Bangun pagi harinih rasa segar bugar badan aku, tidur aku cukup sesehari dua nih, walaupun bangun awal. And so aku ke kebun, menyiram. Tak sempat sepuluh minit, mesin padam. Damn, susah jadi pekebun yang tak berpengetahuan nih. Nasib baik S ada tolong, dia yang godek sana godek sini, yang akhirnya pam tuh elok semula. Aku tengok jer lah, sambil belajar apa-apa yang patut. I'm sure Long pun tak reti apa sangat pasal nak repair pam nih, so kalau aku tahu, itu dah baik dah tu. S nak guna pam tuh jugak nak siram pokok pisang dia yang kekeringan tuh, tu pasal dia concerned sangat pasal pam tuh.
"Mak, saya guna sikit duit yang mak bagi untuk bayar upah bambang nak meracun tuh. Nak beli alat-alat pam air", aku kata kat mak. Iyalah, aku dah tak ada duit, tinggal dua tiga ringgit jer. Adalah notes seringgit-seringgit dalam tabung, tapi itu nak guna untuk mengeteh. Dan untuk beli majun. Hiks, aku start makan majun dah sekarang, S yang rekomen. Dia makan sebab nak kasi kuat lancau, aku makan sebab nak kasi badan segar. Iyalah kan, aku bukan nak guna lancau aku untuk bercucuk tanam macam S tuh kan? Ekekekke
"Awak pake (pakai/guna) jer lah duit tuh kalau nak beli mende-mende", kata mak.
Semalam mak ada kasi a few ratus, nak beli racun, sama nak bayar upah kat bambang. Aku "agak" dah yang pintu rezeki aku akan dibukak, walaupun sikit. And I'll keep on berdoa, aku suka berdoa, one of the things yang buat aku rasa how kecik nya diri aku nih di sisi Tuhan.
Sampai dekat Zohor jugak aku menyiram pagi nih, memang kalau ikutkan hati, nak aku palar/pajan (biarkan) aje tanaman tuh, nak hidup ker nak mati kering ker. Tapi bila difikirkan balik yang bila diberi masalah macam nih, aku kenalah berusaha untuk menyelamatkan tanaman tuh. Jangan cepat patah semangat, jangan mudah menyerah kalah.
Masa kitaorang balik dari Zohor, angin kuat, langit jadi hitam, gaya macam nak hujan. Aku selamba jer lah, walaupun dalam hati kata, kalau hujan bagus jugak. Mungkin sebab aku tak nak kecewa, sebab kalau Tuhan tak nak turunkan hujan, memang tak akan turunnya lah. Dah berapa kali dah macam tuh, gaya macam nak hujan tapi tak hujan jugak.
Syukur Alhamdulillah, hujan turun awal petang nih. Aku melepak kat beranda jer menengok tanaman aku dibasahi hujan buat pertama kali dalam masa 3 minggu kot. Tak berhenti-henti aku bersyukur.
Walaupun ada a few baris kacang yang mati kering tapi InsyaAllah yang lainnya dapat diselamatkan kot. Kacang nih perangainya macam orang tua kan? Semakin tua kacang tuh semakin manja, semakin hendakkan TLC. Kacang yang kecik-kecik, yang masih muda, walaupun 3 minggu kering kontang, diaorang selamba jer.
Walaupun ada a few baris kacang yang mati kering tapi InsyaAllah yang lainnya dapat diselamatkan kot. Kacang nih perangainya macam orang tua kan? Semakin tua kacang tuh semakin manja, semakin hendakkan TLC. Kacang yang kecik-kecik, yang masih muda, walaupun 3 minggu kering kontang, diaorang selamba jer.
Kuliah Ugama Untuk Kaum Wanita Khamis yang biasanya dibuat kat masjid, dah ditukar lokasi, dibuat kat surau pulak, so aku hantar mak ke surau sebab jalan becak kena hujan. Mak suruh aku sembahyang Asar kat surau sebab nak meramaikan jemaah lelaki.
Adalah dalam 7 orang jemaah lelaki, selebihnya perempuan, berpuluh-puluh orang. Dan biasalah, ada jamuan. Masa Kuliah dibuat kat masjid dulu tuh, tak ada jamuan pulak tapi kalau di surau nih, InsyaAllah, setiap kali ada program, sure ada makan-makan.
Lama jugak aku menunggu mak siap berkemas, then ada sorang perempuan tuh kata yang mak suruh aku balik dulu. Patutnya beritahu aku awal-awal, tak lah aku buang masa menunggu. Perempuan selalu take for granted benda-benda macam tuh, yang kecik bagi diaorang, kan?
Since dah lewat, dan since tadi hujan, aku tak ke kebun. Iyalah kan, macam serakah, tak menghargai hujan yang turun tadi tuh pulak lah kan kalau aku ke kebun? Sebenarnya aku terralit main games kat FB.
Akak The ada talipun, tak sempat lama bergossip sebab mak pun balik. Dalam ramai-ramai adik beradik, Akak The jer yang setuju dengan cadangan aku untuk "go away (for a few months AT LEAST, to sort my so-called life". Sekurang-kurangnya "bagi peluang" pulak pada adik beradik aku untuk jaga mak.
"Nya nampak pulak di XXX kang", kata mak masa aku berhentikan kereta depan rumah Makcik Esah, masa kitaorang nak ke masjid. Entah aa pasal, harinih Makcik Esah nak pulak ke masjid sama kitaorang, mungkin sebab nak dengar Kuliah Maghrib kot?
Hmmm, sekarang aku tahu lah sapa sedara Makcik Esah yang mempertikaikan mengapa Makcik Esah ke masjid sama kitaorang sedangkan anak-anak dia di sekeliling rumah?
"Kesian Makcik nengok awok masa di surau kemareng terh", kata Makcik Esah, masa bertanya khabar.
Jamuan lepas Tahlil malam nih paling banyak makanan, berjenis-jenis masakan, berjenis-jenis buah (tembikai, dokong, strawberry, jagung rebus, rambutan) yang ada sampaikan banyak benda yang aku tak makan. Sebab aku dah makan banyak benda lain. Memang, kalau ada jamuan di masjid aku memang makan banyak. Walaupun petang tadi dah maan banyak jugak masa jamuan kat surau.