Wednesday

Selasa - 25122012


Lepas breakfast roti canai aku terus keluar, harinih membaja kat Zone 3b, tempat kacang yang ditanam semalam tuh. Tak kisah ditabur baja kat batas macam tuh, tak payah nak tunggu pokok kacang tuh naik dulu baru nak ditaruk baja. Zone 3a dulu tuh tak sempat nak buat macam nih so nak tunggu seseminggu lagilah bari membaja kat situ. 

Tengah kerja tuh Ani datang, so apa lagi, sambung gossip semalam. Aku, sama Ida dengan Ani jer yang aku rasa comfortable kalau nak bergossip, aku tak rasa kekok nak confide in ker apa ker dengan adik aku dua orang nih. Dengan adik beradik lain aku tak comfortable sangat nak bercerita-cerita, aku will more pada dengar aje apa yang diceritakan. 

Tak ada apa lah sangat pun, benda remeh temeh jer sebenarnya, tapi diperbesar-besarkan, ditambah dengan lakunan-lakunan mantap, itu yang jadi macam besar jer masalah tuh. I let Ani know yang aku tak berapa faham apa pasal banyak benda nampak macam kecoh sedangkan aku, tuan punya diri, yang dengan sukarela menawarkan diri untuk duduk di kampung temankan mak, aku tak ada masalah pun. Yang masalahnya, orang lain. Banyak sangat drama di sebalik tabir nya. Cerita-cerita behind the scene tuh mengalahkan plot cerita sebenar. Yang mengharukannya lagi, hero sendiri tak tahu jalan cerita ekekekek

Sampai terkekeh-kekeh aku sama Ani bila bercerita. Sampai terkeluar airmata kitaorang berdua gelak bila Ani ceritakan pasal berita masa aku pergi Sembahyang Jumaat 2 minggu lepas. Kan ker aku pergi Sembahyang Jumaat jalan kaki? Hujan renyai-renyai masa tuh dan aku bawak payung. Biasalah kan? Rupanya lepas tuh mak talipun sana sini, Ida talipun Ani etc. Ani kata, Ida sampai terisak-isak menangis (dalam talipun), sampai tak dapat bercakap, sebab sedihnya dengar cerita aku yang terpaksa jalan kaki pergi sembahyang Jumaat.  Itu yang buat tak tahannya tuh, tu yang aku rasa lucu sangat. (Masa menulis nih pun aku terkekeh-kekeh gelak sampai keluar airmata)

Aku pelik, apa yang sedih sangatnya tuh? Aku selamba jer pergi Sembahyang Jumaat dulu tuh, walaupun ada terdetik di hati aku yang "Tuhan nak uji aku dengan turunkan hujan", dan aku ada fikir jugak yang sure mak akan bercerita kat sesiapa yang talipun, memberitahu keadaan. Aku tahu, mak memang memerhati aku, even masa aku di kebun pun aku boleh rasakan yang pergerakan aku diekori oleh anak mata. Tapi, tak lah aku sangka yang cerita mak tuh buat Ida sama Ani menangis sampai tak bersuara kat talipun ekekekke. Sure banyak perasa tambahan yang diadun sekali kan? Apa-apa lah, walaupun ada terdetik di hati aku yang baiknya, sensitifnya Ida dan Ani, sampai termenangis-nangis kan?

Banyaklah lagi benda yang kitaorang sembangkan tapi semuanya menjurus kepada masalah tu lah. Masalah apa? masalah itu lah. 

Oh btw, aku ada tercerita kat Ani pasal "konspirasi" dulu tuh. Oooppsss. Itu pun lepas Ani beritahu yang dulu masa mula-mula dia tahu yang aku akan duduk di kampung temankan mak, dia terfikir yang boleh ker aku "tahan", boleh ker aku "handle" semuanya. Aku beritahu dia yang jangan risau pasal aku, aku pandailah membawak dan memperbaiki diri, reti lah aku menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan semasa. Aku sendiri pun terperasan yang aku sekarang nih lebih sabar, sentiasa belajar jadi lebih humble.

Ida sekeluarga balik KL pagi nih, tinggallah Ani sekeluarga aje. Dan mak. Dan aku. Petang nih kitaorang ke Raub, saja melayan Iqbal yang beria sangat nak ajak jalan-jalan, dia pun dah tak ada kawan. 

Sepanjang hari hujan rintik-rintik, sekejap-sekejap gitu, so tak payah menyiramlah. Ani ada beli lagi segulung paip (30 m) so dengan paip sepanjang hampir 100 meter keseluruhannya tuh, senanglah sikit kerja aku nanti kalau nak menyiram. 

"Kalau tak menjadi lah kacang nih memang tak ada rezeki lah", aku kata gitu. Ani kata yang dia dah beritahu mak yang kalaulah kacang tuh tak berhasil, jangan nak salahkan sapa-sapa, memang tak ada rezeki. 

"Awak dah siap ker buat batas kat tepi anak sungai tu?", mak tanya aku.

"Belum lagi, baru ada tiga batas. Ada masa seminggu nak buat", aku kata gitu.

"Siap kan cepat-cepatlah, boleh kita terus tanam jer benih kacang nih", mak kata gitu.

"Minggu depanlah, kan ker nak selang seminggu?", aku jawab gitu.

Mak ada tanya Ani, apa yang kitaorang bincangkan pagi tadi, pandailah Ani menjawabnya, dia kata tak ada apa-apa pun. 

"Abang Tam tak ada kata dia tak ada duit ker?", mak aku tanya Ani.

Petang, membawa ke malam sungguhlah membosankan. Aku main badminton sama Iqbal, melayan dia main air kat sungai, sesambil aku buat batas. Dapatlah 10 batas pendek, yang aku rasa lagi dua hari (4 kali kerja) barulah siap semua batas di kawasan berbukit tuh. 

"Cuti ker?", tanya this one guy masa kat masjid.

"Tak, memang dah duduk sini dah", aku jawab.

"Awaklah yang lama duduk luar negara tu kan?", dia tanya lagi. 

"Ha ah", aku jawab gitu. nak jer tambah kata, "Ituhari kisah saya ada masuk dalam paper Kosmo!" hehehe

Lepas Isyak ke khenduri tahlil lagi. Aku baru terasa yang kalaulah aku ada kenderaan, akan jadi lebih bagus hidup aku, dapat berjemaah kat masjid, dapat pergi khenduri, dapat aku bermingle-mingle dengan orang kampung. Buat masa ini aku bergantung pada adik beradik yang balik kampung aje lah. Nanti bulan depan bila sekolah dah mula, sure dah jarang diaorang balik kan?

Ani ada cakap tadi yang by next month InsyaAllah, Nuar akan carikan kereta. Aku beritahu Ani yang jangan involvekan sangat diri dia pasal kereta, biar adik beradik aku yang masing-masing bergelar tokay dan ahli koperat aje yang memainkan peranan penting. 

Kitaorang saling mengingati diri yang sebab adik beradik ramai, surenya akan ada yang tersalah cakap yang akan buat ada yang terasa hati. So itu kena jaga-jaga. Aku beri contoh Ida yang aku rasa aku kena jaga sikit dari tersalah cakap ker apa ker, takut nanti dia kecik hati, atau pun letih sendiri dengan kerenah adik beradik lain. Sebab Ida lah yang banyak dan selalu ke sana ke sini, dia yang banyak involve dalam menangani masalah-masalah berbangkit. 

With all being said, aku beritahu Ani yang aku masih tak faham, apa masalah utamanya kitaorang nih sebenarnya? Sepatutnya aku, tuan punya diri yang mengoffer diri dengan sukarela untuk duduk di kampung temankan mak, sepatutnya kalau ada masalah, semuanya berpunca dari aku lah kan? Tapi, aku sikit pun tak ada masalah, sikit pun tak menimbulkan masalah. Tak ada pun buat-buat cerita, tak ada pun membesar-besarkan cerita. Tak ada pun aku memintak-mintak. Tak ada pun aku kenakan apa-apa syarat. 

So siapakah gerangannya itu yang membuatkan macam kitaorang sekeluarga ada masalah jer nih?