Kalau ada adik beradik lain yang balik, aku tidur kat bilik, aku bawak laptop kat bilik. Kalau aku dengan mak aje, aku tidur kat ruang tamu, sebelah bilik mak, dan aku online kat one of the mejas kat dapur.
Pagi nih, lepas Subuh aku tak online pun, aku ke dapur, sembang-sembang sama Ani yang tengah memasak for breakfast, dan Z. Ani sekeluarga jarang balik dan diaorang pun dah nak berangkat pagi nih, dan aku pun rasa close dengan dia, so tak heranlah bila aku tercerita kat diaorang pasal kisah aku ada masuk paper ituhari. Saja nak tengok reaksi diaorang. And so aku kasi lah Z keratan Kosmo! tuh.
"Abang Tam, mana surat khabar tadi, nak baca jugak", Ani jerit dari dapur, masa tuh aku kat bilik. Dua tiga kali dia jerit gitu. Then aku terdengar suara dia bersembang sama mak. Terus aku berkejar ke dapur. Sampai terlondeh kain pelikat yang aku pakai tuh sebab nak cepat.
See, aku pun boleh menambah sesedap rasa cerita aku, biar nampak lebih dramatik kan?
Puas aku kasi signal kat Ani, takut mak terperasan, aku tak nak mak tahu pasal cerita dalam paper tuh.
Lepas tuh aku terus ke kebun, membuat pemeriksaan. Banyak pulak cendawan yang tumbuh kat batas kacang, aku cabut satu-satu. Tolong sikit yer, jangan nak berkongsi kehidupan kat batas kacang aku, ok? Syukur betul Ani beli paip semalam tuh, memang ngam-ngam panjang keseluruhan paip yang disambung tiga tuh, memang memudahkan kerja menyiram.
Aku tahu yang Ani ada terasa hati dengan a few statements dari adik beradik lain, itu yang diulang-ulangnya sesambil gelak, masa bersalam-salam sebelum diaorang bertolak balik ke Taiping.
"Buat tak tahu jer lah, jangan mudah ambik hati benda kecik-kecik gitu", aku kata kat Ani.
"Tak payah lah duit nih, semalang (semalam) awak dah beli paip, awak dah beli banyak benda lain", mak kata kat Ani bila Ani kasi mak duit.
"Mak, mak jangan cerita kat orang benda-benda gitu, kang besar jadinya kalau orang lain dengar mak cerita yang anak tu bagi ini, anak ini bagi itu. Saya ni jarang balik, itu jer lah yang saya boleh buat (kasi duit)", kata Ani.
"Benda kecik-kecik nih jangan cerita kat orang, kalau cakap korang (kat orang), besar jadinya. Sebenarnya kita nih tak ada masalah langsung, tapi benda-benda kecik gini nih yang buat huru hara nyeh (nya)", sempat aku mencelah, sesambil susun kerusi-kerusi kat 2 meja makan tuh.
Apa yang aku sama Ani nak sampaikan kat mak, jangan banyak sangat mengadu atau bercerita benda-benda kecik kat orang lain (anak-anak).
Ani hulur aku RM 100, rasnya untuk gaji bulan depan kot? Ekekeke. Aku kena mula berjimat dah nih sebab nanti bila sekolah dah bukak, jaranglah adik beradik aku yang balik, tak ada lah hasil pendapatan aku. Hehehhe
Bila semua dah balik, sunyi sepi jadinya rumah nih. Dan masa pun slow sangat berlalu. Kalau ramai dulu, aku jarang depan laptop tapi tadi, lepas Zohor aku tidur, then teruslah online. Ida ada hantar message kat semua, yang kitaorang kena fax/emailkan IC copy masing-masing sebab nak hantar ke Amanah Raya, pasal saham (arwah) pak kat Risda tu lah.
Dulu masa kitaorang membongkar laci almari (arwah) pak, kitaorang ada terjumpa satu sijil saham nih, sejak tahun 50an lagi. Kompeni tuh dah tak ada dah, even nama kompeni tuh pun nama zaman-zaman penjajahan British dulu, aku pun lupa apa namanya, Tok Bahaman ker, Gajah Mada, tapi nama-nama zaman tok antan dulu lah. Share tuh (arwah) pak beli RM 100, harga zaman tuh. Pelik kitaorang sebab kat mana (arwah) pak dapat duit sebanyak itu sebab setahu kitaorang, gaji (arwah) pak zaman tu pun tah-tah tak sampai seratus ringgit. Anak ramai pulak tuh. Tapi zaman tuh (arwah) pak muda belia sangat lagi rasaya. Dah puas kitaorang check kat internet tapi sikit pun tak ada info pasal kompeni kayu balak tuh. Kebanyakan yang tengok sijil saham tuh semuanya kata, silap-silap berjuta harganya sekarang nih. My dad really was a wise man.
Aku sambung buat batas kat Zone 4, dapatlah 5 batas pendek so dah ada dalam 17 batas sekarang kat situ. Esok petang atau pagi Jumaat siaplah kot. Masalahnya kat situ dulu kawasan hutan, itu yang banyak tunggul-tunggul kayu, susah jugak nak menyangkul kat situ.
Lepas tuh aku ke Zone 2 sebab nak merepih (mencangkul nipis-nipis) rumput di sekeliling batas. Sebenarnya tak payah buat pun ok sebab batas semuanya bersih, tak ada sehelai rumput pun yang aku benarkan menumpang hidup di batas kacang aku. Cuma kat keliling aje lah yang rumput tumbuh liar. Ituhari mak ada suruh aku merepih di situ tapi aku buat donno jer, aku nak concentrate buat batas kat Zone lain. Tapi baru nih mak ada kat Ani yang "rumput kat situ tak ada sapa nak merepih", so itu yang aku buat tuh. Malaslah aku benda-benda kecik macam tuh dijadikan issue jugak.
Sejam lebih aku menyiram harinih, aku siram semua Zone, batas yang baru ditanam kacang dua hari lepas pun aku siram pasal nampak kering berbongkah-bongkah jer tanahnya.
Maman sama bayam yang kitaorang taburkan dekat 2 minggu lepas masih tak hidup-hidup, tak ada nampak macam nak tumbuh pun. Pasal apa hah? Tengoklah sesehari dua lagi nih, kalau siap batas di Zone 4, nak aku tanam dengan kacang jugak nanti kat kawasan tuh. Tembikai pun cuma ada berapa pokok jer yang nampak macam elok, yang lainnya semua dah koyak dan berlubang-lubang daunnya dimakan ulat.
Aku rasa best, rasa aman jer kerja sorang-sorang. Malam pun sama, tenang jer. Bukanlah aku tak suka bila ada yang balik. Lepas Maghrib hujan turun lebat. Gitulah gayanya story of my life, bila aku tak menyiram, tak pulak hujan. Bila aku betul-betul menyiram, hujan turun pualk. macamana pun semua tuh buatkan aku ingat yang betapa besarnya kuasa Tuhan.