Mak tak pergi masjid Subuh tadi sebab pening kepala, aku sama Makcik Esah aje lah yang pergi. Berbakul Makcik Esah berterima kasih kat aku sebab dah sebulan aku tumpangkan dia ke masjid waktu Maghrib sama Subuh. Bagus jugak dia puji masa mak tak ada, aku akan rasa uncomfortable kalau dipuji, dikasi thanks depan-depan mak.
Awal aku breakfast harinih, sebab nak tengok kacang yang aku letak kat kedai Chu Bekam semalam tuh. Harinih tak hantar dah sebab nak concentrate cabut kacang untuk Makcik Lijah sama Cina Sempalit tuh.
"Laaa, mana kacangnya? Hok semalang (Kacang yang semalam) terh (tu), habih", kata Chu Bekam.
"Laaa, saya ingatkan tak laku, itu malas hantar lain. Tak apa, karang saya hantar lagi, ada kacang kat rumah, cadangnya nak jual borong kat Makcik Lijah", aku kata gitu. Memang aku tak sangka yang kacang tuh boleh habis terjual.
"Kalau aok buat kacang reberh (rebus) lagi laku", kata Chu Bekam.
"Mak tak daya nak merebusnya", aku kata gitu. "Deme jer lah rebus, jual, banyak untungnya", aku kata kat Chu Bekam, dengan niat, kalau dia nak beli kacang banyak-banyak, aku sanggup aje mencabut sampai tengahari.
"Tak ada masa tu lah", kata Chu Bekam.
Bila dia kasi aku duit jualan kacang, tak dipotong satu sen pun, puas aku kasi dia tapi dia tak nak, dia kata dia cuma tolong aje.
"Kedai dekat masjid tuh sampai 20 sen dipotong setiap ringgit", aku kata gitu.
"Orang tuh, deme nyer memang berkira sikit", kata Chu Bekam.
Tengah aku minum, Tihah (sepupu) sama Chu (mak sedara) aku datang, so kitaorang breakfast sama-sama lah.
"Ni hah, tokay kacang bayar", kata Chu kat Chu Bekam. Cepat-cepat aku ke kedai sebelah untuk beli guni, lepas aje aku kasi Chu Bekam duit, aku tak nak ambil balance RM 3 sebab itu kira duit caj jualan kacang kat kedai dia tuh.
Kat rumah teruslah aku timbang dan bungkus kacang, dapatlah 10 bags, terkejut mak menengoknya. Aku sekali lagi explain kat mak yang we are better off jual borong walaupun harganya RM 5 sekilo, daripada hantar kat kedai dekat masjid tuh. Susah nak masuk kat akal mak agaknya. Macam semalam lah, dah berkali-kali aku explain, mak masih tak faham apa pasal kacang dijual RM 5 ke RM 6 sekilo sedangkan beli benih RM 12 sekilo. "Mak jangan samakan kacang basah dengan kacang kering, memang harga nya tak sama. Cuba mak keringkan kacang basah tu, dalam 3 empat kilo last-last jadi sekilo", aku kata gitu. Lagi lah mak jadi confused.
Lepas hantar kacang ke kedai Chu Bekam, terserempak dengan Makcik Lijah sama anak dia, so aku tanyalah bila dia nak kacang.
"Bila-bila boleh, harini pun boleh", kata dia.
"Berapa banyak?", aku tanya lagi.
"Sebanyak yang aok ada, hantor jer, kome beli", dia kata gitu.
"Laku ker kacang rebus yang jual hari tuh?", aku tanya lagi.
"Ukor berebert (sampaikan berebut) orang membeli, dapatlah kome sesikit untung", kata Makcik Lijah. Lega aku mendengarnya sebab for sure dia akan beli lagi kacang tanah dari aku.
"Kacang buncis pun banyak tuh, nak jugak ker?", tudia aku punya marketing.
"Kacang buncis? Boleh, boleh, bior kome juei (jual), berapa sekilo?", tanya Makcik Lijah.
Manalah aku tahu berapa harga sekilo, takat dapat seseringgit dua duit benih pun dah ok sangat dah bagi aku. Iyalah, kacang buncis tuh cuma hasil sampingan aje kan? Perusahaan kacang tanah tuh perusahaan utama Keluaran Dalam Negara Kasar aku kan?
"Agaknya untung besar dia tu, tu pasal ukor kerayan nak beli kacang banyak-banyak", kata mak bila aku ceritakan pasal business deal aku dengan Makcik Lijah.
"Mana tak untungnya, se pot kacang rebus tuh RM 2, setengah kilo kacang tu dapat berapa pot?. Rezeki dia", aku kata gitu.
Punyalah senang mencabut kacang sebab tanah lembut, semalam kan ker hujan lebat? Sekali lalu aje, habis 3 batas aku cabut. Biasanya nak dapatkan sebatas punyalah siksanya. Semalam, kat Cina Sempalit tuh, tokay tuh suruh aku simpan akar pokok kacang yang dah dicabut tuh, dia kata nak buat ubat. Entah ubat apa aku pun tak tahu tapi dia kata yang akar tuh lepas dicuci, akan direbus, baik untuk kesihatan kalau amalkan minum. Cina kan, apa aje diaorang akan makan/minum untuk kasi kuat lancau. So jadi satu kerja pulak aku terpaksa potong dalam 6 inci pokok kacang yang dah dicabut tuh, nasib baiklah aku guna gunting.
Mak memang jenis degil orangnya hehehe, aku dah kata yang jangan dicabut kacang batch kedua Zone 2 tuh, mak cabut jugak. Batch tuh yang terakhir ditanam, lagi 3 minggu baru elok dicabut, tapi mak tetap kata yang kacangnya dah elok berisi. Memanglah ada yang elok berisi, tapi what a waste lah sebab banyak yang masih kecil, masih putik-putik aje.
Aku buat tak dengar jer bila mak suruh cabut kacang kat Zone 3a pulak sebab aku sibuk nak gali mana-mana batas yang dah dicabut kacangnya. Malaslah aku nak berkejar cabut kat tempat lain sedangkan banyak batas yang kena digali, nak kutip mana-mana kacang yang tertinggal. Sebab aku tahu, yang buat semua tuh nanti aku jugak, so apa lah nak dikejarkan sangat.
2 kali aku ke rumah makcik Lijah nak hantar kacang (10 kilo) tapi tak ada orang di rumah. Sibuk aku jadinya sebab nak pergi ambik kuih yang mak tempah untuk dibawak ke masjid , nak hantar mak ke masjid, nak hantar kacang, nak hantar kacang rebus untuk jamuan di masjid pun sama. Benda tuh boleh dibuat sekali harung TAPI mak punya style, "awak pergi buat itu dulu, lepas tuh datang ambik mak pulak". Macam lah...er.....heheheh, macam lah apa hah?
Memang mewah kat masjid tuh, jemaah Asar berapa kerat aje tapi makannya melimpah ruah. Lepas Isyak pun sama, ramai orag malam nih, sebab ada Kuliah, ada tahlil, ada Sembahyang Hajat. Aku tak nak kata apa lah tapi Sembahyang hajat tuh ditujukan buat sorang makcik nih yang akan berangkat ke Sweden untuk bercuti. I mean, bercuti? Hehehhe