bila macam gula tuh banyak jer semut mengikut awak. Tapi awak jadi garam nih, tak ada sapa nak pandang awak", kata Pak Andak. Adess, bisanya.

"Ini mak awak tengok awak menyangkul nih, tentu dia sedih. Lepas tu kalau Pak Andak tambah-tambah lagi kata, "kesian tengok awak menyangkul", boleh menangis mak awak tu", kata Pak Andak sebelum dia balik ke rumah sebab nak pergi rumah mak sedara aku yang lain.

Tengahari sampai ke petang sampai ke malam, moyok jer aku sebab internet connection tak ada. itu yang aku mengemaskinikan data-data pasal penanaman kacang tanah tuh, aku pun dah macam terconfused nih, aku rasa aku selalu tertukar mana Zone 1 mana Zone 2. Dan mak suruh aku buat batas antara batas-batas di Zone 1 sama Zone 2 tuh sebab jarak antara satu batas ke batas yang lain tuh macam luas aje. So aku kena siapkan batas di Zone 4 sekalilah. Nampak gayanya berterabur sikit jadual penanaman seterusnya sebab kat kawasan yang dulu ditabur benih maman sama bayam tu pun nak ditanam kacang jugak. 


Wednesday

Rabu - 26122012


Kalau ada adik beradik lain yang balik, aku tidur kat bilik, aku bawak laptop kat bilik. Kalau aku dengan mak aje, aku tidur kat ruang tamu, sebelah bilik mak, dan aku online kat one of the mejas kat dapur. 

Pagi nih, lepas Subuh aku tak online pun, aku ke dapur, sembang-sembang sama Ani yang tengah memasak for breakfast, dan Z. Ani sekeluarga jarang balik dan diaorang pun dah nak berangkat pagi nih, dan aku pun rasa close dengan dia, so tak heranlah bila aku tercerita kat diaorang pasal kisah aku ada masuk paper ituhari. Saja nak tengok reaksi diaorang. And so aku kasi lah Z keratan Kosmo! tuh. 

"Abang Tam, mana surat khabar tadi, nak baca jugak", Ani jerit dari dapur, masa tuh aku kat bilik. Dua tiga kali dia jerit gitu. Then aku terdengar suara dia bersembang sama mak. Terus aku berkejar ke dapur. Sampai terlondeh kain pelikat yang aku pakai tuh sebab nak cepat.

See, aku pun boleh menambah sesedap rasa cerita aku, biar nampak lebih dramatik kan?

Puas aku kasi signal kat Ani, takut mak terperasan, aku tak nak mak tahu pasal cerita dalam paper tuh. 

Lepas tuh aku terus ke kebun, membuat pemeriksaan. Banyak pulak cendawan yang tumbuh kat batas kacang, aku cabut satu-satu. Tolong sikit yer, jangan nak berkongsi kehidupan kat batas kacang aku, ok? Syukur betul Ani beli paip semalam tuh, memang ngam-ngam panjang keseluruhan paip yang disambung tiga tuh, memang memudahkan kerja menyiram. 

Aku tahu yang Ani ada terasa hati dengan a few statements dari adik beradik lain, itu yang diulang-ulangnya sesambil gelak, masa bersalam-salam sebelum diaorang bertolak balik ke Taiping. 

"Buat tak tahu jer lah, jangan mudah ambik hati benda kecik-kecik gitu", aku kata kat Ani. 

"Tak payah lah duit nih, semalang (semalam) awak dah beli paip, awak dah beli banyak benda lain", mak kata kat Ani bila Ani kasi mak duit.

"Mak, mak jangan cerita kat orang benda-benda gitu, kang besar jadinya kalau orang lain dengar mak cerita yang anak tu bagi ini, anak ini bagi itu. Saya ni jarang balik, itu jer lah yang saya boleh buat (kasi duit)", kata Ani.

"Benda kecik-kecik nih jangan cerita kat orang, kalau cakap korang (kat orang), besar jadinya. Sebenarnya kita nih tak ada masalah langsung, tapi benda-benda kecik gini nih yang buat huru hara nyeh (nya)", sempat aku mencelah, sesambil susun kerusi-kerusi kat 2 meja makan tuh. 

Apa yang aku sama Ani nak sampaikan kat mak, jangan banyak sangat mengadu atau bercerita benda-benda kecik kat orang lain (anak-anak). 

Ani hulur aku RM 100, rasnya untuk gaji bulan depan kot? Ekekeke. Aku kena mula berjimat dah nih sebab nanti bila sekolah dah bukak, jaranglah adik beradik aku yang balik, tak ada lah hasil pendapatan aku. Hehehhe

Bila semua dah balik, sunyi sepi jadinya rumah nih. Dan masa pun slow sangat berlalu. Kalau ramai dulu, aku jarang depan laptop tapi tadi, lepas Zohor aku tidur, then teruslah online. Ida ada hantar message kat semua, yang kitaorang kena fax/emailkan IC copy masing-masing sebab nak hantar ke Amanah Raya, pasal saham (arwah) pak kat Risda tu lah. 

Dulu masa kitaorang membongkar laci almari (arwah) pak, kitaorang ada terjumpa satu sijil saham nih, sejak tahun 50an lagi. Kompeni tuh dah tak ada dah, even nama kompeni tuh pun nama zaman-zaman penjajahan British dulu, aku pun lupa apa namanya, Tok Bahaman ker, Gajah Mada, tapi nama-nama zaman tok antan dulu lah. Share tuh (arwah) pak beli RM 100, harga zaman tuh. Pelik kitaorang sebab kat mana (arwah) pak dapat duit sebanyak itu sebab setahu kitaorang, gaji (arwah) pak zaman tu pun tah-tah tak sampai seratus ringgit. Anak ramai pulak tuh. Tapi zaman tuh (arwah) pak muda belia sangat lagi rasaya. Dah puas kitaorang check kat internet tapi sikit pun tak ada info pasal kompeni kayu balak tuh. Kebanyakan yang tengok sijil saham tuh semuanya kata, silap-silap berjuta harganya sekarang nih. My dad really was a wise man.

Aku sambung buat batas kat Zone 4, dapatlah 5 batas pendek so dah ada dalam 17 batas sekarang kat situ. Esok petang atau pagi Jumaat siaplah kot. Masalahnya kat situ dulu kawasan hutan, itu yang banyak tunggul-tunggul kayu, susah jugak nak menyangkul kat situ. 

Lepas tuh aku ke Zone 2 sebab nak merepih (mencangkul nipis-nipis) rumput di sekeliling batas. Sebenarnya tak payah buat pun ok sebab batas semuanya bersih, tak ada sehelai rumput pun yang aku benarkan menumpang hidup di batas kacang aku. Cuma kat keliling aje lah yang rumput tumbuh liar. Ituhari mak ada suruh aku merepih di situ tapi aku buat donno jer, aku nak concentrate buat batas kat Zone lain. Tapi baru nih mak ada kat Ani yang "rumput kat situ tak ada sapa nak merepih", so itu yang aku buat tuh. Malaslah aku benda-benda kecik macam tuh dijadikan issue jugak.

Sejam lebih aku menyiram harinih, aku siram semua Zone, batas yang baru ditanam kacang dua hari lepas pun aku siram pasal nampak kering berbongkah-bongkah jer tanahnya. 

Maman sama bayam yang kitaorang taburkan dekat 2 minggu lepas masih tak hidup-hidup, tak ada nampak macam nak tumbuh pun. Pasal apa hah? Tengoklah sesehari dua lagi nih, kalau siap batas di Zone 4, nak aku tanam dengan kacang jugak nanti kat kawasan tuh. Tembikai pun cuma ada berapa pokok jer yang nampak macam elok, yang lainnya semua dah koyak dan berlubang-lubang daunnya dimakan ulat.

Aku rasa best, rasa aman jer kerja sorang-sorang. Malam pun sama, tenang jer. Bukanlah aku tak suka bila ada yang balik. Lepas Maghrib hujan turun lebat. Gitulah gayanya story of my life, bila aku tak menyiram, tak pulak hujan. Bila aku betul-betul menyiram, hujan turun pualk. macamana pun semua tuh buatkan aku ingat yang betapa besarnya kuasa Tuhan.

Selasa - 25122012


Lepas breakfast roti canai aku terus keluar, harinih membaja kat Zone 3b, tempat kacang yang ditanam semalam tuh. Tak kisah ditabur baja kat batas macam tuh, tak payah nak tunggu pokok kacang tuh naik dulu baru nak ditaruk baja. Zone 3a dulu tuh tak sempat nak buat macam nih so nak tunggu seseminggu lagilah bari membaja kat situ. 

Tengah kerja tuh Ani datang, so apa lagi, sambung gossip semalam. Aku, sama Ida dengan Ani jer yang aku rasa comfortable kalau nak bergossip, aku tak rasa kekok nak confide in ker apa ker dengan adik aku dua orang nih. Dengan adik beradik lain aku tak comfortable sangat nak bercerita-cerita, aku will more pada dengar aje apa yang diceritakan. 

Tak ada apa lah sangat pun, benda remeh temeh jer sebenarnya, tapi diperbesar-besarkan, ditambah dengan lakunan-lakunan mantap, itu yang jadi macam besar jer masalah tuh. I let Ani know yang aku tak berapa faham apa pasal banyak benda nampak macam kecoh sedangkan aku, tuan punya diri, yang dengan sukarela menawarkan diri untuk duduk di kampung temankan mak, aku tak ada masalah pun. Yang masalahnya, orang lain. Banyak sangat drama di sebalik tabir nya. Cerita-cerita behind the scene tuh mengalahkan plot cerita sebenar. Yang mengharukannya lagi, hero sendiri tak tahu jalan cerita ekekekek

Sampai terkekeh-kekeh aku sama Ani bila bercerita. Sampai terkeluar airmata kitaorang berdua gelak bila Ani ceritakan pasal berita masa aku pergi Sembahyang Jumaat 2 minggu lepas. Kan ker aku pergi Sembahyang Jumaat jalan kaki? Hujan renyai-renyai masa tuh dan aku bawak payung. Biasalah kan? Rupanya lepas tuh mak talipun sana sini, Ida talipun Ani etc. Ani kata, Ida sampai terisak-isak menangis (dalam talipun), sampai tak dapat bercakap, sebab sedihnya dengar cerita aku yang terpaksa jalan kaki pergi sembahyang Jumaat.  Itu yang buat tak tahannya tuh, tu yang aku rasa lucu sangat. (Masa menulis nih pun aku terkekeh-kekeh gelak sampai keluar airmata)

Aku pelik, apa yang sedih sangatnya tuh? Aku selamba jer pergi Sembahyang Jumaat dulu tuh, walaupun ada terdetik di hati aku yang "Tuhan nak uji aku dengan turunkan hujan", dan aku ada fikir jugak yang sure mak akan bercerita kat sesiapa yang talipun, memberitahu keadaan. Aku tahu, mak memang memerhati aku, even masa aku di kebun pun aku boleh rasakan yang pergerakan aku diekori oleh anak mata. Tapi, tak lah aku sangka yang cerita mak tuh buat Ida sama Ani menangis sampai tak bersuara kat talipun ekekekke. Sure banyak perasa tambahan yang diadun sekali kan? Apa-apa lah, walaupun ada terdetik di hati aku yang baiknya, sensitifnya Ida dan Ani, sampai termenangis-nangis kan?

Banyaklah lagi benda yang kitaorang sembangkan tapi semuanya menjurus kepada masalah tu lah. Masalah apa? masalah itu lah. 

Oh btw, aku ada tercerita kat Ani pasal "konspirasi" dulu tuh. Oooppsss. Itu pun lepas Ani beritahu yang dulu masa mula-mula dia tahu yang aku akan duduk di kampung temankan mak, dia terfikir yang boleh ker aku "tahan", boleh ker aku "handle" semuanya. Aku beritahu dia yang jangan risau pasal aku, aku pandailah membawak dan memperbaiki diri, reti lah aku menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan semasa. Aku sendiri pun terperasan yang aku sekarang nih lebih sabar, sentiasa belajar jadi lebih humble.

Ida sekeluarga balik KL pagi nih, tinggallah Ani sekeluarga aje. Dan mak. Dan aku. Petang nih kitaorang ke Raub, saja melayan Iqbal yang beria sangat nak ajak jalan-jalan, dia pun dah tak ada kawan. 

Sepanjang hari hujan rintik-rintik, sekejap-sekejap gitu, so tak payah menyiramlah. Ani ada beli lagi segulung paip (30 m) so dengan paip sepanjang hampir 100 meter keseluruhannya tuh, senanglah sikit kerja aku nanti kalau nak menyiram. 

"Kalau tak menjadi lah kacang nih memang tak ada rezeki lah", aku kata gitu. Ani kata yang dia dah beritahu mak yang kalaulah kacang tuh tak berhasil, jangan nak salahkan sapa-sapa, memang tak ada rezeki. 

"Awak dah siap ker buat batas kat tepi anak sungai tu?", mak tanya aku.

"Belum lagi, baru ada tiga batas. Ada masa seminggu nak buat", aku kata gitu.

"Siap kan cepat-cepatlah, boleh kita terus tanam jer benih kacang nih", mak kata gitu.

"Minggu depanlah, kan ker nak selang seminggu?", aku jawab gitu.

Mak ada tanya Ani, apa yang kitaorang bincangkan pagi tadi, pandailah Ani menjawabnya, dia kata tak ada apa-apa pun. 

"Abang Tam tak ada kata dia tak ada duit ker?", mak aku tanya Ani.

Petang, membawa ke malam sungguhlah membosankan. Aku main badminton sama Iqbal, melayan dia main air kat sungai, sesambil aku buat batas. Dapatlah 10 batas pendek, yang aku rasa lagi dua hari (4 kali kerja) barulah siap semua batas di kawasan berbukit tuh. 

"Cuti ker?", tanya this one guy masa kat masjid.

"Tak, memang dah duduk sini dah", aku jawab.

"Awaklah yang lama duduk luar negara tu kan?", dia tanya lagi. 

"Ha ah", aku jawab gitu. nak jer tambah kata, "Ituhari kisah saya ada masuk dalam paper Kosmo!" hehehe

Lepas Isyak ke khenduri tahlil lagi. Aku baru terasa yang kalaulah aku ada kenderaan, akan jadi lebih bagus hidup aku, dapat berjemaah kat masjid, dapat pergi khenduri, dapat aku bermingle-mingle dengan orang kampung. Buat masa ini aku bergantung pada adik beradik yang balik kampung aje lah. Nanti bulan depan bila sekolah dah mula, sure dah jarang diaorang balik kan?

Ani ada cakap tadi yang by next month InsyaAllah, Nuar akan carikan kereta. Aku beritahu Ani yang jangan involvekan sangat diri dia pasal kereta, biar adik beradik aku yang masing-masing bergelar tokay dan ahli koperat aje yang memainkan peranan penting. 

Kitaorang saling mengingati diri yang sebab adik beradik ramai, surenya akan ada yang tersalah cakap yang akan buat ada yang terasa hati. So itu kena jaga-jaga. Aku beri contoh Ida yang aku rasa aku kena jaga sikit dari tersalah cakap ker apa ker, takut nanti dia kecik hati, atau pun letih sendiri dengan kerenah adik beradik lain. Sebab Ida lah yang banyak dan selalu ke sana ke sini, dia yang banyak involve dalam menangani masalah-masalah berbangkit. 

With all being said, aku beritahu Ani yang aku masih tak faham, apa masalah utamanya kitaorang nih sebenarnya? Sepatutnya aku, tuan punya diri yang mengoffer diri dengan sukarela untuk duduk di kampung temankan mak, sepatutnya kalau ada masalah, semuanya berpunca dari aku lah kan? Tapi, aku sikit pun tak ada masalah, sikit pun tak menimbulkan masalah. Tak ada pun buat-buat cerita, tak ada pun membesar-besarkan cerita. Tak ada pun aku memintak-mintak. Tak ada pun aku kenakan apa-apa syarat. 

So siapakah gerangannya itu yang membuatkan macam kitaorang sekeluarga ada masalah jer nih? 

Tuesday

Isnin - 24122012


Kalau masa ramai orang kat rumah, biasanya aku sambung semula tidur lepas Subuh, atau setakat baring-baring gitu. Mak kejutkan aku tadi, pukul 7-45, aku terlena rupanya. Mak suruh menanam kacang kat zone 3b, sementelah Ani sekeluarga masih ada di sini, bolehlah Z tolong-tolong aku. 

Pelik jugak aku sebab tanah basah sebab hujan renyai-renyai masih belum berhenti, apa pasal nak menanam jugak. Lagipun, belum pun seminggu kacang di Zone 3a ditanam, sedangkan kalau mengikut pla kitaorang dulu, 2 minggu lepas tuh baru ditanam kat Zone 3b.

Aku memang tak berapa suka kalau breakfast nasi goreng, itu pasal aku terus aje ke tempat nak menanam. Dah dapat sebatas aku menanam kacang, Z datang tolong menyangkul untuk buat lubang, then mak sama Ani pun datang nak tolong. 

"Ambik lah benih tuh, letak dalam bekas lain, boleh buat (bertanam) berdua. Cepat sikit siapnya", kata mak bila aku kasi Ani bekas yang berisi benih kacang.

"Rileks mak, rileks. Kita bukan ada nak kejar apa-apa, buat perlahan-lahan dah lah", aku kata gitu.

"Awak tak kan tak paham, mak memang gitu", kata Ani berbisik kat aku sesambil kitaorang tunduk menanam. 

"Tension aku, Ani. Tu sebab nya aku suka buat kerja sorang-sorang, aman sikit", aku berbisik gitu sesambil kaki aku menguis tanah nak tutup benih kacang yang ditanam tuh. 

"Laaa, buat jugak", kata Ani bila aku ambik bekas then isikan dengan benih kacang. 

Malas aku jawab, "Dah mak suruh", sebab masa tuh aku dah jauh sikit, dah kat kepala batas, kang mak terdengar pulak. Aku terfikir jugak, walaupun ada masanya aku macam nak protes, walaupun kadang tuh ada benda yang aku tak puas hati, tapi aku ikutkan jugak kata mak. Mak nak suruh buat kerja cepat-cepat, aku buatlah cepat-cepat. Cepat sikit kacang tu tumbuh nanti kan? Mak tak kasi aku buat banyak-banyak batas, aku tak buat.

Dah siap tuh (benih habis) terus aku ke kedai untuk breakfast. Masa tuh dalam pukul 10 pagi. Aku perasan yang banyak sungguh pajero, kereta-kereta kerajaan yang (Pejabat Daerah Raub, Pejabat Kesihatan Raub, JKR Raub etc) tersidai kat kedai-kedai makan kat situ. Kedua-dua kedai makan tuh penuh dengan orang-orang gomen, jauh berjalannya diaorang sampai ke kampung ini tempat diaorang melepak sedangkan berlambak kedai lain kat sekitar Raub yang jauhnya lebih kurang 20 km dari kampung nih. Aku buat donno jer dengan pakaian selekeh aku yang penuh tanah, berpeluh-peluh pulak tuh. Too bad kedai makcik tuh tak ada jual English newspaper, kalau tak sure aku kepitkan papers aje, biar tak nampak lekeh sangat. Too bad jugak tak ada orang call aku, kalau tak boleh jugak aku speaking London. Nak tayang kereta menjalar, aku tak ada kereta.

Ida ke Raub sama mak, menguruskan pasal nak menutup akaun (arwah) pak kat BSN. Tak selesai-selesai dari dulu, bermacam-macam procedures nya, berbagai-bagai dokumen yang dimintak. Dulu masa aku tutup akaun (arwah) pak kat Hong Leong, senang jer, tak sampai setengah jam dah dapat cek. Cek yang kitaorang ambik dari Cik Mat bapak sedara kitaorang semalam tuh, nampak gayanya kena dipulangkan semula ke Risda, atau Amanah Raya pasal kalau dimasukkan ke account BSN, lain pulak procedure nya nanti sebab kalau jumlah lebih dari RM 2000, lebih rumit caranya.

Duit pencen (arwah) pak dah distopkan dari dimasukkan ke BSN. Aku tak boleh imagine macamana siksanya kalau orang yang tak ada duit, yang harapkan duit pencen arwah yang meninggal, it takes months nak kasi settle semuanya. 
Nasib baiklah mak aku tak harapkan duit pencen tuh, untuk perbelanjaan harian. Aku tak nak ambik port sangat pasal benda-benda yang melibatkan duit nih, aku tak nak ambik tahu. Unless disuruh ambik tahu. Yer lah kan, aku duduk sama mak, mana lah tahu takut nanti ada yang kata aku nak ambik kesempatan pulak. Aku kena berfikir negatif gitu, kena elakkan daripada buat orang lain akan berfikir gitu. Aku macam dah patah hati dulu tuh, aku berfikiran baik tapi ada jugak yang memulang paku buah keras. Aku tak nak pisang berbuah dua kali, kalau kacang tanah berbuah banyak kali, that's ok with me. Dengan aku, once bitten twice shy, twice bitten forever shy lah alamatnya. Lagipun aku nih tak boleh diharap untuk ke sana sini sebab tak ada kenderaan. Lagipun aku nanti nak pergi jauh. Jauh.

Masa Ida sama Ani tengah makan, aku tengok diaorang sembang macam berbisik-bisik jer, muka pun serious aje, asyik toleh sana toleh sini aje bila bercakap. Bergossip lah tuh. So aku join jugak, saja nak tahu perkembangan semasa. 

"Laaa, aku ingat aku sorang jer yang perasan macam tu......", aku kata gitu.

"Abang Tam duuduk sini dah lama, kitaorang yang balik sekali sekala nih pun.......", kata Ida.

Aku rasa macam lega aje sebab selama ini aku ingatkan aku sorang jer yang fikir bukan-bukan, aku ingatkan aku nih anak yang teruk dan buruk perangainya. 

Don't get me wrong Dear Diary, mak aku is still number one tapi banyak benda-benda kecik yang merisau dan merimaskan aku. Aku teringat nasihat Teacher Intan kat Balqis dulu tuh, dia kata yang menjaga orang tua nih kena banyak bersabar, bukan kerja yang mudah. 

Aku terpaksa ikut pergi Raub ikut diaorang (lepas Zohor) sebab BSN nak kan Surat Beranak of one the children. Nasib baik aku dah pindah sini dan ada bawak Surat Beranak. 

Kitaorang singgah kejap kat kedai kacang Sempalit, nak beli lagi kacang tanah. Tokay tuh dah kenal aku so senang sikit nak deal. Tapi kacang tuh dijual RM 14 sekilo (dulu tuh RM 12) sebab kacang tuh lebih kering dari yang dulu tuh. Aku mintak tips dari tokay tuh macamana nak tanam, nak jaga kacang tuh. Nasib baiklah aku ada tulis semua tuh kat blog nih sebab tokay tuh kata aku kena catitkan bila tarikh aku tanam, tarikh membaja etc sebab kacang cuma boleh dicabut after 95 days. 

Aku tanya jugak kalau-kalau kitaorang boleh jual borong kacang-kacang kitaorang tuh nanti, InsyaAllah kalau kacang tuh menjadi. Tokay tuh kata ok, provided kacang tuh elok. Dan aku baru tahu yang (arwah) pak dulu jual kacang RM 6 sekilo pasal itu kacang basah, bukan kacang kering, so memang patutlah harga segitu. So kitaorang beli 5 kilo kacang tanah harimau tuh. 

Lepas tuh terus lah ke Raub, mula-mula ke mahkamah sebab nak buat surat sumpah, jugak nak mengesahkan borang dari BSN tuh. Tapi tak ada pegawai nya pulak, semua orang dah bercuti, so kitaorang ke Pesuruhjaya Sumpah aje. Ke Tabung Haji jugak, nak check status account mak, baki account (arwah) pak dah dimasukkan ke account Long. 

Lama jugak kat BSN, dan proses pemindahan account (arwah) pak ke account CIMB mak akan ambik masa sekurang-kurangnya sebulan. Aku tak akan terkejut kalau-kalau balance account tuh nanti kena dituntut kat Amanah Raya.

Mak jugak yang kata barang-barang dapur banyak yang tak ada, so Ida sama Z (suami Ani) singgahlah kat Tunas Maju untuk beli barang. Mak dah rimas dah sebab nak sembahyang Asar, aku yang tunggu sama mak dalam kereta, selamba jer. 

"Esok Pekan Sari Sungai Ruan, ikan murah-murah kat situ", kata mak bila Ida kata harga ikan bukan main mahalnya kat Tunas Maju tuh. 

"Mak, kita berdua jer yang tinggal, apa yang nak beli barang banyak sangat. Sabtu kan ker Pekan Sari? Esok deme eh (they all) nak balik pagi-pagi, tak kan nak suruh ke Pekan Sari pulak?", aku cakap gitu.

Sementara mak, Ida, Ani mengopek kacang, aku sediakan lubang kat batas-batas yang belum ditanam kacang. Then aku menanam, bila aku nak ambik lagi benih yang tak cukup, mak kata, "Aik, abis dah? Betul ker?". Ya Rabbi, aku sentapz!

Bukan apa, pagi tadi dah sekali macam tuh, mak ada tengok aku menanam, then bila habis benih tuh, mak aku siap kata, "Habis? Betul ker?". Sedangkan bekas benih yang dah kosong tuh ada depan aku. Dan petang tadi tuh, sebelum masuk rumah, aku dah agak dah, aku nak tengok, apa mak punya komen, bila aku nak ambik more benih bila benih dah habis. Aku dah siap nak jawab, "Mak nih tak pernah percaya cakap saya", tapi rasa macam kasar sangat. 

So bila sentapz tuh aku cuba buat cool, aku pandang Ida, pandang Ani (insan-insan yang mengerti), aku kata, "Dah luas tanah yang ditanam kacang, bukannya aku tak tahu nak tanam". Aku guna "aku" sebab aku bercakap kat Ida sama Ani. 

Lepas tuh aku macam terus tak ada mood nak buat apa-apa, lepas siapkan semua batas-batas, aku melayan anak sedara aku, diaorang nak main air anak sungai macam semalam. 

"Apa pasal Pak Itam termenung jer?", Izzat tanya aku. 

Maunya aku tak termenung, hari nih jer dah berapa kali aku macam berlaga angin dengan mak.Dulu-dulu sebelum balik kampung, ada aku tanya Ustaz, perihal orang-orang tua punya kerenah. Samada nak "layan" kan aje, atau nak "tegur mana yang patut". Ustaz tuh kata,  itu satu tanggungjawab kita untuk tegur, kalau ada benda-benda yang salah. Tapi cara tegur tuh kena jaga-jaga, takut nanti orang tua akan terasa hati yang boleh membawak pada jatuhnya derhaka. Adesss.

Lepas Isyak, aku, Z sama Izzat pergi khenduri tahlil, semalam ada orang kampung nih meninggal.

Monday

Ahad - 23122012


Aku rasa macam best jer awal pagi ini sebab the whole family makan sama sama, sesambil bersembang. Biasanya makan berperingkat-peringkat sebab ada yang sambung tidur, ada yang tengok tv etc. Tapi tadi sebab ramai yang nak balik, itu pasal awal pagi semuanya ada di dapur. Best rupanya makan nasi lemak yang masih panas, selama ini makan nasi lemak sejuk-sejuk. 

Nuar sama anak-anak, Idris (suami Ida) balik KL hari nih, Ani sekeluarga ke KL jugak sebab ada jemputan kawin, malam nanti balik semula ke Raub. Nuar kasi RM 100, dia suruh Iqbal yang kasi pada aku. Dengan rela hati aku ambik. Tiap kali adik beradik aku kasi duit, aku beritahu mak, tak pernah aku diamkan aje. Dulu, masa mula-mula dulu, ada aku kata, "Mak, Ani ada bagi saya RM 200". "Syukur Alhamdulillah", kata mak aku. Aku suka mengkhabarkan berita kebaikan adik beradik aku, biar mak aku pun rasa seronok dan sedap hati.

Aku ajak Lukman sama Iqbal (2 orang jer anak sedara aku yang tinggal) tolong aku menyiram kacang/sawi. Aku terpaksa letak tong dan penuhkan dengan air, sebab paip air tuh tak sampai ke hujung sana tuh. Anak-anak kacang kat Zone 3a dah mula menampakkan muka, dah mula tumbuh. Ada yang dah pecah dah kacangnya, kira macam pecah dara lah gitu kaedahnya. 


Siksa jugak nak menyiram guna penyiram plastik tuh sebab terpaksa ulang alik nak mencedok air. Untuk Zone 3a tuh, dalam 20 kali kena ulang alik. Zone 3b nanti pun dalam 30 kali kena ulang alik. Nampak gayanya tak terkejar aku nak buat kerja nanti nih once kacang tuh dah besar. Mana nak mencabut rumput, nak meyiram, nak kambuskan pangkal pokok, banyak kerjanya tuh. 

Cadangnya nak megeteh sebagai upah diaorang tolong aku menyiram (tak buat apa pun, takat main simbah-simbah air) tapi kedai tutup, so belanjakan diaorang aiskrim sama KitKat ajelah. Sampai 10 batang sorang. Budak-budak sekarang, bukan tamak tapi memikirkan masa depan. Untuk bekalan waktu tengahari, waktu petang. 

Masa belek-belek Kosmo Ahad, aku terperasan ada gambar Buffalo federal detention facility, batavia, New York, tempat aku ditahan dulu tuh, bila baca tajuk, 10 Tahun Merempat Di AS, terus aku tahu yang itulah dia kisah aku yang aku ceritakan masa diinterview oleh wartawan Kosmo dulu tuh.

Berdebar jugak aku mulanya sebab aku tak nak kalau-kalau apa yang ditulis tuh berlainan dengan apa yang aku ceritakan. Nak tergelak pulak bila nama aku ditukar jadi Rashid (untuk protect identiti lah tu) Apa yang aku boleh kata, jalan cerita ok, tapi details nya banyak yang tak berapa betul. Aku tak blame wartawan tuh sebab dia bukannya baca sangat pun blog aku, setakat tahu sikit-sikit dan masa interview dulu tuh berterabur aku cerita, yang kalau aku sendiri aku akan hilang pangkal dan punca cerita. Macamana pun aku respek kat wartawan tuh pasal dari tulisan dia tuh aku tahu yang dia nih memang seorang wartawan yang bagus. Dan aku bersyukur bebanyak sebab url blog aku tak dipublishkan, infact tak ada pun disebut pasal blog, kat dalam artikel tuh. 

So teruslah aku sorok paper Kosmo! tuh, walaupun mulanya ada aku panggil Ida nak tunjukkan artikel tuh sebab dulu aku ada beritahu dia pasal interview tuh. Tapi, nasib baik Ida tak dengar aku panggil dia. Aku tak nak lah adik beradik aku baca artikel tuh, tapi kalau diaorang terjumpa sendiri, atau nak baca, aku ada simpan.

Aku tidur sekejap lepas Zohor, bila aku bangun, aku tengok tak ada pun lauk pauk untuk makan tengahari. Biasanya by 12 dah siap semuanya. Tapi bahan-bahan untuk dimasak memang siap sedia semuanya, dengan ayam yang dipotong kecil-kecil, sayur yang dah disiang, rempah ratusnya semua dah ada. Tak kan tak ada gas kot, semalam baru aku tukarkan tong gas. Kat dapur pun tak ada orang, semua orang tidur. Gila peliknya aku tapi aku senyapkan aje lah, last-last aku makan nasi lemak belen pagi tadi. Sesambil tuh ada aku terfikir, yang aku tak heran pun dengan berita macam dalam paper yang selalu aku baca, ada suami, anak-anak yang mengamuk, sampai berbunuh-bunuh kadang tuh gara-gara tak disediakan lauk. I know the feeling, aku dapat rasakannya tadi tuh, walaupun aku tak ada lah sampai ke tahap itu. Kalaulah restoran kat kampung nih bukak hari Ahad, dah aku pergi makan kat situ dah tadi tuh. 

Petang nih malas sangat aku buat apa-apa, takat pikul cangkul jer ke sana sini, dapatlah satu batas pendek. Selebihnya aku melayan anak sedara main air, mengharung anak sungai tuh sampai jauh di kuala.