Salam 1Bangla!
Orang lain cuti harinih tapi aku seorang pekebun, mana ada istilah cuti dalam kamus kehidupan aku seharian. Mengejar dunia lah sangat kaedahnya kan? Tak kot, aku berbakti. Berbakti pada tanah dan sabut kelapa.
Aku mengeteh sama Luqman lagi pagi nih, jugak belikan roti canai untuk yang lain sebab diaorang nak balik seawal pukul 9.
"Sedap minum di kedai sebab ada orang hidang, hantar air. Kalau di rumah terh, nak minum kena buat sendiri", aku terdengar ImamHajiMat kata kat kawan semeja dia.
Boleh tahan gak Imam nih, kata aku dalam hati. Tapi aku tak ambik serious, pasal aku tahu yang itu joke aje. Joke-joke pun tapi benda yang betul.
Tengah aku seronok buat kerja, anak sedara ajak layan dia main so layankan aje lah, since diaorang dah nak balik. And so 9 lebih semuanya balik ke destinasi masing-masing, KL dan Shah Alam.
"Hantar mak ke rumah orang khenduri terh kejap, mak nak bersiap tukar baju jer nih", kata mak.
So aku ke kebun sekejap, sambung menyiram cili/kacang. Dalam sesepuluh minit lebih, aku berhenti, terus lah ke kereta, sure mak dah lama tunggu, apasal tak panggil aku?, kata aku dalam hati. And so aku start kereta tapi mak tak keluar-keluar jugak. Lama tuh barulah mak jenguk, mak masih berkemban! Terus aku ke kebun semula, buat apa-apa yang patut.
Lepas hantar mak, aku ke Sungai Ruan. Yer lah kan, laptop aku rosak so kena lah baca papers untuk nak tahu pasal dunia luar kan? So sementara tunggu 11-45 untuk ke khenduri, aku baca papers jer lah.
Entah macamana aku boleh terperasan yang mak lah orang pertama (perempuan) yang balik dari khenduri, orang belum apa-apa lagi mak dah blah, liar jer mata mencari aku. Aku baru nak senduk lauk. Kalau tak tuh, harus aku minum aje.
Petang nih tak ada Kelas Mengaji UstazM, ditunda ke esok. So aku tidur aje lah since mak ke surau jalan kaki aje. Lagipun aku nak buat apa? Yer lah kan, laptop aku rosak, kan? Yer lah kan?
Aku bangun pukul 2-45 tuh mak belum pun ke surau, dan nak menunggu Asar, punya lah lama rasanya. Hampir aku ter-on kan tv, tapi kalau tengok tv lagilah stress, so melepak jer lah aku. Mengenangkan nasib.
Bersyukur aku sebab just before Asar, hujan turun, tak lebat tapi cukup sekadar membasah bumi. Maknanya aku tak payah nak menyiram petang nih, aku cuma siram air baja kat cili dalam polybags bawah garaj tu aje. Lepas tu aku mengopek saki baki kacang, untuk dibuat benih. Nasib baik aku tak buang kacang tuh dulu tuh, kalau dipililh-pilih, dapatlah jugak dijadikan benih sesikit.
Aku cuba tak nak jadikan hal laptop aku rosak tuh sebagai punca aku macam down aje dua tiga harinih tapi aku tak dapat nafikan yang itulah punca utamanya. Tak ceria hidup aku tak dapat nak online nih, tau dak? But then aku nak buat macamana? Aku cuma mampu berfikir yang akan datang nih bila aku dapat online semula, aku akan sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat yang betapa siksanya jiwa dan raga aku melalui detik-detik kehidupan tanpa adanya internet. Macam lah sekarang nih, bila aku menyiram cili, kacang, aku sentiasa ingat yang betapa bersyukur nya aku dulu tuh bila hampir setiap hari hujan turun, aku tak payah menyiram.
Yang pentingnya, susah senang aku sekarang, aku kena bersyukur dan beringat-ingat. Susah sekarang, akan senang satu masa nanti. Senang sekarang, akan susah jugak nanti.
Whenever I'm happy, I get scared. Because I know I'll be sad again.
Whenever I'm happy, I get scared. Because I know I'll be sad again.