"Moh lah ke Pekan Sari, suruh Pak Itam hantar kejap", kata mak kat Fiqa, anak sedara aku, awal-awal pagi lagi. Aku tahu lah semalam hujan lebat, jalan kotor, tapi terfikir jugak aku yang tak kan nak ke Pekan Sehari pun nak naik kereta jugak? Dekat, seberang jalan sana tuh aje. Rasa macam tak masuk akal. Aku ikut kan aje anyway.
"Balik kang nak jemput ker?", aku tanya mak. Bila mak suruh aku jemput, aku kata yang tak ada tempat nak park, kalau ada pun, tentu jauh, lebih dekat jarak rumah dari tempat parking, so might as well jalan kaki aje. Lagipun, nak tunggu pukul berapa? Aku tahu lah yang perempuan kalau ke tempat gitu sure lama nya, half of orang kat situ pun mak kenal, kan? Bukan nya aku nih cerewet tapi benda kecik-kecik gitu susah akal aku nak terima, tau dak?
Macam ituhari masa Tengku Mahkota datang, Chu siap talipun aku suruh tolong hantarkan dia ke padang sebab dia nak pergi. Sedangkan rumah dia pun cuma a few tapaks away jer, sedangkan kat depan rumah dia bertitiran bas dan kereta yang dipark.
Aktiviti biasa, tidur lepas breakfast. Bosannya kalau tak dapat ke kebun. Masa kitaorang ke kubur lepas Zohor, kitaorang tengok banyak kubur yang mendap, gara-gara air bertakung, then mengalir. Nasib baik ada cangkul kat balai, so kitaorang buat dan repair lah mana yang patut. Mungkin bukan kat kampung nih jer tapi issue kubur mendap nih issue besar. Lebih baik direpair awal-awal, kalau tak nanti macam-macam cerita yang didengar, sedangkan kubur tuh mendap disebabkan air mengalir. Bukannya disebabkan penghuni kubur tuh disiksa sampaikan "terbelah bumi".
Dekat nak Asar, Nuar sama kawan geng motor besar dia ada balik, aku selamba jer online pasal diaorang sibuk sembang pasal business apa tah. Bodoh jer aku jadinya bila fikirkan yang aku macam tak ujud aje, diaorang cerita pasal business and here I am tak bekerja, tak ada duit. Kalaulah aku kerja, at least dapat jugak aku cari duit buat modal untuk memorex, kan?
Tapi, ada jugak aku terfikir yang semua ini hanyalah sementara, so I'm going to suck it while I can ekekekke.
Rupanya diaorang bercerita pasal nak ke Budu, nak uruskan pasal Sijil Saham (arwah) pak dulu tuh. Ingat dak yang aku ada beritahu yang (arwah) pak ada satu Sijil Saham yang disimpan sejak tahun 50an dulu? Nuar, as a businessman, dah contact Pengerusi Koperasi Orang Kaya Pahang, bertanyakan pasal tuh, so petang nih kononnya nak pergi jumpa diaorang lah. Aku tak ambik port pun pasal benda-benda macam nih, kata lah benda tuh worth a few hundred thousands ker, or even millions ker, ada aku nak kisah?
You have no idea how humbled I've become ekekekek
So aku tinggal sorang-sorang lah masa mak, Long sama Fiqa pergi, Nuar sama kawan dia meneruskan perjalanan ke Kuantan. Hujan lebat selebat-lebatnya, terfikir aku, baru kejap tadi bunyi motor Nuar sama kawan dia tuh berdentum-dentum, tapi sekarang nih kat mana lah diaorang berteduh? Aku suka kalau semua jalan-jalan kehidupan di dunia ini dapat aku relatekan dengan besarnya kuasa Tuhan.
Mak sampai rumah pun ngam-ngam masa nak Maghrib, lepas Isyak ada khenduri tapi kitaorang tak pergi pun. Esok kot. Hujan turun lagi malam nih, bosan online aku terus tidur aje lah.