"Abang Tam, pergilah, mak ajak pergi cari roti canai tuh", kata Ani masa aku tengah melepak kat belakang rumah, lepas Subuh.
"Biar kome jer lah pergi", aku kata gitu. Aku rasa macam pelik yang mak nak ikut sama pergi cari breakfast. Bagi aku, lelaki aje yang keluar pagi-pagi pergi kedai, atau mengeteh.
Awal jugak masing-masing turun ke kebun, kitaorang masih mengerjakan kacang di Zone 3a. Long menyangkul di Zone 2 sebab dia kata betul jugak aku punya explaination semalam, yang for the next 2 weeks or so aku tak dapat nak prepare batas, tak dapat nak menanam, sebab aku akan sibuk mencabut kacang. So rugi waktu macam tu jer lah. Itu yang dia cuba tolong prepare kawasan untuk ditanam tuh, kalau tidak, lama sangat nak menunggu another 3 months sebelum hasil kacang seterusnya.
Long excited sangat sebenarnya, bersemangat aje dia nak buat itu ini. Aku tetap selamba sebab aku tahu yang tak terkejar dek aku sorang-sorang, mana nak cabut kacang, mana nak prepare batas, mana nak menanam. Benih pun aku tak tahu sebanyak mana yang mak dah prepare, mak kata dah 3 tupperwares tapi bagi aku 3 tupperwares tuh cuma cukup untuk dua zones aje.
Pukul 10 lebih Ani sekeluarga balik ke Taiping.
"Aku tak nak kabor ke mak awak bagi seratus nih, kang sampai tahun depan mak ungkit-ungkit", aku beritahu gitu kat Ani, lepas aku cerita kisah yang masa Teh bagi aku RM 300 ituhari. Puas kitaorang gelak.
"Awak layan jer lah mak tuh. Sabar jer", kata Ani.
"Dah 4 bulan dah ni, kadang tu puas jugak menahan sabar. Tapi, mak tak tahu pun", aku kata gitu kat Ani. kitaorang gelak lagi.
Long pun balik ke Jerantut petang nih. So berbalik jadi macam biasalah, lepas Zohor hantar mak ke masjid, aku memorex. Then Teh talipun beritahu yang diaorang akan sampai sebelum Maghrib. Since Asar dah cepat sekarang nih, terasa lama jugaklah dapat kerja di sebelah petang. Aku menyangkul, sekejap aje basah berpeluh badan aku. Best rasanya. Bekalan kacang yang dikutip dah dekat 40 kilo tapi tak lama tuh ada pulak orang datang nak beli. Bila lah aku akan dapat hantar kacang kat Cina Sempalit tuh.
Malam nih ada Tahlil lagi lepas Isyak, banyak makanan yang mak bawak balik dari masjid. Cuma yang tak tahannya, lepas makan, dalam sesetengah jam aku terpaksa menunggu mak, Chu dan Makcik Esah. Diaorang terpaksa membersihkan pinggan mangkuk, semuanya. Jemaah memang tak ramai, yang makan pun dalam 20 orang gitu aje, dan bagi aku lah kan, tak ada lah banyak mana pun kerjanya. Tapi, perempuan, bercerita aje yang lebihnya.
Dan aku selalu pelik, selalu aku peratikan mak, Chu sama Makcik Esah, kalau diaorang berjalan dari masjid ke kereta, rileks jer diaorang, sembang-sembang, tegur orang sana sini. Kalau diaorang tahu yang aku dah setengah jam lebih tunggu dalam kereta, kalau diaorang tahu yang aku nak memorex, sure diaorang akan cepat-cepat macam jemaah lelaki, yang laju aje balik bila siap makan tuh.