Monday

Ahad - 23122012


Aku rasa macam best jer awal pagi ini sebab the whole family makan sama sama, sesambil bersembang. Biasanya makan berperingkat-peringkat sebab ada yang sambung tidur, ada yang tengok tv etc. Tapi tadi sebab ramai yang nak balik, itu pasal awal pagi semuanya ada di dapur. Best rupanya makan nasi lemak yang masih panas, selama ini makan nasi lemak sejuk-sejuk. 

Nuar sama anak-anak, Idris (suami Ida) balik KL hari nih, Ani sekeluarga ke KL jugak sebab ada jemputan kawin, malam nanti balik semula ke Raub. Nuar kasi RM 100, dia suruh Iqbal yang kasi pada aku. Dengan rela hati aku ambik. Tiap kali adik beradik aku kasi duit, aku beritahu mak, tak pernah aku diamkan aje. Dulu, masa mula-mula dulu, ada aku kata, "Mak, Ani ada bagi saya RM 200". "Syukur Alhamdulillah", kata mak aku. Aku suka mengkhabarkan berita kebaikan adik beradik aku, biar mak aku pun rasa seronok dan sedap hati.

Aku ajak Lukman sama Iqbal (2 orang jer anak sedara aku yang tinggal) tolong aku menyiram kacang/sawi. Aku terpaksa letak tong dan penuhkan dengan air, sebab paip air tuh tak sampai ke hujung sana tuh. Anak-anak kacang kat Zone 3a dah mula menampakkan muka, dah mula tumbuh. Ada yang dah pecah dah kacangnya, kira macam pecah dara lah gitu kaedahnya. 


Siksa jugak nak menyiram guna penyiram plastik tuh sebab terpaksa ulang alik nak mencedok air. Untuk Zone 3a tuh, dalam 20 kali kena ulang alik. Zone 3b nanti pun dalam 30 kali kena ulang alik. Nampak gayanya tak terkejar aku nak buat kerja nanti nih once kacang tuh dah besar. Mana nak mencabut rumput, nak meyiram, nak kambuskan pangkal pokok, banyak kerjanya tuh. 

Cadangnya nak megeteh sebagai upah diaorang tolong aku menyiram (tak buat apa pun, takat main simbah-simbah air) tapi kedai tutup, so belanjakan diaorang aiskrim sama KitKat ajelah. Sampai 10 batang sorang. Budak-budak sekarang, bukan tamak tapi memikirkan masa depan. Untuk bekalan waktu tengahari, waktu petang. 

Masa belek-belek Kosmo Ahad, aku terperasan ada gambar Buffalo federal detention facility, batavia, New York, tempat aku ditahan dulu tuh, bila baca tajuk, 10 Tahun Merempat Di AS, terus aku tahu yang itulah dia kisah aku yang aku ceritakan masa diinterview oleh wartawan Kosmo dulu tuh.

Berdebar jugak aku mulanya sebab aku tak nak kalau-kalau apa yang ditulis tuh berlainan dengan apa yang aku ceritakan. Nak tergelak pulak bila nama aku ditukar jadi Rashid (untuk protect identiti lah tu) Apa yang aku boleh kata, jalan cerita ok, tapi details nya banyak yang tak berapa betul. Aku tak blame wartawan tuh sebab dia bukannya baca sangat pun blog aku, setakat tahu sikit-sikit dan masa interview dulu tuh berterabur aku cerita, yang kalau aku sendiri aku akan hilang pangkal dan punca cerita. Macamana pun aku respek kat wartawan tuh pasal dari tulisan dia tuh aku tahu yang dia nih memang seorang wartawan yang bagus. Dan aku bersyukur bebanyak sebab url blog aku tak dipublishkan, infact tak ada pun disebut pasal blog, kat dalam artikel tuh. 

So teruslah aku sorok paper Kosmo! tuh, walaupun mulanya ada aku panggil Ida nak tunjukkan artikel tuh sebab dulu aku ada beritahu dia pasal interview tuh. Tapi, nasib baik Ida tak dengar aku panggil dia. Aku tak nak lah adik beradik aku baca artikel tuh, tapi kalau diaorang terjumpa sendiri, atau nak baca, aku ada simpan.

Aku tidur sekejap lepas Zohor, bila aku bangun, aku tengok tak ada pun lauk pauk untuk makan tengahari. Biasanya by 12 dah siap semuanya. Tapi bahan-bahan untuk dimasak memang siap sedia semuanya, dengan ayam yang dipotong kecil-kecil, sayur yang dah disiang, rempah ratusnya semua dah ada. Tak kan tak ada gas kot, semalam baru aku tukarkan tong gas. Kat dapur pun tak ada orang, semua orang tidur. Gila peliknya aku tapi aku senyapkan aje lah, last-last aku makan nasi lemak belen pagi tadi. Sesambil tuh ada aku terfikir, yang aku tak heran pun dengan berita macam dalam paper yang selalu aku baca, ada suami, anak-anak yang mengamuk, sampai berbunuh-bunuh kadang tuh gara-gara tak disediakan lauk. I know the feeling, aku dapat rasakannya tadi tuh, walaupun aku tak ada lah sampai ke tahap itu. Kalaulah restoran kat kampung nih bukak hari Ahad, dah aku pergi makan kat situ dah tadi tuh. 

Petang nih malas sangat aku buat apa-apa, takat pikul cangkul jer ke sana sini, dapatlah satu batas pendek. Selebihnya aku melayan anak sedara main air, mengharung anak sungai tuh sampai jauh di kuala.