Tuesday

Isnin - 24122012


Kalau masa ramai orang kat rumah, biasanya aku sambung semula tidur lepas Subuh, atau setakat baring-baring gitu. Mak kejutkan aku tadi, pukul 7-45, aku terlena rupanya. Mak suruh menanam kacang kat zone 3b, sementelah Ani sekeluarga masih ada di sini, bolehlah Z tolong-tolong aku. 

Pelik jugak aku sebab tanah basah sebab hujan renyai-renyai masih belum berhenti, apa pasal nak menanam jugak. Lagipun, belum pun seminggu kacang di Zone 3a ditanam, sedangkan kalau mengikut pla kitaorang dulu, 2 minggu lepas tuh baru ditanam kat Zone 3b.

Aku memang tak berapa suka kalau breakfast nasi goreng, itu pasal aku terus aje ke tempat nak menanam. Dah dapat sebatas aku menanam kacang, Z datang tolong menyangkul untuk buat lubang, then mak sama Ani pun datang nak tolong. 

"Ambik lah benih tuh, letak dalam bekas lain, boleh buat (bertanam) berdua. Cepat sikit siapnya", kata mak bila aku kasi Ani bekas yang berisi benih kacang.

"Rileks mak, rileks. Kita bukan ada nak kejar apa-apa, buat perlahan-lahan dah lah", aku kata gitu.

"Awak tak kan tak paham, mak memang gitu", kata Ani berbisik kat aku sesambil kitaorang tunduk menanam. 

"Tension aku, Ani. Tu sebab nya aku suka buat kerja sorang-sorang, aman sikit", aku berbisik gitu sesambil kaki aku menguis tanah nak tutup benih kacang yang ditanam tuh. 

"Laaa, buat jugak", kata Ani bila aku ambik bekas then isikan dengan benih kacang. 

Malas aku jawab, "Dah mak suruh", sebab masa tuh aku dah jauh sikit, dah kat kepala batas, kang mak terdengar pulak. Aku terfikir jugak, walaupun ada masanya aku macam nak protes, walaupun kadang tuh ada benda yang aku tak puas hati, tapi aku ikutkan jugak kata mak. Mak nak suruh buat kerja cepat-cepat, aku buatlah cepat-cepat. Cepat sikit kacang tu tumbuh nanti kan? Mak tak kasi aku buat banyak-banyak batas, aku tak buat.

Dah siap tuh (benih habis) terus aku ke kedai untuk breakfast. Masa tuh dalam pukul 10 pagi. Aku perasan yang banyak sungguh pajero, kereta-kereta kerajaan yang (Pejabat Daerah Raub, Pejabat Kesihatan Raub, JKR Raub etc) tersidai kat kedai-kedai makan kat situ. Kedua-dua kedai makan tuh penuh dengan orang-orang gomen, jauh berjalannya diaorang sampai ke kampung ini tempat diaorang melepak sedangkan berlambak kedai lain kat sekitar Raub yang jauhnya lebih kurang 20 km dari kampung nih. Aku buat donno jer dengan pakaian selekeh aku yang penuh tanah, berpeluh-peluh pulak tuh. Too bad kedai makcik tuh tak ada jual English newspaper, kalau tak sure aku kepitkan papers aje, biar tak nampak lekeh sangat. Too bad jugak tak ada orang call aku, kalau tak boleh jugak aku speaking London. Nak tayang kereta menjalar, aku tak ada kereta.

Ida ke Raub sama mak, menguruskan pasal nak menutup akaun (arwah) pak kat BSN. Tak selesai-selesai dari dulu, bermacam-macam procedures nya, berbagai-bagai dokumen yang dimintak. Dulu masa aku tutup akaun (arwah) pak kat Hong Leong, senang jer, tak sampai setengah jam dah dapat cek. Cek yang kitaorang ambik dari Cik Mat bapak sedara kitaorang semalam tuh, nampak gayanya kena dipulangkan semula ke Risda, atau Amanah Raya pasal kalau dimasukkan ke account BSN, lain pulak procedure nya nanti sebab kalau jumlah lebih dari RM 2000, lebih rumit caranya.

Duit pencen (arwah) pak dah distopkan dari dimasukkan ke BSN. Aku tak boleh imagine macamana siksanya kalau orang yang tak ada duit, yang harapkan duit pencen arwah yang meninggal, it takes months nak kasi settle semuanya. 
Nasib baiklah mak aku tak harapkan duit pencen tuh, untuk perbelanjaan harian. Aku tak nak ambik port sangat pasal benda-benda yang melibatkan duit nih, aku tak nak ambik tahu. Unless disuruh ambik tahu. Yer lah kan, aku duduk sama mak, mana lah tahu takut nanti ada yang kata aku nak ambik kesempatan pulak. Aku kena berfikir negatif gitu, kena elakkan daripada buat orang lain akan berfikir gitu. Aku macam dah patah hati dulu tuh, aku berfikiran baik tapi ada jugak yang memulang paku buah keras. Aku tak nak pisang berbuah dua kali, kalau kacang tanah berbuah banyak kali, that's ok with me. Dengan aku, once bitten twice shy, twice bitten forever shy lah alamatnya. Lagipun aku nih tak boleh diharap untuk ke sana sini sebab tak ada kenderaan. Lagipun aku nanti nak pergi jauh. Jauh.

Masa Ida sama Ani tengah makan, aku tengok diaorang sembang macam berbisik-bisik jer, muka pun serious aje, asyik toleh sana toleh sini aje bila bercakap. Bergossip lah tuh. So aku join jugak, saja nak tahu perkembangan semasa. 

"Laaa, aku ingat aku sorang jer yang perasan macam tu......", aku kata gitu.

"Abang Tam duuduk sini dah lama, kitaorang yang balik sekali sekala nih pun.......", kata Ida.

Aku rasa macam lega aje sebab selama ini aku ingatkan aku sorang jer yang fikir bukan-bukan, aku ingatkan aku nih anak yang teruk dan buruk perangainya. 

Don't get me wrong Dear Diary, mak aku is still number one tapi banyak benda-benda kecik yang merisau dan merimaskan aku. Aku teringat nasihat Teacher Intan kat Balqis dulu tuh, dia kata yang menjaga orang tua nih kena banyak bersabar, bukan kerja yang mudah. 

Aku terpaksa ikut pergi Raub ikut diaorang (lepas Zohor) sebab BSN nak kan Surat Beranak of one the children. Nasib baik aku dah pindah sini dan ada bawak Surat Beranak. 

Kitaorang singgah kejap kat kedai kacang Sempalit, nak beli lagi kacang tanah. Tokay tuh dah kenal aku so senang sikit nak deal. Tapi kacang tuh dijual RM 14 sekilo (dulu tuh RM 12) sebab kacang tuh lebih kering dari yang dulu tuh. Aku mintak tips dari tokay tuh macamana nak tanam, nak jaga kacang tuh. Nasib baiklah aku ada tulis semua tuh kat blog nih sebab tokay tuh kata aku kena catitkan bila tarikh aku tanam, tarikh membaja etc sebab kacang cuma boleh dicabut after 95 days. 

Aku tanya jugak kalau-kalau kitaorang boleh jual borong kacang-kacang kitaorang tuh nanti, InsyaAllah kalau kacang tuh menjadi. Tokay tuh kata ok, provided kacang tuh elok. Dan aku baru tahu yang (arwah) pak dulu jual kacang RM 6 sekilo pasal itu kacang basah, bukan kacang kering, so memang patutlah harga segitu. So kitaorang beli 5 kilo kacang tanah harimau tuh. 

Lepas tuh terus lah ke Raub, mula-mula ke mahkamah sebab nak buat surat sumpah, jugak nak mengesahkan borang dari BSN tuh. Tapi tak ada pegawai nya pulak, semua orang dah bercuti, so kitaorang ke Pesuruhjaya Sumpah aje. Ke Tabung Haji jugak, nak check status account mak, baki account (arwah) pak dah dimasukkan ke account Long. 

Lama jugak kat BSN, dan proses pemindahan account (arwah) pak ke account CIMB mak akan ambik masa sekurang-kurangnya sebulan. Aku tak akan terkejut kalau-kalau balance account tuh nanti kena dituntut kat Amanah Raya.

Mak jugak yang kata barang-barang dapur banyak yang tak ada, so Ida sama Z (suami Ani) singgahlah kat Tunas Maju untuk beli barang. Mak dah rimas dah sebab nak sembahyang Asar, aku yang tunggu sama mak dalam kereta, selamba jer. 

"Esok Pekan Sari Sungai Ruan, ikan murah-murah kat situ", kata mak bila Ida kata harga ikan bukan main mahalnya kat Tunas Maju tuh. 

"Mak, kita berdua jer yang tinggal, apa yang nak beli barang banyak sangat. Sabtu kan ker Pekan Sari? Esok deme eh (they all) nak balik pagi-pagi, tak kan nak suruh ke Pekan Sari pulak?", aku cakap gitu.

Sementara mak, Ida, Ani mengopek kacang, aku sediakan lubang kat batas-batas yang belum ditanam kacang. Then aku menanam, bila aku nak ambik lagi benih yang tak cukup, mak kata, "Aik, abis dah? Betul ker?". Ya Rabbi, aku sentapz!

Bukan apa, pagi tadi dah sekali macam tuh, mak ada tengok aku menanam, then bila habis benih tuh, mak aku siap kata, "Habis? Betul ker?". Sedangkan bekas benih yang dah kosong tuh ada depan aku. Dan petang tadi tuh, sebelum masuk rumah, aku dah agak dah, aku nak tengok, apa mak punya komen, bila aku nak ambik more benih bila benih dah habis. Aku dah siap nak jawab, "Mak nih tak pernah percaya cakap saya", tapi rasa macam kasar sangat. 

So bila sentapz tuh aku cuba buat cool, aku pandang Ida, pandang Ani (insan-insan yang mengerti), aku kata, "Dah luas tanah yang ditanam kacang, bukannya aku tak tahu nak tanam". Aku guna "aku" sebab aku bercakap kat Ida sama Ani. 

Lepas tuh aku macam terus tak ada mood nak buat apa-apa, lepas siapkan semua batas-batas, aku melayan anak sedara aku, diaorang nak main air anak sungai macam semalam. 

"Apa pasal Pak Itam termenung jer?", Izzat tanya aku. 

Maunya aku tak termenung, hari nih jer dah berapa kali aku macam berlaga angin dengan mak.Dulu-dulu sebelum balik kampung, ada aku tanya Ustaz, perihal orang-orang tua punya kerenah. Samada nak "layan" kan aje, atau nak "tegur mana yang patut". Ustaz tuh kata,  itu satu tanggungjawab kita untuk tegur, kalau ada benda-benda yang salah. Tapi cara tegur tuh kena jaga-jaga, takut nanti orang tua akan terasa hati yang boleh membawak pada jatuhnya derhaka. Adesss.

Lepas Isyak, aku, Z sama Izzat pergi khenduri tahlil, semalam ada orang kampung nih meninggal.