Friday

Khamis - 07032013

"Tak perasan pun hujan lebat malam tadi", aku kata gitu kat mak masa nak pergi masjid for Subuh. Itu ada makna tuh. Maknanya aku tak payah ke kebun pagi nih. 

So lepas breakfast (roti selek kaya, telur separuh masak 3 bijik), aku sambung tidur. Sekali sekala tersedar, rupanya cuma dua tiga orang yang datang, so cepatlah habisnya mengaji harinih, sebelum pukul 11 diaorang dah balik. Aku perasan yang mak kat luar masa aku online, haruslah mak ada pergi ke kebun. Tak apa, petang nanti aku check kalau ada kesan-kesan mak buat apa-apa kerja kat kebun.

Since mak puasa, aku kena makan kat luar lah harinih tapi kedai kat sebelah masjid tuh tutup, kedai yang lagi satu tu dah habis lauk pauk, so aku ke kedai lain, pun dah habis makanan. Last-last beli keropok lekor jer lah 2 ringgit.

Malam nih mak nak bawak lauk ke masjid, mak nak sponsor makanan pasal orang lain tak ada yang nak sponsor. Kebetulan pulak petang nih tak ada kelas ugama untuk puak-puak omtiner kat masjid, so mak ada masa nak memasak. 

Now, bab bawak makanan ke masjid, sponsor makanan, khenduri, ha, benda nih selalu dah Akak The pesan pada mak. Don't get carried away sangat, jangan selalu sangat offer nak sediakan makanan. Kalau betul-betul nak menderma ker apa ker, taruk jer duit kat tabung derma kat masjid. Sebab apa? Iyalah kan, duduk kampung nih, sentences like "sokmo dia yang bawak makanan", "rajin dia buat khenduri", sure akan didengar. Or just nak elakkan dari ada apa-apa perasaan lain yang berbangkit, riak, bangga etc.

Elok jer nak ke masjid for Asar, hujan turun lagi, lebat pulak tuh, sampaikan lengang masjid, ada 3 orang jer jemaah lelaki selain aku. Ustaz Simon Cowell pun tak ada, sedangkan minggu nih turn dia conduct sembahyang.  

Aku ke kebun jugak petang nih, dan aku perasan yang mak dah taruk baja kat pokok jagung (tak semua). Nak sentapz jugak aku. It shows yang mak nih tak mengedan-dan, kalau mak suruh taruk baja, aku kena buat secepat mungkin. kalau tak, gini lah jadinya, mak akan buat sendiri. I'm fine jugak pasal tuh sebenarnya, tapi aku cuma tak nak ada perkara berbangkit. Iyalah, mak kan ker ringan mulut? Sekali mak turun ke kebun, "bunyinya" macam setiap hari. Likewise, sehari aku tak ke kebun, "bunyinya" macam aku nih memanjanglah tidurnya. Ha, bab tuh yang paling aku tak berkenannya tuh, itu yang seboleh-bolehnya aku tak nak mak ada peluang turun ke kebun. Tapi aku tak berpeluang menghalang mak dari ke kebun, either sebab aku tidur atau sebab hujan. 

Aku perasan jugak yang rumput-rumput pun mak ada cangkulkan, semalam tuh memang aku ada cangkul, tapi takat cangkul gitu-gitu jer, ada yang aku terlepas pandangnya kan? Hehehhehe. tapi mak tak pernah terlepas pandang, itu yang bersih jer jadinya. Bertambah guilty aku rasa, iyalah kan, mak kan ker puasa?

Bosan bermain perasaan, aku pergi mengeteh. Eh, minum nescafe pun dikategorikan sebagai mengeteh jugak ker? Tak ker mengeteh tuh khas untuk minum teh aje? So, aku mengnescafe, tak ada orang pun kat kedai tuh sebab hari hujan. Aku suka melayan perasaan masa tuh, hujan turun, aku tengok sekeliling yang dipenuhi gunung-ganang yang habis ditarah dek Cina, dan fikiran aku melayang jauh. 

Aku fikir, about this time last year, aku kat Balqis Kindergarten, kat Bandar Tasik Puteri, Rawang. The year before that aku kat Bangi. The year before that aku kat dalam tahanan kat Buffalo, New York.  Then aku fast forward pulak, agak-agaknya kat mana lah aku (kalau panjang umur) about this time next year? Aku rasa aku boleh agak aku kat mana. Tapi yang aku betul-betul confident yang aku boleh agak aku kat mana, about this time 2 tahun akan datang. InsyaAllah, aku dah terbayang yang aku dah settle down somewhere kat South America, tak kisahlah kat Ecuador ker, Brazil ker, mana-mana lah. 

Saja jer aku tak cerita lagi pasal my plan untuk ke South America nih dengan lebih detail, pasal aku nak save the best for last kaedahnya. Alaaa, aku pun belum boleh apply passport pun lagi kan, so apa lah nak cepat-cepat cerita kat orang, kan? 

Tak ada gaya macam hujan nak berhenti. Tapi dengan aku, kalau aku nak balik, nak ke mana-mana, aku redah jer hujan tuh. Aku tak tunggu-tunggu dah. Macam my life jugak, aku tak kisah keadaan sekeliling, aku jalan jer balik ke rumah, dalam hujan lebat tuh. As if tak hujan pun. Aku tetap jalan macam biasa, tak ada lah aku terlari-lari, terkejar-kejar. Kambing jer yang terlari-lari kalau kena hujan, kan? 

Sampaikan budak Tabligh yang tengah lepak kat surau tuh beria kabir (lambai) aku ajak berteduh dulu, sambil gelakkan aku. Ada jugak aku terfikir yang kalau orang tengok aku, tentu diaorang ingat aku nih kurang siuman, selamba jer jalan dalam hujan lebat. 

"Awak pergi ke mana hujan-hujan nih?", mak tanya aku bila aku sampai rumah. 

"Mengapa?", aku tanya gitu. Aku tak suka kalau orang jawab soalan aku with a question tapi tadi tuh aku saja jawab gitu so that mak tak akan tanya lebih-lebih.

Kat masjid malam ni ada baca Yaasin sama Tahlil, ramai orang yang datang. Lepas tuh ada makan-makan tu lah, aku tengok banyak lauk pauk yang orang bawak, dan tak ada pun lauk yang mak masak tuh dihidangkan untuk jemaah lelaki. 

Tak lama aku online malam nih, kepala aku pening-pening sikit, masuk angin surenya sebab tadi tak makan tengahari, pulak tuh petang aku main hujan, kan?