Pagi tadi aku bangun pukul 5-30, tengok-tengok letrik tak ada, black out lagi. Sementara tunggu azan Subuh masjid, aku lepaklah kat Sejadah, buat benda-benda yang patut. Terasa lama sangat. Last-last aku tengok jam, rupanya dah 6-40 pagi. Laaa, aku lupa yang tak ada elektrik, so bila azan memanglah tak dengar pasal tak ada loud speaker. Patut pun lama sangat rasanya, memang lama pun ekekekke.
Aku turun ke kebun dengan penuh resah sebab aku masih hold buy positions EURUSD, aku tak tahu kat mana current price. Semalam tuh I was so confident yang EURUSD akan pergi well above 1.3400, dan since my buy positions tuh way below that one-tough-nut-to-crack figure (1.34--), itu yang aku tak pasang Stop Loss atau Trailing Stop. Sepanjang aku buat trading, aku tak pernah ada TP (Take Profits) point, semua positions aku either kena hit oleh Stop Loss atau Trailing Stop. Biasanya Trailing Stop.
Aku sambung menyangkul kat Zone 5, tak menyiram pagi nih sebab malam semalam hujan lebat selebat-lebatnya, sampaikan pokok betik yang kat cerun tuh tumbang, sampaikan sawi-sawi mak banyak yang patah daunnya.Tanah pun basah dan lembut so mudah jugaklah kerja aku pagi nih, apa-apa hal memang syukur betul bila hujan nih. Lagi bagus kalau hujan pagi sama petang, tak payah aku ke kebun kan?
Masa bersembang dengan mak tadi, mak beritahu yang kawasan aku cangkul tuh nak ditanam sayur jer, nak tanam banyak jenis. Tanah kat sebelah kiri dan depan rumah pun elok untuk ditanam, itu yang mak kata elok lah kalau aku menyangkul kat situ. In between pokok pisang pun boleh dibuat batas.
"Nanti kita dah ada kereta bolehlah kita pergi hantar sayur ke kedai untuk dijual", kata mak.
Alamak, nampak gayanya makin banyak kerja yang kena dibuat nih. Tapi tak apa, best jugak ada variasi, tak lah asyik dengan kacang tanah jer kan? Kitaorang perasan yang sebahagian dari kacang kat Zone 3a sama 3b tuh tak berapa elok, kemetot jer, sebab kawasan tanah berpasir. Itu yang mak kata akan datang, nak tanam benda lain lah pulak, even kat Zone 4 sana tuh. Apa-apa lah, as long as ada benda yang nak ditanam, aku suka tengok tanah dipenuhi tanaman, daripada dibiarkan kosong gitu aje.
Since elektrik masih belum ada, mak malas masak, mak suruh aku beli lauk aje. Sebab lapar, aku makan kat kedai aje lah, punyalah tak sedap lauk tuh, sikit jer aku makan. Aku dah start risau dah nih kalau aku ke mana-mana nanti. Risau pasal makan lah. Dah terbiasa makan sedap, lauk pauk kat kedai tuh macam tak ada rasa jadinya. Nanti aku nak ke KL 4-6 Feb nih, haruslah aku bawak bekal, masak lemak jantung pisang, sambal hitam, gulai masam ikan patin.
"Mak Esah tu ajak mak memondok (belajar ugama pondok) di Kelantan", kata mak masa aku tengah baring-baring kat kusyen di dapur sementara nak tunggu pergi Sembahyang Jumaat.
Aku senyap kan aje, mak cakap lagi yang dulu (arwah) pak sama mak ada ura-ura nak memondok di Keramat KL, tapi bayarannya mahal, prosesnya pun susah dan lambat. Dulu pun, dan memang selalu jugak, mak cerita yang ramai kawan-kawan sebaya mak yang belajar ugama memondok nih, kat bandar J. Mak nak sangat sebenarnya. Aku beritahu yang kebanyakan yang memondok di bandar J tuh, diaorang memang asal, memang kampung diaorang di kawasan bandar J tuh jugak. Anak-anak diaorang akan balik ke Bandar J untuk melawat. Tapi, kalau mak duduk memondok di bandar J, macamana dengan kitaorang, dengan anak-anak yang nak melawat mak? Nak balik kampung, mak di bandar J. Kat Raub nih tak ada pulak sistem belajar pondok tuh. Rumah Orang Tua ada lah.
I'm pretty open dengan kehendak mak, cuma kena dapat persetujuan adik beradik lain, dan aku rasa, dalam sesetahun nih belum lagi lah kot, Long dah ada risik-risik pasal tempat belajar pondok di bandar J tuh , dan kalau semuanya setuju, well and good. Aku pun nak memondok gak nanti kan, nun jauh di Ecuador.
Petang nih mak ke rumah gang mengaji, Tahlil dibuat kat situ kali nih. Dirotate rupanya, dua tiga minggu lagi dibuat kat rumah ni pulak. So aku tinggal sorang, dalam tak ada elektrik tuh, serba tak kena dibuatnya, nak baring panas, nak melepak kat luar, mengantuk rasanya.
Lepas Asar barulah ok, so teruslah aku online, aku kata yang aku tak nak ke kebun petang nih sebab gayanya macam nak hujan. Memang, gelap gelita di sekeliling, aku tahu yang the moment aku tukar pakaian kerja, the moment aku turun ke kebun, hujan akan mula turun. So aku tak turun ke kebun lah. Dan hujan pun tak turun jugak.
Aku perasan yang bila weekend jer, internet connection tak ada, last week tuh almost the whole weekend tak ada connection, minggu sebelum itu pun sama. Minggu ni pun sama agaknya pasal just before Maghrib tadi connection tak ada. Nasib baik saki baki UMobile masih ada. Tak dapat gayanya aku nak memorex sampai awal pagi esok sebelum market tutup for the weekend. Aku cool aje, tak ada elektrik, tak ada internet, apa aku boleh buat, kan?
Adik beradik aku ada yang nak balik esok rasanya, Ida, Long. Ngah mungkin jugak kot pasal the week after next diaorang dah nak buat Umrah.