Tuesday

Ahad - 15092013

Awal pagi lagi aku ajak Luqman, anak sedara aku, pergi mengeteh. Lambat kalau nak tunggu breakfast kat rumah, aku nak ke kebun.

Pagi nih mulanya aku menyusun polybags yang kat garaj, mengikat dawai, pasang tali etc sebab banyak pokok cili yang terlentok aje. Lagipun kebanyakan pokok cili tu dah berbuah so, soon akan akan dipetik, jadi kenalah dibuat laluan supaya senang kerja memetik cili tuh nanti. Dah lah kerjanya (kerja memetik cili) memboringkan, tambah-tambah pulak pokok cili tuh tak tersusun, alamatnya adalah nanti yang dipatah-patahkan aje dek tangan-tangan yang memetik cili tuh.

Then aku menyiram cili sama kacang, sebahagian aje sebab kalau nak siram semuanya, sampai ke petang pun tak siap, pasal air paip memang tak laju, kawasannya luas pulak tuh. 

Long ajak aku menggali pangkal pokok pisang yang dah ditebang tuh (mak punya idea lah tuh) tapi aku tak nak, aku kata, biarkan aje, biarkan pokok pisang tuh reput sendiri. Bukannya kitaorang nak tanam apa-apa pun untuk masa terdekat nih, buat apa buang masa buat kerja tuh sedangkan banyak kerja lain yang menunggu. Mak memanglah kalau boleh, mak nak kan kawasan tuh clear dan bersih tapi in this case, first things first lah.

Since Long masih ada di kebun, aku decided nak ke Raub, nak hantar laptop aku. So kalau aku terbalik lewat, mak boleh ke masjid sama Long. Esok kedai tuh tak bukak so lambatlah aku dapat online balik semula. Berapalah kos nya nanti tuh, aku dah lah tak berduit nih, ada lah sesikit belen duit Raya yang adik beradik aku kasi ituhari. Kadang tuh aku terfikir yang how suck my life is sekarang nih, duduk di kampung, tak berduit. 

Tak apa lah, tiga empat bulan jer lagi, lepas tuh kualiti hidup aku akan lebih elok lah kot, Insya Allah.

Yes Dear Diary, I'm counting days.

Tengahari, sibuk pulak melayan anak-anak sedara main buaian yang Ida sama Lan buatkan untuk diaorang.  

Lena pulak aku tidur petang nih lepas Zohor, lepas makan. Sedar-sedar just masa untuk ke masjid for Asar. Bagus jugak tak ada laptop nih, tidur cukup, sebab tak boleh nak online. Malaslah aku pinjam ipad, laptop orang, orang tak tahu pun laptop aku rosak, dan aku tak nak tunjukkan yang how bergelora nya jiwa aku bila laptop rosak, bila tak dapat nak online.

Long sekeluarga balik petang nih, yang tinggal, Ida sekeluarga, Lan sekeluarga (tanpa spouse masing-masing). Sesambil menyiram kacang, cili, aku menyiram anak-anak sedara aku jugak, seronok tengok gelagat budak-budak main air. 

Tak ada Kuliah Maghrib malam nih, aku ok aje sebab boleh aku teruskan baca Quran/Terjemahan aku, cuma yang tak bestnya, masjid nih semakin sunyi. Pelik aku, bukannya tak ramai orang kat kampung nih, tapi yang datang berjemaah kat masjid muka-muka basi ni lah jugak, ada lah dalam sesepuluh orang. Paling ramai pun dalam belasan aje. Mudah-mudahan Tuhan kasi hidayah kat yang lain-lain, aku dulu pun tak selalu jugak ke masjid, so aku faham sangatlah. 

Again, malam nih aku tidur awal.