Wednesday

Selasa - 12032013


"Pepukul 7 setengah kang hantar mak ke Pekan Sari Sungai Ruan, nak cari kasut", kata mak masa balik sembahyang Subuh tadi.

So kitaorang ke Pekan Sehari Sungai Ruan, sampai jer terus aku kasi isyarat kat mak suruh ke tempat Cina jual kasut, masa tuh mak dah nak melilau ke tempat lain, nak beli makanan. Tujuannya nak beli kasut, kan? Hehehehhe. 

Lepas beli makanan for breakfast, terus aku ke kereta, kalau dibiarkan, sure lama mak kat situ pasal ramai orang yang mak tegur, yang kenal mak. Singgah kejap kedai jual benih, beli dua kampit besar benih jagung. 

Pukul 9 kitaorang ke Raub, aku nih nama jer duduk Raub tapi mana aku tahu kat mana Pejabat Daerah, dua tiga kali berhenti, dua tiga kali tanya orang, barulah jumpa tempat ambik duit BR1M tuh. Senang jer prosesnya, tunjuk IC, dapat baucer. Then ke TM, bayar bill talipun, lepas tuh ke CIMB. 

Masa guna ATM card mak untuk keluarkan duit yang aku guna bayar bill tadi (claim, jangan tak claim heheheh), aku terperasan yang duit pencen tunggakan (arwah) pak dah dibayar, semalam. 5 bulan punya pencen rasanya, kalau mengikut amount yang ada tuh, lepas ditolak duit yang sedia ada dalam akaun. Bila aku semak kat kaunter, memang sah yang pencen tuh dimasukkan semalam. Duit dari BSN aje yang masih belum dapat lagi nih, balance lepas akaun tuh ditutup, 3 bulan lepas. 

So, terima kasihlah kerajaan Malaysia yag bagi aku sama mak duit BR1M, lain kali kalau nak kasi, kasilah banyak. Ini takat RM 250, hina sangat rasanya diri aku nih, tau dak?

Petang, lepas hantar mak ke surau, aku memorex macam biasa. Ralit aku dibuatnya. Sekarang nih aku macam tak ada pressure sangat bila memorex, sebab aku cuma trade 10 cent per pip, dan aku tak biarkan floating loss banyak-banyak, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk kawal money management. Kalau entry aku salah, aku akan "lock" position aku dan aku akan cuba repair dengan masuk another entry. It works like a charm kadang tuh.

I have to admit yang more often than not, bila aku masuk position, price akan move to the opposite direction. Yang bermaksud jugak, how powerful aku nih sebab I move the market ekekekke. Tapi itulah, if I'm wrong then I'm wrong, bukan macam setengah orang yang "confident" gila dengan analisa dia, he's married to his positions, bila against, dia akan keep piling up on losing trades. Semata-mata sebab dia confident dengan analisa. Tapi bila fikir balik, kalau konfiden, apa pasal salah masuk entry? Patutnya keep reloading winning entries lah kan? Aku bukan apa, aku tulis dalam betuk sindiran nih sebab nak mengingatkan diri aku jugak sebenarnya. Yang don't be a fool. Sebab fools don't die.

Malas sungguh aku ke kebun petang nih sebab 5-30 ada data pasal GBP yang aku konfiden akan menyebabkan GBPUSD meniruk, so aku standy by, dan pasang a few sell positions. As we all know, GBPUSD sekarang nih memang rendah harganya, sejak awal tahun, dah dalam 700 pips turunnya so chances untuk dia rebounce tuh memang ada. Dan market pun is so overwhelmingly oversold, just a quick news or data (be it rumor, false news etc) boleh membuatkan massive short coverings. But then there's plenty of rooms to the downside too. So I was a bit skeptical nak sell mulanya sebab ramai traders yang dah start piling up buy positions (losing so far) sejak price kat 15000 lagi. Tapi, aku ikut instinct aku, aku bukak sell positions. 5-30 pm sharp, GBPUSD tiruk, bad data as expected. Dan aku rasa happy gila, rasa puas hati. And so terus aku ke kebun, menyiram. 

Aku rasa macam nak celebrate aje, tapi tak tahu nak celebrate apa. Nak celebrate pasal dapat duit BR1M? Nak celebrate pasal I was dead right on GBPUSD? Nak celebrate pasal aku puas hati dapat menyenyapkan those so-called "Masta" ( I bloody hate that term Masta, tapi kat CG, ramai traders yang guna term nih. Let's face it lah, kasi analisa salah, nak panggil diri sendiri Masta, kan?) yang bisng-bising suruh buy GBPUSD tadi tuh? 

And so aku ke kedai, bukan mengeteh tapi makan besar. Saja jer lah, dah lama aku tak makan masakan panas kat luar. Makan tengahari kat luar masa mak puasa, that doesn't count. Aku order nasi daging merah (pedas), telur dadar taruk tomato ( that reminds me kat Mexican Cafe yang selalu aku pergi kat Brooklyn dulu tuh), teh ais. On my way balik, aku beli roti, biskut, so that mak tak akan tanya "awak pergi ke mana tadi?".

Malam nih ada kuliah Maghrib, Ustaz rugged tuh yang bagi kuliah. Best Ustaz tuh, "moden" pun moden. Sentiasa check tab dia hehehhe. 

"Mak cadang nak sponsor makan kat masjid Jumaat nanti, lepas Tahlil", kata mak.

"Mak sorang jer ker? Ker kongsi ramai-ramai", aku tanya gitu.

"Sorang jer lah. Awak setuju ker?", mak tanya lagi. 

"Terpulanglah, duit mak", ringkas jer aku jawab. Malas lah aku nak explain details nanti mak perasan yang aku nih tak berapa setuju. Bukanlah aku berkira tapi aku ada perasan yang how tak berbaloinya makanan yang disediakan dengan harga yang dibayar (mak akan sub-contract kat orang lain untuk sediakan makanan), beli makanan kat luar jauh lebih murah.