"Nah ambik duit ni, awak ke Pekan Sari beli barang. Mak nak tunggu orang talipun, nak pergi orang nikah", kata mak sambil hulur RM 50 kat aku.
"Tak payah beli banyak-banyak sangat", kata mak lagi.
Patutlah mak hulur RM 50 jer, biasanya sampai RM 150 mak kasi. Aku breakfast nasi dagang dulu sementara tuh pasal masih awal pagi, orang baru nak dirikan khemah untuk berniaga.
So mak pergi khenduri kawin lah pagi nih, aku tinggal sorang-sorang, sambung tidur. Pui ada talipun beritahu akan sampai lepas Zohor. Since tak ada lauk dan mak pun tak tapau lauk kat khenduri tuh, kitaorang singgah kejap kat kedai. Sembang-sembang dengan Pui jer lah petang nih, dengar cerita dia pasal Thai, dia bari balik dari Phuket, Patong.
"Saya nak berbekam lah, nak singgah kat kedai tu kejap nak tanya dia bila boleh saya datang", aku kata gitu kat mak, on our way home lepas Asar. Dah lama dah aku nak berbekam tapi tak pernah ada kesempatan, duit pun tak ada. Sekarang nih rasa macam lega sikit, duit BR1M pun nak dapat kan? Ekekekek.
"Malam jer deme nyer berbekam", kata mak. Aku tak berapa percaya sangat cakap mak sebab dulu tuh aku dah tanya tokay bekam (yang jugak tokay kedai makan, kedai yang aku pergi tiap hari tuh) dan dia kata bila-bila masa jer. So buat appointment untuk berbekam esok pagi pukul 11 sebab tokay tuh ke KL harinih. Kalau aku dengar kata mak yang berbekam cuma dibuat malam, dah aku kansel kan pergi mengaji malam nih, akan aku suruh Pui jer hantar mak ke masjid.
"Deme nak ke mana?", bila aku tengok mak, Pui gaya macam nak keluar aje.
"Nak ke rumah NgahRaub (mak sedara)", kata Pui.
Aku ok jer tapi rasa macam ada sedikit rasa pelik, apa pasal mak tunggu sampai Pui balik baru nak ke mana-mana. Mak "takut" nak ajak aku ker? Atau mak saja nak "bermanja" dengan anak yang lain?
Hujan turun renyai-renyai, tak lama tuh ada kawan mak datang naik motor, nak jumpa mak.
"Mok aok kata tak ada kasert (kasut), itu yang nok ajok dia ke Sungai Ruan tu", kata macik kawan mak tuh.
Geram jer aku mendengarnya. First, apa pasal mak suka bercerita kat orang? Aku tak tahu pun mak tak ada kasut (ada a few pasangs tapi aku suspect mak nak beli kasut baru sebab Isnin nanti kan ker nak ke Rest House Raub untuk terima duit BR1M?), mak lebih "selesa" cerita kat orang lain, daripada beritahu aku. Lainnya dari aku, kan? Ada pernah aku tulis kat blog nih yang aku tak ada spender? Yang spender aku dah koyak rabak? Tak ada, kan?
Keduanya, for the life of me, aku tak boleh imagine tengok mak membonceng motor makcik tuh ke Sungai Ruan dalam hujan renyai-renyai tuh. Makcik tuh memang kaki rempit, dia bawak motor selamba jer kat tengah-tengah jalan, orang hon pun dia tak layan jer.
"Tadi Makcik Yah datang ajak mak ke Sungai Ruan beli kasut", aku kata gitu kat mak, masa nak ke masjid. Aku nak tengok, apa jawapan mak.
"Mak ada tanya dia, ada ker Cina jual kasut selipar tepi-tepi jalan kat Sungai Ruan tu? Dia kata, ada", itu jawapan mak.
Masa kat masjid, ada aku terdengar (biasalah perempuan kat belakang tabir, sembang punyalah kuat) Makcik Yah kata yang dia nak ajak mak ke Sungai Ruan, bila mak kata mak tak ada kasut.
Baiknya hati Makcik Yah tuh. Cuma aku tak nak nanti orang kata lain pulak, iyalah kan, orang kampung nih mulutnya ringan-ringan belaka. Nanti tentu ada yang kata, "Anaknya ada, kereta ada 2 biji tersadai depan rumah, deme nyer bior kan jer mok deme nyer ke Sungai Ruan naik motor menumpang orang dalam hujan-hujan gitu tuh?
Entahlah, kadang tuh aku rasa aku nih overprotective of my mak, kadang tuh aku rasa aku nih fikir bukan-bukan. Tapi, bukan aku fikir bukan-bukan, memang gitulah orang akan kata nanti tuh.
Tak ada pulak Ustaz yang ajar mengaji tuh malam nih walaupun tadi dia ada kata kat mak (jumpa kat rumah orang kawin) yang InsyaAllah ada kelas malam nih. So acara bebas lah sementara tunggu Isyak. Ada makan-makan jugak lepas Isyak tuh.
Aku dah tidur bila Ngah, Abang Ngah, Wazi sampai dari Putrajaya, dalam pukul 1 pagi gitu.