"Awak ke Jelu kang, cari derian nak buat tempoyak. Deme nye kata ada banyak orang jual derian di sana", kata mak pagi nih.
"Deme nye" tuh maksudnya kawan semengajian mak, "they all". Dan ayat yang aku bold kan tuh, itu adalah contoh ayat penambah, ayat yang mak reka sendiri untuk menyedapkan ayat in general, untuk lebih memantapkan statement mak tuh.
Macamana aku boleh tahu itu "ayat penambah"? Alah, aku duduk sama mak sejak December tahun lepas lah, aku dah boleh baca apa yang mak nak kata, nak cakap. Aku boleh agak. Biasanya memang betul agakan aku, sesekali dua jer salah, walaupun di landasan ayat yang sama.
Oh yeah I'm keeping scores ekekekke.
Banyak kerja yang aku boleh dan kena buat now that dah 2 hari tak hujan nih, itu yang aku jadi macam serba salah apa yang nak buat dulu. Ada 2 kawasan yang rerumputnya lebih tinggi dari pokok kacang, semak gila, macam kote tak bercukur. Rimas aku dibuatnya. Tapi bila aku cuba merepih, menyangkul rumput di situ, teringat nak menyangkul kat tempat lagi satu, so bawaklah cangkul tuh ke sana pulak.
Payah kerjanya pasal tercangkul sekali anak kacang, so aku ke kawasan cili pulak, merepih kat situ, menambun pangkal pokok cili. Kena selalu buat gitu pasal kat area tuh tanah keras, sehari jer tak hujan, tanah jadi macam batu. Kat area tuh lama sikit aku buat kerja, infact siap semuanya, merepair kat dalam kawasan yang ada lebihkurang 300 pokok cili tuh. Then S ajak mengeteh, first time yang pertama dia belanja aku.
"Awak pergi ke tempat orang buat batu nisan terh, tanya dia betul-betul berapa harga, macamana nak order. Senang nanti kalau MatNor tanya berapa harga, lama dah tak berbuat-buat", kata mak.
Akhir bulan nih genaplah setahun pak meninggal.
Dari Jelu ke Bukit Pampong, ke Dong, ke Durian Sebatang (laaa, itu pasal durian tak ada kot pasal sebatang jer pokok durian ekeke), ke Pintu Padang, tak ada pun orang jual durian, let alone orang jual durian yang tak elok, untuk dibuat tempoyak. Durian elok-elok, adalah orang jual.
Masih tak puas hati, aku ke Lembah Klau pasal dulu masa pergi rumah Nyang, ada aku ternampak empat lima tempat orang meraih/menjual durian. Tapi sama jugak, yang ada cuma durian low grade yang dijual RM 1.50 sekilo. Kitaorang nak kan durian yang dah nak dibuang, yang dijual dalam dua tiga puluh ringgit se tong (dalam 50 kilo beratnya).
Memang kitaorang low class punya orang, makan tempoyak yang dibuat dari low-grade punya durian. Tapi, memang asal usul tempoyak dari low-grade durian kan, pasal durian yang elok-elok, itu untuk dimakan.
Aku bukak tudung saji nak tengok lauk, rupanya lauk pauk yang mak beli kat kedai Samad. Macamana aku tahu? Sebab tadi, balik dari Lembah Klau, aku tersinggah kat kedai tuh, aku termakan kat situ.
Aku rasa macam nak ke kebun, or at least menyiram cili yang dalam polybags kat bawah pokok rambutan tuh aje tengahari/awal petang nih, masa mak pergi surau. Sebab aku bosan gila. Gila bosannya. Mau tidur gak bisa, mau internetan jenuh rasanya. Akhirnya gue ngelamun aja. Gue gak tahu, kebelakangan gue sering rasa bosen sih, gue rasa jenuh, kerja melulu. Kapan ya gue bisa main KL? Sebetulnya gue perlu libur sih.
Siap jugak akhirnya menanam cili, sejak Ahad lepas ada dalam 50 lubang yang tak bertanam, dari sehari ke sehari aku biarkan gitu aje, aku buat kerja lain. Tapi tadi tuh aku siapkan. Aiman anak Nasir ada datang sama kawan dia, dia kata Jumaat nih dia boleh datang kerja sebab dia ada UPSR sekarang nih. Tak berbaloilah aku rasa kalau nak upah kawan dia jugak sebab kacang belum ready untuk dicabut. Lagipun kalau berdua, diaorang main-main aje, aku setuju nak upah Aiman tuh pasal aku kesian kat budak tuh. Lagipun boleh lah dia aku jadikan kawan peneman, bosan kalau kerja sorang-sorang nih. Dulu masa dia ada tolong aku kerja, aku jadi rajin jugak, bersemangat gitu. At least rajin memerhati dia buat kerja, bila lagi aku nak boss around kan? Ekekekek
Lagi waktu di masjid, gue rasa gak enak badan, apa mungkin gue kecapek-an? Gak tahu tapi pokoknya badan gue persis mau demam gitu. Ya ampun, nungguin mau solat Isyak terasa lamaaaaaa kali, mata gue serasa mau pejem gitu. Kenapa sih?
Tapi the moment aku sampai rumah, hilang rasa tak sihat, tak ada pun rasa sengal-sengal badan. Sempat tulis blog lagi tuh.