Aku nekad nak ke kebun awal pagi harinih sebab aku ada misi, nak menyiram secara besar-besaran, biar banjir. Itu yang lepas Subuh, aku terus standby tunggu cerah sikit. Tapi stand by aku, atas katil, sambil mengadap laptop. Terralit pulak tengok Survivor:Blood vs Water, penyudahnya pukul 7 setengah jugak aku keluar. Then breakfast sekejap, so dalam pukul 8 baru aku mula kerja.
Mulanya aku menyiram cili kat garaj, jugak membetulkan mana-mana yang perlu dibetulkan. Bapak lah rendang-rendang pokoknya, masing-masing dah berbuah, ada yang dah masak dan ready untuk dipetik (boring, boring).
Then mulalah menyiram kat Zone 2, sama kawasan cili (dulunya Zone 3a), sampai banjir aku menyiram pasal guna pam, guna air anak sungai. Too bad pam tuh kecik jer horsepower dia, dan hose pun tak panjang (100 meter), so tak dapat nak menyiram guna air anak sungai kat cili dan kacang yang di depan dan sebelah kiri rumah.
RiTabligh ada datang, tanya kalau-kalau aku tahu sapa yang curi ayam-ayam dia. Alah, ayam dia yang selalu makan benih kacang aku tu lah, yang terpaksa aku tanam dalam-dalam sebab takut dipatuk ayam-ayam RiTabligh tuh.
Lepas break aku menyiram kacang kat bahagian depan rumah pulak, S pulak nak guna air, dalam aku merayau-rayau menunggu tong air penuh, aku terdapat idea nak sambungkan hose tuh ke segelung paip yang aku jumpa kat tempat pembuangan sampah, yang obviously aku kutip. Jadi senang kerja aku sekejap, aku hulurkan paip tuh in between batas, dan aku rileks, biar air melimpah sampai banjir kawasan yang merekah dan kering kontang tuh.
Sedih aku menengok keadaan pokok kacang yang kat kawasan tuh, mati kekeringan, mana yang tak ada daya tahan tuh, terlentok aje. Gayanya macam tak dapat diselamatkan dah sebab daun-daunnya semua dah mati kering. Rasa macam nak give up jer tau dak Dear Diary, lantaklah korang, nak hidup, hidup. Nak mati, mati. Bukannya aku tak siram korang. Tapi, bila difikir balik, aku dah bersusah payah, might as well teruskan kesusah-payahan aku tuh. After all hidup aku memang sinonim dengan susah payah, kan?
Lagipun (with no intention untuk sound lucah), ada benda lain yang terlentok jugak tapi when the time comes, dia segar bugar dan keras. Boleh menghasilkan benih pulak tuh. Mungkin pokok kacang aku yang terlentok tuh macam tu jugak.
And so aku menyiram jugaklah kat pokok-pokok kacang yang nazak tuh, aku tak ada menaruh harapan yang pokok kacang tuh akan hidup subur semula tapi at least aku try, I'll do anything untuk pokok kacang aku.
Tapi, dalam pada tuh, fikiran aku mula melayang jauh. Cuba mencari excuse, or rather mencari idea, siapa yang nak aku salahkan. True yang dua tiga minggu nih panas yang teramat, tapi, sebagai seorang insan biasa, despite my selambaness, aku ada jugak rasa terkilan. Yang secara otomatiknya aku akan point finger kat insan-insan yang menyebabkan aku tak dapat mencurahkan sepenuh kasih sayang kat kacang aku.
Aku nak salahkan Long, pasal aku tak ada masa, mana nak jaga cili yang beribu pokok tuh lagi, mana nak jaga kacang aku lagi. Kalau tak buat projek cili dulu tuh, panas terik macamana pun, InsyaAllah, terjaga jugak pokok kacang aku, sure nya aku dah lama bertungkus lumus menyelamatkan kacang aku dari mati kering.
But then, macamana kalau ada insan lain yang lebih panjang pemikirannya, dan salahkan aku sebab aku macam tamak, tanam banyak-banyak, buat kerja macamlah aku nih a real McCoy punya pekebun?
Still aku akan "salahkan" Long.
Sampai dekat Zohor aku di kebun, sakit-sakit belakang aku buat kerja, usung itu ini, angkat itu ini, membongkok sana sini.
Aku ingatkan tak ada kelas Mengaji petang nih pasal UstazM accident semalam, teruk keretanya, dia luka sikit kat kening. Aku nih banyak kali mengajinya seminggu tapi aku tak rasa aku boleh khatam cepat, kalau dicombinekan sekali, ada harapan. Isnin, mengaji sama UstazM, aku masih kat Surah AlBaqarah. Rabu, mengaji sama Ustaz Simon Cowell, pun masih di Surah yang sama. Sabtu, mengaji sama UstazM, dah page 3 ratus lebih, tapi aku joined tuh dah halfway dah. Mengaji sama ImamHaji Mat, asyik berbalik-balik ke page yang sama. Aku mengaji sendiri aje yang ada harapan untuk boleh khatam.
Balik dari surau, singgah kejap beli kuih, dan sambung melayan movie. Nak tidur pun dah serba salah sebab dah dekat Asar. Lagipun cuaca panas, kipas pasang full blast pun bahang kepanasan tetap terasa.
Sempat aku menyiram semua pokok cili petang nih. Aku tunjuk dan beritahu mak pasal pokok-pokok kacang yang mati kekeringan tuh, mak pasrah aje. Aku tunjuk tuh sebab nak mak jangan ada high expectation yang kacang kali ini akan menghasilkan jumlah yang banyak. Aku sekarang sekadar menyelamatkan mana-mana yang boleh diselamatkan aje.
Aku rasa macam down aje masa kat masjid tadi, down memikirkan pasal tanaman aku lah. Walaupun aku cuba tak nak ingatkan sangat pasal kacang tapi aku tak boleh nafikan yang sedikit sebanyak masalah tuh asyik berlegar-legar di kepala aku. Itu yang rasa macam "malas" baca Quran/Terjemahan lepas Maghrib tuh, rasa macam nak melepak bersandar kat tiang aje, mengelamun, mengreflect apa-apa yang boleh direflect.
Tapi aku kuatkan jugak semangat, aku buat bodoh jer bisikan-bisikan setan tuh. Nak fikir macamana lagi kan, I've done my best walaupun my best tuh is not enough.
Tersengih aku memikirkan dua benda kecik yang macam flash right infront of my very thought. Masa dekat nak Isyak tadi, lepas baca Quran/Terjemahan, aku bukak in random Quran tuh sebab masih ada waktu untuk baca lagi sesikit. Terbukak dan terbaca Surah Talaq, Surah yang ada terselit Ayat Seribu Dinar tuh. Aku baca ayat tuh a few times, terlintas kat kepala aku yang aku cuma ada a few Ringgits jer dalam wallet sekarang. Dan aku teringat jugak yang how thankfulnya aku kat Deo, member aku dulu, sebab dia lah yang bersusah payah google cari Ayat-Ayat yang elok untuk diamalkan seharian. Aku kat dalam tahanan masa tuh so Ayat tuh memang powerful (Ayat lain pun powerful jugak), and I've been amaling baca Ayat tuh at least 3 kali sebelum tidur dan 3 kali setiap lepas Sembahyang. And I've been doing that every single day sejak aku di tahanan dulu tuh. Bukan aku nak brag ker apa tapi kalaulah ada sapa-sapa yang baca blog nih, nasihat aku, amalkan baca Ayat tuh, setiap hari waktu dan ketika.
"Benda kecik" kedua, masa aku tunggu mak keluar dari masjid, aku pasang radio kereta, elok jer lagu Heartache (Pepsi & Shirley) berkumandang. Walaupun tak ada kaitan apa aku rasa lagu tuh macam perli aku aje, sebab aku "pening" memikirkan masalah kacang.
Aku suka kalau benda-benda kecik tuh mengremind me of something, sebab it definitely buat aku rasa kecik jer dalam dunia nih, buat aku rasa dan faham yang Tuhan's watching my every move.