Monday

Isnin - 14012013

Mak bangun awal pagi (5 am), aku bangun lagi awal. Tapi, mak puasa, aku tak puasa. Seriously, aku tak tahan lah nak berpuasa sunat dalam keadaan macam sekarang. Aku cepat sangat lapar, balik dari kebun dalam pukul 11 tuh aku dah lapar, aku lunch dalam pukul 12 gitu. Tak tahulah macamana kalau bulan Ramadhan nanti (InsyaAllah kalau panjang umur). Lagi satu yang buat aku tak tahan nya, masakan sedap-sedap, itu masalahnya. 

Ada peningkatan dalam forex account aku, ada positions yang kena hit (dapatlah sesikit untung) dan floating profits bertambah-tambah. And so sebelum ke kebun, aku buat protection mana-mana yang patut, yang "selamat" tuh aku biarkan aje. 

Lepas menyiram aku merepair batas Zone 3b, dah letih kat situ aku ke Zone 3a, mencabut rumput rampai kat batas-batas hujung yang macam hutan rimba jadinya sebab kawasan tuh lembab. Taklah susah kerjanya sebab tanah lembut, pakai cabut gitu jer mana yang sempat. So now Zone 3a dah lawa. Dang, banyak pulak kerja nih.

Tengahari tak ada connection pulak, frust aku. Guna UMobile pun sama. Guna P1 langsunglah tak ada apa. Aku, walaupun most of my positions tuh secured tapi nak lah tahu current price, so itu yang jadi terkulat-kulat tuh bila tak dapat online.

"Talipun ni rosak ni, ada bunyi berdengung, cuba awak tengok", kata mak.

"Apa yang tak elok nya, memang macam ni dengung talipun, kadang-kadang tuh dia bergema sikit, biasalah", kata aku. 

"Rosak nih, tak ada orang mengaji talipun-talipun pun", mak tak puas hati, dikuis socket, di usik wire. Aku boleh agak yang mak akan kata yang sejak pakai Streamyx, talipun jadi "rosak".

"Talipun ni rosak, awak dengar bunyi berdesus tuh? Saya sini tak dengar langsung mende awak cakap", aku terdengar mak kata gitu kat kawan mengaji mak, masa mak menalipun. Aku senyum jer lah pasal dalam langsung tak dengar apa-apa tuh, laju jer diaorang bersembang. 

Long ada talipun suruh aku ke TNB Raub Rabu nih pasal ada Hari Terbuka TNB ker apa tah, dia suruh tanya macamana nak apply street lighting kat jalan masuk ke rumah nih yang gelap gelita. Dengar ceritanya dekat-dekat Pilihanraya nih senang nak apply, diaorang pasang free jer.

Ada rupanya kelas mengaji kat Surau petang nih, ingatkan minggu lepas aje ditukar ke hari Isnin. Rupanya sekarang dibuat setiap isnin petang. 

"Hari Sabtu lepas mengapa tak datang Masjid?", Ustaz tuh tanya aku bila aku kata yang aku nak join kelas tuh setiap Isnin.

"Tak ada kenderaan nak pergi", aku kata gitu. 

"Ini Baju Melayu arwah Pak De, awak pakai nih", kata Ustaz tuh. 

Aku tengah menyiram bila Sham talipun, tanya macamana nak masuk position, dia nak try Demo Account dia. Aku ada tunjuk macamana nak masuk position ituhari tapi sebab weekend mana market on, so tak dapat nak tunjuk dengan detail. Bila aku ajarkan step satu persatu, banyak yang Sham blur, so aku kata kat dia, don't just stare kat screen tuh, godek-godek lah mana yang patut, belajarlah sendiri sebab semuanya tuh boleh buat sendiri jer. 

"Hang jangan takut salah, itu akaun demo, bukan duit betui", aku kata gitu.

"Betui ka?", Sham tanya aku balik.

Macam nak hilang jugak sabar aku nak mengajar dia benda-benda basic tuh, aku fikir, sepatutnya benda-benda gitu belajar sendiri aje, familiarkan diri dengan Terminal tuh. Aku suruh dia beritahu aku current price EURUSD pun dia tak tahu, dekat 5 minit nak mengajarnya. Bila dia kata 1.3388, terus aku bersemangat sebab sebelum turun ke kebun tadi price jatuh sikit dan some of my positions kena hit (balance dari USD 98 lebih dah jadi USD 127 lebih), then aku ada masuk position baru. Maknanya harga yang aku beli tuh dah profitable tuh, aku kena lock, sebelum apa-apa terjadi. 

Teruslah aku berhenti menyiram, waaupun Zone 3a sama Zone 4 belum disiram. Alah, tak matinya lah kacang tuh kalau tak disram satu petang kan? Pagi esok aku siramlah extra sikit. 

Macam gaya-gaya nak retrace jer so aku buat preparation kalau-kalau price turun, walaupu aku nak kalau price terus naik. Sejak London Session sampailah ke early US Session, price turun dan satu persatu position aku kena hit dan balance akaun aku dah meningkat jadi USD 179-30. Aku masih hold 2 positions yang terselamat dari dilanggar, jugak satu position baru yang dah aku lock profitsnya. 

Rasa macam nak buat second withdrawal jer nih hehehhe