Sunday

Jumaat - 29032013


Teh sama Kak Teh turun ke kebun pagi nih tolong aku mencabut kacang kat Zone 3a. Rileks jer kitaorang bertiga kerja, aku tukang sembur air, Teh tukang mencabut kacang, Kak Teh tulang meleraikan kacang. 

Towards the end of Zone 3a tuh susah sikit pasal tanah situ tanah liat, berbongkah-bongkah tanah yang sama-sama dicabut, itu yang buat susah sikit tuh. Tapi Teh selamba jer, so dengan ini maka selesailah Zone 3a. Beralih pulak ke Zone 3b.

Mak ke tempat orang meninggal, balik tuh mak kata yang Makcik Lijah komplen pasal kacang yang dihantar Rabu lepas, banyak yang kecik-kecik, dan yang masih putih. Aku agak dah sebab yang menimbang dan memasukkan dalam plastik tuh Iqbal, dia bantai masukkan aje. Pulak tuh, sejak budak-budak anak sedara aku ada tolong mengerjakan kacang, quality control tak dijaga langsung. Diaorang pakai tibai jer leraikan kacang yang kecik-kecik, yang rosak, yang tak ada isi. Semalam hampir setengah hari aku buang kacang-kacang yang tak sesuai untuk dijual. Makcik Lijah suruh hantar 15 kg kacang ke rumah dia sebelum pukul 4.

So lepas tuh aku teruslah curah, tuang kan kacang ke lantai, dan pilih satu-satu, mana yang tak elok tuh aku asingkan. Dapat sebaldi, so aku suruh Kak Teh rebus aje lah, untuk dimakan. 

Lepas Sembahyang Jumaat aku jadi sibuk sikit, mana nak hantar kacang, nak pilih kacang, nak hantar mak ke surau, nak jemput Chu. Sempat jugak tidur seround lepas tuh, panas sungguh lah sekarang nih, Teh pun kata yang kat KL tak sepanas ini. Ida sekeluarga tiba dari KL petang nih, terus lah aku tak dapat nak even mendekatkan diri aku ke laptop hehehe. Lepas asar Teh sekeluarga turun padang, semuanya tolong buat apa yang patut.

Kawan Teh kat Bandar Tasik Puteri nak 2 kilo kacang, then aku bungkus 5 kilo untuk Teh (untuk Cikgu-cikgu Balqis), jugak untuk Akak The yang tak dapat balik, Akak The akan datang ambik di rumah Teh aje lah malam nih. Since Teh nak balik lepas Maghrib, aku sama mak balik sekejap dari masjid, on my way keluar dari masjid, terserempak dengan Long yang baru tiba, rupanya Long balik sekejap sama anak dia Syami untuk tolong aku.

Aku tak expect pun Teh akan kasi aku duit sebab baru 2 minggu lepas Teh ada kasi duit kan? Tapi Teh memang best, walaupun selalu aku tengok dia meroyan kat FB heheheh tapi hati dia baik, dia kasi aku RM 100. Alhamdulillah.  

Since tak ada apa nak buat, tak minat join orang lain tengok tv, laptop anak sedara aku guna, dan sebab keletihan yang teramat, awallah aku masuk tidur. Forex pun macam tak bergerak-gerak, long weekend sebab Easter Holidays. Tak tahu lah minggu depan, turun lagi EURUSD gayanya, Cyprus punya crisis masih belum betul-betul selesai, Italy punya hal pun belum settle lagi, sentiment nya lebih kepada bearish. 

Khamis - 28032013


"Abang Tam, pergilah, mak ajak pergi cari roti canai tuh", kata Ani masa aku tengah melepak kat belakang rumah, lepas Subuh.

"Biar kome jer lah pergi", aku kata gitu. Aku rasa macam pelik yang mak nak ikut sama pergi cari breakfast. Bagi aku, lelaki aje yang keluar pagi-pagi pergi kedai, atau mengeteh. 

Awal jugak masing-masing turun ke kebun, kitaorang masih mengerjakan kacang di Zone 3a. Long menyangkul di Zone 2 sebab dia kata betul jugak aku punya explaination semalam, yang for the next 2 weeks or so aku tak dapat nak prepare batas, tak dapat nak menanam, sebab aku akan sibuk mencabut kacang. So rugi waktu macam tu jer lah. Itu yang dia cuba tolong prepare kawasan untuk ditanam tuh, kalau tidak, lama sangat nak menunggu another 3 months sebelum hasil kacang seterusnya. 

Long excited sangat sebenarnya, bersemangat aje dia nak buat itu ini. Aku tetap selamba sebab aku tahu yang tak terkejar dek aku sorang-sorang, mana nak cabut kacang, mana nak prepare batas, mana nak menanam. Benih pun aku tak tahu sebanyak mana yang mak dah prepare, mak kata dah 3 tupperwares tapi bagi aku 3 tupperwares tuh cuma cukup untuk dua zones aje.

Pukul 10 lebih Ani sekeluarga balik ke Taiping. 

"Aku tak nak kabor ke mak awak bagi seratus nih, kang sampai tahun depan mak ungkit-ungkit", aku beritahu gitu kat Ani, lepas aku cerita kisah yang masa Teh bagi aku RM 300 ituhari. Puas kitaorang gelak.

"Awak layan jer lah mak tuh. Sabar jer", kata Ani.

"Dah 4 bulan dah ni, kadang tu puas jugak menahan sabar. Tapi, mak tak tahu pun", aku kata gitu kat Ani. kitaorang gelak lagi. 

Long pun balik ke Jerantut petang nih. So berbalik jadi macam biasalah, lepas Zohor hantar mak ke masjid, aku memorex. Then Teh talipun beritahu yang diaorang akan sampai sebelum Maghrib. Since Asar dah cepat sekarang nih, terasa lama jugaklah dapat kerja di sebelah petang. Aku menyangkul, sekejap aje basah berpeluh badan aku. Best rasanya. Bekalan kacang yang dikutip dah dekat 40 kilo tapi tak lama tuh ada pulak orang datang nak beli. Bila lah aku akan dapat hantar kacang kat Cina Sempalit tuh.

Malam nih ada Tahlil lagi lepas Isyak, banyak makanan yang mak bawak balik dari masjid. Cuma yang tak tahannya, lepas makan, dalam sesetengah jam aku terpaksa menunggu mak, Chu dan Makcik Esah. Diaorang terpaksa membersihkan pinggan mangkuk, semuanya. Jemaah memang tak ramai, yang makan pun dalam 20 orang gitu aje, dan  bagi aku lah kan, tak ada lah banyak mana pun kerjanya. Tapi, perempuan, bercerita aje yang lebihnya. 

Dan aku selalu pelik, selalu aku peratikan mak, Chu sama Makcik Esah, kalau diaorang berjalan dari masjid ke kereta, rileks jer diaorang, sembang-sembang, tegur orang sana sini. Kalau diaorang tahu yang aku dah setengah jam lebih tunggu dalam kereta, kalau diaorang tahu yang aku nak memorex, sure diaorang akan cepat-cepat macam jemaah lelaki, yang laju aje balik bila siap makan tuh. 

Thursday

Rabu - 27032013


Pagi ini macam semalam jugak, segerombolan tenaga kerja tempatan turun ke kebun mencabut kacang tanah. Masa mencabut kat Zone 3a tuh baru kitaorang perasan yang almost a quarter of the area Zone 3a tuh kacangnya dimakan tikus. Memang tak ada rezeki betul, pokok kacang kat situ subur, tapi kedudukannya yang jauh kat ceruk, rupanya dah lama tikus bermaharajalela, setiap pokok kacang tuh tinggal sikit isinya, selebihnya semua hancur lebur. 

Kitaorang teruskan jugak mencabut, by noon separuh dari Zone 3a selesai dikerjakan. Dapat dalam 25 kilo kacang, kalau dicampur dengan yang semalam, dah boleh dihantar ke Cina Sempalit tuh. Tapi itulah, kacangnya sentiasa berkurang sebab selain dari dihantar kat Makcik Lijah (10 kilo), ada orders yang lain jugak. Nampak gayanya tak dapat nak hantar ke Cina Sempalit tuh tapi aku seboleh-bolehnya nak jugak jual borong kat situ pasal dah janji dengan diaorang ituhari, so nak lah hantar jugak walaupun cuma sekali. Lagipun akar pokok kacang tuh dah banyak yang kitaorang potong, rugi aje kalau dibiarkan kering. 

Petang kitaorang tak mencabut kacang, instead menyangkul untuk menyediakan kawasan untuk menanam kacang, kat Zone 2. Yang lain-lain tuh masing-masing semuanya sibuk, mana yang membakar sampah, memanjat ciku, menanam buluh (rebung madu yang Ani bawak dari Taiping), pendek kata semuanya ada kerja masing-masing. Makanan, minuman pun mewah, siap dengan aiskrim, buah-buah, keropok, siap dihantar ke tempat orang buat kerja lagi. 

Malam pulak, semuanya ke masjid. Malam nih Ustaz Simon Cowell yang mengajar mengaji tapi sebab ramai orang, dia tak ada masa sangat nak kritik. Sejak cuti sekolah nih, banyak muka-muka baru kat masjid. Lepas Isyak/Tahlil, biasalah, masing-masing berebut ke tempat disediakan juadah. Too bad bila kitaorang sampai, makanan dah habis, hidangannya cuma dibuat untuk 6 meja aje, so tak dapatlah kitaorang makan. Balik rumah, makanan pun tak ada (sebab masing-masing ingatkan nak makan kat masjid aje), so apa lagi, makan kat luar lah kitaorang malam nih.

Esok semuanya nak balik dah, tapi tak apa, Friday nanti Teh, Ida akan balik. Lan pun baru sampai dari Qatar, dan Long pun mungkin balik semula ke sini. Akak The mungkin balik jugak kot. 

Selasa - 26032013

Rasa macam dah lama tak breakfast kat kedai Chu Bekam walaupun baru sehari, so pagi ini aku mengeteh sama Iqbal, anak sedara aku. Harinih kena bersiap awal sebab ada projek mencabut kacang secara besar-besaran. 

11 orang semuanya yang turun padang, semalam Long sekeluarga ada balik. Mulanya kitaorang semburkan air ke batas yang nak dicabut kacangnya, biarkan sekejap then barulah dicabut. 3 orang di bahagian mencabut. Yang perempuan di bahagian meleraikan kacang, yang kecik-kecik tuh di bahagian memotong akar kacang, jugak memunggah pokok-pokok kacang yang dicabut menggunakan wheelbarrow. 

Dapatlah lebih 20 kilo kacang, sementara tuh terpaksa jugak melayan order kacang tanah yang lain, ada yang datang ke rumah, ada yang pesan melalui talipun. Sayur-sayur pun ada orang nak beli, so far yang paling banyak orang beli, kacang buncis. So sorang yang ditugaskan mengutip kacang panjang, buncis dan bendi. 

Tengahari, semuanya kepenatan, semuanya sakit pinggang, itu yang bergelimpangan tidur masing-masing tuh. Sambung balik lepas Asar tapi buat slow-slow aje, aku sama Long, sama Z suami Ani, kitaorang mula membersihkan kawasan yang dah lapang, untuk ditanam semula nanti. Kalau tak dibuat sekarang, alamatnya tak akan disentuh lah kawasan tuh for the next 2 three weeks sebab aku akan sibuk mencabut kacang, mana ada masa nak buat kerja lain.

Long ada beritahu yang dia nak beli pam air sebab dia kata puas hati dengan hasil usaha kitaorang, dan next round nih akan dibuat besar-besaran sikit so pam air memang amat diperlukan. Kalau boleh kitaorang nak sentiasa ada supply kacang, tak nak tunggu setiap 3 bulan. Dulu tuh cuma percubaan aje, itu yang aku tak nak tanam selagi tak dapat hasilnya tuh, now that aku dah tahu selok belok menanam kacang tanah, aku nak cuba buat yang lagi best. 


Wednesday

Isnin - 25032013

Been terribly busy today and having problems with getting online. So I am just dropping by to post that I don't have time to post hehehhe

Monday

Ahad - 24032013


"Mat nyer aok dah tak ngantor kacang? Rame orang tanya", kata Chu Bekam masa aku breakfast kat kedai dia pagi tadi.

"Tak mencabut dah minggu nih, akhir minggu depan pulak lah. Kalau ada orang nak kacang, suruh datang ke rumah jer lah, Chu", aku kata gitu. 

"Deme nyer tak tahu rumah, orang luor belaka hok tanya terh (tuh)", kata Chu.

Excited aku jadinya sebab kacang aku mendapat permintaan ramai. Masa nak balik, bertembung pulak dengan keluarga Makcik Lijah, berkali dia pesan suruh aku hantar kacang ke rumah dia, sebanyak mana yang ada. Terfikir jugak aku, entah-entah Makcik Lijah nih beli kacang tapi tak direbus semuanya, entah-entah dibuat benih. Entah-entah dia nak tanam sendiri, so that akan datang dia tak payah beli dari aku dah. 

So kerja-kerja meratakan tanah pun bermulalah di Zone 1, kejap jer basah berpeluh aku, dah lama tak kerja berat-berat gitu. Dapat 20 kali hayun cangkul, aku berhenti, sambil fikir, larat ker aku buat nih? I had the same question jugak masa mula-mula berkebun dulu, masa mula-mula nak cuba tanam kacang, tapi akhirnya aku berjaya. Jadi aku tahu lah yang InsyaAllah, semuanya akan selesai, tanah tuh akan aku bersihkan, akan aku ratakan, akan aku tanam dengan benih kacang. rapat-rapat. 

Cuma masalahnya, it's going to take weeks lah kot pasal minggu depan aku dah tak ada peluang nak menyangkul dah, for the next 3 weeks or so aku akan mencabut kacang setiap hari, Zone 3a, 3b dan Zone 4.

Mak suruh berhenti sebab nak pergi ke kubur, ada pengkebumian, semalam ada orang kampung nih meninggal, on his way balik dari majlis perkahwinan di Lenggong Perak. Lepas dari majlis pengkebumian, kitaorang terus ke majlis bacaan Yassin, makan tengahari, kat kampung nih jugak. Balik pun just in time untuk pergi Zohor. Zohor ke Asar aku tidur, keletihan. Lepas Asar ada bacaan Yassin kat rumah Imam, sampai rumah pun dah dekat pukul 6, memang tak berbaloilah kalau aku nak turun ke kebun.

So online aje lah, check pasal Forex news untuk esok. Apparently Cyprus has reached a bailout deal, lebihkurang macam tu lah. Kalau betul, esok pagi EURUSD sure akan gap up, pairs lain macam GBPUSD pun sama lah kot. Baguslah macam tuh, aku ada a few buy positions yang dah aku secure/lock profits, just in case dia turun. Tapi kalau naik, well and good lah kan? Naik lagi banyak, lagi best. Macamana pun untuk minggu depan aku rasa aku akan sell on any rallies. 

Tak ramai yang belajar mengaji tadi lepas Maghrib, dalam 6 orang aje, so dapatlah lama sikit baca. Lepas Isyak ada Tahlil lagi, ada jamuan jugak. Sampai aje rumah, Ani sekeluarga tiba dari Taiping. Untuk minggu depan nih lambat sikit aku update blog kot, aktiviti memorex pun tak laju sebab kalau dah ramai kat rumah aku susah sikit nak online. Pasal anak sedara nak main games kat laptop aku.

Sunday

Sabtu - 23032013


Sikit pun aku tak sangka kacang yang dihantar kat kedai Chu Bekam ituhari boleh habis laku semuanya. Pagi tadi masa nak breakfast, aku cadang nak ambik bawak balik mana-mana yang tak laku, so that tak payah nak cabut banyak-banyak dah kacang yang lain. Tapi Chu Bekam kata yang semuanya habis, dia even tanya aku kalau-kalau ada kacang lain yang nak dijual pasal harinih sibuk, ada Pekan Sehari. 

"Tak daya mencabutnya Chu, ituhari sampai demam sebab mencabut tengah panas", aku kata gitu. 

"Rugi lah, hari nih rame (ramai) orang", kata Chu Bekam. 

"Tak nak upah ke orang ker? Kome boleh", kata Chu Belam punya assistant. 

Beli ayam, ikan, oren (kena makan banyak limau oren nih pasal aku kurang vitamin C) dan beli topi kat Pekan Sehari, then terserempak dengan Tihah, Chu, diaorang ajak minum kat kedai sebab Nyang sama Mak Anjang (pak/mak sedara) ada turun dari Lembah Klau. 

"Berapa awak beli nih?", aku tanya Tihah bila dia tunjukkan kacang rebus yang dia beli dari Makcik Lijah.

"Sepuluh ringgit", kata Tihah.

"Ya Rabbi mahalnya, kalau awak beli yang mentah, dapat 2 kilo lebih", aku kata gitu. 

Gelak diaorang sebab aku yang beria makan kacang rebus yang Tihah beli tuh. Ada jugak aku intai-intai tempat Makcik Lijah berjual, laku kacang rebus dia, walaupun harganya RM 2 se pot susu. 

Aku mula mencabut kacang kat Zone 3a, sambung di baris semalam. Tapi aku tak puas hati sebab banyak yang masih putih-putih, belum cukup matang. So aku decided nak habiskan yang kat Zone 1, memanglah itu batch yang teraksir tapi sebab situ tanahnya subur, kacangnya dah boleh dicabut. Sampai dekat pukul 12 baru selesai, so Zone 1 dah habis langsung dah kacangnya dicabut. 

Maknanya aku dah boleh bersihkan kawasan tuh, repair dan buat batas, dan mula tanam lain. Aku dah plan nak tanam rapat-rapat (sebab tanah subur), dan nak utilise semua kawasan, mana yang aku rasa boleh ditanam, akan aku gemburkan, akan aku ratakan. Tapi rasanya kali ini aku tak nak buat batas, aku nak ratakan kawasan dan tanam aje lah, dapat banyak sikit kan? Bila dah cambah nanti barulah aku tambunkan setiap pokok tuh. Nak buat style Cina tanam kacang, diaorang mana buat batas pun.

Mak pun suruh aku tanam kat in between pokok pisang, kawasan yang dulu (arwah) pak tanam kacang. Masih ada kesan-kesan batas tapi aku saja jer tak usahakan kat situ dulu tuh pasal macam leceh jer, di sini satu di sana satu. Aku suka kalau dapat concentrate buat kat satu kawasan, biar mampat dan padat, daripada scatter di sana sini. Tapi kali ini aku terpaksa usahakan jugak kawasan tuh sebab aku makin bersemangat nih nak tanam kacang second round nih. Round kali ini mesti lagi bagus dari round pertama.

Pukul 12 aku ke Dewan Serbaguna, ada jemputan kahwin. I'm so boleh diterimapakai dah sekarang nih, kalau ada khenduri ker apa ker, aku pergi sorang-sorang. Lepas Zohor hantar kacang kat Makcik Lijah, kalau boleh dia nak lagi untuk jualan minggu depan tapi aku kata yang Rabu aje lah aku boleh supply, jugak Friday sama Saturday. Isnin tak boleh. 

Lepas Asar kitaorang ke rumah orang sakit (yang mak pergi ituhari), baca Yaasin, dah nazak dah makcik tuh. Since dah lewat, nak ke kebun pun dah tak berbaloi, so aku ke kedai, mengeteh. Baru lepas makan minum kat rumah orang sakit tuh, mengeteh lagi? Itulah aku. Mak tengah mengopek kacang tanah untuk dibuat benih bila aku balik dari kedai. Aku buat tak dengar jer bila mak kasi suggestion suruh siram.sembur air kat kacang tanah Zon 2, senang untuk dicabut esok. Buat apa nak dicabut esok sedangkan Rabu baru nak hantar kacang? 

Lepas Maghrib ada pengumuman untuk esok, ada 3 jemputan makan, Tahlil, baca Yassin. Lepas kelas mengaji tadi pun ada makan besar, seminggu nih aku tak makan malam kat rumah pun sebab sentiasa ada jamuan kat masjid. Jemaah tak ramai tapi makanan memang mewah. 

Saturday

Jumaat - 22032013


Mak tak pergi Subuh untuk hari kedua berturut-turut, pening kepala katanya. Aku sama Makcik Esah aje lah yang pergi. Itupun sebelumnya mak kata tak payah berhenti lah depan rumah Makcik Esah sebab Makcik Esah tak nak pergi kalau mak tak pergi. Aku kata kat Makcik Esah, tak ada apa hal nya kalau dia nak pergi, mungkin dia segan sebab kitaorang berdua aje, dan dia duduk kat seat belakang macam Miss Daisy, tapi aku tak kisah. 

Masa aku breakfast, aku tengok cuma 4 bags kacang yang laku semalam, aku biarkan aje balance 6 bags tuh pasal sesehari dua pun kacang tuh masih elok. Kalau esok masih tak laku, aku nak bawak balik aje lah, tak ada pressure langsung kalau tak laku sebab ready buyers ada menunggu. Even petang pun ada dua kali budak datang nak beli kacang, so kat rumah kena sentiasa ada stock.

Aku meleraikan kacang yang aku cabut semalam kat Zone 3a tuh, dalam seseminggu lagi elok sangat dicabut walaupun kalau nak cabut sekarang pun dah ok. Siap tuh aku ke Zone 2 buat batas, tak sempat sebatas, aku rasa macam tak berbaloi jer buat kerja di situ sebab aku terpaksa tunggu sampai habis kacang di Zone 4 dicabut barulah aku akan cabut kacang batch kedua kat Zone 1 dan 2 tuh, so kalau aku buat batas sekarang pun, aku masih tak boleh start menanam. Sebab aku nak tanam sekali harung, malaslah selang seli tanam macam kat Zone 1 dan 2 tuh. 

Panas gila, aku dah rasa macam nak pening aje. Aku nih memang tak boleh tahan kerja tengah panas, sebab aku tak bertopi. Lepas hantar kacang tanah semalam tuh ke rumah Makcik Lijah (esok dia nak lagi 10 kilo), aku tidur sekejap. Mak memetik buncis sama bendi rupanya masa aku tidur tuh, rupanya bendi banyak yang dah tua, so mak nak palarkan (biarkan) aje, nak buat benih. Aku beritahu mak yang akan datang nih nak tanam sebatas buncis, sebatas kacang panjang aje lah, selebihnya nak ditanam kacang tanah aje, elok tanah kat kawasan tuh. Mak suruh tanam kacang bendi banyak-banyak sebab harganya mahal. Aku rasa banyak sangat dah kacang bendi yang ditanam, dalam 50 pokok. Senang jer menjaga bendi nih, infact tak payah dijaga pun. Tak macam kacang panjang/buncis, selalu aku kena check, takut runtuh junjungnya sebab kacang tuh aku tanam rapat-rapat, berebut masing-masing nak naik junjung, sampaikan ada yang terpaksa merempit kat junjung di batas sebelah.

Lepas Sembahyang Jumaat aku sambung tidur, panas nya ya ampun, walaupun pasang kipas full blast tapi bahangnya menusuk kepala aku yang semakin pening. Immune system aku nih tak kuat kot, kepala aku semakin pening. Mak tak ada kelas mengaji harinih pasal puak-puak omtiner sibuk kat dewan serbaguna, esok ada khenduri. Lepas Asar, lepas hantar kacang buncis, bendi, kat Makcik Lijah, kitaorang pergi rumah Tok Empat pulak sebab nak ambik surat untuk (arwah) atuk aku yang dah lebih 20 tahun meninggal. 

Aku makan 2 bijik Panadol, kepala aku makin pening, so telan lagi 2 bijik, lepas tuh aku tidur, tidur sambil duduk sebab bila baring tuh, memantak-mantak kepala aku. Aku dah beritahu mak yang Maghrib nanti tak ke masjid lah nampak gayanya. Ada budak datang nak beli kacang, mak bangunkan aku sebab mak tak reti nak guna penimbang, dan aku pun rasa macam ok dah, so kitaorang ke masjid jugaklah for Maghrib. Punyalah bosannya Ustaz tuh kasi kuliah, mak kata memang style Ustaz tuh gitu. Sampai ke New York, New Jersey, New Hampshire aku mengelamun masa Ustaz tuh bercerita.

Sebab petang tadi dah banyak tidur, susahlah pulak nak melelapkan mata malam nih, asyik layan Forex jer lah. Cyprus punya saga masih belum settle tapi ada bunga-bunga yang crisis tuh akan ada penyelesaiannya so sebelum tidur aku ejas mana-mana positions aku. Tak nak jadi macam minggu lepas, I was caught off guard, itu yang rugi USD 32 tuh. Tapi kali ini aku akan ada untung sebab semua positions aku dah dilock dengan minimum profits, so kalau prices move to my advantage, aku akan just let them ride, EURUSD sama GBPUSD. AUDJPY sama AUDUSD pun ada aku pasang jerangkap samar. Rasanya come Monday morning akan ada gap ke atas nih. The bigger the better heheheh.

Friday

Khamis - 21032013


Mak tak pergi masjid Subuh tadi sebab pening kepala, aku sama Makcik Esah aje lah yang pergi. Berbakul Makcik Esah berterima kasih kat aku sebab dah sebulan aku tumpangkan dia ke masjid waktu Maghrib sama Subuh. Bagus jugak dia puji masa mak tak ada, aku akan rasa uncomfortable kalau dipuji, dikasi thanks depan-depan mak. 

Awal aku breakfast harinih, sebab nak tengok kacang yang aku letak kat kedai Chu Bekam semalam tuh. Harinih tak hantar dah sebab nak concentrate cabut kacang untuk Makcik Lijah sama Cina Sempalit tuh. 

"Laaa, mana kacangnya? Hok semalang (Kacang yang semalam) terh (tu), habih", kata Chu Bekam.

"Laaa, saya ingatkan tak laku, itu malas hantar lain. Tak apa, karang saya hantar lagi, ada kacang kat rumah, cadangnya nak jual borong kat Makcik Lijah", aku kata gitu. Memang aku tak sangka yang kacang tuh boleh habis terjual.

"Kalau aok buat kacang reberh (rebus) lagi laku", kata Chu Bekam.

"Mak tak daya nak merebusnya", aku kata gitu. "Deme jer lah rebus, jual, banyak untungnya", aku kata kat Chu Bekam, dengan niat, kalau dia nak beli kacang banyak-banyak, aku sanggup aje mencabut sampai tengahari.

"Tak ada masa tu lah", kata Chu Bekam.

Bila dia kasi aku duit jualan kacang, tak dipotong satu sen pun, puas aku kasi dia tapi dia tak nak, dia kata dia cuma tolong aje. 

"Kedai dekat masjid tuh sampai 20 sen dipotong setiap ringgit", aku kata gitu.

"Orang tuh, deme nyer memang berkira sikit", kata Chu Bekam.

Tengah aku minum, Tihah (sepupu) sama Chu (mak sedara) aku datang, so kitaorang breakfast sama-sama lah. 

"Ni hah, tokay kacang bayar", kata Chu kat Chu Bekam. Cepat-cepat aku ke kedai sebelah untuk beli guni, lepas aje aku kasi Chu Bekam duit, aku tak nak ambil balance RM 3 sebab itu kira duit caj jualan kacang kat kedai dia tuh. 

Kat rumah teruslah aku timbang dan bungkus kacang, dapatlah 10 bags, terkejut mak menengoknya. Aku sekali lagi explain kat mak yang we are better off jual borong walaupun harganya RM 5 sekilo, daripada hantar kat kedai dekat masjid tuh. Susah nak masuk kat akal mak agaknya. Macam semalam lah, dah berkali-kali aku explain, mak masih tak faham apa pasal kacang dijual RM 5 ke RM 6 sekilo sedangkan beli benih RM 12 sekilo. "Mak jangan samakan kacang basah dengan kacang kering, memang harga nya tak sama. Cuba mak keringkan kacang basah tu, dalam 3 empat kilo last-last jadi sekilo", aku kata gitu. Lagi lah mak jadi confused. 

Lepas hantar kacang ke kedai Chu Bekam, terserempak dengan Makcik Lijah sama anak dia, so aku tanyalah bila dia nak kacang.  

"Bila-bila boleh, harini pun boleh", kata dia. 

"Berapa banyak?", aku tanya lagi. 

"Sebanyak yang aok ada, hantor jer, kome beli", dia kata gitu. 

"Laku ker kacang rebus yang jual hari tuh?", aku tanya lagi. 

"Ukor berebert (sampaikan berebut) orang membeli, dapatlah kome sesikit untung", kata Makcik Lijah. Lega aku mendengarnya sebab for sure dia akan beli lagi kacang tanah dari aku. 

"Kacang buncis pun banyak tuh, nak jugak ker?", tudia aku punya marketing.

"Kacang buncis? Boleh, boleh, bior kome juei (jual), berapa sekilo?", tanya Makcik Lijah. 

Manalah aku tahu berapa harga sekilo, takat dapat seseringgit dua duit benih pun dah ok sangat dah bagi aku. Iyalah, kacang buncis tuh cuma hasil sampingan aje kan? Perusahaan kacang tanah tuh perusahaan utama Keluaran Dalam Negara Kasar aku kan?

"Agaknya untung besar dia tu, tu pasal ukor kerayan nak beli kacang banyak-banyak", kata mak bila aku ceritakan pasal business deal aku dengan Makcik Lijah.

"Mana tak untungnya, se pot kacang rebus tuh RM 2, setengah kilo kacang tu dapat berapa pot?. Rezeki dia", aku kata gitu.

Punyalah senang mencabut kacang sebab tanah lembut, semalam kan ker hujan lebat? Sekali lalu aje, habis 3 batas aku cabut. Biasanya nak dapatkan sebatas punyalah siksanya. Semalam, kat Cina Sempalit tuh, tokay tuh suruh aku simpan akar pokok kacang yang dah dicabut tuh, dia kata nak buat ubat. Entah ubat apa aku pun tak tahu tapi dia kata yang akar tuh lepas dicuci, akan direbus, baik untuk kesihatan kalau amalkan minum. Cina kan, apa aje diaorang akan makan/minum untuk kasi kuat lancau. So jadi satu kerja pulak aku terpaksa potong dalam 6 inci pokok kacang yang dah dicabut tuh, nasib baiklah aku guna gunting. 

Mak memang jenis degil orangnya hehehe, aku dah kata yang jangan dicabut kacang batch kedua Zone 2 tuh, mak cabut jugak. Batch tuh yang terakhir ditanam, lagi 3 minggu baru elok dicabut, tapi mak tetap kata yang kacangnya dah elok berisi. Memanglah ada yang elok berisi, tapi what a waste lah sebab banyak yang masih kecil, masih putik-putik aje.

Aku buat tak dengar jer bila mak suruh cabut kacang kat Zone 3a pulak sebab aku sibuk nak gali mana-mana batas yang dah dicabut kacangnya. Malaslah aku nak berkejar cabut kat tempat lain sedangkan banyak batas yang kena digali, nak kutip mana-mana kacang yang tertinggal. Sebab aku tahu, yang buat semua tuh nanti aku jugak, so apa lah nak dikejarkan sangat. 

2 kali aku ke rumah makcik Lijah nak hantar kacang (10 kilo) tapi tak ada orang di rumah. Sibuk aku jadinya sebab nak pergi ambik kuih yang mak tempah untuk dibawak ke masjid , nak hantar mak ke masjid, nak hantar kacang, nak hantar kacang rebus untuk jamuan di masjid pun sama. Benda tuh boleh dibuat sekali harung TAPI mak punya style, "awak pergi buat itu dulu, lepas tuh datang ambik mak pulak". Macam lah...er.....heheheh, macam lah apa hah?

Memang mewah kat masjid tuh, jemaah Asar berapa kerat aje tapi makannya melimpah ruah. Lepas Isyak pun sama, ramai orag malam nih, sebab ada Kuliah, ada tahlil, ada Sembahyang Hajat. Aku tak nak kata apa lah tapi Sembahyang hajat tuh ditujukan buat sorang makcik nih yang akan berangkat ke Sweden untuk bercuti. I mean, bercuti? Hehehhe

Wednesday

Rabu - 20032013


Macam semalam, lepas Subuh aje terus menimbang dan membungkus kacang, dapat 14 bags aje so aku beritahu mak yang nak hantar kedai Chu Bekam 7 bags, kedai dekat masjid tuh 7 bags. 

"Lawa-lawa kacangnya, kawaih nak lah satu", kata Makcik Milah, tokay kedai runcit tempat aku beli surat khabar.

"Tengoklah sapa menanang (menanam) nya", aku sampuk, sambil minum teh.

"Orang duduk lama kat Amerika hok menanangnya, mana tak lawa isinya", kata Chu Bekam. 

Since pagi-pagi lagi ada budak datang mengaji, awal lah aku ke kebun. Tengah seronok mencabut kacang, air paip tak ada pulak, terpaksalah berhenti. Nak mandi pun kena guna air kolah. Then aku tidur, sesekali terjaga sebab ada call. Aku intai-intai mak, rupanya mak tengah mencabut kacang, tapi dicabutnya kacang kat batas yang last sekali aku tanam yang patutnya dicabut dalam 3 minggu lagi at least. Tak apa lah. 

"Awak pergi kedai, beli lauk. Mak tak memasak, letih", kata mak. Adess, rasa bersalahya sebab aku biarkan mak kerja sorang-sorang. Walaupun sikit aje kerjanya tapi, orang tua, kan?

Aku ke kedai kat sebelah masjid, makan kat situ best, lauk pauk kampung habis. Gulai keladi, ikan pekasam etc. Sesambil tuh aku jeling kat kedai tempat aku letak kacang tanah tuh, alamak, gaya macam baru satu atau dua aje yang laku. 

Itu yang masa sembahyang Zohor, masa berdoa, ada terlintas di hati aku, Ya Allah, laku kan lah kacang aku. Malu kat diri sendiri jer lepas tuh sebab aku perasan yang "benda gitu pun nak doa". 

"Tak laku gayanya kacang kita tuh mak. Apa kata saya ke kedai Cina Sempalit tuh, tanya diaorang berapa diaorang nak ambik kacang, kita jual borong kat diaorang jer lah, jual sikit-sikit gini susah", aku kata gitu kat mak masa balik sembahyang. 

"Orang kurang sikit kalau kacang tak berebus ni, (arwah) pak dulu dia jual kacang rebus di Pekan Sari", kata mak. Laaa, aku ingat lagi, dulu mak jugak yang kata, "(Arwah) Pak dulu bawak kacang ke kedai, berebut orang membelinya". 

So lepas hantar mak ke surau, terus aku memecut ke Cina Sempalit tuh, bawak sample kacang sebesen. Punyalah happy aku bila tokay-tokay tuh kata yang cantik-cantik dan besar-besar kacang aku (remember I have big nuts? ekekekek) Cerita banyak tak guna, aku nak tahu berapa yang diaorang offer. Bila diaorang kata RM 5 sekilo, terus aku ok kan aje. Tapi, diaorang nak at least 50 kilo setiap kali hantar. Aku congak-congak, dalam 3 atau 4 hari boleh dapat 50 kilo, provided tak ada order dari orang lain. Aku tak nak hantar ke kedai dah lah sebab kalau dikira, lebih untung dijual borong aje sebab kalau hantar ke kedai, nak kena bayar caj, lagipun kacang yang diisi dalam bag tuh pun dalam 10 gm extra setiap bag. 

So it's confirmed yang aku akan jual borong aje kat Cina Sempalit tuh, senang, habis cerita, tak payah nak susah-susah hantar ke kedai. Cuma masalahnya, daya ker aku mencabut kacang banyak-banyak? Tak apa, cuti sekolah nanti ramai yang balik kot, tenaga kerja asing ramai nanti tuh. 

"Tak laku 3 kacang kat kedai tuh, yang kat kedai Chu Bekam tak tahu lah pulak, tak laku jugak agaknya", aku brief kan kat mak, masa jemput mak dari surau. Hujan lebat tadi tuh (what a blessing, dua tiga minggu nih panas gila), itu yang aku jemput mak tuh, lagipun tak kan aku nak ke kebun baru lepas hujan, kan? Sedangkan kalau aku nak cabut kacang, masa lepas hujan lah elok, tanah lembut.

"Awak ada bawak balik ke yang tak laku tuh?", mak tanya aku. 

"Tak, saya bagi kat orang jer", aku jawab gitu. 

"Laaa, mengapa tak bawak balik", tanya mak lagi. 

"Apa salahnya bagi ke orang?", aku "bengang" jugak sebab mak macam "ralat" gitu. 

"Susah juga ada benda bertanam nih, tak tahu mana nak jual", kata mak. 

"Apa susahnya, kan ker Cina Sempalit tuh nak? Jual borong kat dia dah lah", aku kata gitu.

Aku tahu yang mak tak setuju jual RM 5 sekilo, mak rasa rugi sebab kat kedai, kitaorang jual RM 6 sekilo. Tapi, apa yang mak tak fikir, lebih untung jual borong kat Cina Sempalit tuh (walaupun RM 5 sekilo) sebab macam yang aku cakap tadi lah, tak payah bayar caj, tak payah nak memandai-mandai kasi extra. Jual kat Cina, kan, bukannya jual kat Melayu. They scratch my nuts, I scratch their nuts hehehhehe

So tak ke kebun lah aku petang nih, sebab hujan, dan jugak sebab esok dah tak payah nak hantar kacang ke kedai. (Itupun mak ada tanya, "Mat nyer awak tak mencabut kacang?", dan aku jawab pendek jer, "Lecah" (Lecak) . Aku rasa Isnin aje nak hantar ke kedai dekat masjid tuh pasal hari Isnin ada mesyuarat pegawai apa tah kat dewan sebelah masjid tuh. Diaorang yang selalu beli kacang (according to mak lah). Kat kedai Chu Bekam pulak, aku nak hantar hari Sabtu sebab Sabtu tuh Pekan Sehari, ramai orang datang makan kat kedai Chu Bekam, tak pun orang lalu lalang.

Entah, tak ada pulak aku terfikir nak jual kat Pekan Sehari, walaupun semalam aku ada tanya mak kalau-kalau nak jual kacang rebus aje tapi mak kata yang banyak kerjanya, tak daya nak merebus. 

"Hujan lagi nih, tak datang lah Ustaz Simon Cowell malam nih gayanya", aku kata kat mak, sedikit happy. Ooppsss.

"Datang, menentu dia hantar biasanya kalau hujan-hujan gini", kata mak. 

Alaaaaaaaaaaa

Selasa - 19032013


"Tak berapa sihat rasanya nih, malam tadi bersin jer, lemas hidung (selsema), sampai ke pagi", aku kata kat mak masa nak pergi Subuh.

"Itulah, mak dengar jugak, mat nyer teruk ngat?", kata mak.

"Panas sekarang nih", aku kata gitu.

"Awak tak payah beria sangatlah mencabut kacang tu, tetengah panas. Cabut setakat terdaya jer lah", kata mak.

"Mak pun sakit-sakit badan semalam dua jam mencabut, kerjanya senang tapi dok membongkok tu yang buat sakitnya", kata mak. I can just imagine yang how intense nya mak akan bercerita kat adik beradik aku nanti. 

Memang teruk selsema aku malam tadi, tak henti-henti, dan hidung asyik berair aje. Semalam memang panas, lepas tuh aku asyik minum ice aje, kan ker petang tuh aku bawak satu jug teh-o ais limau? 

"Mana kacang nya, kata nak hantor kacang?", Chu Bekam tokay kedai tuh (tak ada kena mengena dengan David Beckham) tanya aku, masa aku nak breakfast.

"Tak ada, semalam tak dan cabut banyak sebab ada orang order sampai 10 kilo, pagi tu dah lah kome hantar ke kedai 10 kilo", aku jawab gitu.

"Awak tak biasa buat kerja gitu dak, tu pasal nya", kata Chu Bekam. 

"Mana pulaknya, masa (arwah) pak saya dulu, dapat cabut 5 nang kilo je sari (5 enam kilo aje sehari)", aku jawab gitu, tak nak mengalah.

Lepas tuh aku ke kedai semalam, nak hantar supply, tak banyak, cuma 11 bags aje. Tokay tuh kasi duit hasil jualan semalam. Rupanya setiap 1 RM hasil, tokay tuh ambil 20 sen, uish, mahalnya kan? Tak buat apa pun dia dapat RM 12, bersamaan dengan harga 2 kilo kacang tuh. Tak apa lah, apa nak buat. 

Since dah lama tak menyiram sayur, kering sangat tanah, aku pun menyiramlah di kawasan sayuran, kacang panjang, buncis, bendi, peria, cili dan jugak jagung. Dah merekah tanah sebab kering, daun-daun banyak yang layu dan mati. Aku tengok yang kacang panjang dah boleh dipetik, bendi pun dalam seseminggu lagi dah boleh dipetik. Buncis apa tah lagi lah kan? Tapi, sebab sibuk berkecimpung di bidang mencabut kacang tanah nih, macam terpinggir jer kawasan sayur tuh.

Masa menyembur air ke batas kacang tanah Zone 2 sebelum aku mula cabut kacang, aku rasa macam lemah aje, mata jadi mengantuk, sebelum tuh awal pagi tadi aku ada makan capsule selsema. Aku rasa macam high gitu. So teruslah aku berhenti aje, sebijik kacang pun tak dicabut akhirnya. Mak macam terkejut jugak tengok aku tak cabut kacang, tak mandi pun, terus aku tukar pakaian, aku beritahu mak yang aku tak sihat, nak tidur. Sepanjang aku tidur, rupanya mak mencabut kacang, dapatlah 6 kilo. Masa mak ke di surau lepas Zohor tuh, aku rileks-rileks aje, berihat. 

2 bungkus kacang yang tak terjual harinih, aku tinggalkan aje di kedai tuh sebab kacang tuh masih fresh. Aku cuba-cuba timbang kacang tuh sebab mana lah tahu berat dia jadi berkurang , kena panas matahari, seharian atas meja display tuh kan? Tapi bila aku timbang, beratnya bertambah, both bags. Pelik aku sebab pagi tadi, dua tiga kali aku timbang, tak ada pun yang lebih dari 600 gm setiap bag. Aku agak yag penimbang kat kedai tuh "rosak".

Since mak kata tak payah tunggu lepas Asar (mak balik sendiri aje), so dapatlah awal sikit aku ke kebun. Terus aku sembur air, then cabut kacang kat Zone 2 tuh, besar-besar dan lebat isinya. Ada Atan datang, kitaorang nak suruh dia memesin semak samun kat kebun, nak harapkan S, dia datang masa dia nak duit aje. So aku tunjukkan mana kawasan yang perlu dimesin.

Mak ada tolong meleraikan kacang, dapatlah 6 kilo, so 10 kilo semuanya lah harinih. Semalam 20. Jumaat sama Sabtu nanti makcik semalam tuh nak 15 kilo, dia nak jual kat Pekan Sehari sama Pasar minggu Raub. Kacang yang semalam tuh dia jual kat Pasar Tani Dong. Merata dah perginya kacang hasil tanaman aku.  

Kalau adik beradik aku balik cuti sekolah nanti, nak kasi diaorang makan kacang buncis jer, sebab kacang tanah tuh semua nak dijual ekekekekeke

Monday

Isnin - 18032013


Masa nak pergi Subuh tadi aku terperasan yang wallet aku tak ada dalam kocek Baju Melayu aku. Selak bawah bantal, bawah tilam, pun tak ada. Panik aku kejap, macamana aku boleh tak terperasan semalam tuh yang wallet aku tak ada? Haruslah jatuh nih pasal dulu pernah tercicir wallet masa kat masjid, masa Sembahyang Jumaat. Wallet yang kalau taruk dalam poket Baju Melayu, memang mudah jatuh, especially kalau masa duduk bersila. 

So terpanik aku sekejap. Ada jugak aku terfikir, tak nak ke masjid sebab nak cari wallet aku dulu. Then terfikir pulak aku, wallet hilang dah tak nak ke masjid, nampak sangat aku nih lemah orangnya, so aku pergi jugaklah. Rupa-rupanya wallet aku ada kat dalam kereta, terjatuh kat lantai kereta. 

Sebelum pergi masjid, Forex market belum bukak, aku tak lah risau sangat tapi aku nak sangat tahu pasal opening price semua pairs yang aku masih hold positionsnya. Semalam dalam news ada cerita pasal financial crisis di Cyprus, so aku anticipate EURUSD akan gap down. Memang pun, dalam 160 pips down nya at the opening, selama aku memorex, tak pernah aku tengok gap sebesar itu. 

Dan last Friday aku ada masuk buy EURUSD, satu pip 30 cents, so padan muka aku, Stop Loss aku kena hit dan aku rugi USD 32. Tapi, aku ada positions lain, EURJPY, AUDJPY, yang semuanya ada floating profits, dalam USD 25. Dicampur-campur dengan positions lain yang ada profits sesikit, aku closekan semuanya, aku dapat cover balik rugi EURUSD aku tuh. 

Since gap ternganga jer kebanyakan pairs, aku cuba-cuba masuk ew entries, dengan harapan gap akan ditutup. Semua gaps akan ditutup eventually, cuma tak tahu bila, hari nih, minggu ini, minggu depan, bulan depan, nobody knows.

"Mak tanya, kalau kome letak kacang di sini boleh tak?", aku tanya tokay kedai tempat aku breakfast tuh (jugak tokay bekam). Aku tanya tuh sebab ituhari ada orang letak/jual petai kat situ, so itu yang aku berani tanya tuh.

"Tak-pada-hal (tak apa, tak kisah), kacang rebus ker kacang mentah?", dia tanya aku. 

"Kacang mentah, yang baru lepas dicabut", aku jawab gitu.

"Esok boleh lah pasal harinih kome tutok (tutup) kedei (kedai) pukul 10", dia kata lagi.

So aku beli plastic bag (jabir) untuk isi kacang-kacang yang nak dijual. Pukul 8 lebih sikit kitaorang ke kedai runcit tempat nak jual kacang, letak kat situ, kalau laku, kasi upah ke tokay kedai sikit. Banyak hasil-hasil tani yang dijual kat kedai tuh. Sesambil tengok sekeliling, sesambil tunggu mak berborak, aku perasan ada makcik nih yang bukak plastik kacang tuh, satu persatu. Nak beli, beli jer lah, cerewet amat makcik nih, itu pun kitaorang dah kasi banyak lebihnya, dekat 10 gm setiap bag, kata aku dalam hati. Lepas tuh aku tengok dia bersembang dengan mak. 

"Kalo aok tak andok (tak nak) juei (jual) 5 ringgit sekilo, kawaih (aku, saya) ambik kesemer (kesemua) nih", kata makcik tu kat mak. Rupanya makcik tuh tanya mak kalau-kalau mak nak jual kacang RM 5 sekilo, dan kalau mak tak setuju dengan harga tuh, dia akan beli semua kacang yang kitaorang bawak tuh (RM 6 sekilo, tapi dapatlah extra/free sekilo lebih kan sebab setiap bag tuh dekat 600 gm beratnya). Memang pandai makcik tuh. Mak jadi serba salah sebab harga yang dimintak tuh (RM 5) memang murah, dan kalau mak tak setuju, makcik tuh akan beli kesemua kacang kitaorang tuh, sedangkan ini kali pertama kitaorang bawak kacang tuh ke kedai, yang lebih kepada promo jer, nak beritahu orang yang kitaorang punya kacang tanah dah berhasil dan sedia untuk dijual.

"Kalau makcik ambik (beli) semua nih, apa yang kitaorang nak jual?", aku tanya gitu. Sambil gelak-gelak. Sebab aku teringat yang dulu aku ada tulis kat blog nih, exactly apa yang aku cakap tuh. 

"Macam ni lah, kome balik, petik kacang lain, kang kome hantar. Nak 10 kilo kan?', aku tanya makcik tuh.

Aku fikir macam mak fikir jugak, yang kalau boleh tak nak ada orang borong kesemua kacang tuh sebab itu more pada iklan aje. Walaupun kalau orang tuh beli, kitaorang akan dapat untung besar sikit, dari jual RM 5 sekilo kan? 

"Lebih kurang sama jer mak, yang kita hantar kedai nih kita bagi free dalam 10 gm (setiap setengah kilo), tapi kalau kita cabut kacang lain jual ke makcik tu, tak kan kita nak bagi free 20 gm setiap kilo, kan? Bagi sikit dah lah. Sama jer", aku kata gitu.

So bertungkus lumus aku sama mak, aku cabut dan mak leraikan kacang. Slow kerjanya mak, letih puasa kot, so aku guna gunting, cepat sikit siapnya. Balik dari Zohor sebelum mak ke surau, kitaorang hantar kacang tuh. Makcik tuh berniaga kat Pekan Sehari, Pasar Tani etc, so dia beli kacang tuh untuk dijadikan, dijual kacang rebus. Berlipat ganda dia boleh untung, provided semua kacang tuh terjual lah kan?

"Besar-besar, bersih dicuci kacang deme nih. Dulu (arwah) Pok De tanang (tanam), kacangnya kecik-kecik, kemaytert (kemetot) jer, ini bukan main besarnya lagi", kata makcik tuh. Happy jer aku mendengarnya. 

"Aok dudok dengan saper?", makcik tuh tanya mak. Bila mak kata yang aku ada temankan mak, banyaklah pulak yang disembangkan. 

"Anok aok hok mana ser? Hok ilang kemaren (dulu) terh (tuh)?. Mat nyer dudok Amerika lama-lama?", aku terdengar makcik tuh tanya mak, masa tuh aku dah jalan hala ke kereta.  

Ustaz tak ada petang nih so aku tak payah pergi mengaji, mak sama geng mak jer yang mengaji kat surau, macam biasa. Ustaz ada ker, Ustaz tak ada ker, sessi mengaji mak tetap jalan come rain or shine.

So aku dapatlah peluang memorex. Macam tak ada gaya gaps akan ditutup, EURUSD especially. Macamana pun aku standby Pending Orders, just incase ada news pasal Cyprus. Cyprus tuh kecik jer, patutnya tak ada apa sangat tapi itulah, panic stricken traders, diaorang takut banking policy yang Cyprus buat tuh akan merebak ke seluruh Europe. 

Since mak kat surau dan aku sembahyang Asar kat masjid, so aku kena ke kedai tempat kitaorang jual kacang tuh, nak tengok hasil jualan kitaorang. Masa Zohor tadi, masa nak makan (since mak puasa, aku terpaksa makan kat luar), ada aku jeling-jeling kat kedai tuh, nampak macam tinggal sikit jer dah kacang tuh. Cuma satu bag yang tinggal, duitnya disuruh ambik esok masa hantar kacang. Azan dah berkemundang, nak cepat punya pasal, lepas taruk jer bakul kacang ke dalam kereta, aku bagi jer lah kacang satu bag tuh kat sorang jemaah nih, dah namanya rezeki dia kan?

Lama jugak aku tunggu mak kat luar surau tuh, tak lama tuh mak suruh aku balik dulu sebab mak ada hal apa tah, mak akan jalan kaki jer balik ke rumah (seberang jalan sana sikit jer). Terus aku bersiap-siap nak cabut kacang, bawak teh-o ais limau satu jug lagi.

Biasanya lepas cabut kacang tuh aku akan gali nak cari kacang-kacang yang tertinggal, tapi tadi tuh sebab nak cepat dan masa suntuk sangat, aku tak gali pun, esok lusa lah. Aku yang menggembeling tenaga tanam kacang tuh so aku tak nak ada walau sebutir kacang pun yang tertinggal dalam tanah, itu yang aku gali tuh. Kalau dulu masa mencabut kacang (arwah) pak, kalau ada kacang yang tertanam, tertinggal dalam tanah, buat-buat tak nampak jer, siap kambus lagi tuh sebab takut orang lain ternampak hehehhehe. Dan kalau leraikan kacang dari pokok, ambik yang besar-besar jer, kadang tuh buat-buat tak nampak jer. Tapi sekarang nih, setiap bijik kacang tuh aku leraikan, aku tanggalkan.

"Tak sempat nak cabut banyak nih mak, nak hantar ke dua kedai nih", aku kata gitu, masa mak datang tolong aku leraikan kacang yang cuma sebatas dapat aku cabut. 

"Hantar sikit dah lah, (arwah) pak dulu hantar nang (6) tujuh beg jer, tak daya nak mencabut kacang banyak-banyak, kome berdua jer masa tuh", kata mak. 
Laaa, patut pun, aku ingatkan aku kerjanya lambat, rupanya aku buat double dari apa yang (arwah) pak buat. 

"Nasib baik tak janji dengan Cina Sempalit tuh, kalau tak, mampos kita nak cabut kacang banyak-banyak", aku kata gitu.

Sampai pukul 7 baru siap kacang tuh dikerjakan, dicuci elok-elok, esok pagi lepas Subuh aje lah baru ditimbang, sekejap jer nak masukkan dalam bag, nak timbang. 

Aku bersyukur habis pasal walaupun hari nih sibuk gila tapi Forex aku tak mendatangkan masalah, semua positions yang aku masuk, semuanya "mengikut kata". Aku suka cara aku trade, aku sentiasa membontoti (menjuburi? ekekek) pergerakan harga. Dia naik ker, dia turun ker, aku ikut. 

Mengaji malam nih panjang pulak yang kena baca, ramai pulak tuh geng-geng omtiner, hok jantan-jantan nih baca sekerat jer, sebab dah 9 setengah masih belum habis baca. 

Sunday

Ahad - 17032013


Awal pagi lagi aku dah ke kebun nak mencabut kacang. Tapi, kerjanya tak seberapa, sembang aje yang lebih. Sesambil meleraikan kacang tuh, berborak dengan Long. Long kata nak beli pam air tapi aku tak setuju pasal takut nanti gunanya sekali dua aje, lepas tuh terus tersimpan kat stor. Kawasan tanaman seluas sekarang nih, aku rasa aku boleh aje menyiram guna paip air tuh, nak pasang sprinkler pun aku tak setuju. 

Then bersembang pasal pertanian fertigasi, Long nak ajak aku ke sekolah dia di Jerantut sebab boleh belajar macamana nak buat sistem fertigasi tuh. Aku tak ada duit nak buat modal, kalau tidak memang dah lama aku pergi mana-mana kursus, selalu aku cari kat internet maklumat pasal pertanian sebenarnya.

Macam semalam tuh, aku terralit baca pasal tanaman herba kat Negeri Sembilan, pasal pokok Belalai Gajah. Kat belakang rumah nih ada satu pokok nih, dulu masa Ngah balik, dia ada kata yang pokok tuh macam pokok herba, baik untuk kesihatan. So aku petik daun tuh, aku comparekan dengan segala macam daun pokok herba yang aku tengok kat internet. Aku makan dua keping daun tuh, makan mentah-mentah. Pahit ya ampun, so aku rasa memang sah itu pokok herba. Tah-tah itu pokok Belalai Gajah.

So itulah, bersembang sampai tak ingat dunia, last-last dapatlah satu baldi kacang tanah. Dan batch pertama Zone 1 tuh habis dicabut, sekarang tinggal dalam 12 batas pokok kacang yang ditanam batch terakhir, sama masa tanam kat Zone 4 dulu. Aku nak tunggu sampai batch kedua tuh habis dicabut, lepas tuh baru aku nak clearkan kawasan tuh. Aku masih belum decide nak tanam apa, nak tanam kacang tanah jugak ker? Tapi kawasan tuh tak berapa elok, tanah keras. 

I got a pocket bucket, got a pocketful bucketful of sunshine nuts
I got a love and I know that it's all mine, oh, oh oh oh
Do what you want but you're never gonna break me
Sticks and stones are never gonna shake me, oh, oh oh oh

Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place

(Pocket Full Of Sunshine - Natasha Bedingfield)

Mak ke rumah orang sakit yang semalam tuh, aku tidur sampai dekat Zohor. Mak ada talipun masa nak makan tapi sebab kitaorang tak pergi buat tahlil, tak kan nak datang untuk makan aje kan? So panaskan lauk yang mak bawak balik dari jamuan kat masjid semalam tu jer lah.

Lepas Zohor kitaorang ke kubur melawat (arwah) pak. Lama dah aku terfikir yang mak hanya ke kubur bila Long (atau adik beradik lain) ada balik. Hari-hari biasa memang ada hajat aku nak bawak mak tapi tak cukup masa. Sebab lepas Zohor mak nak ke kelas mengaji, kadang tuh ke kelas ugama. Nak pergi lepas Asar, singkat sangat waktunya sebab aku nak ke kebun. So, weekends aje lah mak free nya lepas Zohor, masa yang sesuai.

Ituhari mak dapat panggilan talipun, ada jemputan kahwin kat Gintong, Jerantut. Aku tahu mak nak sangat pergi. Aku beritahu Long yang kalau tayar kereta tak botak, aku boleh hantar mak, tidur kat Jerantut pun ok gak. Tapi Long kata yang dia boleh balik jemput mak nanti hari Jumaat atau Sabtu. Bila beritahu mak, mak kata wakilkan Long aje lah yang pergi.

Ok fine, tapi kalau mak tak nak pergi, apa pasal selalu sangat mention pasal jemputan kahwin tuh? Itu yang aku tak fahamnya tuh. Aku suruh Long talipun dalam dua tiga hari lagi, tanya mak betul-betul. Takut sekarang nih sekadar lakunan aje. She's good at it. 

Sebelum Long balik ke Jerantut, dia petik kacang buncis, mak bungkuskan kacang tanah. Mak ada beritahu yang mak nak bawak ke masjid kacang rebus, malam ada Ustaz nanti. That's good.

(Tapi kan, ada satu benda yang bermain kat fikiran aku nih. Aku tak nak tulis lagi kat sini, aku nak peratikan aje dulu, nanti aku akan beritahu apa sebenarnya yang bermain kat fikiran aku. Ini cuma sebagai penanda, so that aku tak lupa nak tulis nanti tuh)

"Bila awak nak pergi kedai Cina tuh nak bawak kacang nih?", mak tanya masa aku nak ke kebun lepas Asar. 

"Alah, ada secopet (sedikit) kacangnya, buat pandir (bodoh) jer mak kalau hantar sebanyak itu", aku jawab gitu. "Tengoklah kalau banyak nanti, Cina tuh tak akan beli kalau setakat sesepuluh kilo, tak ker dia kata dulu suruh letak dalam guni? Maknanya kacang tu kena banyak, baru jual kat dia", aku kata lagi.

So aku mula mencabut kacang kat Zone 2, kacang Rumah Contoh. Lama aku jirus air kat batas kacang tuh sebab pokoknya besar-besar, merayap kiri kanan, dan isinya (buahnya) banyak. Puas betul hati aku tengok kacang yang dicabut tuh, masa mencabut kat Zone 1 dulu tuh, tak ada lah bersemangat sangat aku, pasal isi (buah) nya tak lebat. Mak ada datang sekejap, tolong leraikan kacang tuh. Aku ingat esok nak guna guntinglah, cepat sikit kerja meleraikan kacang tuh, tadi tuh tak sempat siap pun dah penuh sebaldi. Weekends bolehlah aku kerja lama sikit tapi weekdays aku tak rasa aku akan lepak lama-lama, pasal otak aku sentiasa ingat nak monitor Forex aku. 

Balik aje dari Isyak, terus kitaorang bungkus dan timbang kacang yang nak dihantar ke kedai kat kampung nih. Esok pagi. Buat setengah kilo setiap bag. Mulanya isikan lebihkurang 600 gm setiap bag tapi bila aku beritahu mak yang kalau orang beli 5 bags bererti dia dapat satu bag (600 gm) free, so mak suruh kurangkan sikit. So dapatlah 17 bags semuanya yang nak dihantar esok. Tengoklah, kalau laku semuanya, nak hantar banyak lagi, mungkin aku nak letak kat kedai lain jugak, kat kedai tempat aku breakfast tuh. Sebab ituhari ada orang letak jual petai kat situ. 


Sabtu - 16032013


Biasanya kalau weekend aku tak akan rasa guilty kalau tak kebun, aku akan sambung tidur biasanya. And so tadi plan aku gitu lah, nak tidur semua sebab semalam berjaga sampai pagi, memorex. What a night lah semalam tuh, again, GBPUSD raised to the ocassion, massive short coverings sejak semalam lagi. 

Aku ke Pekan Sehari dulu for breakfast. Every Saturday aku breakfast nasi dagang. Then beli barang yang mak suruh beli, mak nak ke Pekan Sehari jugak tapi lewat sikit.

"Awak cabutlah kacang tuh, banyak orang dah tanya, nak beli", kata mak.

There goes my plan untuk sambung tidur, kata aku dalam hati. Aku tak percaya sangat "banyak orang" tuh, setahu aku cuma sorang jer yang ada tanya mak semalam. So teruslah aku ke kebun. Dah lama tak hujan, tanah jadi keras, dan punyalah susah nak mencabut kacang tuh. Kena dibasahkan dulu batas-batas tuh. Dua tiga kali aku sembur air, tapi masih jugak susah nak cabut, so aku siram betul-betul, guna tong penyiram. Lepas tuh barulah senang sikit nak mencabut. Tak berapa banyak isi kacang, ada yang rosak, ada yang dah dimakan ulat, ada yang masih beum betul-betul berisi. Dapatlah 2 batas yang aku cabut, dekat penuh satu baldi. Mak ada tolong meleraikan kacang yang aku cabut tuh.

"Tak nak cabut dah?", mak tanya bila aku tak gaya nak sambung kerja.

"Dah lah, dapat 2 batas pagi, dua batas petang, dah lah", aku kata gitu. 

Dalam pukul 11 lebih, lepas mandi etc barulah aku tidur semula, sampai ke dekat waktu Zohor. Bangun jer terus ke dapur, makan. Manja sangat aku nih, semuanya siap tersedia. Lepas Zohor mak suruh hantar dia sama Chu, nak melawat ada orang sakit. Sampailah ke Asar. Long ada balik, sorang jer.

Elok jer aku nak mula cabut kacang, hujan pun turun rintik-rintik. Teruslah aku berhenti, tak boleh kena hujan, nanti demam heheh. Elok jer aku siap mandi, hujan pun berhenti. Or rather hujan tak jadi. Malas dah aku nak turun semula ke kebun.

Ada orang datang nak beli kacang, so aku timbanglah 2 kilo, way lebih aku kasi. Mak tak reti guna penimbang tuh, mak penuhkan sampai jadi 3 kilo lebih. So dapatlah RM 12 (RM 5 sekilo). 

Ke masjid naik kereta Long, Makcik Esah tak pergi hari nih pasal ada anak dia balik. Banyak gila aku salah baca malam nih masa mengaji, Surah Al-Kahfi memang berbelit-belit sikit ayat dia. Lepas Tahlil, ada jamuan makan pulak, memang mewah kat masjid nih, tiap malam ada jer makan-makan. 

Since tak ada apa sangat nak buat online, aku layan tengok movie aje lah kat youtube, tengok film Spanish yang dah lama aku nak tengok,  El Crimen Del Padre Amaro, lakunan Gael Garcia Bernal, Mexican punya top actor, yang dalam film Y Tu Mama Tambien tuh. Aku pernah chat kat Twitter dengan dia nih. Kelas dak aku?  

Saturday

Jumaat - 15032013


"Saya nak ke Sungai Ruan karang, nak isi minyak", aku kata kat mak masa balik dari masjid subuh tadi.

"Boleh cari makanan", kata mak. Maksud mak tuh, bolehlah beli apa-apa untuk breakfast sebab rasanya ada dua tiga orang Melayu berniaga makanan kat kaki lima di Sungai Ruan bandar Cina tuh.

"Saya bukan nak pergi sekarang, nak pergi lambat sikit", aku kata gitu. Bagi aku, apa perlunya beli makanan kat Sungai Ruan, kat kedai depan tempat aku selalu breakfast tu kan ker ada? Apa bezanya nasi lemak di situ dengan nasi lemak di Sungai Ruan? Sama-sama tak sedap jugak kan? 

Aku breakfast kat kedai hujung, dah lama aku tak ke situ. Kalau di situ memang makan nasi pulut aje lah sebab cuma itu sama nasi lemak yang dijual.

"Aok nih anak (arwah) Pok De kan? Aok dudok dengan mok ker? Bagerh (bagus) lah", kata this one guy sambil bersalam dengan aku.

"Dulu dengan arwah ayoh aok terh (tu) kome memang baik, b'borak sokmo", kata that guy lagi.

"Aok nih anok hok maner se (satu)? Hok lama dudok Amerika sampe tak balik-balik tu ker?", dia sambung.

Dafuq does that mean?

From his jaundice eyes tuh aku tahu yang ada banyak cerita buruk-buruk dan tak baik pasal aku.

"Tak apa lah, senang-senang kalau ada masa nanti kita bercerita", kata that guy lagi. 

Seriously, dah banyak kali aku ditanya dengan nada yang that guy tuh tanya tadi. And I don't like it, malaslah aku tulis panjang-panjang, tak tahu pun nak explain how I feel tapi I cringe every time aku ditanya macam tuh.


Listen buddy, 

I don't do regret.

And I shouldn't do guilt, either.

Both are completely wasted emotions and there is nothing you can do about either of them.

There are things in my past that I wish I didn't go through because they sucked - but really, I made it through them and they turned me into who I am today and that person is quite a badass hehehehe. And so I'm glad I went through what I did.  

Guilt on the other hand, I have felt guilty about a lot of things.  

I mean really, what good does it do to feel guilty about anything?  If you feel guilty it's usually because you wished that you made a different decision.  But usually there's nothing you can do about it by the time you feel guilty about it so just move on lah kan?  Life's too short.

But seriously buddy, regret is dumb.

-------------------------------------

Aku beli kan mak laksam sebab nasi kerabu (mak's favorite) tak ada pulak harinih.

"Matnyer sampe seraterh (seratus) lebih, dulu tu lima puluh ringgit jer?", mak tanya.

"Minyak yang mahal jer tinggalnya, dulu tuh tak isi penuh, tadi tu penuh tangki, itu sampai seratus lebih tu", aku jawab gitu. 

The rest of the day macam biasa. So tak payah tulis lah. Sebab aku tiba-tiba jadi malas nak tulis nih. Nak layan main games kat FB pulak.