Just to get a nice jump start for the week, dan untuk mengelakkan Monday Blues, aku ke kebun awal pagi, seawal 7-15 am. Menyediakan apa yang patut. Ambik baja, trays berisi pokok cili and stuff.
Then baru aku pergi breakfast.
Laaa...........
Tak apa, at least ada sikit perkembangan kan? Kalau tak tuh, moyok jer nak buat kerja. Lagipun tak lama mana aku di kedai Samad tuh, dalam 15 minit jer.
Aku memakegoodkan pokok-pokok cili yang terkulai dihempap hujan yang lebat semalam tuh, jugak menanam kat mana-mana lubang yang dah berisi sabut sebab semalam tuh kitaorang tinggalkan begitu aje lubang-lubang tuh tak bertanam. Bila dah dibubuh baja, baru aku tambunkan tanah sekeliling pokok. And so habis satu kerja.
Lepas tuh aku sambung menanam kacang, dapat a few more baris, dah semakin jauh kawasan yang aku terokai, aku baru terperasan yang paip air boleh sampai lebih jauh kalau aku nak menyiram nanti, aku akan tanam apa-apa untuk radius 100 meter dari paip.
Aku tanam jugak a few benda lain, timun, bendi, tembikai. Bukan tanam kat kawasan khas tempat aku tanam sayur di sana tuh tapi ini penempatan baru, kat kawasan yang tanahnya cantik subur, antara pokok kacang dan cili.
Sesambil tuh sembang jugak dengan S yang kebetulan datang menambun pangkal pisang. Tak lama lepas tuh Bambang datang, so bersembang dengan dia sambil bawak dia melawat pokok-pokok cili sebab dia kata dia pun nak tanam cili.
UstazM tak ada tengahari nih so aku tak ke surau lah, mak aje yang pergi sebab diaorang, kalau UstazM tak datang, diaorang tetap mengaji sesama sendiri.
So melepak jer lah aku, online. Main games. Dang, why do I refuse to grow up hah? Ekekekeke
Eh Dear Diary, ada orang kata yang I sound intelligent. Kat blog lah maksud dia kot. Aku "bunyi" macam intelligent sangat ker hah Dear Diary? Kau tau dak, puas dah aku sorok keinteligentlan aku tuh tapi terserlah jugak kan? Rupanya aku masih tetap seperti seekor ular yang menyusup akar, kan Dear Diary? Too bad tak ada perempuan orang nampak aku.
Ha, part tuh kau boleh gelak kan aku, Dear Diary.
Bitch!
Petang nih hujan lagi, lebat tapi sekejap. Sampai nak Asar baru lah berhenti. so aku tak ke kebun lah, aku cuma mengopek kacang yang tinggal sisa-sisa terakhir tuh.
"Ada hal mende, Makcik Esah?", aku laung Makcik Esah yang naik basikal hala ke depan rumah, dia tak nampak aku ada di pondok cili/garaj.
"Dak, nunggu mak awak terh, dia nye jalan kaki, lambat sikit sampe", kata Makcik Esah.
Sama-sama kat surau tadi tuh, tak kan tak habis lagi benda nak bersembangnya, tanya aku dalam hati.
Women!
And so bersembanglah mak sama Makcik Esah, bawah pokok rambutan, a few yards away dari tempat aku buat kerja. Entah apa yang disembangkan, aku pun tak tahu, dan aku pun tak nak ambik tahu, aku tak cuba pun menegak dan mencapangkan telinga aku untuk dengar sembangan diaorang. Sebab diaorang sembang slow. Darn!
Tak lama tuh mak sama Makcik Esah datang kat tempat aku kerja, menengok-nengok pokok cili yang dah berbuah tuh.
"Gini lah, Makcik ada benda sikit nak kabor ke awak nih", kata Makcik Esah.
I knew it!
"Ada orang, lelaki, sedara Makcik jugerk, dia mengadu ke menantu Makcik, dia tanya mengapanya Makcik pergi masjid sama deme? Anak-anak Makcik mana? Jadi Makcik rasa tak sedak hati lah. Jadi nyeh, buat sementara nih Makcik tak pergi lah dah ke masjid sama deme", kata Makcik Esah.
"Here we go again", kata aku dalam hati.
"Betul ker orang cakap gitu? Lelaki?", aku tanya Makcik Esah.
"Betul, sedara Makcik jugerk. Makcik dah kabor ke mak awak, dia nyeh kata tanya lah awak pulak, itu yang Makcik kabor ke awak nih", kata Makcik Esah lagi.
"Buat tak tahu jer lah", aku kata gitu.
Aku tak reti jugak nak kasi pendapat sebab dulu dah jadi macam nih, tapi yang itu perempuan, sekarang nih lelaki pulak. Sejak bila lelaki jadi banyak mulut macam perempuan ni hah? Ekekekeke
"Makcik terasa hati.....", kata Makcik Esah.
Berbalik-balik cakap gitu lah, last-last Makcik Esah menangis.
"Saya tak tahu nak cakap macamana, tapi bagi saya, buat tak tahu jer lah, orang tu pun tak ada niat nak mengata. Dia tanya benda yang dia tak tahu, benda yang betul. Sapa-sapa pun boleh tanya gitu", aku kata lagi.
"Ha ah yerk, benda nya memang betul.....", kata Makcik Esah.
"Jangan pulak kita mengutuk dia, sebab saya rasa dia tak ada niat pun nak mengata", aku kata lagi.
"Lah, tak boleh ker?.....", Makcik Esah tanya aku sambil gelak, sambil tutup mulut. Sambil pandang mak.
Sah lah diaorang dah terkutuk, termengata orang tuh.
Women!
And so, Makcik Esah buat keputusan untuk tak nak ke masjid tumpang kitaorang dah. Makcik Esah nih ada 4 orang anak yang duduk dekat-dekat rumah dia, dan ada a few sedaras jugak (yang kaya dan senang hidup diaorang), tapi anak-anak dia tak sembahyang kat masjid. Cuma masa Puasa ituhari aje diaorang ke masjid.
Makcik Esah ada cuba-cuba hulur duit kat aku, aku buat tak layan jer. Lepas tuh mak sama Makcik Esah sambung bersembang kat bawah pokok rambutan. Aku terus aje lah buat hal aku, sesambil tuh aku fikir jugak, yang gini lah kalau duduk kampung. Or rather ginilah masyarakat Melayu.
Kalau aku jadi Makcik Esah tuh, dah aku kata "Go fuck yourself in the face", kat orang yang mengata tuh.
Hujan turun lagi masa nak Maghrib, masa lalu depan rumah Makcik Esah, aku rasa macam tak best jer. Kesian ke dia, mangsa keadaan.
Aku nekad yang aku nak makan kat luar lepas Maghrib, bosan jugak rutin sehari-hari aku sama jer. At least adalah kelainannya kan? Balik rumah lepas Isyak tuh terpaksalah aku buat-buat makan (sekali lagi) sebab nak menghindarkan dari soalan-soalan yang menusuk kalbu.
Aku kena jaga hati aku jugak.