Dah 2 pagi berturut-turut aku bangun lewat, mak yang bangunkan untuk Subuh. Pasal apa tah, tak ada pun aku tersedar tengah-tengah malam macam biasa tuh.
Breakfast kat kedai pasal mak puasa, nasib baik bawak duit lebih sikit sebab elok jer aku siap makan, Ibrahim Tabligh sampai, so bayar untuk dia sekali lah.
Puas hati aku kerja harinih sebab lepas menyiram, aku buat kerja-kerja lain jugak, mencabut pokok renek, merepih, merepair batas. Nampak ok lah batas-batas kacang, tak ada yang macam terbiar gitu aje walaupun aku concentrate kat pokok kacang yang gebu-gebu aje most of the time. Yang kemetot, yang gaya macam tak ada harapan nak membuahkan hasil yang elok, aku takat usik gitu-gitu aje, malas lah aku buang masa, knowing the fact yang pokok kacang tuh cuma hidup untuk buat syarat jer.
Pokok kacang yang kena racun dulu tuh, Alhamdulillah, banyak yang macam ok semula, dulu layu mayu daunnya menyembah bumi, tapi sekarang nih macam ok jer walaupun daun-daunnya semuanya berparut.
Aku tak kasi mak masak awal-awal (sebab mak puasa), aku kata yang aku akan lunch kat kedai jer lepas Zohor. Biasanya mak, dalam puasa-puasa tuh,dia memasak jugak macam biasa.
Aku cadang nak ke kelas mengaji Quran yang kat Surau tapi mak tidur pulak, tak kan aku nak kejutkan mak, kan? So tak pergilah aku. Elok jer habis Asar kat Surau, hujan pun turun, renyai-renyai jer, tapi itu dah cukup buat aku tak payah nak menyiram. Aku cuma siram pokok-pokok cili sama sayur aje. Lepas tuh aku macam biasalah, cangkul sana-sini, cabut rumput, merepih, memperelokkan batas.
Forex pulak, tak memberangsangkan, macam tak ada pergerakan langsung sedangkan masa European Session ada EcoFin Meeting kat Brussels. Tambah pulak US cuti sempena berithday M Luther King, so memang membosankan lah.