Friday

Jumaat - 28122012


Awal-awal sebelum Subuh Pak Andak datang rumah, aku sama mak baru bangun tidur. Kitaorang berjemaah bertiga. Lepas tuh terus aku ke kedai beli breakfast, first time pergi seawal itu, aku nak biarkan mak sama Pak Andak bersembang sebab semalam Pak Andak tak ada pun bersembang dengan mak, dia bersembang sama aku jer kat kebun semalam tuh.

"Awak tak apply BR1M ker? 31 haribulan nih last. Aak-anak Pak Andak semuanya apply. RM 500 tuh", kata Pak Andak sebelum dia balik ke rumah Mak Chu. Malas lah aku, takut nanti aku jadi tersuka kat UMNO pulak kan?

Siap akhirnya batas kat Zone 4, then aku ke Zone 2, buat batas tambahan kat situ, buat batas antara 2 batas. Apasal dulu tak terus jer buat batas? Dulu tuh aku ikut kata mak aku, buat batas jarakkan jauh-jauh, ikut kesan/bekas batas lama yang (arwah) pak buat dulu. Tapi sekarang nih, rasa macam rugi jer ada tanah lapang antara batas tuh so bolehlah diselitkan one more batas (eh, apa plural untuk batas hah? batasas? ekekek ) antara 2 batas tuh.

Dari kejauhan aku nampak S datang, dia letak motor dekat depan rumah, teruslah ke kawasan ladang pisang yang aku sure (arwah) pak yang tanam sebab pisang tuh banyak yang dah berbuah. Lama dah dia tak datang, 2 minggu lebih rasanya.

Aku kalau kerja, bila aku malas, aku terus berhenti jer. Tak ada lah aku habiskan buat satu batas, aku tinggalkan aje gitu walaupun batas tuh kudung. Dapatlah 4 batas setengah, yang gebu dan gemuk lagi montok, sederhana panjang. Petang nanti sambung lagi sikit, then buat batas tambahan kat Zone 1 pulak. Aku nak siapkan kerja buat batas sebelum esok sebab mungkin ada adik beradik aku yang balik weekend nih. 

"Apa pasal S kerja kat situ, tak ker pak yang tanam pisang tuh?", aku tanya mak.

"Itulah pasal nya", kata mak.

"Nanti bila berbuah, tentu dia nak dibahagi dua sebab dia akan kata dia pun buat kerja kat situ", aku kata macam tu.

"Haruslah tu. Colek sana colek sini, bukan nyer buat mende sangat pun. Tak ker situ dah dibuang daunnya masa Long balik dulu tuh?", kata mak.

"Agaknya sebab dia tau Pak Andak ada balik, itu yang dia datang tunjuk muka tuh", aku jawab sambil gelak.

"Harus lah. Dia takut ke Pak Andak tuh, sebab asyik mintok duit jer, kerjanya tak seberapa. Tu pasal mak tutup pintu tuh, tak keluar-keluar", kata mak.

S nih dia menumpang bertanam pisang kat tanah di depan rumah tuh, seekar luasnya. Tanah tu tanah Pak Andak tapi sebab Pak Andak duduk di Johor, dia kasi kebenaran kat kitaorang untuk kerjakan tanah tuh. Dulunya memang (arwah) pak sorang jer yang bertanam pisang sama kacang kat situ tapi S nak 'tumpang", itu yang buat perjanjian yang dia kerjakan tanah tu dan hasilnya dibahagi dua. Pisang-pisang di bahagian west wing rumah nih memang di tanah milik mak, yang (arwah) pak tanam. 

"Biarkan jer lah, mak. Tapi kalau dia mintak duit, mak jangan bagi", aku kata gitu.

"Ha ah, biarkan jer lah dia nak buat mende", kata mak.

And so aku pun melepak, baca papers, online etc. Tak lama tuh aku tengok mak keluar ke kebun, ingatkan dia jalan-jalan nak ambik angin tapi mak terus sambung menyangkul kat batas yang aku tinggalkan tadi. Adess, tapi tak nak S tuh nampak, apa pasal ke kebun pulak? Dan aku tersengih jer lah bila memikirkan yang bila mak bercakap dengan adik beradik aku yang lain nanti (atau dengan orang lain jugak), "nama" mak akan tercangkul (terpahat?) dalam perbualan. Sentences like, "mak letih baru siap buat batas", "Semalang terh merepih, harinih buat batas". Senang cakaplah, bersimpang siur macamana pun, all roads will lead to one destination, nama mak. Heheheh See, makin lama aku semakin faham dengan adat resam kehidupan orang tua. 

Tak lama lepas tuh S nak balik, masa dia ke tempat mak menyangkul, dia ternampak aku tengah baca paper. Tak tahulah kalau sebelum tuh dia dah perasan yang aku ada, tak rasanya. Kalau dia tanya, "Mat nyer aok bior mok aok menyangkel sorang-sorang?", sure aku akan jawab, "Alah, tak dan sesebatas dua tu kang nyer berenti lah".

Aku masuk rumah, aku intai jer dari tingkap, masa S sembang dengan mak. 

Hari gaya macam nak hujan masa nak Jumaat, aku dah tersengih dah bila mengingatkan pasal 'cerita sedih" 2 Jumaats lepas, tapi aku sure yang Pak Andak akan datang ajak aku naik kereta dia pergi masjid. 

Balik sembahyang, aku berterima kasih sama Pak Andak, pasal semalam tuh dia banyak kasi aku nasihat. Aku beritahu Pak Andak yang sejak semalam tuh, aku rasa macam lapang jer dada aku, rasa macam aku dah dapat "kunci" nya macamana nak handle keadaan yang selama ini aku rasa macam merimaskan aku. Pokoknya, apa-apa hal, aku akan layan jer, aku akan buat tak tahu, buat selamba aje.

Geng mak mengaji ada buat bacaan Yasin petang nih so adalah lima enam orang yang datang. Tiap kali diaorang datang mengaji memang diaorang bawak makanan, kuih etc. Macam biasa, aku melepak kat dapur. Dapur nih macam extended hall lah lebihkurang sebab sini port orang bersembang, ada dua meja, ada kusyen etc. Aku lelapkan mata kat kusyen sementara tunggu Asar, tak sangka pulak diaorang ke dapur untuk makan-makan. Tak pernah pun makan kat dapur macam tuh.

"Yaih, saper nih?", aku terdengar orang tanya. 

"Ini anak Mak The, dia duduk sini", mak aku jawab gitu.

Aku rasa selama ini, geng mak mengaji, diaorang tak tahu pun keujudan aku di rumah nih. Iyalah, kereta pun tak ada kat depan rumah kan? Dan biasanya aku melepak di dapur aje sementara diaorang mengaji. Bukan aku disorok atau menyorokkan diri but you get the point lah kan?

Puas jugak aku buat-buat tidur ala-ala patung cendana, tak bergerak-gerak, sementara tunggu diaorang siap makan.  

Hujan turun renyai-renyai lepas Asar, macam tak basah jer batas aku dengan hujan rintik-rintik tuh. Mak pulak terus pergi nak menyiram (kat Zone 3b tuh tanah dia keras, macam berbongkah-bongkah gitu), mungkin sebab dia tengok aku tak ada gaya nak ke kebun pun. Kebetulan pulak Pak Andak sama Mak Andak ada datang so tak jadilah mak menyiram (tak pernah lagi mak menyiram selama ini, itu kerja aku). Diaorang bersembang kat dapur, aku menyampuk gitu-gitu aje lah. 

Dah lama tuh aku ke kebun, dengan berbaju Melayu, berkain pelikat, aku pun menyiram. Tak guna paip tapi guna tong penyiram. Letih jugak dekat 20 kali ulang alik ke anak sungai tuh. Aku perasan yang anak kacang kat Zone 3b dah ada yang malu-malu menampakkan muka. 

Dengar ceritanya tak ramai, mungkin tak ada pun adik beradik aku yang akan balik weekend nih. Walaupun ada sepupu aku kawin. Sebab masing-masing sibuk dengan hal keluarga masing-masing. Ngah jer mungkin balik sekejap Ahad nih, yang lain belum confirm.