Friday

Khamis - 27122012


Walaupun semalam tidur lewat sebab tengok tv, Globe Trekker: Peru, tapi awal jugak aku bangun tadi, pukul 5. Alhamdulillah aku berjaya melawan bisikan-bisikan setan yang menghalang aku dari bangun. Memang tiap malam aku akan terjaga awal tapi tak pernahnya aku akan bangun sebelum betul-betul masuk waktu Subuh. "Tak payah sembahyang Tahajjud, berzikir sesambil baring pun ok kot?", itu yang selalu dibisikkan kat pemikiran aku. Tapi pagi tadi aku berjaya melawan bisikan-bisikan macam tuh. Hopefully hari-hari akan datang aku akan bangun pagi jugaklah. Dah tua-tua nih, tak boleh layan tidur beria sangat, kan?

Aku rasa nak turun ke kebun awal sikit so itu yang pagi-pagi lagi aku ke kedai nak beli nasi kerabu untuk mak, hajat aku nak mengeteh sekali. Depan kedai runcit tuh aku nampak ada Proton yang plate number Johor, rasa macam familiar jer nombor tuh. Rupa-rupanya bapak dan mak sedar aku baru sampai dari Johor, diaorang tengah breakfast kat situ sebab rumah yang nak dituju (mak sedara) sure belum prepare breakfast lagi. Weekend nih 2 orang sepupu aku akan kawin, dibuat kat Dewan Serbaguna Simpang Kallang.

So apa lagi, bersembang lah sama Pak Andak dan Mak Andak. Selama ini aku belum pernah sembang sama diaorang heavy-heavy, takat sembang biasa-biasa, sesekejap gitu pernah lah, masa balik Raya for example. 

Aku suka Pak Andak sama Mak Andak nih, Pak Andak especially, he's very open and simple. Dia nih adik mak, ramai orang lain (keluarga) kalau nak bercerita apa-apa, memang dengan Pak Andak sebab dia sensible, boleh dipercaya, senang diajak berunding. Bukan bererti orang lain tak bagus tapi senang cakaplah, Pak Andak nih memang bagus. And so aku ceritalah sikit pasal keadaan aku sejak duduk kampung, aku rasa comfortable gitu bila bercerita. Tak adalah aku mengadu ker apa-apa, cuma bertukar-tukar pendapat, dengan orang yang berpengalaman. 

"Entah-entah seseminggu jer awak duduk sini, lepas tuh awak cabut", kata Mak Andak.

"Dah sebulan dah, Mak Andak. Ramai jugak orang yang rasa saya tak akan lama kat kampung, itu buat saya jadi lagi bersemangat nak duduk selama boleh", aku kata gitu.

Dan bila rasa dah selesa sikit tuh, mulalah aku tercerita yang lebih details. Sesambil gelak-gelak.

"Gini...", kata Pak Andak. "Mak awak tuh tak dapat terima hakikat yang awak duduk kampung tak bekerja. Dia tak sanggup nak menengok keadaan awak yang lain dari dulu. Dulu awak ada kereta, ada rumah, ada duit, kerja bagus. Sekarang ni awak dah macam terbalik 360 darjah. Itu puncanya", kata Pak Andak lagi.

"Habis saya nak buat macamana? Saya selamba jer, saya tak rasa apa-apa, cuma saya pelik apa pasal orang lain tak boleh terima hakikat macam tu", aku jawab gitu.

"Tak ada penyelesaiannya selagi dia tak sedar sendiri. Mentaliti orang kita gitulah. Dia nak awak kerja, kerja mende-mendelah, kerja Majlis Daerah ker, asalkan awak kerja. Kalau awak tak kerja nih, itu masalah besar sangat bagi dia", kata Pak Andak.

"Mak awak akan sentiasa ingat balik yang awak dulu hidup senang. Itu yang dia tak boleh terima tu. Pikiran dia jadi serabut, percayalah cakap Pak Andak", kata Pak Andak lagi.

"Ker mak malu dengan adik beradik mak, dengan orang kampung?", aku tanya gitu sambil kasi a few contohs hasil pengamatan aku.

"Itu belum lagi mak awak sakit. Kalau sakit nanti, awak kena sabar jer lah", tambah Mak Andak. So kitaorang bersembang pasal tuh. Dan banyak lagi lah benda-benda dan issue lain yang kitaorang sembangkan.

"Tapi InsyaAllah saya akan ada duit nanti, itu yang saya buat macam selamba jer ni. Memang sekarang saya tak ada duit tapi dalam sesetahun nanti InsyaAllah saya akan ada duit, ha, masa tu lah saya nak fikir pasal nak kawin ker, nak buat apa-apa", aku kata gitu.

"Awak cakaplah awak akan ada duit sebanyak mana, tak kan ada orang percaya nya lah. Orang tengok sekarang ni, sekarang ni awak tak ada duit, tak kerja, orang tak pandang awak. Awak menyusah ker orang jer", kata Pak Andak.

Banyak tips yang aku dapat dari Pak Andak sama Mak Andak, kitaorang cerita sambil gelak-gelak most of the time bila Pak Andak banyak relatekan dengan kisah masa (arwah) wan aku dulu. 

"Teruk kerjanya jaga orang tua nih, awak kena bersedia dari sekarang, awak kena banyak bersabar. Itu tahan mak awak sihat, tak tua sangat lagi. Tengok nanti bila mak awak dah nyanyuk, mampus awak. Tak tahannya lah", kata Pak Andak sambil senyum.

Tak sedar, sejam lebih kitaorang bersembang. Nasib baik aku bawak duit lebih sikit, cukup untuk bayar harga minuman/makanan kitaorang. Balik aje terus aku ke kebun, Mak Andak bersembang sama mak, tak lama lepas tuh Pak Andak ikut aku ke kebun. Terus tak jadi kerja lah sebab asyik bersembang aje. Banyak nasihat yang dia kasi. Aku kena banyak sabar, aku kena layan jer kerenah mak sebab memang akan jadi gitu lah perangai orang tua bila cicah peringkat umur macam mak, aku dan adik beradik lain kena sekepala. 

"Awak kena ingat, awak sekarang ni macam garam. Kalau dulu awak macam gula, bila macam gula tuh banyak jer semut mengikut awak. Tapi awak jadi garam nih, tak ada sapa nak pandang awak", kata Pak Andak. Adess, bisanya.

"Ini mak awak tengok awak menyangkul nih, tentu dia sedih. Lepas tu kalau Pak Andak tambah-tambah lagi kata, "kesian tengok awak menyangkul", boleh menangis mak awak tu", kata Pak Andak sebelum dia balik ke rumah sebab nak pergi rumah mak sedara aku yang lain.

Tengahari sampai ke petang sampai ke malam, moyok jer aku sebab internet connection tak ada. itu yang aku mengemaskinikan data-data pasal penanaman kacang tanah tuh, aku pun dah macam terconfused nih, aku rasa aku selalu tertukar mana Zone 1 mana Zone 2. Dan mak suruh aku buat batas antara batas-batas di Zone 1 sama Zone 2 tuh sebab jarak antara satu batas ke batas yang lain tuh macam luas aje. So aku kena siapkan batas di Zone 4 sekalilah. Nampak gayanya berterabur sikit jadual penanaman seterusnya sebab kat kawasan yang dulu ditabur benih maman sama bayam tu pun nak ditanam kacang jugak.