Friday

Khamis - 20122012


Nasib baik pagi nih tak hujan, awal-awal lagi aku dah ke kebun, sambung membaja kat Zone 2. Macam tak luak jer baja tuh walaupun aku rasa aku taruk banyaklah jugak, dibandingkan dengan jumlah yang mak aku tunjukkan semalam tuh. Takut jugak buatnya terbanyak baja, panas pulak pokok-pokok kacang tuh. Aku nih gitulah, semuanya takut. 

Long menyangkul kat Zone 3b, mamposlah, Zone 3 kena bahagi pada a few zone kecik pulak. Sebab Zone 3a dah ditanam kacang semalam tuh, Zone 3b nih masih dalam proses membuat batas, dalam masa 2 minggu bilamana kacang di Zone 3a dah naik, baru lah ditanam kat Zone 3b pulak. Sementara tunggu kacang di Zone 3b naik, aku akan buat batas kat kawasan lain pulak, kat kawasan berbukit-bukit, yang aku dah rata kan sikit dulu tuh. Yang dulunya cadang nak tanam maman aje tapi sekarang nih masing-masing macam bersemangat nak tanam kacang aje lah kat mana-mana tanah kosong. Long tak beli pun benih maman semalam tuh, so masih ada sebahgian dari kawasan yang masih kosong, yang tak tahu nak ditanam apa. Kawasan tuh lah yang paling teruk kerjanya dulu tuh sebab tak dibuat batas pun, instead tanah tuh aku gemburkan semuanya. 

Dulu mak aku kata tak payah buat bataslah kat Zone 3b, itu yang aku berhenti tuh, tapi semalam dia kata lain pulak, buat aje lah , tu pasal aku sama Long terus ajelah buat batas panjang, dapat 10 semuanya. Then mak aku kata pulak yang tak ada masa nak bela daun pisang, terus Long pergi cantas-cantas daun pisang tuh. Mak tak beritahu aku, mana lah aku tahu apa yang nak dikerjakan. Aku terus aje menyangkul, kerja mencantas daun pisang tuh kerja orang tua-tua jer, kerja orang perempuan, biar aku buat kerja yang berat-berat nih, menyediakan batas. 

Aku break sekejap untuk breakfast, mengeteh kat kedai, sesambil baca paper. Aku selamba jer ke mana-mana dengan tanah bertepek kat kaki, dengan baju yang kotor kesan tanah. Mak aku selalu suruh pakai baju kotor lain jer kalau masa bekerja tapi aku tetaplah pakai t-shirts Forex aku (ada 4) yang aku selang seli kan pakai. 

"Lawa jer kacang nih, tapi rapat sangat, dak?", Kak Long tanya aku masa dia tengok-tengok hasil kerja aku. Memang rapat pun kacang-kacang tuh, itu yang aku bimbang takut tak berisi pulak nanti tuh sebab biasanya kat kawasan yang berpenduduk padat, nilai-nilai kesihatan dia tak berapa bagus, kan? Dan aku perasan yang jarak antara satu batas dengan batas lain, besar sangat, luas sangat. Batas-batas yang kitaorang buat sekarang (kat Zone 3a sama 3b) semuanya rapat-rapat sampaikan aku terfikir, macamana nak kambus pokok-pokok tuh nanti, too close to each other. Memang lah lawa kacang-kacang kat Zone 1 dan 2 sebab terusun dan dijaga rapi. Aku anggap Zone 1 dan 2 tuh macam rumah contoh lah, yang betul-betulnya nanti, kat Zone 3 (a dan b), itupun kalau kacang tuh tumbuh. InsyaAllah.

Long meracun kat kawasan semak antara Zone 1 dengan kawasan maman, besar nanti gayanya empayar kacang kitarang. Since tanah pun elok, aku sambungkan batas-batas di zone 3b tuh dalam sesepuluh kaki setiap satu. Boleh dipanjangkan lagi, sampai ke dekat kawasan ampaian kain. Another 20 to 30 feet panjangnya setiap satu batas tuh. Aku boleh imagine yang akhirnya nanti semua zone tuh (kecuali Zone 2) akan bercantum, jadi satu kawasan kacang. 

Pui ada talipun, dia kata ada masalah nak pasang Streamyx, ada 3 issues besar. There goes 2 weeks of waiting. Nampak gayanya aku kena ke TM Nuts lah esok, nak cuba settlekan. Apparently, tak boleh diregister dari KL, dan untuk pakej yang kitaorang nak register tuh, cuma untuk yang bergaji RM 1500 ke bawah. Aku dah rasa macam semua nih ridiculuos, tengoklah macamana esok. Entah-entah tak boleh pulak sebab talipun rumah nih dah pun Pui tukarkan ke atas nama dia ituhari. Kalaulah diaorang kata yang aku kena dapatkan IC Pui, nak aku suruh diorang revertkan balik nombor talipun tuh atas nama arwah ayah aku. Biar diaorang tahu yang how tak masuk akal dan tak bertamaddunnya cara diaorang nih. Kalau kat overseas, benda-benda remeh macam nih boleh disettlekan over the phone jer. 

Bagus jugak Long ada nih sebab setiap lepas Subuh, Zohor dan Asar kat masjid, boleh pergi melawat kubur. Aku akan sentiasa ingat ceramah Ustaz Azhar Idrus yang kitaorang dengar baru-baru nih, pasal kebaikan melawat/menziarahi kubur. Mak sama Long pun dah selalu memetik kata-kata Ustaz Azhar tuh bila ada peluang bercakap dengan sapa-sapa. Ustaz tu kata yang selalu-selalukanlah menziarahi kubur, tak sama dengan kita baca Yasin/sedekahkan Al-Fatihah etc dari rumah, dari kejauhan. Itu macam menghantar SMS, menalipun aje, lebih baik kita pergi sendiri menziarahi kubur. Lagi satu, selalu-selalukanlah bersedekah ayat-ayat, berzikir, untuk penghuni kubur sebab mereka tuh berada dalam ketakutan, kegelapan, mereka kelemasan. Setiap kali kita ingat pada simati (dengan membaca ayat-ayat, bersedekah etc), setiap kalilah dia akan dapat "bernafas". 

Petang nih lama jugak aku di kebun, rasa bersemangat tuh berkobar-kobar, itu yang aku siapkan batas di Zone 3b, aku tambahkan kepanjangan batas-batas tuh by another 10 feet or so. Seterusnya nanti nak buat batas yang melintang pulak, Zone 3c lah gamaknya. Long pun kata yang dia macam tak sangka bila tengok hasil kerja kitaorang selama ini. Dulu masa mula-mula dulu dia macam ragu-ragu samada boleh ker aku buat batas-batas sebanyak yang ada nih, tapi sekarang nih rasa macam tak cukup tanah jer nak dikerjakan. 

"Bela kambing bagus nih", kata Long.

Lama jugak kat masjid malam nih, lepas Maghrib ada kuliah tafsir, lepas Isyak ada Tahlil sama Solat Hajat, lepas tuh ada jamuan makan. Ada jugak aku terfikir, macam orang tua habis aku jadinya, pagi sama petang berkebun, malam pulak melepak masjid. Duduk kampung jer jadi tua macam nih, kalau duduk KL tuh aku berfikiran muda. Aku terfikir jugak yang since aku redha, suka dan tenang dengan cara aku sekarang nih, ada ker kemungkinan yang aku akan lupa kan plan-plan dan impian aku semua tuh? Tajuk blog nih Keeping The Dreams Alive, kan? 

God knows, aku nak tunggu, tengok dan lihat aje.