Masa nak bayar breakfast tadi baru aku terperasan yang aku cuma ada RM 50 dalam wallet. Ha, ini kena slow down aksi-aksi selalu melepak kat kedai makan nih. Malas nak ke bank, duit kat bank tuh khas untuk kereta, kan?
Aku memang rasa macam tak best jer dalam dua minggu nih sebab tiap hari aku breakfast kat kedai, dulu ada jugak aku selang seli kan dengan breakfast kat rumah. Apa salahnya breakfast kat rumah, kan? Kat kedai pun aku makan telur separuh masak 2 bijik, bukannya aku tak boleh buat sendiri, kan? Telunya pun kecik macam telur puyuh. Entah-entah telur yang kat kedai tuh tak dicuci, tak dilalukan dengan air pun masa direbus, kebersihannya boleh diragukan.
Aku pun selalu jugak terfikir, apa yang mak fikir pasal aku yang setiap pagi pergi makan kat kedai nih, one thing for sure, aku rasa bersalah sebab (arwah) pak tak pernah pun melepak kat kedai makan. Tak ada istilah mengeteh dalam kamus kehidupan (arwah) pak. Aku jer yang suka mengeteh sorang-sorang.
Aku tak buat apa pun kat kebun, aku menyrorok di sebalik junjung kacang, then baca paper. Aku tak nak mak nampak yang aku melepak, bukan apa, aku tahu mak selalu intai-intai aku masa aku di kebun. Macam jugak aku, kalau mak di kebun aku pun selalu intai-intai jugak.
Oh and by the way, kacang buncis aku dah berbuah. Or rather dah berisi. Eh, berbuah ker berisi, hah? Dua-duanya salah kot? Terralit jugak aku mengecheck, kira lagi tuh, berapa banyak pokok yang dah menjulurkan buah. Then aku terfikir, banyak gila kacang panjang, buncis, bendi yang aku tanam, nak buat apa? Nak jual? Entah, aku lebih rela semua tuh dikasi kat orang jer. Tanaman tuh menghasilkan hasil pun dah satu achievement kan? Cukuplah setakat itu. Kacang tanah pun, kalau dulu aku macam bersemangat nak jual borong kat Cina Sempalit, tapi sekarang nih aku rasa aku akan rasa lebih happy kalau kacang tanah tuh dimakan ramai-ramai, dikongsi dengan sapa-sapa aje lah. Tengoklah apa mak punya pendapatan nanti, kalau mak nak jual, then aku juallah. At least setakat untuk cover duit beli benih, duit bill air yang diguna untuk menyiram kacang tuh. Again, kepuasan diri tuh mengatasi segalanya.
Sebelum budak datang mengaji, cepat-cepat aku balik rumah, mandi, dan bersiap untuk tidur. So by the time diaorang habis, pukul 11, aku pun rasa fresh aje. Itulah, aku kekurangan tidur sebenarnya, pagi pukul 5 dah bangun, then malam tidur pun dekat pukul 1.
The rest of the day sama macam hari-hari lain, lepas Zohor hantar mak ke surau, aku sempatlah memorex sampai Asar. Then jemput mak. Aku suka tengok mak sama kawan-kawan mengaji, at least diaorang ada gang, bukan macam aku yang sorang-sorang nih. Ada sebenarnya dua tiga orang yang kat masjid tuh yang boleh aku buat kawan, yang selalu jugak aku bersembang. Tapi aku selalunya mati kutu tak tahu nak sembang apa sangat, most of the time aku selalu fikir, "benda gitu pun nak sembang beria-ia sangat". Aku lupa agaknya yang duduk di kampung, apalah sangat bahan sembangannya kan?
Elok jer aku menyangkul buang rumput-rumput yang dah semakin tinggi tuh, hujan renyai-renyai. Aku dah nak berhenti dah benarnya, dalam hati aku berdoa biarlah hujan lebat, sure Ustaz strict tuh tak datag mengajar mengaji malam nih. Ustaz tuh pun cari alasan jer gamaknya, entah-entah dia pun suka kalau hujan, dia tak payah datang. Tapi itulah, bila niat tak baik macam tuh, memang tak "makbul" doa. Lagipun, kalau aku tak belajar mengaji dengan Ustaz yang strict mengalahkan Simon Cowell tuh, bertentangan pulak dengan doa aku selama ini, yang aku mintak Tuhan tunjukkan aku segala salah silap aku, so that dapat aku perbetulkan. Sebelum terlambat. Dan mengaji, membaca Quran is one of benda yang aku rasa aku ada salah silapnya. kalau tak, tak kan selalu ditegur, diperli-perli lagi kan?
"Awak nak mengaji ke malam ni? Mak malas", tanya mak masa kitaorang nak ke masjid for Maghrib.
"Habis, nak balik ke lepas Maghrib?", aku rasa macam terexcited sikit, aku pun cari alasan jer tak nak pergi.
"Tak lah, duduk jer di tepi dengar orang baca. Malas lah mak mengaji dengan Ustaz tuh, semuanya tak betul, dia nak ikut cara dia jer", kata mak lagi.
Can't blame mak, she knows best. Sedangkan mak yang mengajar mengaji kat budak-budak sama orang perempuan, mak pun tak nak mengaji dengan Ustaz tuh, apa lagi lah aku kan? Ada lojiknya di situ, dak?
Since aku dah di masjid, dan tak kan aku nak join orang lain yang ramai melepak sambil sembang-sembang, aku pun join jugaklah mengaji tuh. Takut nanti Ustaz tuh terasa hati, sampai dia terfikir, "Apa salah aku sampaikan anak De tak nak mengaji dah?". Aku pasrah jer, aku rasa aku redha dan sedia untuk dimarah, diperli, digelakkan Ustaz dan orang yang dah lama mengaji ikut Ustaz tuh.
Aku tak rasa gelabah sangat bila turn aku nak baca sebab ada sorang Imam Muda nih pun banyak jugak yang kena tegur bacaannya. Then Pakcik yang sebelum aku tuh, dia lagi lah teruk, tonggang langgang bacaannya. So aku fikir, kalau Pakcik tuh boleh cool, aku pun boleh cool. And so aku baca lah, albeit dengan suara terketar-ketar.
Korang nak tau apa verdictnya? Ekekekek. Macam ni lah, aku nyanyi lagu My All (Mariah Carey) dan Ustaz Simon Cowell tuh bagi aku a big YES.
I perform well under pressure.