Friday

Jumaat - 11012013


"S tuh meracun dekat ngat dengan batas kacang, habislah kacang tu, takut mak menengoknya", kata mak masa aku tengah menyiram kat Zone 2. Aku tak kata apalah, after all mak yang concern sangat pasal rumput panjang ituhari kan?

Habis aje menyiram terus aku kerjakan batas kat Zone 2, siap di situ aku ke Zone 3b.

"Akan datang kita jangan tanam di sini lah, kawasan nih berair, banyak ngat rumput tumbuh, uko (sampaikan jadi) semak", kata mak. Terus mak ambik cangkul, merepih kat kawasan yang tersangatlah hijau merimbun tuh, sebab penuh dengan pokok-pokok kecik, kacang kat situ pulak gebu-gebu.

Aku break sekejap dari menyangkul, aku ke batas-batas yang diselaputi anak-anak tumbuhan, rumput tuh, aku cabut. Bukan cabut batas tapi cabut anak-anak pokok tuh. Aku belek satu-satu, aku clearkan perdu kacang tuh. Bagi aku kat situlah kawasan elok ditanam kacang, sebab subur. Lagipun, aku tak kisah kena kerja lebih sikit untuk clearkan semak-semak tuh. Again, mak tak berkenan batas-batas di situ macam tak terurus. 

Sembahyang Jumaat aku pakai one of (arwah) pak punya Baju Melayus, aku masih boleh smell bau (arwah) pak. Banyak baju yang mak suruh aku pakai (bukan sekali pakai heheheh), pakai even masa kat rumah. Aku lebih suka pakai t-shirt jer masa kat rumah tapi mak suruh selalu pakai Baju Melayu peninggalan (arwah) pak, aku akan ikut jer lah.

Forex front, aku tak buat apa sangat harinih pasal lepas rally petang dan malam semalam, EURUSD sama GBPUSD macam tak bergerak langsung harinih. Floating profits ada dalam USD 100 tapi aku nak biarkan aje, aku ada lah buat protection atas bawah, pasang Trailing Stops, buat Pending Orders. Aku tahu, kalau aku closekan sekarang aku akan dapat dalam USD 100 tuh dan kalau aku biarkan lama-lama dan price pergi against me, profits tuh akan jadi kurang. Tak apalah dapat kurang sebab aku tak tahu (nobody does) where the price is heading, mungkin to my advantage, mungkin profits akan jadi lebih besar, kan? Bukan tamak tapi strategy. 

So aku ambik kesempatan tak buat apa-apa tuh dengan tidur, sebelum Asar. Aku mengantuk, kurang tidur. Semalam tuh, aku sibuk sampaikan tak makan dinner, dan aku excited sangat sebab dari negative USD 40 account aku jadi positive USD50ish. Then USD 100 floating profits. Keexcitementman tuh mengexhaustingkan lah. 

Aku tengah menyiram bila guruh berdentum dentam, gaya macam nak hujan sangat. Nak hujan lebat. So aku berhenti menyiram. Adalah dalam 10 titik gamaknya hujan yang turun. Tak bolehlah aku kata yang guruh tadi tuh dramatik sangat sebab itu kerja Tuhan, Tuhan punya kuasa nak turunkan hujan atau tidak.

Tengah aku online kat dapur, aku nampak 3 orang Tabligh datang arah ke rumah, diaorang buat Ziarah. Too bad aku cuma boleh pergi Surau siang aje, kalau tak aku join jugak dengar Bayan diaorang. Kat kampung nih 3 orang tu jer orang Tabligh so aku nih macam calun sesuai untuk menambahkan bilangan, sebab aku pernah keluar Tabligh. Diaorang ajak aku join diaorang buat Ziarah, setiap petang Jumaat, pukul 6 petang. Aku setuju jer. 

"Pergi ke rumah orang yang memang pergi Surau, buat apa? Pergilah rumah orang yang tak sembayang bang, bagi nasihat", kata mak, mereferkan Ziarah orang Tabligh tadi tu lah.

"Ala, Ziarah gitu-gitu jer, bagus diaorang tuh", aku kata gitu. So aku beritahu mak yang minggu depan InsyaAllah aku nak join buat Ziarah jugak.

"Bukan keluar Tabligh, kan?", mak tanya aku. 
  
Malam ini ingatkan tak ada apa sangat, aku nak maintain positions aku tu jer lah, repair sana repair sini, ejas mana-mana yang patut. News pasal US Deficit yang tinggi, coupled with Barriers Options at certain levels, price naik lagi. Mencanak. Told ya last week yang everybody was about to go long kan? Traders kat CG jer yang masih short kot? Oooppsss Itulah, bila aku cakap, tak ada sapa percaya aku, sekarang nih mulalah tanya, "Eh, EURUSD nak naik lagi ker?".

Ini screen-shot positions aku as of 9-45 pm.


Notice tak yang aku ada position yang guna Lot Size 0.05. Dammit bukan aku tamak lah, tapi itu strategy! Trade Lot Size 0.01 nih sikit sangat, satu pip tuh seposen, dapat 100 pips baru sepuluh hinggit kan? 

Malam nih mungkin aku stay up late sampai market tutup, esok lusa dah terkulat-kulat tak dapat nak trade.