Aku cadangnya nak breakfast kat rumah pasal rasa macam tak best jer sebab hari-hari makan luar, apa pulak mak fikir nanti kan? Tapi, roti yang aku beli ituhari dimakan kucing semalam, masa kitaorang kat masjid. Habis bersepah-sepah dibuatnya. Mak dah suruh aku buang aje kucing tuh, hantar ke Sungai Ruan ker.
Pagi nih rajin lah jugak aku, lepas menyiram aku membaja jagung, jugak merepih buang rumput dan pokok-pokok renek yang banyak cambah. Rasa macam nak start petik buncis yang dah banyak bergantungan tuh. Kacang panjang pun dah bayak berjuluran, rasanya cuti sekolah nanti sure anak-anak sedara aku happy dapat first-hand experience mencabut kacang tanah, memetik sayur.
Aku tidur kejap tengahari nih, bangun aje terus mak suruh ke kedai beli santan. La, pasalnya mak tak bangunkan aje aku? Mak nak memasak sayur lemak jantung pisang, nak bawak ke masjid malam nih. Apparently puak-puak omtiner berpakat masing-masing bawak lauk, sayur untuk jamuan makan kat masjid malam nih. Lepas Zohor mak ada kelas ugama kat masjid.
"Dekat seratus dah dapat duit pisang", kata mak, tadi S ada datang hantar duit hasil jualan pisang 4 tandan.
"Tapi, belanja nya berapa? Beratus dah habisnya kan, S sokmo mintak duit nak beli baja, beli racun", aku kata gitu.
"Tak apa lah", kata mak bila mak sedar yang hasil jualan pisang belum dapat cover duit yang digunakan untuk menanam, menyelenggara pisang tuh.
Malas betul aku ke kebun petang nih, tapi aku kuatkan jugak semangat, lepas menyiram tuh aku buatlah apa yang patut. Dengan aku nih, kalau mengerjakan tanah, menanam, itu aku rajin. Tapi bila tanaman dah nak berhasil, dah menampakkan pulangan, aku jadi malas.
Ada kerja sebenarnya kalau aku rajin, cabut pokok-pokok renek yang dah merimba kat Zone 3a, Zone 4, bersihkan kawasan kacang tanah. Tapi aku fikir, pokok-pokok kacang tuh dah besar, soon, very soon akan dicabut, so tak apalah jadi macam hutan. Lagipun, biarlah pokok kacang tuh ada masalah, tak kan hidup di dunia nih nak orang jaga aje kan? Belajarlah menghadapi masalah, dan tanganilah sendiri. Life is all about experience and experiencing.
Kuliah Maghrib hari nih best jugak walaupun aku rasa macam mengantuk sesangat. Ker pasal aku dah lama tak mengeluarkan peluh, itu yang jadi macam banyak lemak jer badan aku nih. Mudah menagntuk. Tapi, kalau masa online, masa memorex, tak ada pulak aku mengantuk, sedar-sedar dah berapa jam aku depan laptop, kan?
Punyalah best makanan kat masjid tadi, segala jenis masakan kampung. Chu bawak gulai sardin campur keladi. Ada sambal tumis terung manggo (terung pipit), ada sambal belimbing hitam. Sekarang nih, or rather the last few nights, Chu tumpang kitaorang. So berempatlah kitaorang, aku, mak, Makcik Esah, Chu. Itu yang masa tunggu diaorang lepas Isyak tuh (biasalah perempuan, ambik masa lama untuk segala hal), dalam kereta, aku selalu teringat film Driving Miss Daisy jer.
Sebelum pergi masjid tadi aku ada pasang pending orders untuk pair GBPUSD, EURUSD, aku bimbang jugak pasal ada Euro Summit, biasanya masa ada summit, ada meetings, masa tu price jadi erratic. So aku bersiap sedia for any surprises. Memang surprise pun masa aku log on tadi (lambat pulak tuh, dah 10-30 malam), GBPUSD had one of the biggest single day rally in recent years. Dan aku ada 3 buy positions. Aku rasa banyak fresh buys, jugak short covering, macam yang aku cakap ituhari yang GBPUSD is so overwhelmingly oversold jadi bila-bila masa aje price akan naik. Tak tahulah kalau naik nih sebab GBPUSD akan turun banyak lagi, itu satu kemungkinan. Apa-apa pun aku dah lock kan aku punya profits. If only AUDUSD, AUDJPY turun, dapat aku clearkan positions aku. Tapi aku tak kisah sangat both pairs tuh, I'm more concern pasal EURUSD sama GBPUSD.
So lena aku tidur malam nih.