Saturday

Jumaat - 01032013


Nampaknya dah jadi routine hari-hari, tidur lepas breakfast. Blame it on the rain, macam kata Milli Vanilli tuh. But I'm not blaming on the rain, aku bersyukur hujan turun, aku tak payah ke kebun, dan aku dapat cover tidur aku yang cuma berapa jam aje sehari. 

"Dah berisi dah kacang awak tu, tengok ni", kata mak sambil tunjukkan sebijik kacang tanah, masa aku tengah baca paper.

"Belum 3 bulan lagi, tengah bulan depan baru boleh cabut", aku jawab gitu.

"Yer ker? Yang di sana tuh (Zone 2) tu dah lama dah kan? Kacang ni tak boleh lama sangat tak dicabut, nanti dia rosak. (Arwah) Pak kemaren, dekat separuh kacangnya te'elok (tak elok)", kata mak.

"Saya yang tanam, saya tahulah mana yang berisi, mana yang boleh dicabut dulu. Belum masanya lagi", aku jawab gitu. 

"Saya ada tulis bila saya tanam", aku sambung lagi. Aku tahu, some of mak's sentences tuh merupakan ayat-ayat yang dibuat-buat, ditokok tambah.

Fikir lojik lah, kalau kacang tuh dah berisi, tak kan nak dicabut semuanya sekali harung (nak mengelakkan dari rosak, kalau dibiarkan terlalu lama) kan? Macam ada expiry date gitu. Tak lojik, kan? 

Mak tak puas hati bila aku buat tak tahu jer pasal nak cabut kacang. Aku pun tak puas hati bila fikirkan yang mak nih sekali lagi macam tak percaya aku. Aku yang tanam kacang tuh, aku tahu lah, at least 3 bulan baru boleh dicabut. Kalau ikutkan apa yang aku baca kat internet, lepas 4 bulan baru boleh diambil hasilnya.

"Awak tak payah jemput lah lepas Asar karang, lama awak kena menunggu", kata mak. Aku ok kan aje, aku masak sangat dah, perempuan kalau dah bertemu geng, memang akan jadi lama. Mak ada kelas mengaji kat surau, bab-bab makan lepas mengaji tuh yang lamanya tuh. Sedangkan aku nak ke kebun, berapa minit sangatlah yang aku dapat memburuhkan diri kat kebun kalau aku nak datang jemput mak kan? So lepas Asar kat masjid, aku terus aje balik ke rumah. Dan terus aje ke kebun. 

Lepas menyiram sayur, aku mulalah cabut kacang tanah. Seperdu kat Zone 1 dan 2 perdu kat Zone 2. Dalam aku tak puas hati tuh, aku ikutkan jugak cakap mak. Bukan nak prove her wrong kaedahnya tapi nak prove kan yang I'm right. Pandai aku susun ayat ekekekek.Senang jer mencabutnya, yang menandakan kacang tuh belum sesuai dicabut, belum masa nya lagi. Aku ingat, dulu, zaman dulu-dulu masa (arwah) pak tanam kacang, nak mencabutnya lah kerja yang paling aku malas. Sebab susah nak mencabutnya, sampai putus urat kentut pun kacang tuh tak keluar. Tapi tadi, bila aku cabut, guna sebelah tangan pulak tuh, senang jer. 

Dan aku tengok, banyak kacang-kacang yang masih kecik, no doubt ada dalam sesepuluh ulas yang dah besar-besar tapi such a waste lah bila bazirkan belasan ulas kacang yang masih kecik, just untuk dapatkan 10 ulas yang besar tuh. Unless lepas petik 10 ulas yang besar tuh, pokok kacang tuh ditanam semula so that yang kecik tuh boleh terus membesar. Boleh ker buat macam tuh? I doubt it tho'.

So basically memanglah kacang tanah tuh belum sampai waktunya untuk dituai hasilnya. Walaupun aku rasa rugi 3 perdu kacang yang dicabut tuh tapi dalam hati aku ada sikit rasa puas. Puas sebab aku dapat prove kat mak yang how wrong she is. Aku ingat yang dulu-dulu masa aku mula tanam, mak kata dalam bulan 4, akhir bulan 4 baru boleh dicabut, aku kata yang masa cuti sekolah bulan 3 masa sesuai untuk dicabut. See, cakap mak selalu berubah-ubah (banyak lagi contoh lain). Aku selalu teringat cakap (arwah) pak, dulu (arwah) pak selalu merungut (merungut gitu-gitu jer lah), "Mak deme tuh cakak nya berbelit-belit. Sekali kata gini, esoknya kata lain pulak". Dah 3 bulan aku duduk di kampung, aku faham sangat dah. Even adik beradik aku yang lain pun faham. Cuma tadi aku dapat provekan, untuk aku tulis kat blog nih.

Long ada balik just before Maghrib, sama anak dia sorang. Sebab Long tak berapa sihat, dia tak ke masjid, aku sama mak jer lah, jugak sama Makcik Esah.

Ada kuliah ugama, ada tahlil arwah, ada makan-makan lepas Isyak. Again, biasalah kan, mak sama Makcik Esah lah orang terakhir yang keluar dari masjid. Perempuan gitulah kan, nak bersembang sesambil membasuh pinggan mangkuk, nak tapau lebihan makanan etc. Memang selalu gitu, lama jer aku tunggu dalam kereta. 

Tadi tuh aku saja jer lah godek-godek radio console kereta (selama ini aku tak sentuh pun), tangan aku tercari radio stesyen, tertekan 105.7, Lite FM kalau tak salah aku. Terralit jadinya dengar lagu-lagu, teringat yang zaman dulu-dulu memang aku selalu jugak dengar lagu-lagu light and easy gitu. Ter-teringat semula lirik-lirik lagu yang dah lama aku tak dengar, yang once bermain di bibir aku. Deja vu all over again lah kan? Aku biarkan aje aku terikut nyanyi lagu More Than Words (Extreme), walaupun aku geleng kepala jugak bila fikirkan yang "apa lah aku nih, kat kepala ada ketayap, dekat kawasan masjid pulak tuh, tapi aku dok menyanyi". Alah, orang tua berkopiah pun ada yang masuk Kelab Dangdut kan?