Mak tak pergi Subuh untuk hari kedua berturut-turut, pening kepala katanya. Aku sama Makcik Esah aje lah yang pergi. Itupun sebelumnya mak kata tak payah berhenti lah depan rumah Makcik Esah sebab Makcik Esah tak nak pergi kalau mak tak pergi. Aku kata kat Makcik Esah, tak ada apa hal nya kalau dia nak pergi, mungkin dia segan sebab kitaorang berdua aje, dan dia duduk kat seat belakang macam Miss Daisy, tapi aku tak kisah.
Masa aku breakfast, aku tengok cuma 4 bags kacang yang laku semalam, aku biarkan aje balance 6 bags tuh pasal sesehari dua pun kacang tuh masih elok. Kalau esok masih tak laku, aku nak bawak balik aje lah, tak ada pressure langsung kalau tak laku sebab ready buyers ada menunggu. Even petang pun ada dua kali budak datang nak beli kacang, so kat rumah kena sentiasa ada stock.
Aku meleraikan kacang yang aku cabut semalam kat Zone 3a tuh, dalam seseminggu lagi elok sangat dicabut walaupun kalau nak cabut sekarang pun dah ok. Siap tuh aku ke Zone 2 buat batas, tak sempat sebatas, aku rasa macam tak berbaloi jer buat kerja di situ sebab aku terpaksa tunggu sampai habis kacang di Zone 4 dicabut barulah aku akan cabut kacang batch kedua kat Zone 1 dan 2 tuh, so kalau aku buat batas sekarang pun, aku masih tak boleh start menanam. Sebab aku nak tanam sekali harung, malaslah selang seli tanam macam kat Zone 1 dan 2 tuh.
Panas gila, aku dah rasa macam nak pening aje. Aku nih memang tak boleh tahan kerja tengah panas, sebab aku tak bertopi. Lepas hantar kacang tanah semalam tuh ke rumah Makcik Lijah (esok dia nak lagi 10 kilo), aku tidur sekejap. Mak memetik buncis sama bendi rupanya masa aku tidur tuh, rupanya bendi banyak yang dah tua, so mak nak palarkan (biarkan) aje, nak buat benih. Aku beritahu mak yang akan datang nih nak tanam sebatas buncis, sebatas kacang panjang aje lah, selebihnya nak ditanam kacang tanah aje, elok tanah kat kawasan tuh. Mak suruh tanam kacang bendi banyak-banyak sebab harganya mahal. Aku rasa banyak sangat dah kacang bendi yang ditanam, dalam 50 pokok. Senang jer menjaga bendi nih, infact tak payah dijaga pun. Tak macam kacang panjang/buncis, selalu aku kena check, takut runtuh junjungnya sebab kacang tuh aku tanam rapat-rapat, berebut masing-masing nak naik junjung, sampaikan ada yang terpaksa merempit kat junjung di batas sebelah.
Lepas Sembahyang Jumaat aku sambung tidur, panas nya ya ampun, walaupun pasang kipas full blast tapi bahangnya menusuk kepala aku yang semakin pening. Immune system aku nih tak kuat kot, kepala aku semakin pening. Mak tak ada kelas mengaji harinih pasal puak-puak omtiner sibuk kat dewan serbaguna, esok ada khenduri. Lepas Asar, lepas hantar kacang buncis, bendi, kat Makcik Lijah, kitaorang pergi rumah Tok Empat pulak sebab nak ambik surat untuk (arwah) atuk aku yang dah lebih 20 tahun meninggal.
Aku makan 2 bijik Panadol, kepala aku makin pening, so telan lagi 2 bijik, lepas tuh aku tidur, tidur sambil duduk sebab bila baring tuh, memantak-mantak kepala aku. Aku dah beritahu mak yang Maghrib nanti tak ke masjid lah nampak gayanya. Ada budak datang nak beli kacang, mak bangunkan aku sebab mak tak reti nak guna penimbang, dan aku pun rasa macam ok dah, so kitaorang ke masjid jugaklah for Maghrib. Punyalah bosannya Ustaz tuh kasi kuliah, mak kata memang style Ustaz tuh gitu. Sampai ke New York, New Jersey, New Hampshire aku mengelamun masa Ustaz tuh bercerita.
Sebab petang tadi dah banyak tidur, susahlah pulak nak melelapkan mata malam nih, asyik layan Forex jer lah. Cyprus punya saga masih belum settle tapi ada bunga-bunga yang crisis tuh akan ada penyelesaiannya so sebelum tidur aku ejas mana-mana positions aku. Tak nak jadi macam minggu lepas, I was caught off guard, itu yang rugi USD 32 tuh. Tapi kali ini aku akan ada untung sebab semua positions aku dah dilock dengan minimum profits, so kalau prices move to my advantage, aku akan just let them ride, EURUSD sama GBPUSD. AUDJPY sama AUDUSD pun ada aku pasang jerangkap samar. Rasanya come Monday morning akan ada gap ke atas nih. The bigger the better heheheh.