Monday

Ahad - 03032013


Awal Subuh hujan lagi so macam biasa aku tak ke kebun, lama aku melepak kat satu kedai makan yang baru bukak nih. Sunday, kedai lain tak bukak. Sambil tuh aku fikir, jadi satu masalah lah pulak akan datang nih, kat kedai yang mana satu aku nak pergi makan? Kalau makan kat kedai yang baru bukak nih, tentu tokay sebelah tuh "terasa hati", tapi kalau makan kat kedai dia, tokay yang ini pulak akan kata, "amboi, tak makan dah di kede kome yerk?". I'm torn between 2 kedais nih.

Aku ke kebun jugak tapi setakat melepak jer lah, nak buat benda lain memang tak ada apa nak buat pun pasal tanah basah. So I just sat there watching my corn grow, watching embun kering. Ingat kat Iowa jer orang boleh tengok corn tumbuh? 

Sembang sekejap dengan Long, cerita pasal tanaman fertigasi. Banyak idea Long, aku dengar jer lah. Kalau aku ada duit/modal, dan kalau aku memang nak duduk kampung sepanjang hayat, bolehlah cerita panjang, kan? Aku rasa aku cuma melabuhkan bontot aje kat kampung, Mat Salleh kata passing through gitu. Ini bukan kes kajang Pak Malau, ini kes kajang Si Balau.

Long ada cerita jugak pasal semalam, yang diaorang pergi jumpa orang kuat Koperasi Orang Kaya Pahang tuh. Simple jer sebenarnya, dulu lagi dah aku dah beritahu, pergi Registrar Of Companies (RoC), check kat sana, apa jadi kat company tuh, ditukar ke nama apa. I doubt it company tu masih ujud dengan nama lama. 

"Puas kome check dalam internet, dah tak ada company tuh", kata Long. 

Aku fikir, tak ada kat internet doesn't mean company tuh tak exist kan? Nama mak tak ada kat internet tapi mak's very alive and kicking.

Tak payah aku ceritalah, aku tengok jer, macamana mak dengan penuh semangat, panjang lebar menceritakan balik pasal perjumpaan semalam tuh. Dalam hati aku kata, what's the point of dwelling on small details like how eager orang tuh nak tolong. Kalau dia boleh tolong, dah tentu dia tolong. Pergi RoC dulu, then baru tahu hujung pangkal nya kan? 

Eh Dear Diary, apa pasal aku selalu memerhati, menganalisa tingkah laku mak, hah? 

Tengahari tuh sebelum Long balik ke bandar J, aku hantar mak pergi khenduri, aku tak singgah pun, nasib baik mak ada tapau makanan untuk aku. Petang hujan lagi, petir berdentum dentam, aku dah nak tanya mak, nak pergi masjid atau tak tapi by the time nak masuk Maghrib, hujan dah tak berapa lebat. Ada kuliah ugama tadi, pasal Taqwa, half of the time aku mengelamun aje sambil melayan hidung aku yang tersumbat.

Bengkek jer aku bila one of the jemaahs tuh bergurau dengan mak, sebelum mak masuk kereta. "Cepat sikit, adik awak dah lama tunggu dalam kereta tuh".

"Dia kata awak nih adik mak?", mak ulang lawak tuh kat aku. Suka lah mak bila orang kata dia nampak muda. Aku jugak yang makan hati sebab it means yang aku nih nampak tua. Farque!