Aku cadangnya tak nak tidur dah lepas Subuh tapi tah macamana tah, aku tertidur jugak, sementara tunggu nak breakfast. Sedar-sedar dah dekat pukul 9. Nasib baik mak pun masih tidur gamaknya. So aku bergegas ke kedai Samad.
Elok aje aku nak ambik makanan, EnY (Penolong Pengarah CCRC/Pusat Serenti Sungai Ruan) sama SarjanK muncul, diaorang kata ini kali pertama makan kat kedai tuh, jarang diaorang melepak mengeteh, kat mana-mana pun.
So banyaklah yang kitaorang sembangkan, dari kisah cili sampai ke pasal kacang, dari cerita pasal CCRC tuh sampailah cerita pasal gossip kat Harian Metro yang aku baca sesambil minum tuh.
Aku rasa happy jer sepanjang jalan kaki balik ke kebun, pasal aku teringat yang dua tiga hari lepas ada aku wished yang aku dapat peluang makan-makan dengan orang yang penting sikit (no, bukannya aku snobish, memilih orang untuk dibuat kawan tapi once in a while aku nak jugak unleash my keclassyan, having intelligent conversation gitu. Aku mudah bosan kalau makan/bersembang sama Ariff, aku kena banyak tahan sabar)
Aku rasa happy sebab small things macam tuh buat aku ingat Tuhan, buat aku bersyukur, buat aku sedar yang akan datang aku kena hati-hati dengan what I wish for. Aku bersyukur jugak sebab Tuhan granted aku punya wish. Aku bersyukur sebab benda-benda kecik macam nih pun buat aku rasa happy, how blessed my life kan? Walaupun hidup aku macam bosan, sampaikan aku pelik kadang tuh, dalam bosan-bosan, dalam kemundanenan hidup aku nih, ada jer benda yang aku nak tulis kat blog. Ini fasa kebosanan, something exciting is just around the corner, aku selalu fikir macam tuh.
Macam semalam, dan macam hari sebelum semalam, aku buat a few kerjas yang sama, menyangkul, mencabut rerumput, menggembur, menambun pangkal kacang, dan akhir sekali aku menanam a few belasan baris of kacang.
Mak tak beritahu pun apa plannya, biasanya lepas Majlis Baca Yaasin, mak akan ke masjid (tumpang orang), dan lepas tuh balik sama aku. So biasalah, lepas Asar tu aku tunggu mak, rupa-rupanya mak tumpang orang lain untuk balik semula ke rumah Haji Ta, untuk Majlis Tahlil.
If only mak beritahu aku gitu plannya, tak ada lah aku tertunggu-tunggu.
Long ada balik, sorang. Mulanya aku tak bercadang nak ke kebun sebab dah lewat jugak tapi since Long ada, aku turun jugaklah, sesambil sembang pasal projek cili kitaorang tuh. Then aku merepair batas kacang, menambun kat mana-mana yang perlu ditambun, "lawa kacang awak", kata Long.
Tengah aku kerja tuh, Bard, orang kampung nih, ada datang. Saja dia nak menengok projek kacang aku sebab dulu aku ada kasi dia kacang. He's one of the guys yang aku respect, tak tahu pasal apa tapi aku suka dia nih, Pegawai Kerajaan.
Malam nih Kuliah Ugama masih lagi pasal "Syiah", ramai jugak jemaah yang tanya Ustaz, jadi lively Kuliah malam nih, biasanya bosan ya amat pasal cara Ustaz tuh kasi kuliah memang tak menarik langsung, tu pasal tak pernah dapat sambutan, setakat empat lima orang jer yang dengar.
Haji Din jemput ke rumah anak dia di Simpag Kallang lepas Asar esok sebab ada khenduri kesyukuran, anak dia nak pergi buat Haji tahun nih. Only selected few yang dijemput.
Mak ada beritahu yang Ngah mungkin buat haji jugak tahun nih, dari US perginya sebab kat sana mana ada quota-quota nih.