Lena aku tidur semalam, saja jer tidur cepat sebab badan aku lenguh-lenguh, kesan dari berbekam tu lah.
Masa kat kebun tadi aku terperasan yang ada kacang yang dicabut semalam tuh, tertinggal, tak dileraikan dari pokok, so aku kutip, dapatlah dalam 2 kilo gitu gamaknya. Aku merepih sesikit tadi, macam buat syarat jer, peluh pun tak keluar. Then menegangkan junjung kacang yang semuanya macam tunduk ke bumi aje pasal berat. Beli tali rapia segulung, aku repair mana-mana yang patut. Ada dua tiga pokok kacang panjang yang mati kering kena ulat, yang lainnya ok jer. Kacang buncis dah semakin banyak berbuah.
Ada orang TM talipun, cari Pui, nak suruh bayar bill. Mak yang jawab, bila mak tak reti nak explain, baru aku yang bercakap dengan kerani tuh. Nak suruh bayar bill yang latest, by 18th of this month. Rajin pulak orang TM nih memollow up kan?
"Mak jangan risau benda-benda kecik macam nih", aku kata kat mak bila mak mula tanya itu ini. Aku sms Ida suruh dia bayarkan bill, Ida pulak on MC so dia suruh kitaorang jer bayarkan dulu. Patutnya aku dikasi access ke CIMBClick mak kan, habis cerita. Ini, nak kena beritahu Ida tiap kali bill datang. Aku rasa macam nak beritahu Ida, nak mintak password tuh dari dia tapi takut pulak disalahmengertikan nanti, parah jadinya. Tak apa, esok kitaorang ke Raub, bayar aje lah.
Since mak puasa, aku makan kat luar tengahari nih, itu yang pergi masjid for Zohor awal sikit dari biasa. Kitaorang ke kelas mengaji lepas tuh, elok jer aku sampai, Ustaz pun tiba. Again, since aku sorang jer lelaki (ada 2 orang budak Tabligh yang melepak kat surau tuh tapi diaorang tak join) so aku yang mula baca. 3 pages. Geram aku, rasa dah elok baca tapi ade jer yang salah. Bukan geram kat Ustaz tuh tapi geram kat diri sendiri.
Petang pun sekali lagi aku turun ke kebun untuk buat syarat aje. Aku kena cari benih jagung banyak-banyak nampak gayanya sebab boleh terus ditanam kat batas kacang yang dah aku cabut pokoknya tuh, so akan ada continuation. Nampak gayanya akan datang nih aku akan jadi busy lah pulak, menyangkul, bersihkan tempat nak tanam jagung. Mungkin nak tanam kacang tanah jugak, tak ada lah bosan sangat nanti tengok sejenis tanaman jer kan?
Aku baru perasan yang bendi pun dah mula berbuah, dan keluar dah buahnya, kecik jer, terjulur. Macam kote bebudak. Peria dah keluar bunga, kacang panjang pun sama. Kangkung dah merayap jauh, cili dah banyak berbuah, 2 pokok tembikai yang aku jaga elok-elok tuh nampak gayanya menjadi, so puas jugak hati aku rasanya.
Tak ada apa-apa aktiviti kat masjid lepas Maghrib tadi, acara bebas. Masa berdoa tadi ada aku terfikir something yang kind of bothers me. Aku fikir yang how "untung" nya mak dan (arwah) pak, dan adik beradik aku yang lain sebab for one aku selalu berdoa untuk kebaikan diaorang. Ok, bukan aku kata doa aku Tuhan makbulkan atau sebaliknya, itu kerja Tuhan, tapi apa yang membother aku, kitaorang adik beradik mendoakan kesejahteraan mak dan (arwah) pak, tapi aku yang tak ada anak pinak nih, tak ada siapa lah yang akan doa kan untuk aku.