Sunday

Ahad - 22092013

Saja aku tidur lepas Subuh, walaupun dalam pukul 8 tuh ada aku tersedar tapi aku sambung balik tidur, last-last pukul 9 baru aku bangun. Rupanya mak dah keluar, ada gotong royong membersihkan surau.

Aku menyiram guna pam, lama aku siram setiap pokok kacang, cili, aku nak pastikan yang air tuh betul-betul meresap ke dalam tanah, ke akar. Kalau tak, tak sampai petang nih, semuanya akan longlai. Seriously, cuaca seseminggu nih panas betul lah, I won't be surprise' kalau tanaman-tanaman aku mampos nanti nih, kalau cuaca panas berlanjutan. True yang hari-hari aku menyiram tapi bukan aku sempat siram semua dalam satu masa. Mintak-mintak selamatlah tanaman aku, Amin.

Yang paling aku bimbang, pokok cili yang masih kecik tuh, beratus-ratus pokok pulak tuh. Yang besar-besar tuh aku tak heran sangat, setakat sembur sesikit dah kira ok. Kacang pun aku saspen gak nih, tanah merekah sana-sini. Kalaulah aku ada duit, aku akan beli lagi 2 gelung paip, so boleh sedut air anak sungai aje.

Mak ke rumah orang baca Yaasin lagi petang nih, dan aku, macam biasa, bosan tahap cipan. Enath apa-apa yang aku buat online pun aku tak tahu, main games bosan, baca news bosan, semuanya membosankan aku. Last-last aku tengok The Price Is Right, so very Americanized aku nih kan? Americans, yang kampung-kampung, yang bosan, diaorang suka tengok The Price Is Right.

Pukul 5 ada gotong royong membersihkan masjid, sebelum pergi, sempat aku menyiram cili sekali lalu. Ramai jugak yang datang, aku pun buatlah apa-apa yang patut, sapu sampah, lap sana lap sini, buat-buat cari kerja yang patut. Dalam pukul 6 tuh kebanyakan diaorang break, mengeteh kat kedai di seberang jalan, aku pun ambik kesempatan tuh pergi kedai tom yam, makan kat situ. 

Maghrib, semua orang lambat datang masjid, azan pun tak dilaung, yang jadi Imam pun EnBrunoMars (kebetulan dia ada datang berjemaah malam nih), apa nak jadi lah kariah masjid nih? Then mengaji sama ImamHajiMat. Nasib baik ada jamuan ringan lepas Isyak, so ada lah excuse aku untuk tak nak makan dinner (sebenarnya aku masih kenyang makan kat kedai tadi).

Dang bosannya hidup aku, kan Dear Diary, sampaikan nak update blog pun aku tak bersemangat.