Sunday

Sabtu - 21092013

Malam semalam aku tidur berlenggeng, tak berbaju (spender pakai ekekek), then pasang kipas kuat-kuat, so tak heranlah bangun pagi nih hidung aku asyik berair jer, bersin melulu. Lama dah tak kena cam tuh, so padang muka aku, saja cari penyakit.

Aku ajak Long menyiram air baja kat semua pokok cili, even yang ditanam kat tanah. Buat gitu sekali sekala for a change. Long setuju, satu idea yang bernas, kata dia. Biasanya cuma cili yang dalam polybags aje yang disiram air baja sebab cili yang ditanam kat tanah aku guna baja 18 x 18 (I have no desire nak explain jenis-jenis baja, ko google lah sendiri Dear Diary, sedangkan aku boleh tertahu, tak kan ko tak boleh?), ditabur sekeliling pokok. 

Letih jugak nak kena siram setiap batang pokok cili, ada lebij 1000 batang. Sampaikan habis bekalan baja, terpaksa aku ke Sungai Ruan sekejap, kedai pun belum bukak lagi masa tuh. 

Kitaorang saspen jugak nih pasal banyak jugak pokok cili yang mati kekeringan, out of 1000 tuh ada dalam 20 ke 30 pokok yang dah tinggal nyawa-nyawa cili, rasanya tak boleh diselamatkan dah. Tak apalah, mana yang mati tuh akan aku gantikan balik, tanam dengan anak cili yang lain, masih ada 3 trays anak cili di semaian.

Mak tak ada di rumah hampir seharian, pagi pergi rumah khenduri/baca Yaasin, petang pun ada program jugak. Long balik lepas Zohor, dan aku punya lah bosan di hari yang panas macam harinih, dah lah hidung asyik menguncomfortablekan aku. Last-last telan ubat, then tidur. Bangun tuh baru lega.

Lepas Asar pun aktiviti yang sama, menyiram. Terpaksa aku buat cepat-cepat sebab aku kena siram semua pokok cili, dan jugak part of empayar kacang, semuanya melentok aje, aku pun jadi down menengoknya.

Ada aku beritahu mak pasal kacang yang mula-mula ditanam dulu tuh yang setiap hari ada yang mati kekeringan, macam baru lepas diracun. Mak terkejut jugak tapi tak ada lah sekeri yang aku expect. Mungkin sebab aku yang beritahu, what if mak sendiri yang sedar kacang-kacang tuh mati, tentu lain reaksinya. Aku tak sikit pun rasa terkilan kacang tuh mati (walaupun aku pelik apa pasal kat area tuh aje yang mati, 4 baris panjang semuanya) sebab itu kacang biasa, kacang orang kebanyakan, bukannya kacang harimau. Kalaulah kacang harimau yang mati, haruslah tension aku dibuatnya. 

Macam Van Gogh cakap lah, I put my heart and my soul into my work, and have lost my mind in the process.

UstazM tak ada malam nih, so Kelas Mengaji dikansel. UstazM nih sibuk orangnya, itu yang kejap ada, kejap tak ada. Aku tak heran yang dia sibuk sebab bukan aku sorang yang suka mengaji dengan tunjuk ajar dia, orang lain pun sama.