Semalam aku blamed pasal hari Ahad, sebab tuh aku jadi macam malas nak buat kerja. Harinih, aku blame Monday blues pulak. Agaknya esok aku blame US Labor Day (Sept 1) lah pulak kot?
Aku tahu yang banyak kerja nak dibuat tapi aku selamba aje, aku round satu kebun sambil menengok keadaan persekitaran, sambil fikir, apa yang aku nak buat pagi nih. Apa kerja yang paling penting yang aku kena dulu kan?
And so aku ke Zone 3b, memetik/meleraikan kacang yang Ariff cabut ituhari. Dah berapa hari lepas, kan? Masih tak aku habiskan. Sepagian kerja tuh dapatlah sesekilo dua, aku rasa lega sebab dapatlah aku kasi kat Cina Nursery tuh pasal aku nak pergi beli sabut lagi sesehari dua ih, tak sampai hati lah aku nak tipu dia kata kacang dah tak ada sedangkan memang dah tak ada pun.
Aku banyak buang masa mencabut pokok-pokok semak pun jugak, so itu yang buat macam lambat sikit kerja aku. Dan aku terralit makan rambutan. Baru pagi tadi aku tersedar yang ada 2 pokok rambutan kat tanah NgahRaub tuh dah masak buahnya, seriously selama ini aku tak sedar pun yang ada pokok rambutan yang dah berbunga, sedangkan itulah jalan laluan aku kalau nak ke kedai untuk mengeteh. It shows yang aku berjalan tunduk aje, tak pandang kiri kanan, kan? Ekekekek.
Tak adalah banyak buahnya tapi cukuplah untuk aku sorang, asyiklah aku ulang alik memetiknya. Sekali petik dapatlah sesepuluh bijik, dan cadangnya tak nak petik dah, nak buat bekalan untuk hari-hari mendatang tapi aku kan ker suka sangat rambutan, itu yang asyiklah ulang alik ke kebun NgahRaub tuh. Pelik, rambutan kat tanah kitaorang belum pun berbunga.
Lepas kerja di Zone 3b, aku mencabut rerumput kat Zone 2, jugak kat Zone Penempatan Semula Kacang. Cabut rerumput yang keliling pokok, tak boleh guna cangkul sebab takut tercangkul pokok. Aku kalau menghayun cangkul, kadang tuh ikut dan jer. Dah settle kat situ, aku menggembur kat sekeliling pokok kacang yang tertumbuh sendiri, kat Zone 3a.
Nampak macam banyak kerja yang aku buat, kan? So far dah 3 kerja, kan? Tapi buat nya sikit jer, dapat menyangkul/menggembur sesepuluh minit, aku merayau ke tempat lain pulak. Then aku membaja, kat kacang yang di tanam antara pokok-pokok pisang. Yang dah 3 minggu ditanam tuh nampak macam tak ceria jer, sebelum mak sound suruh taruk baja, baik aku membaja awal-awal. Yang lain pun aku tabur baja jugak, biasanya sekali jer aku membaja untuk setiap round tapi kali ini ada yang dah dua kali aku taruk baja.
Awal aku masuk rumah pagi nih, pukul 11. Rasa macam menyesal pulak sebab kat bilik pun aku tak buat apa, melepak aje tenung screen laptop. Aku perasan yang sesehari dua nih aku rasa macam bosan sangat dengan rutin hidup aku. No, I'm not whining tapi itulah hakikatnya, walaupun aku cuba kata dalam hati yang kehidupan aku tenang setenang-tenangnya tapi I can't hide the feeling yang kadang tuh kehidupan aku membosankan. Day in day out aku buat benda yang sama, orang yang aku jumpa setiap hari pun, muka-muka yang sama. Memanglah bosan tahap gaban kan?
Nasib baik ada Kelas Mengaji tengahari nih, so adalah aktiviti lain. Lepas mengaji, sepatutnya pergi Jamuan Hari Raya Koperasi apa tah, yang dibuat kat kedai Akak Janda Lucah tapi jamuan mula pukul 3, aku habis mengaji pukul 2-45 pm, then bila aku meround kat area tuh, aku tengok, tak ramai orang yang aku kenal. So aku terus aje lah balik.
Since mak balik lewat sikit (sebab mak kata nak ke jamuan tuh lepas Asar), aku menyiram air baja kat cili dalam polybags yang kat sebelah bilik mak. Aku taruk banyak bajanya, harap-harap tak overdose lah cili-cili tuh. Payah, niat aku baik, nak kasi diaorang cepat membesar.
Dalam pukul 6 lebih kurang, hujan turun, tak lebat dan tak lama. Banyak aku patut bersyukur nih pasal almost setiap hari hujan turun, mula dari minggu lepas. Kalaulah hujan tak turun, kincang kirap aku nak menyiram kacang seluas tuh.
Aku lapar, rasa macam nak mengeteh lepas Maghrib tapi bila difikir banyak buruknya, banyak benda berbangkitnya kalau aku ke kedai, so aku melepak kat masjid jer lah.
Lepas Isyak, ramai yang bersembang, pasal harga minyak naik lah, pasal kedai sebelah masjid tuh yang nak ditender lain pasal kedua-dua tokay kedai (yang disuruh pindah ke tempat lain) tuh penyokong PAS.
What a baloney lah kerajaan nih.