Awal aku keluar breakfast tadi pasal nak buat kerja cepat sikit, harinih jadual aku padat. Penanam kacang pun ada jadual, tau dak? Lepas menyiram, aku sama mak memindahkan pokok-pokok cili ke kawasan tanaman. Tak pindahkan semua, yang besar-besar aje, dalam 50 pokok. Ada jugak yang ditanam dalam pasu.
Then aku bersiap nak ke Bandar Raub. Semalam mak riuh pasal bill letrik tinggi, lepas aku explain yang bill tuh untuk 2 bulan, pun masih bercerita kat Ida jugak kat talipun.
"Petang kang ada orang baca Yasin, lepas tuh adalah makan-makan sikit. Awak nak buat mende?", mak tanya aku.
"Tak apalah kalau macam tu, saya balik lewat sikit, naik bas pukul 5 setengah", aku kata macam tuh, tapi aku fikir jugak, apa aku nak buat kat Bandar Raub sampai berjam-jam kan?
"Awak pergi ke Surau jer lah, kome makan lepas Sembahyang Asar", kata mak.
Aku mengeteh sekejap sementara menunggu bas, gelak makcik jual surat khabar tuh bila aku pulangkan semula paper yang aku dah beli dan baca sesambil minum teh tuh. Aku takat belek-belek gitu jer.
Aku pergi potong rambut, respect aku kat Keling muda yang tukang gunting rambut aku tuh. Dia cakap Melayu slang kampung sangat, pekat gila. Terkejut dia bila aku kasi dia tips 2 Ringgit. Then aku ke bank, buatlah apa-apa yang patut. Tinggal berapa ratus jer duit aku kat bank, mamposlah macam nih. Kalau Forex dapat untung, adalah punca pendapatan. Tapi tak apa, aku tak risau pun pasal duit.
Sementara tunggu nak Sembahyang Jumaat, aku lunch, makan nasi ayam. Terserempak dengan suami sepupu aku, kalau mengikut jenis kereta, dia nih antara orang paling kaya kat Raub nih. Lain pembawakan dia nih, selalunya kalau jumpa masa ada family gathering atau keramaian, bersopan dan baik aje caranya tapi tadi tuh lain benar cara dia berpakaian, penampilan dia. Sampaikan terkejut jugak aku, dan dia pun takat tegur sekali jer kat aku, walaupun dia makan kat meja di sebelah meja aku. Cerita ribu-ribu yang didiscusskan sama kawan-kawan dia.
Aku balik naik bas pukul 3-15 pm (next bus pukul 5 setengah. See, orang tak naik bas dah sekarang nih, dulu bas every 15 minutes), sampai tuh terus melepak mengeteh lagi. Dari satu kedai ke satu kedai aku mengeteh, melepak. Then ke Surau, buatlah apa-apa yang patut. Tak lama tuh budak-budak kelas mengaji datang untuk Asar. Since tak ada lelaki lain, aku lah yang imamkan budak-budak tuh, sama Ustazah diaorang sekali. Ada dalam 40 orang budak.
Hujan turun renyai-renyai masa aku sampai rumah tapi gang mengaji mak baru siap sembahyang. Baru nak mula ke dapur. Aku tak tukar pakaian kerja pun, terus aku ke kebun, mencabut pokok renek kat Zone 3a. Dulu aku kat kusyen kat dapur masa diaorang makan-makan tuh, so sekejap aje lah. Ini, sebab aku tak ada di dapur, lama lah pulak diaorang makan. Bersembanglah tuh. Kesian aku, basah-basah jadinya, tak tahu nak ke mana, so aku teruskan jugak membersihkan batas.
Aku dah tahu punca talipun berdesing buyinya bila nak diguna. Gangguan Streamyx tu lah, tadi TM Nuts ada talipun, suruh aku tukar splitter tapi bila ditukar, masih ada bunyi tuh. So aku kata kat mak yang jangan risaulah pasal tuh, bila ada orang talipun, aku akan off kan modem, dan bila mak nak menalipun, just let me know, akan aku off kan jugak.
Hampir 7 jam aku tak dapat check Forex harinih, so tak heranlah bila account aku jadi lintang pukang. Dan bila aku mula nak merepair positions aku, connection pulak tak ada. Frust gila. Dalam USD 50 aku rugi, hasil penat lelah aku selama beberapa hari. Tapi tak apa, setiap hari aku memorex, ada jer benda baru yang aku belajar. Or rather, selama 2 tahun aku memorex, aku masih buat kesilapan yang sama. Aku masih tak belajar.
Long sekeluarga ada balik just before Maghrib. Kalau ada yang balik, mak happy sikit, bercakap pun bayak, mak siap layan tengok tv lagi. Kalau aku berdua jer dengan mak, memang sunyi sepi rumah. Sebab aku tak tengok tv dan mak pun tak ada gang nak layan tengok, itu yang lepas Isyak jer mak dah masuk tidur.
Sampai tengah malam internet connection masih tak ada, aku tak adalah risau sangat pasal akaun aku cuma minggu depan aku terpaksa buka positions baru untuk repair positions yang tengah menanggung floating loss nih. Damn you TM Nuts!