"Awak hantar mak ke rumah orang baca Yaasin kang, dalam pepukul 8 setengah", kata mak masa aku nak ke kebun.
"Makcik Esah, Cik Hindun pun nak tumpang jugerk", kata mak lagi.
Biasanya gitulah, either masa nak pergi Subuh atau sebelum ke kebun, masa tu lah mak akan beritahu aku kalau-kalau mak ada rancangan. So sempatlah aku mengeteh sekejap, sempat jugak menyangkul sesikit sebab 8 setengah mak tuh rupanya 9 pagi.
Aku rasa macam bersyukur jer sebab aku bukan aje dapat hantar mak ke sana sini tapi jugak kawan-kawan mak, ahli KELIBUT (Kelab Ibu Tunggal).
Jauh nun masuk ke dalam kampung Tok Machang tempatnya, dah dekat ke kaki gunung. Janjinya pukul 12 aku datang ambik diaorang, sebab jemputan lelaki makan pukul 12 gitu.
Kat kampung nih selalu dibuat majlis bacaan Yaasin (untuk orang perempuan) dan Tahlil. Esok petang pun ada satu lagi majlis, jiran kitaorang, bapak sedara Rizal.
Dapatlah sesikit aku merepair batas/baris kacang yang penuh tumbuh rumput, lambat kerjanya pasal aku kena cabut yang sekelilig pokok kacang, yang tumbuh meliar lain tuh aku cangkul aje. Then kena lah pulak ditambun pangkal kacang tuh. Buat masa sekarang, itu lah kerja yang paling banyak menunggu aku, kat Zone 2 for example, rerumput dah tinggi dari pokok kacang.
Aku ambik kesempatan cuaca mendung untuk sambung menanam kacang, mana lah tahu kalau-kalau hujan dah tak turun, tanah akan jadi keras dan susahlah pulak aku nak buat batas, terpaksa disiram air lah pulak nanti. Itu yang aku decided nak terus tanam aje lah sebanyak mana.
Tapi aku gitulah, dapat 5 baris aje aku berhenti, sedangkan masa tuh belum pun pukul 11. Aku selalu gitu, rajin nak mula tapi malas nak siapkan kerja. Itu yang jadi banyak kerja tuh, merata-rata ada kerja yang tak siap. Macamana pun, aku tak heran sangat semua tuh pasal aku tahu, aku yang buat gitu, so aku jugaklah yang akan settlekan semuanya nanti. Di pandangan, penglihatan orang lain, memanglah tak bagus cara aku tuh, buat kerja separuh jalan. Tapi, me no give farque apa orang nak kata.
Belum pukul 12 lagi aku dah ke tempat khenduri tuh, tapi dari kejauhan aku nampak mak tengah menunggu aku. Laaa, rupanya diaorang dah siap makan, dan dah nak balik. Nasib baik aku datang awal sikit.
"Pergilah makan dulu", kata mak bila aku terus aje suruh diaorang naik kereta.
"Tak apa lah", aku kata gitu.
Dua tiga kali mak suruh aku pergi makan, dan mak and her gang akan tunggu aku, tapi aku kata aku tak nak.
"Mengapanya?", mak tanya aku.
Malas lah aku jawab panjang-panjang, aku cuma kata, "Tak apa lah...". Kalaulah mak and her gang tak tunggu kat simpang nak masuk ke rumah tuh, harus aku dah turun pergi makan. Tak kan aku nak biarkan diaorang tunggu aku pulak, kan? Diaorang patutnya tunggu aku kat rumah khenduri tuh, bukannya kat simpang. Tunggu kat simpang tuh shows yang diaorang memang dah nak balik sangat dah.
Aku ok jer, lepas hantar diaorang balik, teruslah aku ke kedai Samad, then ke Sungai Ruan sekejap, beli papers. At least ada kelianan dalam hidup aku harinih kan?
Hujan turun lepas Zohor, mulanya mak kata tak jadi lah nak ke masjid (Kuliah Ugama mingguan), so aku pun cuba-cuba tidur. Then dalam pukul 3 lebih sikit mak kata nak ke masjid lah pulak.
And since tadinya hujan lebat, aku tak ke kebun lepas Asar, tak ada apa yang boleh dibuat pun. Punyalah bosan aku sementara nak tunggu Maghrib, tah apa-apa aku buat online, pergi sana surf sini, last-last barulah terralit buat something.
Malam nih ada Kuliah Maghrib so ada jamuan (oooppppsss), aku makan sikit jer sebab kat rumah pun nak makan jugak, mak ada buat sambal tumis ikan bilis+petai+tempoyak.
Dan malam nih hujan turun lagi. Tadi dah lah ampuh batas-batas kacang yang baru aku tanam kacang tuh.