"Ada pokok kacang tu yang tercabut, kena hujan agaknya", aku kata gitu kat mak masa breakfast. Memang aku ada plan nak cabut kacang untuk direbus, setakat cabut 2 tiga perdu.
"Itulah, dah boleh dicabut dah gayanya. Cuba awak cabut, lepas tu awak cuci, pergi ke kedai Cina Sempalit tu, tanya dia, berapa dia nak beli", kata mak.
Adess, aku bukannya nak cabut untuk dijual, sebab aku tahu yang kacang tuh belum pun sampai 100 hari usianya, dalam 2 minggu lagi, masa cuti sekolah nanti, masa tu lah baru elok dicabut. Tapi mak berkeras jugak suruh aku cabut, so aku cabut 2 perdu dari Zone 1 dan a few perdus dari zone 2. Mak ada tengok sama.
"Tengok ni mak, kempis lagi, tak cukup masa lagi nih nak dicabut", aku kata gitu sambil tunjukkan kacang yang dicabut.
"Tengok yang ni hah, banyak lagi yang kecik-kecik, rugi jer kalau cabut sekarang", aku kata lagi.
"Dah tu nak biar dulu?", barulah mak sedar agaknya yang kacang tu belum boleh dicabut lagi. Dengan mak nih, kena tunjuk bukti, kalau tak sampai bila mak tak akan percaya. Baru nih Ani ada talipun beritahu yang masa (arwah) pak dulu tuh macam ni jugak mak, disuruh (arwah) pak cabut kacang yang belum cukup usia. "(Arwah) Pak yang tanam, (arwah) pak tahu lah bila masa boleh cabut, tapi mak beria sangat (suruh cabut), (arwah) pak pun cabutlah tunjuk kat mak. Lepas tuh (arwah) pak kata, "Ha, ndak sangat!", kata Ani. Terkekeh kitaorang gelak.
"Mak, saya yang tanam, saya tahu lah bila boleh dicabut", aku kata gitu.
Saja jer nak bagi biar ayat yang hampir sama tuh terngiang-ngiang di telinga mak. So kitaorang berhenti cabut, dapatlah seperiuk untuk direbus.
Mak balik sebab ada budak nak mengaji, mak kasi aku RM 150, suruh kasi kat S sebab S nak beli baja, baja mahal untuk pisang.
"Banyak nya mak keluarkan duit untuk pisang, dulu dah berapa bagi ke S tuh?", aku tanya mak.
"Berbaloi ker belanjakan duit banyak-banyak untuk pisang tuh? Macam tak jer....", aku kata gitu lagi.
"Nak buat macamana?", kata mak. Aku perasan ada perasaan ralat kat muka mak.
"Biar lah, dah dia (S) mintak", kata mak lagi. Aku tahu yang mak dipergunakan dek S tuh, tapi kitaorang tak boleh nak buat apa-apa.
"Saya nak bagi dia duit nih sekarang, biar dia rajin sikit buat kerja, nak suruh dia meracun senoho (di sana) tuh, tinggi ngat dah semaknya", aku kata gitu. Mak gelak jer.
Lepas ke kedai beli paper, aku pun mandi, dan tidur di kerusi panjang kat dapur, sebab kat hall ada budak mengaji. Bangun tuh aku terperasan ada sms dari Teh. Teh mintak nombor bank akaun aku sebab dia nak masukkan RM 1000 untuk pocket money, jugak untuk bayar bill P1 aku. RM 1000? Biar betul Teh nih, kata aku dalam hati.
Dua tiga kali aku baca message Teh tuh, takut-takut aku tersalah baca, tapi memang betul, RM 1000. Bermacam-macam bermain di fikiran aku. Teh ada baca blog aku ker? I doubt it lah sebab dulu kan ker aku kind of tutup blog, tentu Teh tak perasan yang aku dah bukak semula blog aku sejak aku duduk di kampung kan? Eh, teruk sangat ker aku tulis kat blog sampai Teh terkesian? (Itupun kalau Teh baca blog aku).
Aku terfikir jugak yang how besarnya kuasa Tuhan, rezeki aku ada di mana-mana. Aku fikir jugak, yang selama ini bila berdoa, aku sentiasa doakan kebaikan adik-beradik aku yang lain, rupanya diaorang memang baik pun. Does that mean doa aku diterima? Apa-apalah tapi semuanya buat aku ingat Tuhan, sedar yang Tuhan sentiasa tolong aku. Yang at the same time buat aku jadi takut dengan "kerja-kerja" Tuhan nih. Aku kena hati-hati dan selalu beringat. "Nasib baik" lah setiap kali berdoa aku ada kata yang aku bersyukur dan redha dengan apa yang aku ada, dengan apa yang Tuhan berikan pada aku selama ini, jugak dengan apa yang bakal Tuhan peruntukkan kat aku", kata aku dalam hati.
Now, bukanlah aku desperate sangat (amboi!) nak kan duit tapi RM 1000, sapa tak nak kan? Dah orang nak kasi, terima aje lah kan? After all aku selalu berdoa supaya Tuhan murahkan rezeki aku kan? Tapi itulah, bukan aku kata Teh tak pernah bagi duit (dulu Teh ada kasi RM 300) tapi sampai RM 1000, sapa boleh lawan, kan? Ekekeke. Kalau setakat RM seseratus dua tuh ok lah kan, ini sampai seribu? Mana aku tak terkejut, kan? Memang bill P1 aku yang bayar, Teh yang guna, sebab aku tak rasa aku nak terminatekan service tuh, manalah tahu yang aku nak guna nanti bila aku dah tak duduk kampung ker, atau bila aku ke KL ker, atau manalah tahu service tuh ada kat Raub ni nanti (tahun bila lah tu agaknya).
Terfikir jugak aku yang kalau sekali sekala adik beradik aku buat macam Teh ni kan ker bagus? Ekekekeke. Tak payahlah selalu, tapi spring me a surprise once in a while, akan aku ingat sampai mati. Heheheheh.
"Hehe, whatever rezki yg kita dapat there's always a portion for somebody else...kita tukang pegang jer sekejap..", aku suka ayat Teh tuh bila aku balas message dia. Aku plan tak nak beritahu mak pasal Teh nak kasi duit tuh sebab aku tak nak jadi macam dulu. Unless Teh beritahu sendiri, dan kalau mak tanya, aku akan kata yang itu duit untuk bayar bill internet yang Teh guna. Tak kalu, sampai tahun depan mak akan kata kat adik beradik aku yang lain, "Shahar bagi dia sampai seribu", as if tiap-tiap bulan Teh kasi aku seribu. I know my mak pretty well, and I love her to pieces. Eh, Teh nak bagi aku seribu tiap-tiap bulan ker? Ekekekkekeke.
Eh, macamana nak buat nak kasi Ngah bagi aku duit sebanyak yang Teh kasi hah? Oooppsss.
Hari nih mak tak ada kelas mengaji, aku ingatkan mak pergi sendiri-sendiri ke surau jalan kaki sebab lepas Jumaat tuh aku tertidur. Kawan mengaji mak sibuk sebab esok ada orang kawin, so kelas mengaji diaorang kansel.
Masa balik Asar aku ternotice yang ada surat kat mail box, ada 2, satu untuk aku dan satu untuk mak. Terus aku tersengih. Rupanya surat pasal bantuan BR1M, aku dapat RM 250, mak dapat RM 500, dan kitaorang kena ambik bantuan duit tuh (baucer kot?) kat Rest House Raub, Isnin 11 haribulan nih. Alhamdulillah, bergolek-golek rezeki datang.
Sapalah yang mak akan undi masa Pilihanraya nanti, tanya aku dalam hati. Sebab aku sendiri pun ada terfikir yang dengan duit RM 250 ni pun hati aku dah bergoyang, inikan pulak orang yang dapat projek juta-juta, yang kerabat-kerabat ahli politik, yang ada kepentingan dalam kerajaan. Patutlah bermati-matian diaorang sokong kerajaan, patutlah sedaya upaya diaorang tegakkan benang yang basah, patutlah berbagai cerita tak menasabah yang diaorang boleh create, kan? "Don't bite the hand that feeds you", ha kata-kata tuh sejak zaman Mahathir lagi, kan? Aku nak bite jugaklah, bukan apa, bagi aku RM 250 jer, mana cukup, kan? Ekekkeke. I won't bite kalau kasi banyak tapi setakat RM 250 tuh, I'm not that cheap kan? Hehehhehe
Malam nih tak ada kuliah ugama, acara bebas jer lah sementara menunggu Isyak. Satu yang aku perasan, semenjak dua menjak nih, aku tak ada pun teringat pasal Forex. Iyalah kan, aku kat masjid masa Forex activities biasanya rancak. Kalau dulu, selalu jer hati tak tenteram, selalju jer teringat pasal positions aku. Tapi sekarang nih aku selamba aje, biasanya sebelum ke masjid aku akan ejas positions aku, aku akan cuba pasang protections mana-mana yang patut, kalau price turun, atau naik.
Kebetulan pulak malam nih malam yang ditunggu-tunggu, ada Non-Farm Payroll sama Emploment Report for February. Remember yang selama ini aku refused to be a seller? Tapi tadi I was so confident yang semalam tuh cumalah short covering (sebab market was and still is overwhelmingly oversold), bukannya fresh buys, so aku bersiap sedia dengan sell positions.
Balik dari masjid, aku tengok yang EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dropped like there was no tomorrow, dan aku senyum jerlah sambil mengucap syukur. Sambil fikir yang aku patut "bekerja lebih keras" bersyukur pada Tuhan yang memudahkan jalan kehidupan aku sekarang, Tuhan macam sentiasa dengar bisikan hati aku, Tuhan kabulkan permintaan aku. Now, what if Tuhan "berhenti" memakbulkan doa-doa aku? Ha, itu aku kena jaga-jaga, itu yang buat aku semakin "takut" kalau-kalau aku terlalai dan terlepas pandang benda-benda yang seharusnya aku jaga, demi mendapat keredhaan Tuhan.