Friday

Jumaat - 20092013

Sejak pagi lagi aku cuma menyiram. Dalam minggu ini, itulah kerja aku, pagi petang menyiram. Sampaikan aku tak dapat nak buat kerja lain langsung. 

Soalnya sih gue lagi keburu. Pusing gue dibuatnya, kerjaan mana yang harus gue beresin. Mau dikerjain di sono, di sini ada kerjaan lain, mau dikerjain di sini, tanaman gue harus disemprutin.

Ingat tak kacang yang mula-mula aku tanam, round nih dulu tuh, awal bulan 7, a few days sebelum Puasa kalau tak silap aku. Yang benihnya bukan benih kacang harimau, instead benih kacang tanah biasa yang mak beli, yang mak suruh jugak aku tanam sebab "lambat sangat" nak tunggu benih kacang harimau.

Aku tak tahu apa pasal tapi hampir separuh pokok kacang tuh mati. Ada lah 4 baris yang aku tanam dulu tuh, mulanya elok aje tapi sehari demi segari, ada jer yang mati. Tanah tak elok ker? 

Macamana pun aku sikit pun tak terkilan sebab itu kacang biasa, bukannya kacang harimau. Aku tak beritahu pun mak yang kacang tuh mati (sure mak akan kata sebab salah masa membaja), soon aku akan beritahu jugak. Tapi aku nak buat selamba aje, kalaulah mak jadi aku, dah keri dah surenya. Terfikir jugak aku, so far, dah 2 "campurtangan" mak yang tak menjadi. 

Ada satu plot kacang harimau yang kat hujung sana tuh yang mak tanam (masa second round dulu tuh), sebijik pun tak dapat hasil. I'm not kidding tapi tak dapat sebutir kacang pun dari 6 tujuh baris kacang yang mak tanam tuh. Sampai sekarang aku tak cabut pun pokok-pokok kacang tuh, aku biarkan aje. Aku jadikan peringatan jugak tuh sebab tiap kali aku lalu kat kawasan tuh aku akan ingat yang "jangan cakap besar". Remember the day masa mak merungut, berleter masa aku buat donno jer bila mak sambil berlari-lari anak beritahu aku yang benih kacang yang disimpan dalam fridge tuh ada yang berkulat? Yang mak kata, aku tak dengar cakap orang yang dah lama menanam kacang (mak lah konon-kononnya, sedangkan yang menanam kacang tuh dulunya arwah pak).

Kuasa Tuhan kan, orang yang dah lama menanam kacang pun tak semestinya pandai tanam kacang, kan? Ada jugak yang tak tumbuhnya. Or rather, ada yang langsung tak tumbuh. So itu betul-betul satu pengajaran bagi aku, aku tak nak cakap besar, or rather cakap berdegar-degar.

Walaupun aku mengantuk gila masa Sembahyang Jumaat tadi (tak adalah sampai tersengguk-sengguk macam orang lain tuh) tapi aku tak dapat nak tidur petang nih. Dah cuba nak tidur, then Chu talipun tanya mak kat mana sedangkan mak dah 20 minit ke surau. Haruslah mak menyimpang ke tempat lain dulu tuh, beli kuih ker, apa ker. Mak mudah terralit.

Then bila tak dapat nak tidur, layan Amazing Race Canada lah, dah tinggal a few episodes jer lagi nih. Then tengok Survivor: Blood vs Water. 

Long ada balik petang nih, dia sorang jer. Aku siap menyiram, terus aku masuk rumah. Long sambung menyiram, kat cili yang aku dah siram pagi tadi. Long kata buat masa sekarang aku kena bertahan, aku kena siram pagi dan petang sebab tanah keras sangat, dan cili tuh pun masih kecil. Mana yang dah besar, ha, itu maknanya pokok cili tuh dah boleh hidup berdikari. Yang aku kena jaga sekarang nih, anak-anak cili yang baru 2 minggu dipindahkan tuh, ada dalam 300 pokok tuh. 

Kulaih Maghrib malam nih masih pasal Syiah, Ustaz tuh knowledgeable, dia memang buat kajiselidik, buat homework, tapi cara penyampaian dia tuh, macam susah nak sampai. Tersengguk-sengguk jemaah mendengarnya, termasuk aku.