Thursday

Khamis - 12092013

Ingatkan pagi nih tak ada mak nak suruh ke mana-mana sebab biasanya kalau mak ada plan, ada hajat, mak akan beritahu masa pergi/balik masjid Subuh tu. Tapi, elok jer aku nak ke kebun, Makcik Rempit datang, ajak mak pergi beli durian longgok. Obviously diaorang ada bersembang pasal durian masa kat masjid. Hmmm....

So kitaorang pergi lah ke rumah orang jual durian tuh, dapatlah 20 bijik, durian yang tak elok diaorang tak nak jual pulak tuh pasal diaorang nak buat tempoyak. So mak kena buat tempoyak guna durian yang elok lah nampak gayanya. 

Balik tuh terus lah ke kebun. Eh tak. Aku pergi breakfast dulu, ternampak MatNor, aku ajak dia join sekali tapi dia tak nak. Segan aku tau dak pasal aku nih asyik mengeteh jer kerjanya, asyik minum kat kedai jer.

Aku merumput, mencabut rumput kat Zone 2 kacang, terpaksa cabut satu-satu pasal tanah masih lembab, so susah jugak kalau guna cangkul, tambah-tambah rerumput tuh betul-betul kat pangkal kacang. Banyak tempat lain yang dia boleh tumbuh tapi dok menyelit jugak tuh kat pangkal-pangkal kacang. Jenis rumput menyundal tuh, dah lah menyusahkan aku. Tapi, aku sabar, aku buat perlahan-lahan, sikit demi sikit, yang kalau diikut gaya aku kerja tuh, dalam seseminggu pun masih tak akan habis kerjanya. Then again aku nak buat macamana, kacang belum ada yang boleh dicabut, so mencabut rumput aje lah kan? 

Then aku menyangkul kat kawasan cili, memetik daun-daun, pucuk cili, so that pokok cili tuh akan jadi rendang. Or so lah gamaknya. Aku tak reti bab-bab tuh, ada orang kata cabut, petik daun-daun yang tumbuh kat ketiak pokok cili tuh. Orang lain pulak kata, petik dan buang pucuk cili tuh aje. And so aku buang, petik semuanya, yang tumbuh kat ketiak-ketiak pokok cili, jugak pucuk nya. 

Harap-harap rendang lah pokok-pokok cili aku tuh, gila ko, dalam seribu pokok semuanya. Harus jadi tokay cili nanti nih, InsyaAllah. 


Aku cadang dah nak berhenti buat kerja dalam 11 setengah tuh tapi mood rajin datang, so aku menyiram air baja kat pokok cili yang dalam polybags yang kat bawah garaj, jugak yang dah mula berbuah tuh.

Sepatutnya mak ke masjid lepas Zohor untuk Kuliah Ugama Kaum Ibu tapi UstazIs tak ada pulak harinih, dan UstazM pulak setuju untuk datang ajar mengaji di surau. Sementara tunggu waktu ke surau, dapatlah aku lelapkan mata dalam sesetengah jam. Kitaorang terlambat sikit (mak tak sempat pun nak beli kuih untuk jamuan), dah ada orang lain yang mengaji dulu (biasanya aku dulu mengaji pasal aku sorang jer lelaki), so pukul 3 lebih baru selesainya.

Masa sembahyang tadi, (kebetulan aku di sebelah Haji Din, dan di belakang Imam Ustaz Simon Cowell), masa Tahiyyat awal, Haji Din sampai dua kali kata, Subhanallah. Bangun aje dari Tahiyyat tuh dia ke depan, gantikan Imam, sampailah selesai sembahyang. Pelik aku sebab Ustaz Simon Cowell terus aje blah, aku ingatkan diaorang ada conflict ker apa ker, ataupun entah-entah Imam terkentut (dan aku tak dengar) ker apa ker. Rupanya Haji Din terperasan yang kat kaki Imam ada taik cicak. Cicak banyak sungguhlah kat masjid nih, sampaikan kat sini ada disediakan lastik, untuk melastik cicak.

Lepas Asar terus lah aku menyiram air baja, kali ini cili dalam polybags yang kat bawah pokok rambutan tuh. Ada dalam 400 bags kat situ, sampai sakit-sakit pinggang sebab kena tunduk, dan disiram satu persatu. Ada dalam sesepuluh pokok yang kekuningan daunnya, yang lain tuh semuanya hijau.

Habis banyak masa kat situ jer lah, by the time aku nak buat kerja lain, dah dekat pukul 6, sempatlah jugak aku menyangkul mana-mana yang patut.

Since tak ada Ustaz malam nih patutnya buatlah Baca Yaasin ker atau tahlil, sebab selalunya kalau malam Jumaat memang macam tuh. Tapi tadi tuh tak ada apa-apa pun, jamuan tetap ada by the way.

Hujan turun, a few titiks. How I wish hujan lebat sebab dah 3 hari tak hujan nih. Then again, kalau hujan, terbengkalailah pulak kerja menyangkul aku, kan? Apa-apa lah, hujan ker, tak hujan ker, aku terima aje.