Wednesday

Selasa - 05032013

Biasanya bangun aje pagi, lepas buat apa-apa yang patut, aku akan check Forex positions aku. Itu yang aku buat pagi tadi, sebelum pergi masjid. Happy aku bila tengok yang semua positions aku pips nya hijau, semuanya positive, AUDUSD, EURUSD sama GBPUSD. I went long petang semalam. 

So bersemangat jadinya pagi nih, pergi breakfast pun kejap aje sebab nak ke kebun, semalam tak hujan, so bolehlah aku buat apa-apa yang patut. Or so I thought lah kan? Puas aku godek-godek mesin penyembur racun, lepas aku tuang air kasi racun tuh cair, tapi masih tak keluar dari nozzle. Rosak ker pam tuh? Tak kan aku bodoh sangat sampaikan nak meracun pun tak reti, kan? So aku gave up, terus ambik cangkul dan mulalah menyangkul buang rumput-rumput yang dah mati, kat tempat aku meracun dulu tuh. Bertompok-tompok rumput yang mati, rumput yang hidup, habis aku tarah semuanya. Aku nak tanam jagung aje lah kat situ nanti nih.

Belum pun siap kerja kat situ, aku ke kawasan sayur pulak, mencabut pokok-pokok renek, jugak membela pokok-pokok kacang tu lah. Tension jugak aku dengan kacang panjang sama buncis tuh tau dak? Dah aku sediakan junjung, ada jugak tuh pokok-pokok yang memanjat kat tempat lain, memanjat kat next door punya junjung, ada yang berkerabat dengan kacang sebelah, ada yang nun jauh merempitnya. Itu jenis kacang sundal tuh.

Aku menugal jagung kat lubang-lubang yang jagung nya tak tumbuh, yang aku tugal minggu lepas. Since benih tembikai masih ada sepacket, aku pun tanam jugaklah. Memang tak nak mengaku kalah aku nih, dah berapa kali tanam tembikai tapi tak ada yang hidup (kecuali 2 pokok yang aku rasa boleh survive, boleh membesar), tapi aku masih jugak cuba tanam.  

Aku lupa yang minggu nih ada budak perempuan datang mengaji pagi-pagi, bila masuk rumah, tengok-tengok ada orag. So tak dapat nak online, lepas baca paper, aku tidur kat kerusi panjang kat dapur. Sampailah pukul 11.

Lepas Zohor ada menhaji kat surau, Ustaz dah sampai dulu, since aku sorang jer lelaki, aku lah yang baca dulu. Sikit pun tak gugup (mungkin sebab tak guna mikrofon kot), lancar jer aku baca, 3 mukasurat. Kalau mengaji kat masjid malam hari sabtu, setiap orang baca satu mukasurat jer. 

Lepas Asar sempat turun ke kebun sekejap, menyiram, then menugal saki baki jagung. Masih ada sepacket lagi tuh. Mak ada suruh taruk baja, tapi aku rasa aku nak taruk baja bila semuanya dah tumbuh, malaslah buat berperingkat-peringkat, bukannya banyak mana pun jagung yang ditanam.

Tapi, knowing mak, kalau mak dah sound tuh, mak nak benda tuh dibuat right there and then kan? Tak nanti mak sendiri yang akan buat. Ada aku kisah? Biarlah aku akan rasa guilty nanti tuh incase mak membaja anak-anak jagung tuh.

Malam nih ada kuliah ugama, muda lagi Ustaz nya, aku boleh nilaikan dengan tengok cara dia, sebelum dan selepas sembahyang, masa kat luar etc. Ustaz rugged tapi aku suka cara dia tuh. (Aku nih asyik dok memeratikan orang aje kerjanya kan? Alah, orang lain pun memeratikan aku jugak so fair and swuare lah. Eh, tapikan, aku nih selalu memeratikan orang yang "penting-penting", orang yang biasa-biasa tuh aku tak peduli pun. ha, itu camana tuh?)

Since all my Forex positions berada dalam positive territories, so aku layan tengok Survivor, The Amazing Race aje lah sepanjang malam sebelum tidur.