Again, aku tak ke kebun jugak lagi pasal semalam hujan, dan ditambah dengan embun pagi, memang basah tanah. Lama jadinya aku melepak masa breakfast, not knowing what to do pagi nih. Last-last balik rumah, sambung tidur. Habis cerita.
Lepas tuh teruslah memorex, thanks to one forumer kat CG yang bagi head up pasal AUDJPY, aku pun masuk sell entry. Aku short AUDUSD sebelum tuh, both pairs turun seiringan. I don't usually follow other people's signals tapi kalau setakat kasi clue yang masuk akal, aku berani ikut.
Since mak puasa harinih, aku makan kat luar aje lah, itu yang pergi cepat sikit ke masjid sebelum Zohor tuh. Mak pun sempat beli makanan untuk berbuka. Ustaz yang sepatutnya mengajar mengaji kat surau setiap Isnin tuh tak dapat datang, digantikan dengan esok, so mak and her gang ajelah yang mengaji sesama sendiri.
On my way balik hantar mak tuh singgah sekejap beli keropok lekor sama goreng pisang, best makan sesambil memorex, sesambil berlenggeng (sebab aku sorang jer kat rumah). Last-last aku tertidur, sedar-sedar dah nak Asar.
Sebab dah lama tak ke kebun, malas jadinya nak buat apa-apa, pergi pun macam buat syarat jer, tak pakai pakaian kerja pun. Entah apa pasallah agaknya, sawi yang aku semai tuh tak tumbuh-tumbuh, so ada 5 batas yang kosong (4 batas yang aku tanam timun ituhari, tak tumbuh jugak), lantaklah, aku nak taruk jagung aje lah kot, nampak macam senang jer tanam jagung nih. Cuma masalah kera lah nanti tuh, masa belum apa-apa nih memanglah tak nampak sekor pun kera, tapi tengoklah bila dah berbuah nanti, puaslah aku nak menghalau kera. Lepas tuh aku sempat mengeteh seround, mamposlah harinih sampai 3 kali aku kat kedai makan.
Malam ni tak ada kuliah ugama so bebas lah nak buat apa-apa, aku baca Encylopedia Solat sementara tunggu Isyak. Tak ada pulak makan-makan walaupun lepas sembahyang tuh ada buat Tahlil. Malam nih aku rasa bersemangat sikit untuk mulakan esok hari. Aku perasan yang dalam dua tiga minggu kebelakangan nih (musim hujan), aku jadi malas, peluh dah lama tak keluar, itu yang malam-malam masa kat masjid asyik rasa berat jer mata walaupun siangnya aku dah cover tidur aku. So mulai esok aku nak lama sikitlah kat kebun, aku nak menyangkul mana-mana yang patut. Mintak-mintak malam nih atau pagi esok tak hujanlah, mintak-mintak aku dapat bezakan antara embun dan hujan. Kalau malas tuh, embun pun aku kata hujan.