Friday

Jumaat - 21122012

"Mengapa tak suruh Long jer hantor ke Raub? Tak pun pinjang (pinjam) lah kereta dia", mak aku tanya bila aku kata aku nak ke bandar Raub awal sikit, nak naik bas pukul 7 setengah.

Aku senyap kan jer lah, bukan "level" aku nak mintak tolong benda-benda kecik macam tuh. Long pun tak ada offer nak tolong hantar, ataupun pinjam kan kereta kan? 

Mak ada selitkan RM 50 sama Sijil Kematian dan photokopi IC (arwah) pak, terus aku pulangkan balik. Aku, walaupun tak kerja, tapi masih ada lah duit untuk buat belanja. 

Aku sempat mengeteh dulu sementara menunggu bas. Since aku ada note RM 50 dan harga minuman/makanan aku tak sampai pun tiga ringgit, (dan aku takut nanti tokay tuh guna ayat macam "tak ada duit lagi besar ker?", yang akan membuat aku rasa tak sedap hati sepanjang hari) aku suruh perempuan kedai tuh kirakan sekali harga makanan sorang mamat Tabligh yang aku kenal, Ibrahim nama dia. Dia tengah melepak semeja dengan satu orang tua. 

"Itu ayah saya tu, awak nak belanja ayah saya ker?", perempuan tuh tanya aku. Laa, mana lah aku kenal itu ayah dia, nampak cara dia pakai, selekeh jer, itu yang buat aku nak bayar harga makanan dia tuh. 

TM Raub bukak pukul 9 so dalam sejam lebih aku melepak sambil mengeteh, sesambil baca papers. Aku dah agak dah, memang Pui sendiri yang kena apply Streamyx sebab no talipun baru jer ditukar ke atas nama Pui. Aku tanya kalau-kalau boleh nama ditukar ke nama aku, or even nama (arwah) asal tapi Kerani tuh kata tak boleh. Aku cuba tahan sabar bila aku beritahu yang the whole process tuh macam tak masuk akal, apa pasal TM KL suruh Pui tukar nama kalau tahu yang Pui "over qualified" (gaji lebih RM 1500) untuk apply? Dan apa pasal kat TM Raub tak ada pulak syarat macam tuh. Tapi, sesambil sengih, ada jugak aku membebel, aku kata, "This is freaking unbeleivable, all I want is an internet connection". 

Fucken shit!

Diaorang nak kan PUi fax kan IC dia. Mulanya aku nak suruh Pui fax kan aje tapi lama-lama bila aku dah cool, aku hantar SMS kat Pui, kata yang lain kali aje lah, bila dia free untuk balik kampung. Buat masa ini aku kena redha jer lah dengan apa yang ada, U Mobile, yang kadang tuh ok tapi half of the time memang menensionkan. 

Alah, aku duduk kampung, tak kerja, tak penting pun di mata orang, so apa lah sangat nak berinternet nya kan?

3 jam lebih aku menunggu bas Sungai Ruan, patutnya ada bas pukul 11 tapi tak ada pun tadi tuh. I tell you, menunggu bas, melepak kat bus station Raub tuh such a humbling experience. Aku layan jer, bila lagi nak melayan perasaan kan? Pagi petang masa kat kebun, mana ada masa nak bermenung. 

Aku suka mengreflect my life bila dalam keadaan macam nih, dalam keadaan aku tengah susah, compared to sedar dan insaf masa kita senang. Besarnya kuasa Tuhan kan? Begini aku jadinya.

Bagi aku, dengan menunggu bas tuh akan membersih dan menyucikan ego dan kemaluan aku yang besar nih, by all means bersih dan sucikanlah ego dan kemaluan aku nih.

Ngam-ngam sampai rumah, just in time nak pergi Sembahyang Jumaat, aku dah suruh Long pergi dulu, just in case aku terlambat, aku boleh jalan kaki aje. 

Petang nih sempat buat lagi 2 extra batas kat Zone 3b, lepas tuh sambung kat kawasan yang hampir dengan kawasan perlupusan sampah. Esok nak kasi bersihkan area sampah tuh, nak pindahkan jauh sikit so that dapat kawasan lapang, boleh dapat dalam 10 batas lagi kat kawasan tuh. Tu dia, sampai tak cukup tanah aku kerjakan.

Petang nih dapat message dari UMobile, quota internet aku dah habis, so kena top up. Alamak, kena pergi Raub semula lah kalau macam nih. Dalam connection tak berapa elok tu pun berapa hari jer aku habiskan quota aku kan? Aku pernah habiskan 30GB dalam masa tak sampai sebulan masa aku guna P1 so what's that 3GB kan?

Tak ada ustaz kasi ceramah lepas Maghrib harinih, so melepak jer lah baca buku-buku kat rak kat masjid tuh. Pelik aku dengan pengendalian masjid nih. Imamnya ramai, ada 4 orang dan semuanya ikut turn, seminggu sekali. Yang peliknya bukan apa, masa turn dia menjadi Imam, tiap-tiap kali sembahyang memang dia ada tapi bila turn orang lain, tak nampak pun 3 Imam tuh berjemaah, sedangkan semuanya duduk dekat-dekat masjid jugak. Don't get me started pasal benda-benda anih yang lain.

Ani sekeluarga ada balik dari Taiping, so bising jugaklah dengan keletah anak diaorang Iqbal yang lawak tuh.