Monday

Isnin - 28012013

Elok aje Subuh masuk waktu, hujan pun turun. Tak lah lebat tapi aku tahu yang aku tak payah menyiram pagi nih. Pergi beli breakfast kejap , nasi kerabu. Mak tak puasa hari nih, aku makan pulut kuning lebih khenduri rumah Chu semalam. 

Mulanya aku menyangkul kat Zone 5 tapi termalas pulak jadinya sebab dah luas kawasannya, baik aku teruskan buat batas. So aku sambung buat batas, batas untuk tanam sayur nih kena buat lawa-lawa sikit, bukan macam batas kacang, tambun gitu-gitu jer. Batas sayur nih kena ada "longkang" in between batas tuh. Aku nak buat a series of batas yang lebar untuk ditanam 2 baris tanaman setiap batas, jugak batas-batas khas untuk ditanam sebaris tanaman setiap batas. Banyak nampak gayanya batas yang dapat dibuat nih, berpuluh-puluh batas. 

Aku ke Zone 4 jugak, membuang pokok-pokok renek yang cepat tumbuh tuh, aku rasa yang I've been neglecting pokok kacang tanah aku. Tolong sikit yer, aku banyak kerja lain nih, banyak projek lain, pandai-pandailah korang hidup sendiri. Jangan nak manja-manja sangat dah dengan aku.

Mak panggil aku, suruh tumpang Teh yang dah nak balik, tumpang sampai ke Raub, untuk beli benih sayur. Ituhari ada aku cakap kat mak, sementara ada adik beradik yang balik, suruh lah pergi beli benih. Mak suruh beli benih kacang panjang sama kacang buncis. Jugak benih kacang tanah. Dulu dah tak nak tanam kacang tanah dah, sekarang nih nak beli benih lagi. Apa pasal tak beli ituhari aje, senang nak kopek kacang tanah tuh sementara ramai orang kat rumah? Then aku kata, beli masa Raya Cina jer lah, batas pun belum dibuat, nak kena dikopek lagi kacang tuh. Tapi mak, kalau mak nak macam tu, aku menurut jer lah. 

"Nah duit kacang", Teh kasi aku a few kepings duit RM 50.

"Eh banyak nih, betul ker?", aku macam tak percaya, sambil kira sekeping-keping. Tiga ratus ringgit. Biar betul Teh nih. 

"Duit kacang", Teh kata lagi. Aku excited jer masa tuh, tak pernah lagi adik beradik aku kasi duit sebanyak itu. 

"Alaaaaaa..............". Did Teh kata duit kacang? 

Alaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! Ekekekekeke

"Tak apa lah, kang beli benih kacang guna duit Teh bagi nih", aku kata gitu bila mak kasi RM 100 untuk buat beli benih kacang tanah sama benih sayur.

So kitaorang singgah kat kedai Kacang Tanah Sempalit, tokay tuh kata benih kacang tak ada sebab sekarang dah nak Raya Cina. Dia ada ambik nombor talipun aku, nanti bila ada benih dia akan call aku. 

Aku beritahu Kak Teh yang aku akan ke Bandar Tasik Puteri pagi Rabu 6hb Feb, nak lepak sana sekejap, lagipun Kak Teh ada kerja nak suruh aku tolong buat. Nak kemaskinikan rekod pelajar, Kementerian nak. Tahun lepas aku jugak yang buat so kali ini senanglah sikit kot nak buat online, dah tahu selok beloknya. So nampak gayanya aku tak ikut Joe c sama Yong yang akan ke Melaka Selasa 5 hb nanti. Unless pergi balik hari. Tengoklah macamana nanti.

Dalam RM 20 beli benih kacang panjang, kacang buncis, bendi, peria. Mak suruh beli 2 pek jer setiap satu tapi aku beli 5 pek. Itupun tak cukup tuh, kalau mengikut congakan aku lah. Tak apa, untuk first batch ni nak habiskan benih tu dulu. Masa dalam bas aku dok mengira berapa batas yang aku kena buat, setiap batas ada 30 lubang yang setiap satu lubang letak 2 bijik benih. Setiap pek ada dalam 80 bijik benih. 

Pagi tadi lagi dah aku rasa macam pening kepala jer, tambah pulak aku melepak kat hall atas, punyalah panas nya bahang siling walaupun pasang kipas full blast. So tak heranlah membawa ke petang pening aku tuh makin teruk, bermacam-mavam minyak angin aku sapu, aku keruk (bahasa Indon nih, kerokin, aku selalu buat style nih, buang angin guna duit syiling) dahi, tengkuk, badan, mana yang patut.

Penyudahnya aku tak pergi kelas mengaji, tak pergi surau for Asar. Dan tak ke kebun pun. By 6 tuh dah ok sikit, dan bila aku tengok mak ke kebun, nak menyiram pokok cili, aku serba salah jadinya. Aku pergilah jugak, temankan mak, tanya-tanya cara nak menanam sayur esok tuh, berapa jarak etc.

,,,,,,