Sunday

Ahad - 30122012


Macam Hari Raya pulak, breakfast makan lemang sama nasi impit. Lemang tuh kawan mengaji mak yang hantar semalam, nasi impit tuh dari rumah Chu. Aku pergi kedai jugak, beli nasi goreng untuk Long sama anak dia.

Tak ada kerja sangat pun pagi nih so aku tanya mak kalau-kalau nak start menanam di Zone 4 dan kat batas tambahan di Zone 1 dan 2, Long boleh tolong. Kalau mengikut jadualnya, esok aku akan bertanam. Dan kalau mengikut jadual asal Long, lagi 2 minggu baru tanam kat Zone 4 tuh, sepatutnya kat Zone 3b ditanam minggu ini, atau awal minggu depan. Kitaorang sekarang dah advanced dalam 2 minggu lah kaedahnya. 

Long ada cakap yang kalau ada sprinkler lagi senang kerja aku menyiram sebab kalau mengikut keadaannya, memang tak terkejar, memang banyak kerja yang aku kena buat, menyiram especially. Terus mak kata yang dia nak suruh Nuar belikan sprinkler (dan jugak mesin untuk mengepam air dari anak sungai). Aku beritahu yang tunggulah dulu, kalau berhasil nanti kacang tuh, barulah beli pam dan sprinkler, untuk tanaman fasa seterusnya. Ini belum apa-apa lagi dah nak beli pam sama sprinkler. Unless nanti ada adik beradik aku yang balik, dan kata, "Teruk kerjanya nak menyiram kacang seluas ini, biar kome belikan pam sama sprinkler", ha, itu lain cerita.

Aku, Long sama Ieqa anak Long aje yang pergi khenduri kat Dewan Serbaguna Simpang Kallang tuh. Mak tak pergi sebab dia kata letih, semalam dah setengah hari kat rumah Chu. Ngah sama Abang Ngah dah sampai dari Putrajaya so diaorang terus aje ke sana. Grand betul majlisnya tapi nampak sangat macam one-sided jer sebab kebanyakan yang datang semuanya di bahagian Ngah Raub, yang datang untuk keluarga Chu cuma dua tiga orang jer. Itulah, dulu tuh Chu dinasihat buat majlis tuh kat Dewan Serbaguna Kampung nih aje, bolehlah ramai orang kampung yang datang, tapi dia nak buat kat dewan Simpang Kallang, kat bandar Raub, manalah orang kampung dapat datang, kan? Yang di sebelah Ngah Raub memang meriah dan rancak, berbondong-bondong orang. Ramai orang datang. Sama ramai dengan yang balik. Rombongan bas Nadi Putra ker apa ker, bas Putrajaya tuh pun ada. 

Lama jugak sembang-sembang dengan sepupu-sepupu aku yang ramai tuh. "Yer ker? Awak nak buat mende duduk kampung?", Abang Mie, sepupu aku (Professor kat UPM), tak percaya yang aku kata aku dah duduk di kampung. 
  
Masa nak keluar dari dewan, lama lah jugak aku kat reception di sebelah Ngah Raub sebab kat situ ramai sepupu aku dan banyak cenderahati untuk tetamu, semua orang berpusu-pusu kat situ. Then Chu tarik tangan aku ke reception dia, sambil seluk-seluk ketiga-tiga poket baju Melayu aku, dia kata, "Mana duit? Mana duit?". Terasa hati aku tapi aku buat-buat senyum sambil kata, 

"Laaa, mak ada bagi kat Long untuk Chu sama Ngah Raub". 

"Laaa, Chu nak duit awak", kata mak sedara aku tuh lagi. Aku tak fikir pun samada Chu sengaja perli aku sebab dia pun tahu aku duduk kat rumah mak, tak kerja pulak tuh. Cuma aku terfikir, desperate sangat ke Chu sampai begitu sekali? Gamaknya lah, sebab kat belah Ngah Raub bertali arus orang bersalam sambil kasi duit. 

Balik dari khenduri, sembang-sembang sama Ngah, Abang Ngah, Long dan mak. Sambil makan cempedak goreng, pisang goreng sama kuih kacang. 

"Macam tak percaya awak tanam kacang tuh, sikit punya luas, beb", kata Abang Ngah. 

Sebelum Asar lagi aku dah siap tarik paip ke Zone 3a, senanglah lepas sembahyang terus aje menyiram. Long balik ke bandar J. Abang Ngah ada datang tengok aku menyiram, sembang-sembang gitu lah. Tak lama tuh Ngah pulak datang. 

"Sure mak akan tanya, "Awak cerita apa dengan Ngah" nanti nih", aku kata gitu kat Ngah. 

"Laaa, mat nyer (apa pasal), Ngah tak faham benda-benda nih", kata Ngah.

And so kitaorang berceritalah. Tak ada lah apa sangat cuma aku beritahu Ngah yang jangan ambik hati, jangan dibantah sangat cakap mak. Ikut kan aje. Yer kan aje. Dan jangan percaya sangat cerita-cerita sedih mak sebab biasanya cerita tuh akan ditambah sesedap rasa. Bab tuh aku kasi a few contohs. 

"Mak pernah cakap kat Ani yang mak selalu keputusan (kehabisan) beras", aku kata gitu. 

"And then?", Ngah tak faham. 

"Itulah, mak tak suruh pun saya pergi ke kedai depan tuh untuk beli sesekilo dua beras. Mak tunggu (anak-anak) orang berkereta balik", aku kata gitu. 

"Mak tak boleh terima hakikat yang saya duduk sini tak kerja, tak berkereta, tak ada duit", aku ulang apa yang Pak Andak beritahu aku.

"Mak malu ke Chu, ke Ngah Raub, ke Pak Andak, ke orang kampung", kata Ngah. Lama dah aku agak macam tuh, aku pernah tanya mak dan mak menafikannya. 

"Tadi masa khenduri, ada sedara kita tanya, sapa yang jaga/temankan mak. Ngah pun cakaplah yang adik saya yang dulu duduk Amerika lama-lama tuh, dia ambik cuti setahun, sebab nak jaga mak. Bersyukur panjang dia", kata Ngah.

Sepupu kitaorang yang di sebelah Johor ada datang melawat sesambil petik rambutan, sesambil tengok aku menyiram. Diaorang dah nak balik. Pak Andak sama Mak Andak ada jugak datang tapi diaorang balik esok. 

Dekat nak Maghrib baru semuanya bertolak, Abang Ngah sampai 2 kali bersalam dengan aku, kali kedua tuh dia kasi duit (Ngah yang suruh) RM 50, terus aku tunjukkan kat mak sama Mak Andak yang ada kat dapur. Entahlah, kadang-kadang aku nak sangat tahu apa yang adik beradik fikir pasal aku masa diaorang bersalam masa kasi duit tuh, dulu aku macam malu nak terima tapi sekarang aku masih buat malu-malu. Dan I'll let mak tahu (pasal adik beradik kasi duit tuh), immediately. 

Dalam ramai-ramai adik beradik, dengan Ngah lah aku rasa aku ada banyak persamaan tapi pembawakan kitaorang lain. Jauh berbeza. Aku tersalah bawak, Ngah pandai membawak. Dan aku rasa aku sorang jer yang rasa happy (and jealous at the same time) bila Ngah kata yang memang confirmed dia akan jadi Pengarah MSD Chicago, bulan 6 tahun depan. Bulan May dia akan ke New York bersama rombongan Najib. Dang, korang nak pergi mana, pergi lah. Tapi janganlah ke New York. Aku akan jeles sejeles-jelesnya. Itu tempat aku. Korang tak ada hak nak pergi ekekekek

Malam, sunyi semula, kat luar hujan. Baguslah hujan, turunlah banyak-banyak, esok aku tak payah menyiram sebab esok nak menanam kat Zone 4 dan kat batas-batas tambahan di zone 1 dan 2. Pui pun akan balik esok, antara lain dia nak apply Streamyx.