Saturday

Jumaat - 27092013

Semalam aku tidur lewat so pagi tadi, balik aje dari masjid, terus aku sambung lena, sedar-sedar dah dekat pukul 9. Terus bergegas pergi breakfast yang by the time aku di kebun, dah dekat 9 setengah. 

Aku mencabut rerumput, menyangkul, dah 3 minggu lebih rasanya tak pegang cangkul, tak ada kesempatan. So kejap aje dah berpeluh-peluh aku dibuatnya, dan kawasan yang aku kerjakan pun nampak kemas, kacangnya ditambun cantik. Dulu tuh macam terbiar gitu aje tapi sekarang nih aku ada menaruh harapan yang kacang tuh akan memberikan hasil yang baik.

Syukur Alhamdulillah, hujan turun lagi harinih, masa Sembahyang Jumaat. Lebat turunnya. Berlarutan sampai ke petang. Mak beritahu yang tak payah jemput lah lepas Asar nanti sebab mak akan tumpang jiran sebelah. Tapi aku perasan yang jiran sebelah tak ada di rumah, so aku dah boleh agak yang aku akan jemput mak nanti, kalaulah hujan terus turun. 

Betul, ada orang talipun, suruh datang jemput mak di surau, and so aku pun pergilah. Sesampai di surau, tengok-tengok tak ada orang, aku agak mak tumpang sapa-sapa aje. Yang aku tak fahamnya, apa pasal talipun suruh aku datang jemput? Kalau dah talipun aku tuh, tunggu ajelah kat surau, tak payah nak tumpang orang lain.

Long ada balik, sama AdikDin, esok diaorang nak ke KL. Aku tak ke kebun sebab hujan masih turun renyai-renyai. Mak ajak Long ke Sega, rumah bapak sedara aku, nak ambik cek untuk (arwah) pak. 

Kuliah Maghrib malam nih dah tak cerita pasal Syiah dah, berbalik pada tafsir hadis. Then ada Sembahyang Hajat, untuk isteri MatNor yang tengah nazak kat Hospital Temerloh. Kesian aku kat MatNor, kebelakangan ni isteri dia selalu sakit (umur 30an), ituhari sebulan kat Hospital Selayang, moga-moga Tuhan panjangkan umur dia, Amin.

Ada jemputan Tahlil jugak malam nih kat Flat Polis Sungai Ruan tapi kitaorang tak pergi, esok ajelah pergi khenduri kawin tuh.