Friday

Khamis - 28112013

Macam semalam jugak, harinih aku tak keluar mana sangat pun, takat keluar pergi makan aje. Breakfast dah dekat masa lunch, lunch dah dekat waktu Asar, dan dinner pun pukul 1 pagi. Saja jer buat macam tuh, aku tak suka makan kalau kedai tuh ramai orang, so itu yang pilih waktu pelik sikit tuh.

The rest of the day aku kat bilik aje lah, online, banyak benda-benda cryptocurrencies yang aku tengah belajar nih. Lebih banyak aku tahu, lebih banyak aku tahu aku tak tahu, tahu-tahu jer lah aku nih yang aku tahu aku kena tahu apa yang aku tak tahu. 

InsyaAllah aku balik kampung Sabtu nih, tumpang Ida. Saja jer lah nak melepak KL lagi sesehari dua. So far tak ada pun aku macam selalu teringat kat kehidpuan kampung, aku selamba jer, walaupun aku tahu yang deep down duduk kat kampung lebih aman, lebih tenang. Tapi itulah manusia, kan, tak rugged lah kalau hidupnya aman dan tenang sentiasa, kan? 

Aku masih dalam mood malas nak tulis blog nih sebenarnya.

Thursday

Rabu - 27112013

Masih di KL tapi bukan kat Bangsar. Tengah malas nak update blog sebab tak ada cerita pun yang nak ditulis.

Wednesday

Selasa - 26112013

Lebat hujan malam/pagi tadi, air bertakung sana sini, menyusahkan orang nak berjalan aje. Pagi jugak aku keluar harinih, aku ke UTC Puduraya nak tengok kalau-kalau kat situ boleh buat passport, tukar alamat MyKad dan Lesen Memandu. Alamat aku macam-macam, alamat kampung (yang salah nombor), alamat Bangsar, alamat Bandar Tasik Puteri. 

Dulu tak ada hal pun tapi sekarang nih sebab aku nak kan proof of identity/address sebab aku nak register dengan overseas companies, alamat aku kenalah "synchronize".

Tapi sebab kat Puduraya tuh cuma mini UTC, dan orang ramai, malaslah aku nak menunggu, itupun aku wasted like 2 hours kat Jabatan Pendaftaran, dan bila dah dekat giliran aku, aku nak terkencing sesangat, dan Zohor pun dah masuk, so aku blah gitu aje lah. Alah, esok lusa boleh settlekan, kalau malas pun, balik Raub nanti lah buat, aku bukan ada nak kejar apa-apa sangat, "dateline" nya end of Dec. 

Aku teringin nak makan kat Kenny Rogers tapi yang kat KotaRaya (sebelah Starbucks) tuh dah tutup. I should have known yang kalau nak makan western food, jangan pergi kedai Mamak. Punyalah tak sedap makanan yang aku order, kat this one Mamak restaurant, sebelah Central Market tuh.

Balik bilik, sempat tidur sekejap, then kemas-kemas, nak ke Bangsar sebelum Asar. Member aku belum balik kerja tapi dia suruh aku masuk rumah pasal aku ada kunci. Then bila aku nak bukak kunci bilik, tak boleh pulak, kunci dah ditukar. Rupanya member aku dah sewakan bilik aku tuh kat orang lain, dan dia tak beritahu aku pasal dia tahu yang kalau dia beritahu aku, sure aku tak akan datang dah ke rumah tuh. He knows me good, member aku nih. Bilik yang lagi satu pun dah ada penyewa, yang bermaksud, dah tak ada bilik kosong untuk aku. Tak kisah, pandailah aku nanti cari tempat aku nak buat base bila aku turun KL, or rather bila aku duduk KL nanti. 

"Jom pergi makan kat favorite restaurant ko", kata member aku, lepas Maghrib.

Manhattan Fish Market is never my favorite restaurant walaupun aku selalu makan kat situ, aku rasa comfortable pergi makan sorang-sorang. Entah apa lah nasib, tak sedap langsung makanan yang aku order, member aku pun kata yang makanan dia order tak sedap. Biasanya aku/kitaorang order fish 'n chips tapi kali ini order set menu. 

Biasanya lepas makan kitaorang tengok wayang, nasib baiklah tak ada movie yang best. Entah, aku tak tengok pun senarai movies yang ditayangkan tapi a few times aku kata, "tak ada yang best-best lah". Memang aku malas nak tengok wayang, aku pulak pakai baju Melayu masa tuh, tak ada lah salah apa pun berbaju Melayu, kan, cuma aku rasa tak sedap hati jer, gitu. Lepas tuh kitaorang merayau-rayau gitulah kat MidValley, macam selalu.

Tuesday

Isnin - 25112013

Terasa macam lama jer nak menunggu siang, sebab dah terbiasa bangun awal pagi. Nak sambung tidur pun rasa macam tak best jer sebab itu aktiviti kalau duduk kat kampung, duduk KL nak buat macam tuh kalu, memanglah namanya seorang yang pemalas, kan?

And so awal lah aku keluar, ada a few things nak diuruskan, semuanya di peringkat "persediaan", benda-benda yang aku harus utamakan. Andaikata selesai, akan datang nih senanglah aku nak berurusan, dan kalaulah aku "terpaksa" duduk kat kampung pun, aku dah tak ada masalah dah. I'm talking about penyetting-uppan dokumen-dokumen untuk trade online nanti. 

Aku terpaksa ke a few tempat, ke bank pun jugak. Aku tak tahu apa pasal tapi aku rasa macam "bertambun" dosa yang aku dapat sejak aku di KL nih, so aku keluar tuh pakai Baju Melayu dan berketayap. Bukan apa, dengan berpakaian macam tuh aku akan "sedar" dan sentiasa beringat yang aku harus "jaga tata tertib" aku. Iyalah, di KL nih dosa bergelimpangan di mana-mana, di sana sini. Dibandingkan dengan duduk di kampung, memang jauh bezanya. 

Selesai urusan -urusan aku, aku balik kejap, tidur. Keletihan sebab jalan tengah-tengah panas. Tak ada pokok pisang tempat nak berteduh kat KL nih rupanya.

Lepas tuh aku keluar lagi, tapi kali ini aku pakai lain pulak, tak berketayap bagai, sebab aku cadang nak ke area Bukit Bintang (Patutnya kat area situ lah kena berketayap kan? ekekekk). Aku pakai simple, macam orang kampung, macam pakaian aku sehari-hari, t-shirt, jeans dan selipar Jepun. Terfikir jugak aku, kalau terjumpa sapa-sapa (manalah tahu, kan ker sekarang nih musim cuti sekolah?), sure diaorang malu nak tegur aku.

Dari Low Yatt ke Sungai Wang Plaza, ke Lot 10, ke Fahrenheit, ke Starhill, akhirnya sampai ke Pavilion. Bukan apa, saja jer nak masuk tempat-tempat tuh sebab aku enjoy dengar lagu-lagu Krismas, lagu-lagu musim perayaan di akhir tahun. 

Nak masuk jer Pavilion, aku ternampak seseorang, yang aku macam tak sangka. Anak Makcik Milah tokay kedai kat kampung. What a small world lah kan? Lee kalau tak salah aku, nama dia. Dia nih hampir setiap Saturday balik kampung, tolong mak dia jaga kedai, masa Pekan Sehari. Aku jarang tegur dia nih bukan apa, dia nih jenis lembut, bukan lembut yang terkulai layu tuh tapi lembut-lembut biasa aje. Orangnya besar teguh dan peramah tapi kelembutannya terserlah lah sangat. 

And so aku panggil dia, aku jerit, "Yo!" (sebab aku tak tahu nama dia). Satu yang aku tahu, geng-geng lembut nih, diaorang mudah ditegur. Korang cuba, korang pergi tempat yang ramai orang, lepas tuh korang teriak, "YO!, semua yang menoleh tuh, semuanya geng-geng lembut. Mungkin sebab diaorang nih mudah perasan kot? Itu aku tak tahu tapi itulah hakikatnya. 

Aku tegur dia gitu-gitu aje lah pasal aku rasa dia nak cepat, nak pergi makan, dia kerja kat Pavilion tuh, aku tak terkejutlah kalau dia kerja jadi Salesman kat Marc Jacobs ker, Michael Korrs ker.

Jauh jugak aku merayau nak cari tempat nak makan, sampai KLCC aku pergi, last-last makan salad kat Subway kat Avenue K sebab Brazilian Samba Steakhouse tempat aku nak pergi tuh, tutup. Aku nih, dalam tak ada duit tuh pun nak makan kat tempat bagus-bagus. Memang itu style aku, masa ada duit sesikit aku buat macam aku banyak duit. Masa tak ada duit, aku buatlah cara tak ada duit, aku tak buat apa-apa, tak ke mana-mana. Sebab tak ada duit.

Balik sekejap, then tidur. Then lepas Asar aku merempit lagi. Magrib kat masjid lain, Isyak pun kat masjid lain. Esok malam aku bermalam kat Bangsar lah pulak.

Monday

Ahad - 24112013

Seawal pukul 7 aku dah ada kat blok Tadika (a few houses away dari rumah tempat tusyen), menunggu Teh tiba, then together with the helpers (pekerja Tadika), kitaorang memunggah barang ke dalam van. Part nak memindahkan barang dari parking lot sekolah ke stage, itu yang paling susah sekali sebab kena turun naik tangga. So tak heranlah masing-masing basah berpeluh. Event tuh mula pukul 11 tapi by 10 semuanya dah siap.

Happy aku dapat jumpa semua 25 orang budak yang dulunya anak murid aku. 70 orang yang "grad", so one third dari diaorang tuh aku kenal, dan mak bapak diaorang kenal aku. Macam popular jugak aku jadinya sebab ramai yang datang jumpa bertanya khabar, nak bergambar etc.

Memang happening lah event tuh, ramai parents yang stayed back pasal for the very first time majlis dibuat pukul 11 pagi, biasanya dibuat pukul 2 yang by the time selesai, dah malam.

Lepas tolong mengemas kerusi meja, aku mintak Kak Teh tolong hantar aku ke Bandar Country Home pasal aku nak ke KL. Nak menunggu bas kat Bandar Tasik Puteri, sampai malam pun bas tak ada kot, teksi pun susah. Dalam perjalanan tuh, sempatlah aku cerita kat Teh pasal "keadaan" aku, kitaorang gelak-gelak jer, Akak Teh ajak minum dulu sebab nak sambung cerita tapi masa tuh dah agak lewat. 

Tergamam jugak aku nak jawab bila Kak Teh tanya, "So, what is your plan actually?". Seriously, aku tak ada jawapan untuk persoalan macam tuh. Or rather, aku ada jawapan, and my jawapan would be, "I have no plans whatsoever". 

Bagi aku, plan is something yang kita rancang dan InsyaAllah akan kita laksanakan. Memang aku tak ada plan, tapi aku ada perancangan. Banyak perancangan aku. Bagi aku, perancangan is not a plan. Or rather "my perancangan" is not a plan. Sebab mungkin aku tak dapat laksanakan "plan" (kalaulah itu dinamakan plan) aku tuh. Masalah besar sekarang, siapa yang nak temankan mak kat kampung, kalau aku cuba untuk merealisasikan "plan" aku?

Aku tak ke Bangsar sebab member aku tak ada kat rumah, so aku bermalam kat tempat favorite aku, kat tempat masa mula-mula aku sampai Malaysia, lepas dideport dulu tuh. 

Aku online jer lah sepanjang malam, yang tak lah panjang sangat sebab aku tidur awal, kaki dan badan aku lenguh-lenguh sebab tadi buat kerja berat mengangkat barang ke sana sini. 


Sabtu - 23112013

Lepas Subuh kitaorang bertolak ke KL, so tinggallah mak sengsorang. Long sama AdikDin akan balik semula petang nih, diaorang akan jemput anak Ida, anak Pui, anak Akak The jugak. Aku tahu mak ada banyak program harinih, salah satu nya, nak ke rumah UstazIs di Raub, ada khenduri. Aku memang perasan yang dengan UstazIs tuh mak "lain" sikit, mak kasi kacang, mak selalu tanya apa-apa (kemusykilan lah kot), mak memang baik dengan UstazIs tuh.

Laju gila Long bawak kereta, aku tak boleh nak tidur pun, dah lah tadi mak kejutkan aku way sebelum pukul 5, aku ingatkan jam yang salah.

Masa singgah breakfast kat R&R Gombak, aku tanya Long, apa pasal Long sama AdikDin sanggup selalu turun ke KL (dari Jerantut) semata-mata untuk pergi kursus Faraid/Wasiat.

"Mengapa?", Long tanya aku.

"Iyalah, banyak lagi ilmu-ilmu lain yang patut belajar, mengapa Faraid?", aku jawab gitu.

"Ilmu, penting tuh", kata Long. 

"Lepas tuh boleh buat business ker?", aku tanya Long, aku macam tak "puas hati dengan jawapan Long (yang jawap macam nak tak nak jer tuh).

"Ha ah, lepas nih kome (Long sama AdikDin) nak jadi Perunding/Consultant pasal benda nih. Letih dah buat MLM", kata Long.

Aku agak dah, kalau tak ada sebab lain, memang susah nak percaya apa pasal diaorang sanaggup turun KL every few days semata-mata nak belajar, nak mencari ilmu.

"Habis, kata lah saya join under Long, Long dapat komisyen lah kan?", aku tanya Long lagi.

"Ha ah, kome cadang lepas nih nak aja syarikat tu bagi penerangan ke sekolah-sekolah, ke masjid-masjid", kata Long lagi.

Asalkan jangan jadi macam Ustaz penjual ubat mata, atau Tabib Bekam ituhari dah lah kan?

Diaorang turunkan aku kat Stesyen Titiwangsa, then aku ke Komuter Putra, sebab aku nak terus ke Rawang aje, bag aku berat penuh dengan kacang, malaslah aku melepak kat Bangsar malam nih.

Aku terserempak dengan Kak Teh kat Sek Keb  Tasik Puteri 2, tempat event tuh dibuat, tak ada kerja yang nak dibuat pun sangat sebab semua kerusi meja, semua persiapan dah siap. Aku datang tuh sebab cadangnya nak tolong-tolong mana yang patut, last year kelam kabut sungguh kerjanya.

Tak lama lepas tuh, Cikgu-cikgu Tadika yang baik dengan aku tuh, ajak aku makan sebab nak sembang-sembang. Kitaorang berlima, sakan kitaorang bersembang, aku tak sangka yang sampai ke petang kitaorang melepak, bercerita, aku ok jer dengan 4 orang mak budak tuh, aku ngam. Diaorang suruh aku lepak dua tiga hari kat Bandar Tasik Puteri nih sebab nak sambung bersembang tapi aku kata yang esok, lepas event tuh, aku nak balik KL.

Aku tak melepak kat rumah Teh/Kak Teh, instead aku melepak kat rumah tempat tusyen, tempat aku melepak tahun lepas. Tapau makanan siap-siap sebab nak keluar dah susah, lagipun aku nak tidur jer adangnya, password wifi pun aku tak mintak kat Teh.

Bodoh jer aku melepak kat beranda dalam gelap sorang-sorang, sembahyang pun sendiri-sendiri, tak berjemaah, sebab masjid jauh. Lepas Isyak jer terus tidur.

Jumaat - 22112013

"Awak beli nasi lemak, Pui nak balik terh", kata mak masa aku nak ke kedai for breakfast.

Pui nih memang gitu, kalau nak balik, tak pernah beritahu awal-awal, dah nak sampai, masa tuh baru dia talipun. Buatnya tak ada orang kat rumah, sapa yang susah?

Aku tengah bersembang dengan S (lama dah S tak datang, dia datang sebab banyak jugak pisang yang dah boleh ditebang) bila Pui sampai. Seronok jugak sembang pasal bitcoins dengan Pui, dia nak join aku, nak suruh aku ajar dia pasal bitcoins nih. 

Then kawan dia datang, budak Tabligh. Rupanya Pui dah contact kawan dia nih awal-awal lagi, aku dengar jer lah diaorang bersembang pasal benda-benda Tabligh, then diaorang ke surau, kalau tak salah aku. Aku suka, dan aku tak kisah kalau Pui "kuat" Tabligh. Itu jauh lagi baik dari dia join BN ker apa ker, harus aku lempang jer.

"Mak awak tanya kawaih baru nih, masa jumpa kawaih di Pekan Sari. Dia tanya, lama ker awak nak ke Kolumpo?", kata S.

"Awak jawab mende?", aku tanya S.

"Kawaih kata lah awak nak pergi sesari dua jer, kang kalau kawaih kabor awak nak pergi lama, kesian pulak menengok mak awak terh. Dia risau awak nak pergi terh", kata S lagi.

So lepas tuh kitaorang bersembang pasal itu lah, buruk baiknya menggaji Bibik untuk temankan mak, dan yang pentingnya, sanggup ker aku amanahkan Bibik untuk duduk dan temankan mak? 

Oh Dear Diary, aku rasa aku dah tahu ke mana arahtuju aku tahun depan. Tiada arah untuk dituju.

"Mak jangan campur kan kacang nih dengan yang lain", aku kata gitu kat mak lepas aku cuci kacang yang dah aku leraikan tuh. Mak pun tengah mencuci kacang yang mak cabut.

"Mengapanya?", mak tanya aku.

"Yang ni nak bawak ke rumah Teh", aku jawb gitu.

"Banyaknya?", kata mak.

Aku senyapkan aje, memanglah banyak, ada dalam 6 kilo, tapi aku bukannya nak bawak kesemua, selebihnya aku nak buat benih.

"Mak ingatkan nak campur dengan yang ini jer, "ramai" orang nak kacang", kata mak lagi.

"Sapa?", aku tanya mak, sepatutnya mak beritahu aku kalau-kalau ada orang nak beli kacang, bolehlah aku cabutkan. 

"(Makcik) Lijah nak 5 kilo, kawan mak nak 3 kilo", kata mak lagi. 

"Tak dapatlah, kalau mak beritahu awal-awal boleh saya cabut", aku jawab gitu.

Mak macam terkilan jer sebab mak punya plan nak jual kacang tuh kat orang, tapi aku pulak dah ada plan aku sendiri, nak bawak kacang tuh ke KL, selebihnya nak buat benih (tapi aku tak beritahu yang aku nak buat benih, sebab kalau tidak, sure mak akan ambik kacang tuh untuk di top up kat kacang yang mak ada sikit tuh)

And so bila mak masuk ke dalam rumah, aku asingkan kacang aku tuh, bungkus siap-siap, satu bag untuk dibawak ke KL (dalam 3 kilo) dan satu bag lagi aku sorok dalam bonet kereta, kalau aku tak buat macam tuh, haruslah "hilang" kacang tuh.

Pukul 11 setengah aku pergi khenduri Tahlil, aku pergi sorang jer sebab mak tak nak pergi. Maksud aku, mak ada alasan tak dapat pergi. Biasanya kalau mak tak pergi, aku pun tak pergi, kan? Tapi khenduri tuh aku kena pergi sebab aku respek kat Abang tuh, setiap waktu dia berjemaah kat masjid, dan dia penyokong PAS yang tegar walaupun dia tak tunjukkan sangat. I don't know tapi there's something about him yang buat aku respek, buat aku suka. Dan aku pun happy dan bersyukur bila tengok yang dia nih walaupun kaya tapi humble dan bersyukur orangnya. One of the things (or rather the only thing kot? ekekek) yang buat aku happy duduk di kampung nih, aku boleh diterima-pakai (ekekeke) kat majlis Tahlil/khenduri, Imam-imam, geng-geng masjid ok jer melawak sama aku. 

"Awak pergi ke bank (Raub) lah, keluar kan duit", kata mak masa aku balik dari sembahyang Jumaat.

"Nak buat mende nyer (duit tuh)?", aku tanya mak.

"Lah, awak nak ke Kuala Lumpur, tentu nak pakai duit", kata mak gitu.

"Tak, saya dah pinjam duit Teh, Teh dah masuk kan dalam bank", aku terpaksa beritahu mak gitu.

"Mak nak bayar ke Haji Ramli, minggu depan nak buat khenduri arwah", kata mak lagi.

So terpaksalah aku ke bandar Raub, keluarkan duit. Terfikir jugak aku, macamana aku nak duduk KL nanti sedangkan aku yang tukang keluarkan duit mak kat bank? Ada jer sebab yang mentidakbolehkan aku tinggalkan kampung.

"Awak ambiklah tiga raterh (ratus)", kata mak sambil letak kan duit atas meja kat bilik aku. Sebab berkali-kali aku kata aku tak nak, aku dah ada duit yang aku pinjam dari Teh.

Bukan lah aku sombong (atau merajuk, macam yang korang fikir ekekeke) tapi aku fikir yang dulu-dulu, seseringgit pun mak berkira sangat so I'm used to untuk tak berharap duit dari mak. Infact, memelikkan jugak bagi aku bila mak berkeras suruh aku ambik duit tuh. Sampaikan aku terfikir, kalau lah mak macam nih sedari dulu, tak ada lah hasrat aku untuk memboloskan diri, kan? 

Oooppsss

"Long tak bertolak pun dari Jerantut", kata Pui bila aku mengeluh sebab Long masih belum sampai. Kalau boleh aku nak lah beritahu dan tunjukkan apa-apa yang kena dibuat sepeninggalan aku nanti, kacang yang kat mana yang boleh dicabut etc.

"Awak pergi interview di Kuantan baru ni ker, tapi kan ker awak janji dengan Pak Itam yang awak nak duduk di sini jaga wan?", aku tanya AdikDin, sambil bergurau.

"Doa kan lah biar tak dapat", kata AdikDin, melawak.

"Betul ker?", aku tanya dia.

Apa yang aku pelik, Long macam tak tegur pun aku, biasanya Long akan bercerita pasal cili etc tapi harinih Long senyap jer, even nak ke masjid pun aku pergi dengan mak aje sebab Long lambat bersiap. Pui balik lepas Maghrib, so kitaorang tak join Kuliah Maghrib sebab nak balik ke rumah. 


Aku tertanya-tanya jugak apa pasal Long macam tak nak jer aku ke KL tumpang dia esok pagi. Dia sama AdikDin ada kursus kat Segambut, so aku nak tumpang sampai KL. 

Friday

Khamis - 21112013

"Jauh termenung?", tanya Samad, masa aku breakfast pagi nih.

"Bosan gila, dah sampai tahap mana pun tak tahu dah nih. Ni makan kuih jer nih, bosan dah makan nasi lemak, mee, laksam", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

Mak mula memetik cili, dan aku pun terus aje lah sambung kerja semalam. Buat itu sikit, ini sikit, lama-lama banyak jugak kerja yang siap. Aku meleraikan kacang, aku mencabut kacang yang lain, aku clearkan kawasan, aku menyangkul buat batas, then aku menanam. 

Lepas Asar pun aku buat benda yang sama, walaupun cuma sejam aje aku kerja. Sejam yang betul-betul kerja tuh lebih baik baik dari 5 jam tak betul-betul kerja. 

"Uko habih nyer makan der tikerh", kata mak, merefer kat kacang yang tumbuh sendiri, yang dalam semak samun tuh.

"Minggu depan rame yang balik, nak suruh deme nyer cabert kesemer (kesemua) nyer", kata mak lagi. 

Anak-anak sedara aku ramai yang nak balik minggu depan nih, nak duduk di kampung dalam 2 minggu. Haruslah aku kerah diaorang jadi hamba sahaya aku nanti, once aku balik dari KL nanti.

Kitaorang nak ke masjid for Maghrib, hujan turun, lebat. Laaa, aku ingatkan habis dah musim hujan pasal tadi panas terik, so Alhamdulillah.

Ada Kuliah Maghrib malam nih, bagus kuliah nya tapi meleret-leret sampai sejam lebih. Jamuan malam nih makan lontong, siap aku bertambah, aku suka lontong yang panas dan pedas, dan yang tak ada tempe. Aku tak suka tempe, tak pernah makan pun, sebab aku selalu terbayang macam makan telapak kaki kucing. 

Balik dari masjid, ada SMS dari Long, tak pernah-pernah Long hantar SMS, biasanya dia akan call aje. Long kata dia akan balik sama AdikDin lepas Jumaat esok, dan semalam AdikDin ke Kuantan, pergi interview.

Dang, so what about me? Di manakah janji manis mu nak suruh AdikDin duduk di kampung temankan mak so that aku boleh duduk KL semula?


Thursday

Rabu - 20112013

Malam semalam aku tak boleh tidur, sampai awal pagi (dalam pukul 2 gituh) aku masih terpusing kiri kanan, mata tak lelap jugak. Aku selamba jer, one of those days kan? Tapi, rileks jer aku bangun pukul 5, rupanya kat luar hujan tengah lebat, yang by the time kitaorang balik dari masjid, hujan pun reda.

So berbelah bagi lah aku kan, nak ke kebun ker tidak? Apalah yang boelh aku buat sangat pun kalau ke kebun, tapi nak melepak kat bilik, lagi lah bosannya. Kalau kat kebun, boleh jugak melepak-lepak celah-celah pokok pisang, sesambil korek kuku.

Aku terpaksa jugak turun ke kebun bila memikirkan yang benih yang cambah tuh perlu ditanam segera. Dan yang buat parahnya, mak suruh aku tanam cepat-cepat sebab semalam mak kata mak ada tengok yang benih tuh dah cambah (masa mak kemas-kemas kat bawah garaj). Panjang lebar mak bercerita, kalau tak ditanam cepat-cepat akan rosak benih tuh, things like that. Pelik aku, mak tak kan tak perasan yang aku dah sediakan kawasan yang nak ditanam, sesehari dua nih aku dah menyangkul buat batas. 

Hampir jugak aku terkata yang mak jangan "risau" pasal apa yang aku buat, tapi aku takut mak sentap, nanti kalau mak sentap susah jadinya, banyak lah mak merungut, yang akhirnya buat aku pun jadi sentap. Aku tak nak sentap, so baik aku keep my mouth shut. Sabar jer lah.

For the last few days, bila ada masa (bila dah bosan main games kat FB), aku selalu monitor a few Bitcoin Exchangers (macam kat sebelah nih), saja jer lah nak ambik feel dia, aku tahu yang soon, very soon aku akan join the crowd, Insya Allah. Then aku terperasan yang bertali arus visitors datang ke blog aku, jugak blog-blog lama, datangnya dari satu source ,

Forum CARI

 (http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=762263&extra=page%3D1&page=97) 

yang aku tak ada permission nak masuk/baca. Sah lah ada orang yang memperkatakan pasal aku, blog aku. Susah jugak jadi artis pencen nih kan? Nasib baiklah ada Twitter follower aku yang tolong print-screenkan some of apa yang diforumkan. Aku tak kisah orang nak bercerita pasal aku, asalkan diaorang tak jentik telor aku, apa aku peduli, kan?

Aku berwibawa? Ekekekeke

Kau mampoo?

Elok jer aku ke kebun, hujan turun rintik-rintik, yang gayanya macam nak terus lebat. Aku tunggu jugaklah dalam seseminit dua, then aku decided nak balik masuk rumah aje lah. Dan elok jer aku mandi, (sebab tadi nya dah tukar ke pakaian kerja yang kotor motor, so kotor motor jugaklah badan aku), rintik hujan pun berhenti. Kalau masa tuh boleh buat sembahyang Istikarah, dah aku buat, pasal aku debating samada nak ke kebun atau tak. Tak ke kebun kalu, apa aku nak jawab kalau mak tanya nanti? Last-last aku ke kebun jugaklah.

Masa aku tengah meround tengok cili, aku terperasan yang kacang yang tumbuh sendiri dulu tuh, banyak yang dicabut. Aik, sapa yang curi nih? Tapi, kalau orang curi, tak kan dia bodoh sangat leraikan kat situ. So aku agak mak yang cabut kacang tuh, semalam kot. Semalam aku perasan yang mak bawak dua bag plastik berisi kacang, aku pelik jugak mulanya, haruslah mak nak kasi kat orang kot. Tak kisah, nak kasi orang, kasi aje lah, cuma apa pasal mak "tak berani" nak cabut kacang-kacang lain yang aku tanam? Instead mak cabut kacang "wakaf", kacang yang tumbuh sendiri. Kebetulan pulak kacang tuh tempatnya agak terselindung.

Kira ok jugak, dapatlah a few baris aku tanam kacang petang nih, laju jer aku buat kerja, lepas tanam aku mencabut kacang(aku biarkan aje, esoklah aku leraikan isi nya), then aku menyangkul buat batas.

Bertiga yang mengaji sama Ustaz Simon Cowell malam nih, termasuk EnBrunoMars, aku tak ada lah gemuruh sangat kali nih. Lepas Isyak ada Tahlil, dan lepas tuh ada jamuan mee/kuih.



Wednesday

Selasa - 19112013

"Kacang yang awak cabert (cabut) semalam mak reberh (rebus), nak bawak ke surau", kata mak masa aku nak hantar mak ke surau pagi nih, ada khenduri Asyura kat situ.

So terpaksa aku cabut lagi kacang sebab dah habis bekalan, dapatlah dalam 2 kilo then aku berhenti. Aku clearkan kawasan yang dah bercabut tuh then aku mula menyangkul, menggembur tanah. Aku kena pastikan yang sebelum aku ke KL aku boleh habiskan tanam those benih yang dah cambah tuh. Mungkin aku ada sesehari dua aje untuk buat semua tuh, kalau lah Long ada balik before Friday. 

Sesambil kerja tuh aku asyik terfikir yang what a "cruel world" lah, sepatutnya aku dah ada di KL but yet I'm still here working my ass off. Mungkin sebab aku buat selamba jer kot, aku tak beria-ia sangat tunjukkan yang how desperate nya aku nak ke KL, tu pasal orang lain pun buat macam tak tahu jer. Mungkin kalau aku berkeras kata yang I have to be there secepat mungkin, mungkin ada yang akan ambik tahu. 

Aku terbayang jugak, aku boleh imagine jugak yang akan datang nih aku akan still duduk kat kampung, sesekali dua aje aku dapat ke KL dan seterusnya akan teruslah aku di kampung. Semalam Chu ada tanya aku pasal aku nak balik duduk KL nih, dia kata yang mak "gaduh" (risau, concerned), then dia kata Nuar akan carikan Bibik untuk temankan mak. Apasal diaorang (adik beradik aku) masih belum buat keputusan nak suruh AdikDin duduk sini, hah? Ker sebab diaorang masih menaruh harapan yang aku akan terus duduk di kampung? Again, kalaulah mak terpaksa duduk sama Bibik, then besar kemungkinan aku akan terus duduk kampung, sekali sekala jer mintak AdikDin tolong gantikan aku. 

Mintak-mintak adalah penyelesaiannya nanti, dalam sesebulan jer lagi nih.

Masa nak pergi Asar, ada gaya macam nak hujan, I swear yang ada titik-titik hujan kat cermin kereta. And so aku tak ke kebun lah balik dari masjid tuh. Tapi, hujan tak turun-turun jugak, dan aku nak ke kebun pun dah lewat dah. Melepak aje lah kat bilik, menahan rasa guilty, sebab macam kuat jer aku dengar bunyi mak menyapu daun kering kat depan rumah tuh. Dan aku pun ada terintai mak tengah menyiram cili sesikit.

Tak ada Kuliah Maghrib malam nih, Shakir ada kat masjid sama bapak dia so aku ajak dia temankan aku makan kat kedai. Lepas Isyak ada Tahlil, ada jamuan nasi pulak lepas tuh tapi aku tak makan pun sebab masih kenyang. Aku cuma minum, tapi aku make sure yang aku berlegar-legar kat kawasan cuci tangan, biar mak nampak.

Tak kalu, mak akan tanya, "Awak tak makan ker tadi?". Malas lah aku menipu mak kata aku makan, kan? I'd rather berlakun sikit dari mengelentong.

Bukan senang nak jadi aku, tau dak Dear Diary?

Tuesday

Isnin - 18112013

Susah jugak nak kerja bila lepas hujan nih, tanah lembik, nak mencabut kacang, nak menyangkul, semuanya susah. Tapi aku kena buat jugak. So lepas hantar mak ke masjid (ada khenduri Asyura), aku pun mulalah fikir apa yang nak buat, so aku deided nak mencabut kacang aje lah, nak buat benih. Since aku tak dapat nak ke KL sesehari dua nih, kacang yang aku cabut semalam tuh aku jemurkan aje lah, nak dijadikan benih. Terpaksa cabut yang lain nanti, untuk dibawak ke KL.

Tengah aku bersih-bersih dan kemaskan kawasan kat garaj (kalau dibiarkan berselerak, sure mak yang akan kemaskan nanti) tuh, aku checked container isi benih yang ada dalam 3 kilo lebih tuh. Terkejut aku bila tengok yang banyak benih-benih tuh tumbuh, ada macam urat terjulur keluar dari kebanyakan benih, jadi macam taugeh yang baru nak tumbuh. Terpanik aku sekejap, then teruslah aku pisahkan mana-mana yang dah tumbuh panjang tuh, selebihnya aku masukkan dalam containers yang lain.

Terfikir jugak aku, nasib baik jugak aku tak pergi KL lagi sebab kalau tak, sure habis benih-benih kacang aku tumbuh dengan sendirinya kat dalam container tuh, sure akan rosak semuanya, akan sia-sia ajelah kerja aku selama ini.

So, apa aku buat next? Terpaksalah aku menanam benih yang dah tumbuh tunas tuh. Adoilah, nak tanam kat mana? Terpaksalah aku menyangkul, buat batas, dan dapatlah tanam dalam sesepuluh baris. Selebihnya aku biarkan aje lah, esok lusa aku kena sediakan kawasan lain dan mula menanam. Tiba-tiba terbanyak pulak kerja yang aku kena buat, dah lah aku masih dalam mood malas, yang aku rasa akan berterusan sampai akhir tahun. 

Lepas Zohor, aku hantar mak ke rumah Chu sebab Chu nak suruh aku hantar dia ke rumah orang jual kambing, dia nak beli 2 ekor untuk Akikah cucu dia. So mak temankan anak Chu yang baru bersalin, dan aku sama Chu ke rumah tokay kambing. Nun jauh dalam hutan rumahnya, orang kaya, suaminya Datuk, kereta berbaris kat garaj, semuanya single digit punya plate numbers.

Balik dari tuh teruslah ke surau, mak suruh aku pergi awal sikit sebab UstazM datang awal, mak pergi sendiri aje, jalan kaki. Boleh tahanlah bacaan aku kali ih, tak banyak yang salahnya. Mungkin sebab aku baca slow and steady jer, tak tergesa-gesa sangat.

Lepas Asar ada Tahlil tapi aku, as usual, tak pergi. Payah kalau khenduri lepas Asar nih, khenduri sebelum Zohor biasanya aku pergi. 

Aku mula menyangkul untuk buat batas, then mak kata Makcik Esah nak beli kacang, terpaksalah aku cabut sesikit lagi, buat penambah kacang yang aku jemur untuk dibuat benih mulanya tuh. Mak pun tolong jugak mencabut sesikit.

Tak ada kelas mengaji malam nih tapi aku tak ke mana-mana, melepak kat masjid jer buat hal aku. Lepas Isyak ada jamuan bubur Asyura tapi aku minum jer, memang sedari dulu, tekak aku tak dapat terima bubur/kuih Asyura.

Monday

Ahad - 17112013

Tak ke kebun pun pagi nih sebab lepas aje breakfast, mak suruh hantar ke rumah orang khenduri, so balik dari tuh terus lah aku melepak aje sesambil baca papers. Dalam pukul 11 setengah aku pulak pergi khenduri tuh, jemput mak sekali.

Long ada talipun, mintak maaf dengan aku sebab tak dapat balik secepat mungkin. Aku tak kisah, bila-bila Long balik pun aku tak kisah, asalkan sebelum weekend nih. Kalau boleh aku nak ke KL sebelum Jumaat sebab aku ada hal nak selesaikan kat KL, mungkin aku ke Bandar Tasik Puteri pagi Ahad aje lah kot, majlis graduation tuh petang Ahad, sampai ke malam. 

Hujan turun lebat just before Asar, angin pun kuat. Patah riuk lah pokok cili aku, dan pokok kacang pun terlentok-lentok ditimpa hujan. Banyak jugak yang terkeluar isinya sebab hampir setiap hari dihakis oleh air hujan. Pasrah aje lah, nak buat macamana kan? Aku lebih bersyukur hujan turun sebenarnya sebab aku tak payah nak menyiram.

Tak ada kelas mengaji malam nih, Nasir kata yang kalau malam minggu memang "entah ke mana" imam-imam, aku perasan pasal tuh sejak dulu lagi. Kitaorang pergi mengeteh sesambil tunggu Isyak. Lepas Isyak ada Tahlil, ada jamuan jugak.

Sunday

Sabtu - 16112013

Lama aku melepak kat kedai Samad pagi nih, sesambil menengok orang lalu lalang ke Pekan Sehari. Sesambil baca paper. Tahap kebosanan yang melampau lah tuh.

Aku sempat mencabut kacang, dapatlah dalam 3 kilo, untuk dibawak ke KL nanti, teacher-teacher kat Tadika tuh ada yang hantar message suruh bawak ole-ole, so kacang jer lah yang aku boleh bawak. Tak kan nak bawak kelapa, atau pisang pulak, kan? Kampung sungguhlah kalau naik bas bawak kelapa, pisang ekekeke

Lepas Zohor ada khenduri kesyukuran (ada jemaah yang baru balik dari Mekah), jemputan untuk kaum wanita pukul 3. So mak suruh aku terus aje lah ke rumah khenduri tuh, mak balik ke rumah Makcik Rempit yang hantar. Apasal mak suka naik motor hah?

Banyak Air Zam-Zam yang aku minum kat rumah khenduri tuh, sebab berjug-jug yang diletak atas meja, dan tak ramai pulak yang minum. Kitaorang dapat sejada dari Mekah sorang satu. Mak pergi ke rumah khenduri tuh sama kawan mak, so aku melepak aje lah, cuba-cuba tidur tapi tak dapat lena. 

And so aku online, the whole petang (sejak dua tiga hari lepas jugak) aku belajar, cari info pasal bitcoins. Aku banyak baca forum-forum, sekodeng sana sini, semata-mata nak dapatkan ilmu pasal bitcoins tuh. Sapa-sapa nak derma bitcoins kat aku, ini address bitcoins aku: 

12t7pL7mGh7qGcDQiwXfgmo5K5XhvoHh2L

Hujan turun waktu Asar, so tak ke kebun lah aku, walaupun turunnya tak selebat mana. Lagipun aku sibuk menegebitcoinskan diri so tak terasa sangat yang harinih Saturday, salah satu dari 2 hari yang selalunya membosankan hidup aku.

UstazM tak ada malam nih, dan hujan turun renyai-renyai, aku melepak kat masjid aje lah sementara tunggu Isyak. Ada dua jemputan khenduri malam nih tapi kitaorang tak pergi pun.

Long ada talipun, kalau dia sihat, dia akan balik ke sini esok, dan aku mungkin ke KL Isnin. On second thought, kalau Long balik lambat ke sini pun tak apa sebab tak payah aku ke Bandar Tasik Puteri awal-awal. Bukan apa, aku tak ada transport nanti tuh, kat sana tuh susah hidupnya kalau tak ada kenderaan.


Saturday

Jumaat - 15112013

Mak memetik cili, aku mencabut kacang. Tak banyak yang aku cabut, cabut setakat yang aku mampu nak kopek dalam masa sesehari dua aje. Aku rasa yang buat aku semakin malas nih pasal aku saja kerja ikut mood, lagipun kacang yang dicabut tuh bukannya untuk dijual, so tak ada lah aku kena buat cepat-cepat. 

By noon dapatlah another setengah kilo benih, dan aku tak pun berniat nak mula menanam, balik dari KL nanti lah kot, itupun kalau benih yang aku sediakan tuh tak diambik orang. Manalah tahu kan, either AdikDin atau mak ambik dan tanam nanti tuh.

Biasanya lepas Asar Long dah sampai tapi tak ada berita apa pun harinih. Aku malaslah beria-ia talipun, bukannya Long tak tahu yang aku nak ke KL, dulu tuh dah elok janjinya. Sepatutnya pagi tadi dah aku berangkat ke KL. Inilah susahnya berjanji ikut sedap mulut.

Aku tengah mengopek kacang bila Long talipun, rupanya (menurut kata Long lah kan?) Long sekeluara tak sihat, semuanya demam, ada yang dah 2 minggu dah demamnya. So Long tak tahu bila akan dapat balik, dan esok Long nak ke KL (sihat pulak tuh nak ke KL), Sunday aje lah paling awal Long dapat balik nya pun. Since "tak sihat" alasan yang dikasi, aku tak ada pilihan lainlah, terpaksa menurut aje lah. Aku talipun Kak Teh, beritahu dia yang kemungkinan besar aku tak dapat ada di Bandar Tasik Puteri hari Isnin. 

Silap-silap aku cuma pergi ke sana Sunday 24 Nov, hari Concert Day tuh nanti. Sebab kalau aku tak datang Isnin, Kak Teh sure dah cari solution lain, yang mulanya dia harapkan aku. Dan member aku kat Bangsar ada kursus pulak kat Melaka, sampai 20/11, tak best pulak rasanya kalau aku ke sana masa dia tak ada. Tengoklah macamana nanti.

Ituhari aku ada kata yang kalau Long (atau sapa-sapa lah) tak balik, aku akan tetap jugak ke KL, kan? Tak lah, aku cakap jer gitu, biar nampak macam garang sikit ekekekek. Tak kan lah aku nak tinggalkan mak sorang-sorang, kan? Itulah, aku nih, bunyi aje garang tapi baik hati sebenarnya. 

Mak bawak nasi impit ke masjid malam nih, untuk jamuan lepas Isyak. Aku perasan yang dah dua kali minggu nih mak buat nasi impit, sekali tuh untuk dibawak ke surau. Yang peliknya, mak tak tinggalkan sesikit nasi impit tuh kat rumah, mak bawak semuanya (lebihan  kuah nasi impit ada lah mak tinggalkan dalam frdige)  so kalau aku nak merasa makan nasi impit mak, terpaksalah makan kat masjid. Mungkin sebab mak ingatkan aku tak suka nasi impit kot, atau mungkin dulu ada mak tinggalkan apa-apa makanan (yang mak bawak ke surau) tapi aku tak makan, so mak tentu fikir yang aku tak suka. Apa-apalah.

Ada kematian petang nih, jenazah dibawak dari Hospital Temerloh untuk dimandikan kat masjid, lepas Isyak. Lama jugak menunggunya. Lagi satu benda aku pelik, mak, lepas aje makan, terus ke kereta. Aku tunggulah jugak, tolong-tolong angkat jenazah, tak sempat nak tunggu semua nya (mandi, kafan, sembahyang) sebab mak dah lama tunggu. Biasanya aku yang tunggu mak, kan?

Thursday

Khamis - 14112013

Pukul 9 setengah aku masih kat kedai Samad, tengah ralit baca paper. Balik jer, aku nampak mak tengah memetik cili, teruslah aku mencabut a few perdus kacang. Tiap hari gitulah aku, aku cabut kacang sesikit, leraikan, dan jemur. The rest of the morning tuh aku mengopek kacang aje lah kerjanya. Punyalah bosan kerjanya, hampir tertidur aku dibuatnya. Mana tak nya, aku cari port baik bawah pokok pisang, yang kalau mak intai dari dalam rumah sure tak nampanya lah, then beralaskan daun pisang, duduklah mengadap longgokan kacang tuh. Nak mendapatkan setengah kilo punyalah susah.

"Awak tak pergi khenduri di sekolah tu ker? Awak tak dapat jemputan?", mak tanya masa aku tengah mengelearkan garaj, kan ker semalam aku buat sampah kat situ?

"Tak", aku jawab gitu. Itu jawapan untuk soalan pertama jer.

"Dah lah, petang kang lah pulak petik lada hak belah sana terh, letih ngat", mak cakap sorang-sorang.

"Ada dalam sesekilo ni agaknya", kata mak lagi, sambil menimbang cili yang mak petik.

Sempat jugak aku jeling, sebelum aku blah sambung buat kerja. Tak sampai setengah kilo pun, itupun mak timbang sekali dengan bekas plastik tempat isi cili ekekekke.

Aku berbelah bagi samada nak pergi khenduri kat sekolah tu atau tidak tapi bila difikirkan yang aku kena siapkan bekalan benih sebanyak mungkin (sebab lusa atau tulat aku nak ke KL), so aku buat keputusan tak nak pergi. Tak kisahlah aku kena makan kat kedai sebab mak tak memasak harinih, mak Puasa, dan malam nanti ada jamuan kat masjid.

Petang nih aku terralit baca blog member lama (sebab aku tak tahu nak buat apa, dan tersuka pulak aku baca kisah dia, "budak" Kuantan, duduk Bangi), ada a few things yang buat aku terfikir. Sampaikan terbawak-bawak, aku cuba-cuba tidur pun tak dapat. Itulah, aku kalau baca blog orang, aku selalu comparekan diaorang dengan aku. Tu pasal aku jarang sangat baca personal blog orang yang aku kenal (kenal kat internet), aku selalu rasa "dekat" dengan penulis. Yang kalaulah aku cerita kat dia, sure dia akan gelakkan aku sambil kata, "Uish, sampai gitu sekali ko nih..." Aku tak kenal husband dia (dia tak pernah cerita details) tapi kalau jumpa, aku rasa nak pat him on the back sebab dia seorang husband yang bagus. 

Lepas Asar, buat benda yang sama, cabut dan leraikan kacang, then kopek kacang yang aku jemur tadi. Dapat another half kilo, so dah ada 2 kilo benih yang ready nih. Round lepas, dalam 10 kilo benih aku guna, so far aku baru tanam about 3 kilo benih, so aku masih banyak kerja nih.

Bagus kuliah Maghrib malam nih (bukanlah maksudnya kuliah sebelum-sebelum nih tak bagus), banyak benda yang masuk kat kepala otak aku, asyik mengangguk jer aku, mengiyakan apa yang Ustaz tuh sampaikan. Baguslah, so far aku rasa minggu nih minggu keinsafan, minggu kesedaran. Minggu lepas, dan minggu sebelum tuh, aku rasa macam minggu kelekaan, sampaikan aku jadi risau, pasal aku jadi macam tak tenang gitu.

Rabu - 13112013

Tak terperi-peri lah rajin nya aku pagi nih. Aku terus aje menyangkul, buat batas, buat lubang untuk menanam. Biasanya dapat menanam empat lima baris aku dah berhenti tapi tadi aku pastikan dalam 10 baris ditanam kacang, baru aku rileks sekejap, sambil sembang dengan S yang kebetulan ada datang kerja harinih.

Siap menanam, aku mengopek kacang, so sekarang nih dah ada benih extra. Kalau dulu tuh ada kawasan yang boleh ditanam tapi tak ada benih, sekarang nih ada benih tapi dah tak ada kawasan nak ditanam lah pulak. Malas lah aku nak meneroka kawasan lain, aku nak habiskan tanam mengikut kawasan yang baru dicabut kacangnya, berperingkat-peringkat gitu. Tak lah confused nanti, mana kacang yang ditanam dulu, mana kacang yang ditanam seminggu dua lebih lewat. 

Kat Sekolah Kebangsaan Ulu Gali ada buat khenduri minggu nih, harinih sembelih lembu ( 2 ekor), esok makan besarnya. Tapi aku manalah reti bab-bab melapah daging semua tuh, so aku tak pergilah. Iyalah kan, tak kan aku nak join puak omtiner mengupas bawang, kan? Lagipun, lepas Zohor aku dah tak boleh nak ke mana-mana. Lepas Asar pun ada jemputan, untuk buat Tahlil kat sekolah tuh. Aku tak pergi jugak. Sebab aku nak ke kebun. Sebab aku kena ada kat rumah, mak kat surau tak bawak kunci.

Tak sempat 5 minit aku mencabut kacang, hujan turun. Lebat. Terpaksa aku meleraikan kacang kat bawah garaj, lepas tuh teruslah sambung mengopek kacang untuk buat benih. Silap, kalau lah aku tunggu dalam 5 minit tadi, harus aku tak ke kebun. Memang tadi gaya macam nak hujan, tapi setiap hari pun macam tuh, gaya nak hujan sangat tapi tak turun jugak. 

Sesambil tuh aku harap biarlah hujan turun sampai ke malam, or at least dekat Maghrib, sebab kalau macam tuh Ustaz Simon Cowell tak datang ajar mengaji. Tapi itulah, kalau niat buruk tuh, memang tak jadi nya lah. Elok jer nak Maghrib, hujan berhenti, dan bila kitaorang sampai jer masjid, Ustaz Simon Cowell dah ada tercegat.

Aku berdua jer jemaah lelaki yang mengaji, jemaah perempuan 3 orang. Minggu depan dan minggu satu lagi aku tak ada (InsyaAllah), aku kat KL, haruslah tak ada jemaah lelaki yang mengaji, meroyan lagilah Ustaz tuh gamaknya. 


Wednesday

Selasa - 12112013

Aku terlambat bangun pagi nih, pukul 8 setengah baru tersedar. Lepas Subuh tadi aku cadangnya tak nak sambung tidur dah tapi entah macamana terlanding pulak kat katil.

Pagi nih pagi yang rajin, aku cabut kacang, leraikan buahnya, dan jemur. Then aku mula menyangkul, aku cangkul, gembur tanah dalam-dalam pasal kalau tak dibuat gitu, kacang tak banyak hasil. Tambah pulak kalau hujan turun tak henti-henti, tanah jadi mampat. Kacang yang aku cabut tuh macam tak berbaloi aje, seluas itu cuma dapat dalam 3 kilo aje. Tapi tak apa, 3 kilo tuh banyak jugaklah benih yang dapat. 

Harinih Kwix Card yang aku applied minggu lepas tuh sampai, dari CIMB. Aku tak ada credit card, so Kwix Card tuh macam Debit Card lah jugak kegunaannya, dan aku boleh beli barang online, boleh gunakan untuk buat deposit kat Forex Broker pun jugak. Aku tahu yang akan datang aku akan banyak guna card tuh so aku rasa macam upbeat jer sebab sikit demi sikit masalah aku selesai. 

Lepas Asar pun aku masih rajin, mulanya aku kat kawasan cili, baiki mana-mana yang perlu dibaiki, dah banyak cili yang masak rupanya. Malas lah pulak aku memetik cili pasal aku ada terdengar mak bersembang sama Long kat phone, mak kata yang setiap Khamis, Jumaat, mak akan petik cili untuk dihantar kat makcik Lijah, so biarlah mak uruskan pasal memetik cili. Kalau dah banyak nanti barulah aku tolong petik.

Then aku sambung mengopek kacang, santai jer kerjanya, dapatlah setengah kilo akhirnya. Sebelum masuk rumah aku cabut-cabut rerumput sesikit.

Aku berbelah bagi sungguhlah malam nih, rasa macam nak ke kedai sebab aku lapar sangat (sampai menggeletar lutut masa sembahyang) tapi bila diingatkan ceramah semalam yang kata, kita kena lawan nafsu tak baik kita, teruslah aku melepak aje kat masjid, buat apa-apa yang patut. 

Aku masih belum tahu bila aku nak ke KL nih, cadangnya nak pergi Jumaat (so dapatlah 2 hari melepak kat Bangsar sebelum aku ke Bandar Tasik Puteri) tapi AdikDin belum datang sini lagi. Dulu Long ada kata yang dia nak suruh AdikDin datang/balik sini awal sikit sebelum aku ke KL. Memang tak boleh pakai sungguhlah janji Long nih, dah berapa kali dah macam tuh. Rasanya Sabtu lah kot baru aku dapat pergi KL, provided Long balik sini Friday evening. Aku malaslah beria sangat sebab aku dah beritahu dulu tuh yang aku nak ke KL, cakap sekali dah lah. 

Kalau Long tak balik weekend nih, aku tetap jugak ke KL. Aku peduli apa.

Tuesday

Isnin - 11112013

Lepas breakfast tadi aku sempat memetik cili sekejap (cili besar pun dah ada yang masak dan boleh dipetik), tak sempat sepuluh minit, hujan turun renyai-renyai. Terus lah aku berhenti, tunggu sekejap bawah garaj, dan bila gaya macam nak hujan lagi, aku pun terus aje lah mandi, masuk rumah. Tak tidur, aku online jer, entah apa-a lah aku surf pun aku tak tahu, sampai bosan aku dibuatnya. Tapi the thought yang aku patut bersyukur bila mengenangkan yang orang lain terpaksa bertungkus lumus kerja sedangkan aku bertungkus lumus santai, itu buat aku rasa lega sikit tuh.

UstazM ada tengahari nih, mak bawak roti selek margerin jer ke surau. Aku memang sentiasa make sure bekalan roti tak putus, sebab mak suka bawak sandwich (or at least roti selek kaya) aje, kadang-kadang aje mak beli kuih kat kedai.

Nampak sangat geng-geng mak tuh lebih pentingkan pasal makan sebab masa aku tengah mengaji, lentung lentang bunyi pinggan mangkuk, bunyi diaorang menyiapkan jamuan.

Banyak salah bacaan aku kali nih, asyik kena tegur aje. Biasanya macam tu lah, first page tuh banyak salah, then bila page ke2, ke2, laju jer aku baca,

Syukur Alhamdulillah, nak waktu Asar aje, hujan turun. Lebat. Lama dah hujan lebat tak turun. And so tak ke kebun lah aku petang nih. Gila bosan seharian tak ke ebun, kan? Tapi bila difikirkan yang aku patut banyak bersyukur, rasa tenanglah sikit. Iyalah kan, nasib baik harinih bukan weekend, kalau tak, sure lebih bosan rasanya. At least aku bersyukur yang aku tak macam orang lain yang terpaksa bekerja keras kat pejabat, sedangkan aku rileks aje sambil baring-baring.

Lepas Maghrib ada ceramah sempena Awal Muharram/Maal Hijrah, ImamUstazSH yang bagi syarahan. Jamuan malam nih nasi lemak, kuih, aku tak berapa berkenan kalau jamuan nasi lemak, mee, sebab sure mak ada tapau bawak balik.

Esok pagi sure mak akan kata, "Awak tak payah minum di kedai lah, nasi lemak semalam tuh ada...."

Monday

Ahad - 10112013

Alhamdulillah, bangun pagi nih, hujan turun. Syukurlah turun jugak hujan rupanya, hampir setiap hari mendung tapi tak jugak turun hujan. Berlarutan sampai lepas Subuh turunnya, banyak pulak kelkatu, so terpaksa aku off kan lampu, dan sambung tidur. 

Sah lah aku tak akan ke kebun, kan? Aku pergi breakfast kat kedai depan rumah Chu sebab kat situ ada nasi dagang, walaupun tak sesedap nasi dagang kedai Samad (nasinya bercerai-berai gitu, tak melekit dan melekat).Chu pun ada tengah minum, dia nak ke KL petang nih sebab baru dapat cucu baru semalam.

Bila aku tak ke kebun tuh, biasalah kan, mak akan sibuk kat luar. Kebetulan lah kot? Ekekekek. Aku melepak baca papers jer lah kat bilik, sekali sekala aku terdengar bunyi mak menyangkul. Rupanya mak melebarkan kawasan untuk air mengalir, kat belakang rumah tuh, aku tahu tu pun bila aku dengar mak bersembang dengan this guy yang datang untuk buat jemputan khenduri. Tak kuasalah aku nak mengintai apa yang mak buat.

Since aku kat rumah, puaslah jugak melayan panggilan-panggilan talipun. Ani pun ada call, sempatlah bergossip seseround dua. 

"Awak tahu dah ker tahun depan aku tak duduk sini dah?", aku tanya Ani.

"Tau, mak ada cakap dulu tu", kata Ani.

"Aik, aku tak cakap ke mak lagi lah, sapa beritahu?", aku pelik, aku agak-agak tentu Ida atau Long yang beritahu.

"Mak kata Chu ada kabar ke dia, Abang Tam tahun depan tak duduk situ dah, tapi Abang Tam belum kabar ke mak lagi, Abang Tam kabar ke Chu jer", Ani mengajuk cakap mak.

Dalam aku rasa macam nak marah tuh, aku rasa nak tergelak pun jugak. Sebab apa? Tunggu, tunggu lepas aku habis bersembang sama Ani nih, ok? Ekekekek

"Apa yang mak cakap? Chu cakap macamana ke mak?", aku beria-ia nak tahu, dari situ aku boleh tahu sapa yang either buat cerita atau menambah-nambah cerita.

"Chu kata Abang Tam kata ke dia, tak ada kesudahannya duduk di kampung macam tu, tu pasal Abang Tam nak duduk KL semula. Mak kata, kalau macam tu, tak apa lah", Ani mengajuk cakap Chu, cakap mak.

Aku rasa buang masa jer nak explain, so aku beritahu Ani the real reason apa pasal aku nak duduk KL.

Kalau korang nak tahu apa reason nya, tanya lah Ani ekekekeke

Ok, lama dulu, dalam empat lima bulan lepas, kan ker Chu ada tanya aku, dia ada kata something like, "Habih awak nih, sampe bilanya awak nak hidup gini, tak ada kesudahannya....". Ingat dak? Ada aku tulis kat blog pasal tu tuh. 

Dan aku jawab, "Tengoklah, tahun depan kot saya balik duduk KL lah", lebihkurang gitu lah jawapan aku.

Rupanya Chu cerita kat mak, dan biasalah, mungkin ayat tuh ditambah sesedap rasa lalu confirmed lah yang aku dah tak nak duduk di kampung lagi tahun depan nih sebab "tak ada kesudahannya". Sedangkan "tak ada kesudahannya" tuh keluar dari mulut Chu.

Dang, Chu lebih tahu lagi awal dari aku sendiri ekekeke

But then, on the other hand, bagus jugak Chu cakap gitu kat mak, at least mak dah tahu yang aku tak berniat nak duduk kampung dah tahun depan, kan? 

Apa-apa lah, malas dah aku fikir lebih-lebih pasal benda nih, tiba masa nya nanti (kalau panjang umur InsyaAllah) aku tahu lah apa aku nak buat, apa aku kena buat, apa mesti aku buat, apa orang lain kena buat, apa orang lain mesti buat. 

Lepas Asar baru lah aku jadi macam terrajin. Aku fikir, Tuhan turunkan hujan so that senanglah kalau aku nak mencabut kacang, atau nak menyangkul, so aku pun teruslah mencabut a few baris kacang yang dulu nya tuh hampir mati kekeringan. Tak elok kacang kat situ, tak ada isi sangat, sebab akarnya tak betul-betul masuk ke dalam tanah. Whatever lah, lepas aku cabut tuh terus aku menyangkul, jadikan batas. Then barulah aku meleraikan kacang untuk dijadikan benih. Kalau dah rajin tuh, kejap jer kerja aku. Nak rasanya aku terus kopek kacang tuh dan terus ditanam aje tapi, esok kan masih ada, buat apa buat kerja terkejar-kejar sangat, bukan ada orang yang tahu pun.

Nasir ajak aku mengeteh lagi malam nih lepas Maghrib, aku ikut jer lah. Bosan nya, dia asyiklah main game kat cellphone, aku macam patung cendana jer jadinya.

Sunday

Sabtu - 09112013

Aku dah cakap yang hari nih aku akan memecahkan rekod kemalasan aku, memang betul pun. Aku ke kebun, tapi tak buat apa pun. Aku pura-pura jer buat kerja, just in case mak mengintai. Bila terdengar bunyi mak menyapu, aku pegang-pegang cangkul. Dan bila lama sikit, aku buat style S, aku mengasah cangkul. Tak pernah-pernah dalam sejarah aku mengasah cangkul tapi ketiga-tiga cangkul aku asah, kuat bunyinya, orang akan tahu yang memang aku kuat kerja, sekuat bunyi aku mengasah cangkul tuh.

Long tak balik pulak weekend nih, kalau tak tuh ada lah reason aku untuk jadi rajin sikit. Pukul 10 lebih aku dah masuk rumah, selalunya dekat pukul 1 baru aku siap tapi tak daya jugak melepak tak buat apa tuh, nyamuk, agas pun banyak, semut merah pun uko keri memanjat betis aku, itu yang aku decided nak siap awal tuh. Payah hidup nih, tak boleh langsung nak tengok aku bersenang lenang, ada jer makhuk-makhluk yang irihati. 

Sabtu memanglah hari paling membosankan, dan Sunday, esok, itu lagi sehari yang harus aku tempuhi. Habis Survivor, The Amazing Race, Two And A Half Men, sama The Big Bang Theory latest episodes aku tengok. (Sapa yang follow Survivor tuh, Final 3 nanti, Monica, Tyson sama Gervase, and Tyson looks like akan menang)

Lepas Asar ada lah aku buat kerja sikit. Mengusung cangkul, dari sana ke sini. Dari situ ke sini ekekekke. Esok kena lah mula menyiram semula nampak gayanya, dah berapa lama tak hujan nih. Kacang pun dah banyak yang boleh dicabut tuh tapi since tanah dah keras, kenalah disiram dulu. Aku tak pun macam nak cepat-cepat mencabut kacang sebab kalau aku cabut nanti, aku terpaksa jadi rajin (nak kopek kacang buat benih, nak menyangkul buat batas, nak menanam etc) sedangkan aku sekarang tengah rajin melayan mood malas aku nih. 

Lepas Maghrib aku cadang nak melepak kat masjid jer tapi aku tengok semua jemaah (yang cuma beberapa batang jer) keluar, so aku pun terkeluar sama lah. Aku pergi mengopi.


Saturday

Jumaat - 08112013

Dapatlah jugak seround merumput kat kawasan cili, ada lah dalam sesetengah jam gitu. Itu pun aku macam forced diri aku, semak sangat dah kat situ, lagipun Long mungkin balik weeekend nih, kalau dia tengok macam tak terurus jer kawasan cili tuh, lagilah dia tension. Dah lah banyak pokok-pokok cili yang mysteriously mati. Mana yang dah berbuah tuh ok lah, dan aku tengok pun, elok-elok buahnya, tak ada pun yang terencat. Cili besar dah ada yang masak pun, dah elok untuk dipetik.

Lepas tuh aku heret cangkul, kat kawasan yang baru aku tanam kacang tuh, kebetulan S pun ada, mencantas daun pisang, so sembang-sembang gitu aje lah dengan dia.Dalam hari-hari aku malas, pagi aku rasa paling malas sekali (and I'm sure esok, rekod nih akan aku pecahkan pulak), aku tak buat apa pun, aku duduk jer atas cangkul, kadang tuh korek-korek kuku, belek-belek cellphone, kuis-kuis tanah. Agaknya sure S pelik tengok aku, macam ada masalah besar aje sampaikan tak buat kerja apa pun, just duduk sorang-sorang tanpa hiraukan keadaan sekeliling.

"Kawaih tunggu awak habih cabert (cabut) kacang jer nih, lepas tuh nak meracern (meracun), nok tanang sampe ke senoho terh", kata S, sambil tunjukkan kawasan kacang Zone 3.

Lantak kau lah, kata aku dalam hati. Aku tahu sure Long tak setuju kalau S "mencerobohi" sampai jauh ke sana tuh sebab walaupun hasilnya nanti dibahagi dua tapi S tuh kan ker kuat menipu, dia jual 10 tandan pisang, tapi dia kata cuma jual dua tiga tandan aje. 

Masa waktu Asar tadi, punyalah gelap sekeliling, macam nak hujan lebat sangat, masing-masing macam bekejar nak balik. And so aku tak ke kebun lah. Tapi itulah, selalu macam tuh, gaya macam nak hujan sangat tapi tak hujan pun. Dan aku tetaplah tak ke kebun, sebab dah lewat sangat dah.

Tak ada pulak jamuan malam nih walaupun ada Kuliah Maghrib, instead pihak masjid bawak Ustaz tuh makan kat kedai aje. 

Friday

Khamis - 07112013

Dah a few pagis masa aku breakfast, aku akan bertembung dengan this one guy yang "baru" selalu berjemaah kat masjid, so sembang-sembang gitu lah. Dia tanya aku buat apa, so aku kata lah aku berkebun, tanam kacang, cili. 

"Baik awak bagi free jer korang (kat orang) kacang terh, daripada awak juei nang (enam) ringgit sekilo. Itu harga tahern (tahun) beraper terh?", dia gelak kat aku.

Terasa hati aku. Esok-esok aku tak nak dah bayar breakfast dia ekekeke

Siap akhirnya aku menanam kacang (untuk satu plot), dah tak ada dah tempat lain untuk bertanam, kena tunggu kacang dicabut dulu then baru boleh ditanam semula. Aku tengah berkira nih, samada nak cabut kacang sebelum aku ke KL atau lepas aku balik dari KL nanti. Kalau aku tak cabut sebelum aku ke KL, besar kemungkinan (sepeninggalan aku nanti) kacang tuh akan dicabut oleh tangan lain, mungkin AdikDin cabut, atas arahan mak. Tapi kalau nak tunggu sampai lepas aku balik dari KL, tua sangat kacang tuh nanti, walaupun elok untuk dibuat benih. Tengoklah macamana, entah-entah esok lusa aku cabut.

Since mak Puasa harinih, aku makan kat luar. Kat kedai Samad, lepas Zohor. Bini dia kasi aku sup sepcial, too bad aku tak suka makan masakan/sup kaki ayam, aku rasa terkilan jugak sebab dia buat tuh khas untuk aku. Lepas tuh ke Sungai Ruan, hajat nak potong rambut tapi ramai pulak orang kat both kedais. 

Since tak ada apa sangat nak buat, aku meround menengok pokok-pokok cili, pelik aku apa pasal banyak yang kering daunnya, walaupun kebanyakan pokok cili dah berbuah. Sure moyok jer Long nanti nih kalau dia tengok pokok-pokok cili yang tak berapa elok tuh. 

Aku rasa sikit pelik dengan aku nih, true yang dulu aku ada rasa macam tak best jer bila tengok pokok-pokok cili tak lah secantik yang diharapkan, tapi generally aku macam tak kisah langsung, tak ada lah sampai hilang mood nak bekerja. Aku punya prinsip senang jer, mudah redha. Itu agaknya.

The rest of the evening aku melepak aje lah kat kebun, sesambil mencabut rerumput, tapi itu cuma nak habiskan masa aje, tambah-tambah aku bawak satu jug jus mangga, so macam berpiknik bawah pokok pisang aje lah gayanya. 

"Awak hantar mak ke masjid dulu lah, mak Puasa. Lepas tu baru jempert (jemput) Chu, dia lambat terh sebak (sebab) nak bungkerh (bungkus) lauk nak bawak ke masjid", kata mak masa kitaorang nak ke masjid for Maghrib.

Kalau mak kata macam tuh sesepuluh minit lebih awal, haruslah aku hantar mak ke masjid first then patah balik ambik Chu. Masalahnya, cuma tinggal dalam a few minutes sebelum masuk waktu, so on our way to the masjid, aku terus aje lah singgah rumah Chu. 

Laaa, Chu masih berkemban. 

"Minung (minum) jer lah air terh, tak payah nak terkejar-kejar", kata Chu bila nampak mak berlari nak masuk masjid sebab dah azan. True, mak berlari!

Seriously, aku tak terfikir yang mak akan berlari ke masjid sebab nak berbuka. Apa lah salahnya minum jer air yang mak bawak tuh, kalau pun nak berbuka ikut waktu sangat. Tak kan mak tak tahu yang kat mana-mana boleh berbuka, tak kan nak ke masjid baru "boleh" berbuka? 

"Biasalah tu Chu", aku kata gitu.

"Mudah ngat keri", kata Chu. Kitaorang gelak. See Dear Diary, adik mak sendiri pun kata mak mudah ngat keri.

Masa jamuan, aku duduk selantai sama Haji Ta, Bendahari masjid, jiran terdekat kitaorang. Dia nih macam father figure gitulah, dulu nya orang besar gomen kot, he no speak the Inglis (he speaks English) as opposed to he no speak the Inglish (he doesn't speak English). So kitaorang sembang-sembang gitu lah.

"Tahun depan saya tak duduk sini dah, balik sekali-sekala jer agaknya....", aku kata gitu. 

Then aku beritahulah yang rasa nya dah sampai masa aku fikir pasal diri aku sendiri lah pulak.

"Betul, awak kena lah pikir pasal diri awak sendiri. Sampe bila nak harap orang support jer", kata Haji Ta.

Adusss, rupanya orang kampung ingat aku nih hidupnya makan tanggung. Oh nggak!